/Shop Full Width
  • Penulis: Ieya Sya Caption: aku tidak akan pernah menghilang ISBN: 978-967-406-280-4
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 26.00 RM 29.00

    “Orang jahat memang susah nak gelak sebab hati mereka dah hitam. Hitam, hitam, hitam dan hitam!” ~ Laura

    Dia bencikan Iskandar. Bagi Laura, sejauh mana pun kejahatan menjulang piala, akhirnya piala itu akan jatuh ke tangan kebaikan. Kerana itu dia menunggu kehadiran Iskandar demi sebuah jawapan. Bertahun menunggu, bukan Iskandar yang muncul tetapi Marlo, lelaki kasar, kurang ajar dan sarkastik yang sering mengekorinya. Datangnya Marlo bersama berita kelenyapan Iskandar dari dunia. Rimos Cafe menemukan Laura dengan Fateh, barista yang kacak, sopan tetapi agak lemah. Mengenali Fateh membuatkan hatinya terganggu. Lebih-lebih lagi apabila lelaki itu memperlihatkan sisi romantisnya. Berada di sisi Fateh seringkali mengingatkan dia pada Iskandar sehingga Laura celaru.

    “Pernah tak kita bertemu sebelum ni?”  ~ Fateh

    “Kita tak pernah kenal sebelum ni. Mungkin bos pernah terserempak dengan perempuan seiras saya. Dalam dunia ni, banyak pelanduk dua serupa….” ~ Laura

    Dunia Laura tiba-tiba kucar-kacir apabila dia diburu oleh Tuan Farid. Ketika itu seorang lelaki bernama Zack muncul. Lelaki yang memegang kunci pada semua rahsia yang berlegar di sekitar mereka. Namun, benarkah Zack ada kunci pada segala rahsia sedangkan di atas mereka ada manusia licik yang bijak bermain dengan sebuah kenyataan?

    Ada kematian yang berlaku.

    Ada kehilangan yang perlu mereka terima.

    Ada kenyataan yang harus mereka telan.

    Dan ada kejahatan yang mereka perlu hadapi.

    Semuanya tersimpan di dalam Hey Laura, It’s me.
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Nuriarina Caption: terciptanya kita saling melengkapi ISBN: 978-967-406-279-8
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 26.00 RM 29.00
    Kita memang dijodohkan bersama, Sehati serta sejiwa, Walau esok atau akhir nanti, Kita telah ditakdirkan bersama-sama...   Wahai kekasih, Bersabarlah menempuhi dugaan, Kita sedaya telah berusaha untuk berdua, Tapi selagi ada ruang terpisah impiankan musnah, Kita masih ada cara untuk leraikannya... (Kredit: Sehari Dan Sejiwa - Haslinda)
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Mek Siah

    RM25.00
    Penulis: Izam Nor Caption: demi sebuah perjanjian kau tak akan aku lepaskan ISBN: 978-967-406-278-1
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 25.00 RM 28.00
    Tiga tahun terlantar sakit dan nazak tetap tidak memutuskan nyawa Mek Siah. Dalam keadaan tubuh yang tinggal tulang, Mek Siah masih mempertahan apa yang dimilikinya. Dia merasakan dirinya masih muda dan kuat. Tidak mahu berpisah dengan apa yang menghuni tubuhnya. Pada waktu yang sama penyesalan demi penyesalan di atas keterlanjuran waktu silam sering menghantui. Dalam keadaan yang semakin lemah, Mek Siah mahu mencari pewaris untuk pendamping yang sudah sekian lama berkhidmat untuknya.

    “Cepatlah sembuh, mak. Hanum tak daya dah. Hanum bukan bencikan mak, tapi keadaan mak selalu buat Hanum tertekan. Mak tak kesiankan Hanum ke?” – HANUM

    Tiga tahun juga Hanum menjaga Mek Siah dengan sabar. Biarpun dia hanya seorang menantu, namun dia lebih tahu apa yang ditanggung oleh ibu mentuanya. Baginya, Mek Siah bukan lagi ibu mentuanya. Ada sesuatu yang menghuni jasadnya. Hanum seringkali berhadapan dengan perkara yang pelik dan menyeramkan. Tanpa sedar, dirinya sedang diperhatikan oleh sepasang mata yang tidak kelihatan jasadnya. Darah Hanum yang manis turut menjadi idaman Mek Siah. Antara rela dan paksa, Hanum bersetuju mewarisi apa yang menjadi milik Mek Siah.  

