/Shop Full Width
  • Penulis: Halis Azhan Caption: - ISBN: 978-967-406-199-9
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 17.00 RM 20.00
    Mengepalai pasukan editorial “Persona” bukanlah keutamaannya. Dia hanya ingin meleraikan resah gara-gara Ain berkerenah. Begitu pun beralah tidak lagi menjadi pilihan apabila Ain dan pasukan editorial “Persada” cuba menyaingi. “Persona” dan “Persada”, sama-sama mengintai gah. Setapak demi setapak dia dan pasukan editorial “Persona” melangkah, sederap bersama, mengatasi segala tingkah. Dia, dan “Persona”, mengejar detik persona. Apakah konflik sebenar antara Falina dan Ain? Mengapakah Falina tidak disenangi oleh Ain, sehingga pergolakan sesama mereka menimbulkan persaingan antara dua pasukan editorial, “Persona” dan “Persada”.
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Aina Emir Caption: kompilasi cerpen ISBN: 978-967-406-243-9
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 20.00 RM 23.00
    KISAH PEREMPUAN merupakan koleksi cerpen dan cerpan, mengisahkan kehidupan kaum wanita. Cerita-cerita ini bukan sekadar khayalan atau imaginasi tetapi penuh kebenaran dan realiti. Berdosakah Aku membawa kisah Lin yang sedang mencari identiti diri. Dia masih muda namun sentiasa rasa tersisih dalam keluarga. Semestinya ada sejarah lama yang membuatkan hidupnya sengsara. Sementara gadis bernama Ninie dalam Bondaku pula sangat kecewa dengan sikap bondanya. Ibunya seorang ibu tunggal yang sering lupa daratan. Malah sangat materialistik hinggakan sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan diri. Bagaimana Ninie mahu atasi masalah dalam hidupnya ini? Kisah Kamilia dalam Bukan Aku pula, membawa kisah hidupnya dengan seorang kekasih yang cemburu. Walaupun menyayanginya, Kamilia tertekan dengan sikap Robin, kekasihnya itu. Suatu tragedi telah melibatkan Robin, tetapi kenapa pula Kamilia yang terpaksa menanggung padah tragedi itu? Ada apa sebenarnya? Sementara Bukan Hebat membawa kisah Zurina yang merasakan dirinya lengkap sebagai seorang isteri yang hamper sempurna. Dia sangat bahagia, namun segala-galanya berubah bila sesuatu terbongkar. Sebagai seorang wanita yang cekal, apakah tindakannya untuk menggapai kebahagiaan itu semula? Perlukah dia berdendam? Selami Kisah Perempuan yang membawa kisah-kisah lain yang tidak kurang menarik buat mereka yang mencari sesuatu dalam dunia realiti. Selamat membaca!
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Resmanshah Caption: baca atas risikio sendiri… tak percaya cubalah… ISBN: 978-967-406-244-6
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 20.00 RM 23.00
    Bersiap untuk menghantui diri anda lagi dengan cerita yang lebih seram hingga membuatkan anda semua berasa menyesal dan geram sakan. Keseraman jalan cerita yang ada di dalam buku kali ini lebih mantap dan lebih mengelirukan. Pasti ada yang terkeliru atau mungkin juga ada yang terasa menyesal kerana sudah membaca buku ini. Menyesal kerana kisah-kisah seram di dalam buku ini pasti akan terus menghantui hidup anda sehingga anda mahu menceritakannya kepada rakan taulan, saudara-mara, atau mungkin kepada sesiapa saja yang bertembung dengan anda.
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Sharina Elisa Caption: ku izin kau cari bahagia,selagi hatimu tak terluka ISBN: 978-967-406-245-3
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 22.00 RM 25.00
    Gadis genius secantik Rania tidak mengimpikan jejaka macho sebagai pelengkap hidup.  Demi mencari cinta yang suci, dia menukar identiti menjadi gadis montel 130kg. Raqib, jejaka yang diminati Rania dalam diam bertindak mengherdik dan mencaci saban hari kerana bimbang gadis itu menyimpan rasa di hati. Adel Hauzan, doktor kosmetik muncul menawarkan peluang kepada Rania supaya mampu menjadi kurus dan jelita. Lima tahun Rania bersabar dengan kata-kata makian, dia jadi lelah dan mula membuat keputusan untuk menerima tawaran Adel Hauzan. Meski Raqib membenci, Rania tetap menjadi yang teristimewa di hati lima jejaka bersaudara. Kasih yang tulus itu meletakkan Rania sebagai yang teratas dalam carta hidup mereka. Sesiapa yang berani menyentuh si adik maka, buruk padahnya! Sehingga Adel bimbang hendak mendekat. Awal-awal sudah diberi peringatan. Maliqi yang yatim piatu dibesarkan bersama Rania sejak kecil menaruh rasa. Demi cinta yang tersimpul rapi, dia izinkan Rania mencari kebahagiaan selagi gadis itu tidak terluka. Pernah beberapa kali Rania muncul mempamerkan wajahnya yang sebenar. Kononnya, dia adalah Raudhah dan merupakan teman serumah Rania. Raqib yang tidak mengenali, mula jatuh hati. Mulalah dia hendak merisik perihal Raudhah daripada Rania tanpa mengesyaki kedua-dua pemilik nama itu adalah orang yang sama. Dah ni nak ke mana ni? Dengan bagasi besar ni? – Maliqi Aku ada misi – Rania Misi? Misi apa? – Maliqi Misi mencari suami – Rania
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Syikin Zainal Caption: sekali janji diikat, selamanya akan terikat ISBN: 978-967-406-246-0
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 22.00 RM 25.00
    Embun, pewaris keturunan dukun hitam, seorang dukun yang benar-benar ampuh di zaman silam. Kedua-dua orang tuanya dibunuh oleh neneknya sendiri yakni Nek Kuntum semasa dia kecil. Sejak kecil Embun hanya didedahkan dengan segala macam sihir dan ilmu hitam. Dia diasingkan oleh masyarakat kerana dua sebab.  Pertama, kerana Nek Kuntum mahu menyediakan dia sebagai pewaris ilmu tengkorak hitam dan sekali gus menjadi pewaris dukun hitam. Dan yang sebab kedua, kerana dia adalah cucu Nek Kuntum, seorang pengamal ilmu hitam yang ditakuti oleh penduduk kampung. Biarpun begitu, Nek Kuntum selalu sahaja menjadi tempat kunjungan penduduk yang sentiasa mahukan ‘sesuatu’ daripadanya.   Menginjak remaja, Embun mencintai seorang pemuda yang bernama Yusoff. Cinta mereka bersemi seiring dengan usia. Embun sebenarnya tidak mahu bergelar dukun. Dia sekadar mahu menjadi seperti gadis pingitan yang lain, dicintai dan mencintai. Hubungan Yusoff dan Embun diketahui oleh keluarga Yusoff dan Nek Kuntum. Mereka menghalang cinta mereka. Keluarga Yusoff menghalang kerana mereka mendambakan anak Orang Kaya Leman sebagai menantu. Sementara itu Nek Kuntum melarang keranaYusoff seorang pemuda yang bakal menghancurkan harapannya.