    “Tak boleh tidak, Saad. Esok aku kena ‘kerjakan’ Mek Siah. Entahlah, susah aku nak jelaskan. Tapi aku terbau mayat.” – HAJI LAMIN

    Tidak disangka, kisah puluhan tahun yang lalu terpaksa dibongkar. Haji Lamin sabar mencari jawapan bagi setiap persoalan. Dia dapat melihat api dendam dalam diri Mek Siah. Dia melakukan semuanya atas rasa ihsan dan demi mengenangkan persahabatannya dengan suami Mek Siah, Daud. Tekad Haji Lamin, keadaan Mek Siah harus dipulihkan. Tidak mengira sama ada dalam keadaan hidup atau pun mati. Apakah kesudahan kisah hidup Mek Siah? Pasti akan mengejutkan anda!
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Wan Nur Najihah Caption: kau yang pertama untuk selamaya ISBN: 978-967-406-277-4
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 27.00 RM 30.00
    MARINA KHADEEJA – Seorang gadis yang ego dan anti lelaki. Dia saksi penderitaan ibunya yang hidup bermadu. Lantaran itu dia memilih untuk hidup dalam keadaan bencikan lelaki. Bertahun hidup dalam dunia ciptaan sendiri, kehadiran Izzhan mula mengganggu hidupnya. Hanya kerana satu pertemuan, dirinya terus dikejar.

    “Keikhlasan memang tak nampak, tapi saya boleh buktikan dan awak akan rasa keikhlasan saya. Saya betul-betul nak kawan dengan awak. Seumur hidup saya tak pernah jumpa perempuan macam awak. Tak sangka wujud lagi.”

    “Tak sangka perempuan jahat masih wujud?”

    UMAR IZZHAN - Dia tahu Rina bencikan dia. Dia tahu Rina bencikan semua lelaki. Tapi dia tidak peduli. Hatinya sudah berkenan pada gadis sombong itu. Hati Rina perlu ditawan. Berkali lamarannya ditolak, tetap Marina Khadeeja yang dikejar.

    “Tolong bagi peluang pada saya. Saya akan buktikan tak semua lelaki macam apa yang awak fikir. Masih ada lelaki yang setia. Terima saya sebagai suami awak.”

    Mereka berjaya disatukan tanpa kerelaan Rina. Tapi kebahagiaan yang diimpikan tidak mudah dicapai. Bukan mudah untuk merubah Rina. Hati batu Rina perlu dileburkan. Hanya satu jalan. Kesetiaan! Dia perlu setia. Belum lagi mengecapi bahagia, kesabarannya kembali diuji.

    “Saya terima Ainul jadi isteri kedua abang.”

    “Kau penipu. Selama ni kau tak pernah cintakan aku. Cinta kau palsu. Cinta aku pada orang yang salah. Orang yang langsung tak hargai aku.”

    Kesabaran yang dibina akhirnya runtuh. Sejauh mana sayangnya kepada Rina akan kekal andai cinta sucinya dipermainkan? Apa yang menyebabkan Rina menyerahkan Izzhan kepada Ainul? Siapa sebenarnya Ainul? Dan berjayakah Izzhan merubah Rina?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Asraf Shaari Caption: kerana tekanan aku terdengar bisiskan ISBN: 978-967-406-275-0
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 23.00 RM 26.00
    Dibuli dan didera secara fizikal dan emosi, ADAM menjadi tidak keruan. Entah sampai bila dia mampu bersabar dan bertahan sedangkan keluarganya dihina seperti sampah di jalanan hanya kerana kisah silam arwah ayahnya ENCIK TALAHA. Tekanan kian terasa apabila dia mula terdengar bisikan seperti cuba menghasutnya melakukan sesuatu yang sememangnya tidak masuk akal. Selain itu, ibunya pula yakni PUAN KAMARIAH difitnah membela hantu raya. Bukan itu sahaja, wanita yang paling disayanginya itu terpaksa menahan dugaan akibat sikap masyarakat yang tidak menerima mereka seadanya. Dia ingin menuntut keadilan. Dia mahu musuh-musuhnya mati. Hanya kematian mereka dapat memuaskan hatinya. Namun, dia tidak menyedari perbuatannya itu bakal mengundang padah kelak.