    “Ya Embun ini. Tadi bilang tidak takut sama hantu. Baru tengok Sentot sudah kecut. Hingga Embun pun abang sudah tidak kenal,” - EMBUN

    “Hantu? Mana ada hantu di dunia ini, Embun. Yang ada hanyalah syaitan. Yang tugasnya menyesatkan manusia,” - YUSOFF

    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Sophilea Caption: ratusan purnama berlalu saat kau mengukirkan bicara dan aku kembali menuntut sebuah janji ISBN: 978-967-406-255-2
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 22.00 RM 25.00
    KAU bangkitkan aku dari lena aku yang panjang. Ratusan purnama berlalu, saat kau mengukitkan kata cinta dan kini aku kembali menuntut sebuah janji. NAILI, dendam itu adalah luka yang sangat parah. Saat kau bersendirian, mereka akan datang sebagai sahabat dan kawan. Tapi syaitan dan iblis adalah penipu yang sangat licik. Mereka bukan teman tetapi adalah musuh yang akan merosakkan jasad dan jiwamu. 7 helai rambut perawan mati dibunuh beserta tujuh titisan darahmu adalah perjanjian yang kita akan pateri. Naili, kau akan jadi milik aku dan aku akan bersamamu sehingga mati. Dalam gelap malam tujuh helai rambut perawan mati dibunuh diambil. Dicampur tujuh titisan darahnya. Si iblis tersenyum megah. Seorang lagi anak Adam bakal diheret bersamanya ke neraka. Hari demi hari, dia menjadi penjaga pada Naili. Setiap teman yang mendampingi Naili buatkan dia membenci. “Wan...tolong pos kat aku sebuah buku ini....buku seramkan?” Tiada siapa disisnya. Tapi suara siapa yang menjelma. Waktu Mak Wan nampak Adam yang bertukar menjadi makhluk hodoh di dapur sedang meratah daging metah diatas meja, dia pengsan. Di rak televisyen Jumay nampak seekor pontianak sedang duduk sambil menyanyi lagu yang menyeramkan. Waktu lena Aisyah diganggu dengan suara Satu dah tidur...dua dah tidur..tiga dah tidur...empat pura-pura tidur ya?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Pemangsa