    Kau tak rasa dipulaukan ke? Mereka semua berpakat nak buat hidup kau susah!

    “Sejak keluarga kau pindah kat kawasan ni aku rasa macam kampung ni dah tak selamat lagi tau!” – MAK CIK ANI

    “Dia orang semua jahat. Dia orang buli Adam. Diorang buli mak Adam. Adam tak tahan! Mereka semua tu setan! Adam bunuh setan!” – ADAM

    Adakah Adam akan meneruskan hidupnya seperti biasa? Bagaimana dia ingin menebus dosa yang telah dilakukan? Apakah kisah silam yang telah terjadi pada Encik Talaha yang menjadikan Adam semakin menderita selepas ketiadaan ayahnya  itu? Semua jawapan ada dalam novel berjudul BISIKAN SYAITAN ini. Kisah yang mengajar apa itu erti kesabaran, dendam dan pembalasan!

    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Puteri An-Nur Caption: hanya dengan mengingati-mu hatiku tenang ISBN: 978-967-406-276-7
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 29.00 RM 32.00
    Dunia percintaan sememangnya indah jika pasangan setia. Tetapi tidak bagi Nur Syahadah apabila dia diuji dengan kecurangan tunangnya yang bermain kayu tiga. Lebih parah tunangnya curang dengan kakaknya sendiri. Setelah dikecewakan, Nur Syuhadah akur akan jodoh yang dipilih oleh abinya iaitu Yusof.

    “Nur mesti terima Muhammad Yusof. Dialah lelaki yang terbaik untuk

    anak abi ni.” - Abi

    Walau pada mulanya agak berat untuk Nur terima, tapi dia percaya pilihan abinya adalah yang terbaik untuk dirinya di samping dia mahu tinggalkan kenangan yang lalu dan bina hidup baru. Nur terima seadanya Yusof walaupun mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

    “Kata orang, tak kenal maka tak cinta tau. Dah kenal mesti

    awak akan suka...” – Yusof

    Nur sahut kata-kata Yusof dengan pertaruhkan hidupnya. Padanya, bahagia atau derita, semua itu sudah ditetapkan Allah. Seusai dirinya sah menjadi suri hati buat Yusof, barulah Nur mengerti bahawa dunia Yusof yang dulu bukanlah seperti yang dia lihat kini. Ternyata dugaan datang lagi dengan kehadiran Jessy yang mahu Yusof bertanggungjawab atas perbuatan Yusof yang lalu. Yusof terpanar. Kelu dia untuk berkata-kata apatah lagi mahu melukakan hati si isteri yang dicintainya. Kerana bagi Yusof, Jessy adalah masa lampaunya.

    “Abang tak sampai hati tengok Nur sedih.” - Yusof

    Tapi lain pula dengan pemikiran Nur. Baginya seorang suami tidak pernah diharamkan untuk berpoligami, apa lagi dalam keadaan suaminya mampu.

    “Jangan risaukan Nur. Nur cintakan abang kerana Allah. Cinta kerana Allah bukan membawa ke jurang kejahatan, tetapi membawa ke jalan syurga-Nya. Doakan Nur menjadi isteri yang solehah, ya...” - Nur

    Sebagai hamba-Nya, Nur meletakkan Allah yang pertama. Tetapi mampukah Nur hidup sebumbung dengan madunya, Jessy yang sentiasa merancang untuk menghancurkan hubungannya dengan Yusof?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Suhailah Selamat Caption: jasadnya telah terkubur, sakanya kembali memburu pewaris ISBN: 978-967-406-274-3
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 25.00 RM 28.00
    Hanya kerana sekeping wasiat yang ditinggalkan oleh DATO ZARITH a.k.a tok wan, Aryssa dan Aiman diberi tempoh sebulan untuk bernikah. Seterusnya, perkahwinan tersebut tidak boleh dibubarkan dalam tempoh 5 tahun jika Aiman tidak mahu kelayakannya sebagai pewaris bakal dilucutkan.

    “Eh, kenapa tok wan nak libatkan saya dalam hal ni? Kenapa pula saya mesti kahwin dengan dia? Tak fahamlah!” – ARYSSA

    “Maaflah, itu saya tak tahu. Hal-hal sebegini arwah tak pula beritahu saya. Tugas saya hanyalah melaksanakan apa yang sepatutnya. Hal yang saya tak patut masuk campur, saya tak akan langgar.” – ENCIK KAMAL

    Akhirnya, Aryssa mengalah. Aiman yang disangkakan lelaki pendiam rupa-rupanya kuat mengusik! Tanpa Aryssa sedari, DATIN AINA yang merupakan pewaris saka tok wan, mula merancang sesuatu agar perkahwinan mereka bakal membuahkan benih keturunannya. Keturunan yang bakal mewarisi saka tok wan! Dalam diam, Aryssa telah ditundukkan dengan ilmu batinnya supaya gadis itu dengan ‘rela’ hati menyerahkan diri pada Aiman. Konflik mula timbul tatkala satu demi satu ahli keluarga Dato Zarith dibunuh secara misteri. Pada saat mereka mahu mengecap bahagia, Aryssa mula mengesyaki akan penglibatan Aiman dalam pembunuhan tersebut. Hanya dengan berdasarkan satu bukti. Bukti apakah yang dimaksudkan? Lebih mengejutkan, mungkin juga Aiman merupakan pewaris saka tok wan! Selami keseraman karya pertama daripada Suhailah Selamat ini. Anda pasti meremang!
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Aein Dhiyauddin Caption: selagi ada nafasku cinta ini hanya untuk kamu ISBN: 978-967-406-273-6
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 26.00 RM 29.00

    Sekali lagi saya tanya ni. Sudi tak kahwin dengan saya- ARYAN LEE

    No. Tak nak – AAIRA ZULAIKHA

      AAIRA ZULAIKHA –‘Buntut Kuali’ itu gelaran yang diberi kepada. Lahir dengan rupa sederhana dan berkulit gelap menjadi bahan ejekan nenek dan sepupunya sejak dari kecil lagi. ARYAN LEE- Kejelitaan yang dimilikinya melebihi seorang wanita. Lelaki yang sangat sempurna. Punya harta dan nama. Puas dia menolak lamaran lelaki jelita itu namun takdir Allah mengikat mereka dalam sebuah pernikahan yang penuh muslihat. Seperti yang dia jangka pernikahan itu satu malapetaka dalam hidupnya. Tohmahan dan caci maki serta fitnah dia terpaksa hadapi kerana dirinya yang tidak sepadan dengan Aryan.  

    Kau jangan sangka aku bodoh tau. Aku tak percaya lelaki macam dia jatuh hati kau perempuan hodoh macam kau. Kau bomohkan dia kan – ERYNA

    Saya akan jadi hero awak asalkan awak pegang tangan saya sampai bila-bila – ARYAN LEE

      Mampukah Aaira bertahan menghadapi segalanya? Atau dia akan mengundur diri dan mencari hidup sederhana yang dia impikan? Dapatkah cinta Aryan membuatkan dia rasa kuat dan dihargai? Aku akan pastikan Aryan jadi milik aku. Kau boleh berambus dari hidup dia- TENGKU LILY Siapa pula Tengku Lily?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Miss elle Caption: hati bukan untuk dimiliki..tapi untuk dicintai dan mencintai.. ISBN: 978-967-406-271-2
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 27.00 RM 30.00
    Hana Abella, merasakan kisah dirinya mirip seperti Cinderella apabila ibunya membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai dua orang anak lelaki. Yalah, usai saja ibunya berkahwin, dia terus dapat dua orang abang tiri.

    “Sah. Memang sah awak dah gila...” - Bella

    “Apa kau kata?! Aku gila?!” – Shah

    Kehadiran Shah dalam hidup Hana Abella membuatkan hidupnya huru-hara. Pantang berjumpa, mesti akan berkelahi. Tambahan pula apabila mereka tinggal sebumbung. Walaupun bergelar abang tiri kepada Bella, itu tidak bermakna pertelingkahan sesama mereka tamat. Ada saja yang tidak kena pada mata Shah. Namun begitu, ia tidak menghalang untuk Bella daripada terus melupakan cinta pandang pertamanya. Perkenalan dengan Daris Eduardo membuatkan hatinya sentiasa berbunga-bunga. Tambahan apabila disunting oleh lelaki itu untuk menjadi suri hatinya walaupun usia perkenalan mereka baru mencecah beberapa bulan sahaja.