    RM23.00
    Penulis: Muhammad Fatrim Caption: awas air yang tenag jangan disangka tiada pemangsa! ISBN: 978-967-406-251-4
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 23.00 RM 26.00
    Pertemuan AISHA dan AMSYAR bagaikan romeo dan juliet. Tapi hidup Aisha derita selepas berkahwin dan bukan itu sahaja! Perkahwinan itu bertukar tragis apabila Amsyar sanggup berkomplot membunuh Aisha isterinya sendiri. Bermula detik itu Amsyar mula diganggu oleh kelibat seorang wanita dan menganggap itu adalah jelmaan Aisha yang mahu membalas dendam kepadanya. Kelibat itu muncul di mana-mana! 4 tahun berlalu, Aisha yang terselamat dan mengetahui kebenaran kembali sebagai Indah dan memulakan misi untuk bangkit. Bagaikan magnet dia terikat kembali dengan keluarga Amsyar. “Apa maksud awak? Apa yang awak tahu Fattah? Apa yang awak sembunyikan daripada saya?!” - AISHA “Aisha, suami awak mungkin cuba nak bunuh awak.” – FATTAH Aisha cuba berhati-hati dalam setiap langkahnya sebagai Indah tapi umpama ada mata-mata yang selalu memerhatikan setiap langkahnya! Dan dia juga didatangi kelibat entah siapa-siapa yang mahu meminta bantuannya. Adakah Aisha akan kekal sebagai Indah? Apa akan terjadi apabila semuanya terbongkar? Siapa pula kelibat yang sebenarnya? Dan AWAS! Berhati-hati dengan PEMANGSA kerana dia ada di mana-mana!
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Emellda M.A Caption: segala rasa cinta dating dari hati..gemersik di jiwa membawa cinta yang abadi ISBN: 978-967-406-256-9
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 23.00 RM 26.00

    “I love you... Is that the missing word that you forget?” - INDAH

    “I love you. I’m sorry. I will never forget this word. And I will never forget you.” – KAIZRIL

    Orang kata cinta itu dari mata turun ke hati. Tapi sebaliknya yang berlaku antara Indah dan Kaizril. Hanya kerana kesilapan yang indah, akhirnya menjadi titik permulaan cinta mereka. Dengan suara, hati mereka mula menyanyikan lagu rindu. Hati tiba-tiba berbunga-bunga mengenangkan kata-kata si pemanggil misteri. Itulah yang Indah rasai. Indah benar-benar bahagia dengan kehadiran Kaizril Kamaruddin. Kehidupan yang dilaluinya terasa cukup lengkap dengan adanya cinta dan keprihatinan Kaizril. Siapa sangka kebetulan rupanya menjadi pembayang pada pertemuan dua jiwa?

     “Orang handsome macam ni takkan frust kut?”

    “Saya tak frust. Saya sakit rindu. Hati rindu. Jiwa saya rindu. Mata saya rindu. Fikiran saya rindu...”

                  Benarlah cinta sejati tak mudah untuk dimiliki. Kehadiran Johari sebagai pendengki dan keikhlasan Rizal mendamba kasih yang suci... menjadikan Indah lemas dan panasaran dalam mencari erti cinta sebenar. Mampukah indah mencari erti cinta sebenar dengan kehadiran Natasya dalam hidup Kaizril dan dendam  sepupu sendiri iaitu Johari. Semuanya dalam naskah Merindu Tanpa Kata.
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Asraf Shaari Caption: kerana tekanan aku terdengar bisiskan ISBN: 978-967-406-275-0
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 23.00 