    “Jom kita kahwin?”  - Darius

    “Awak ingat senang ke nak kahwin? Semudah ABC macam tu?” - Bella

    Dalam hati berkobar-kobar mahu menerima lamaran Darius, Bella terlupa sesuatu. Terlupa akan restu seorang ibu. Sementelah, si ibu pula telah merancang untuk menyatukan Bella dengan Shah. Bella terpanar. Padanya, Shah hanyalah seorang abang dalam hidupnya. Tidak mungkin dia akan memerima Shah, namun apabila didesak, dia gundah. Dia serba salah dalam membuat pemilihan. Memilih Darius, umpama cinta tanpa restu walaupun dia mahukan kebahagiaan dengan cinta hatinya. Memilih Shah, hubungan tanpa cinta tetapi dengan restu ibunya membuatkan hati Bella libang-libu. Perlukah dia berkorban? Siapakah yang menjadi pilihan hati Bella?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Razlina azura Caption: kerana tulang rusuk tak akan pernah bertukar, seseorang yang hadir bukan untuk dijadikan alasan. ISBN: 978-967-406-272-9
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 26.00 RM 29.00
    Tuduhan dan kata nista yang dilemparkan, membuatkan hati HANAN diserang rajuk. Lalu dia membawa diri ke Kuala Lumpur. Hanya dengan satu kebetulan, dirinya bertemu dengan SYED FALIQ. Pertemuan yang telah merubah keseluruhan hidupnya. Tatkala usia 19 tahun, dirinya terikat menjadi seorang isteri. Satu kejadian tak terduga telah terjadi kepada diri dan kemudian digantung tidak bertali bertahun lamanya oleh si suami. Kerana kesakitan itu, Hanan memenjarakan hati. Tidak sedikit pun tercuit dengan kehadiran MIKAIL. Namun berbeza pula bagi suaminya. Tidak pernah terfikir yang dirinya punya seorang isteri. Bahkan nama isteri yang dinikahi tidak pernah tersemat dalam kotak memori. Seraut wajah yang telah halal terhadapnya juga tidak pernah terukir di dalam minda. Tambahan pula berselindung di sebalik niqab di wajah. Membuatkan Syed Faliq telah melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul.

    “Jangan buat saya macam ni. Tolonglah, encik!” – HANAN

    “Tak ada sesiapa yang nak datang tolong kau. Sebab aku kesiankan kaulah hidup aku jadi macam ni. Sebab aku nak tolong kaulah... Kau sanggup aniaya aku. Sekarang kau rasa diri kau layak ke nak minta tolong dengan aku?!” – SYED FALIQ

    Namun lima tahun selepas itu, kebekuan hati Hanan berjaya dicairkan oleh seorang pemuda. Bahkan seseorang yang terlalu rapat dalam hidupnya. Siapakah yang berjaya memenangi hati HANAN? Mikail atau SYED FALIQ? Segalaya bakal terjawab dalam Makmum Yang Tertinggal.
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Shamikael

    RM31.00
    Penulis: Rose aleyna Caption: kau yang paling aku sayang / kau yang paling menyakiti ISBN: 978-967-406-270-5
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 31.00 RM 34.00
    Tragedi buruk yang pernah berlaku di alam persekolahan telah meninggalkan kesan buruk dan trauma di dalam hati tiga sahabat iaitu Sha, Arshad, dan juga Ekin. Mereka terpisah jauh, membiarkan waktu menghapuskan segala kenangan duka. SHA… Di dalam setiap nafasnya ada nama Arshad walaupun ada kebencian yang wujud di tengah-tengahnya. Cintanya tidak pernah berakhir walaupun jarak dan masa telah memisahkan mereka. Kemaafan yang tertangguh menjadi pertaruhan. MIKAEL… Dia menjadi pendendam kerana pengalaman ngeri yang berlaku sepuluh tahun lepas. Dia menyaksikan sendiri penderitaan seorang isteri sampai ke akhir hayatnya. Tiada istilah kemaafan di dalam kamus hidupnya.

    “Aku tak akan lupa setiap apa yang pernah dia buat pada arwah Kak Long. Biarpun dia adalah isteri kau, aku tetap akan meneruskan misi membalas dendam.” ~ Maya

    “Aku akan lakukannya, Maya. Dan kau tak perlu teruskan semua ini seorang diri sebab aku dah berjanji.” ~ Mikael

    Kerana janjinya pada Maya, Mikael meneruskan misi membalas dendam.

    “Apa lagi yang kau tak puas hati? Kau dah seksa hidup aku sampai macam ni sekali. Mula-mula kau rampas maruah aku. Tak cukup dengan itu, kau tinggalkan nyawa di dalam rahim aku. Lepas tu, kau biarkan aku terseksa dengan caci maki orang. Kau dah buat aku jauh dengan umi dan abah. Kau buat aku malu nak jumpa keluarga sendiri.” ~ Sha

    “Aku tak akan pernah berpuas hati selagi tak dapat tengok kau merana seumur hidup di hadapan mata aku sendiri.” ~ Mikael

    Kerana dendam Mikael, Sha terpaksa melalui liku hidup yang penuh dengan kebencian. Tidak cukup dengan itu, Sha juga dibenci oleh umi dan abahnya. Cinta, dendam, dan kebencian, mungkinkah akan berakhir di dalam hati mereka? Ataupun kebencian dan dendam itu berterusan menjadi bara yang membakar diri hingga ke akhirnya?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Zura Rahman Caption: menyembunyikan rasa cinta ini umpama menghendap di balik lalang sehelai ISBN: 978-967-406-266-8
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 32.00 RM 35.00
    Kahwin? Agenda kahwin itu tidak pernah termaktub dalam perancangan hidup CK, tidak pernah terlintas di hatinya. Apatah lagi apabila berkahwin dengan kawan baik sendiri. Bekas tunang kawan baik pula tu. CK yang ‘selamba badak’. CK yang ‘cool’. CK yang punya segalanya yang diimpikan. CK yang tidak perlukan perempuan untuk rasa bahagia. CK yang cukup dengan dirinya sahaja. Namun, tiba-tiba dia ada Kaseh Hadana. Kehadiran Kaseh Hadana dalam hidup lelaki itu umpama gempa bumi yang menyergap tanpa ama-ran. Kaseh Hadana bagai puting beliung yang bertiup kencang, menodai ketenteraman fikiran CK. Yang buat hidupnya kacau bilau. Yang buat seorang CK diserang dilema. Semua yang dirancang sempurna, tergendala di tengah jalan apabila status ‘Half Girlfriend’ sudah bertukar menjadi ‘Isteri’. Seorang dari planet Marikh; dan seorang dari planet Zuhrah. Apabila dua makhluk itu bertemu di planet Bumi… peperangan demi peperangan berlaku.  

    “Kau memang! Tak sofistikated langsung.” ~ Hadana

    “Only those who are complicated will have such sophistication.” ~ CK

    “Mengaku ajelah kau tak sophisticated!” ~ Hadana

    “Aku? Tak sophisticated? Try me.” ~ CK

      Siapa tahu, angin dingin dari ‘offshore’ yang menggoda, memeluk dan membelai diri lelaki tenang dan selamba badak itu, membuka satu dimensi lain buat CK. Sekali gus, segala-galanya berubah. Konflik meruncing apabila niatnya dipersoal dan kelelakiannya dicabar. Brother Code mereka tidak pernah menghalang; Naufal juga tidak pernah ambil peduli; mengapa tiba-tiba Naufal bereaksi berlebihan pula?

    “ALLAH tahu kau belum bersedia. Sebab itu DIA pinjamkan Naufal untuk aku, kerana kau perlu-kan masa untuk menyanyangi aku.” ~ Hadana.

    Dia lelaki yang terluka akibat peristiwa masa silam. Namun dia juga yang dihantar TUHAN untuk menjaga dan mencintainya. Dia… hanya satu dalam sejuta. Dia… adalah lelaki selamba badak yang punya hati yang luas dan berbunga-bunga.
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Dhiyana Caption: hadirnya dia untuk merungkai misteri / opss! Sekeping haty turut bakal dicuri! ISBN: 978-967-406-267-5
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 26.00 RM 29.00

    Demi Luqman Firdaus... Nuqman danial kembali muncul setelah sekian lama menghilangkan diri. Sekeping nota ringkas... menimbulkan seribu persoalan di dalam kepala. Athar Faiz ditinggalkan sebagai tanda kenangan dan juga sebuah amanah yang perlu dipikulnya.

                    Kemunculan gadis yang bernama Inara Sofea di Bandung, penuh dengan misteri. Nuqman yang sememangnya sentiasa tenang, menghulurkan bantuan. Hati lelakinya mula dijentik perasaan halus apabila senang meluangkan masa bersama-sama Inara. Usikan mula menjadi penghias hubungan hati, walaupun bibir cuba berkias-kias kata.

                    Sekembalinya mereka ke Malaysia, sekali lagi mereka berdua dipertemukan di dalam satu insiden. Sekali lagi Nuqman dengan senang hatinya menghulurkan bantuan. Dan, juga mengambil kesempatan untuk mendekati Inara.

    “Dah tengah meneran nak buat apa menyahut? Hilang mood tahu tak!” – NUQMAN DANIAL

    “Hasil pelaburan Tuan tu batu ke apa sampai teran tak boleh nak menyahut? Nak membuang pun kena ada mood,” – INARA SOFEA

                    Usikan demi usikan semakin mendekatkan hubungan mereka berdua. Nuqman tak tertanggung lagi untuk menanggung rasa hati. Lantas dilamarnya Inara untuk menjadi teman halal untuk disentuhi.

                    Usai disatukan, kemisterian Inara mula tersingkap sedikit demi sedikit. Sepanjang mereka berdua saling mengenali dan menyulam kasih, Nuqman turut mula ‘diganggu’. Dan disebalik kehilangan Luqman, ada sesuatu yang dirancang.

                    Nuqman danial memunculkan diri untuk merungkai misteri. Hadirnya Inara Sofea berserta teka-teki, tetapi hati terpaut pula pada si Super Daddy. Masihkah mereka berdua berpeluang untuk merasai kebahagiaan yang ikhlas hadir dari hati?

    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Eliza AB Caption: karya dia yang bisa membuat jantung ini berdegup kencang ISBN: 978-967-406-269-9
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 27.00 RM 30.00
    Qaira  Nur Imani, seorang novelis  yang serik untuk jatuh cinta lagi. Cukuplah tiga kali dia kecewa kerana bertepuk sebelah tangan. Lantaran itu, pintu hatinya ditutup buat insan yang bergelar lelaki. Namun, perkara itu tidak menghalang Puan Noriani mencari calon suami untuk anaknya itu.

    “Selagi Aira tak bawa calon untuk ibu, selagi itu ibu akan kacau hidup Aira!” - Puan Noraini

    Bagi Qaira, nak cari calon suami bukan semudah ABC. Kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa serta dapat menggetarkan naluri perempuannya. Kalau boleh, dia menginginkan seorang suami sama seperti hero-hero dalam novelnya. Pertemuan dengan jejaka kacak Hadif Asyraf merubah hidup Qaira. Hadif yang juga mempunyai masalah yang sama dengan Qaira melamar Qaira walaupun mereka baru berkenalan. Bagi Hadif, dia yakin dengan prinsip 5Bciptaannya. Berkenalan, berkawan, bercinta, berkahwindan bahagia.

    “Aku nak melamar kau jadi isteri aku. Kita kahwin?” - Hadif

    “Memang kita dah berkenalan.Kita pun dah berkawan. Tapi kitabelum bercinta. Mana boleh berkahwin terus?” - Qaira

    “Kalau macam tu, kita kahwin kemudian kitabercinta.Aku nak jadi hero kau selama-lamanya.”- Hadif

    Qaira dalam dilema. Calon sudah ada tapi mampukah Hadif menjadi calon suami buatnya seperti yang diidamkan? Mampukah dia membuka pintu hatinya buat Hadif Asyraf buat kesekian kalinya?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Nurul Ain Syuhada Caption: kau buat jantungku berdegup lebih kencang ISBN: 978-967-406-268-2
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 27.00 RM 30.00
    Selepas pemergian kedua orang abang kembarnya, Nur Aina yang lebih dikenali Nunu mula dipersiakan kedua-dua orang tua apabila mereka lebih memilih kerja daripada dirinya sendiri untuk mengubat luka perit kehilangan anak kembar itu. Tertekan dengan perlakuan kedua orang tuanya, Nunu sentiasa membuat masalah di sekolah hanya untuk meraih perhatian daripada orang tuanya.

    “Bukan salah dia orang I’m spoiled! Ayah pernah cermin diri tak? Bilanya mama dengan ayah ada masa untuk adik? Ayah kasi adik duit for exchange of your time! Ayah sendiri suruh adik cari masa adik sendiri dengan orang lain. And when I did, ayah kata adik spoiled? You spoiled me! Bukan abang!” - NUNU

    Dua tahun dia dihantar ke Madrid untuk mendisiplinkan diri. Apabila dia pulang semula ke Malaysia untuk mengambil peperiksaan SPM, orang tuanya masih juga begitu. Dalam masa dia terpaksa menempuh hari-hari sedihnya, Allah S.W.T. menarik kedua-dua orang tuanya sekali gus dek skandal syarikat bapanya dan meninggalkan dia seorang diri. Walaupun hilang tempat bergantung, Nunu cuba kuat atas pesan arwah abang-abangnya. Dijaga oleh Uncle Adam dan Auntie Ma selaku ibu bapa saudaranya tidak memberi alasan untuk dia lari dari kehidupan kelam. Makin teruk dibuatnya apabila dia terpaksa berhenti belajar dari universiti dan mula bekerja untuk menyara hidupnya sendiri. Lemah. Dia lemah. Lantas Nunu mengambil jalan pintas untuk bunuh diri! Dari situ mulanya pertemuan dia dan Alan yang banyak mengubah hidupnya sendiri.

    “Awak selongkar barang saya?!” – NUNU

    “It’s the right thing to do lepas you pengsan. Takkan I nak goncang you sampai bangun just untuk tanya nama you?” pedas. – ALAN

    Selepas kejadian itu, Alan banyak membantunya hingga membuatkan hatinya mula terusik. Siap diberi kerja baru! Tetapi lokasi tempat kerja baru membuatkan Nunu tertanya-tanya. Siapa lelaki yang membantunya ini? Bagaimana dia boleh di tempatkan di syarikat arwah bapanya?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Aneh

    RM24.00
    Penulis: Khaidir Helmi Caption: selamat datang ke rumah ni ISBN: 978-967-406-264-4
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 24.00 RM 27.00
    Misteri bermula apabila Aqira mencari rumah sewa untuk tinggal pada semester tiga pengajiannya, demi memberi tumpuan kepada pelajaran dan hobinya, menulis. Diana, kawan baiknya mempelawa Aqira serta dua orang rakan lagi untuk menyewa di sebuah rumah lama. Walaupun berasa aneh dan tidak sedap hati, Aqira menerima sahaja cadangan dan pelawaan itu kerana kesuntukan masa dan percaya tiada apa yang aneh akan berlaku. Aqira cuba memulihkan keadaan dengan memanggil kawan baiknya, Aulia untuk memagar dan memulihkan rumah itu serta rakan serumahnya yang diganggu. Namun ia berakhir dengan tragis. Aulia kemalangan setelah pulang dari rumah sewa itu. Ketika pengebumian Aulia, Aqira terpandang seorang perempuan misteri berbaju batik memegang sebuah buku hitam. Aqira cuba untuk mengenal pasti wajah perempuan itu namun terhalang oleh selendang yang dipakai. Malah perempuan misteri itu juga ghaib secara tiba-tiba. Sebuah buku hitam, perempuan berselendang dan berbaju batik, kejadian aneh saban waktu dan kematian yang tragis menghantui Aqira. Mengapa ia terjadi, mengapa dirinya menjadi mangsa gangguan, mengapa semua kejadian aneh itu berlaku bertimpa-timpa? Aqira bertanya kepada dirinya sendiri sehinggalah dia melihat dirinya sendiri – Aqira yang aneh. Siapa dia yang sebenarnya? Dari mana asalnya?

    “Aqira, aku takutlah. Kenapa benda itu ganggu kita semua?”- DIANA

    “Tak payah takut, Diana. Benda itu takkan dapat masuk selagi aku ada dengan kau.”-AQIRA

    “Kita manusia dan tuhan jadikan kita lebih mulia daripada makhluk lain. Kita ini khalifah di muka bumi. Mana mungkin boleh takut dengan makhluk yang Allah laknat.”-AULIA

    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE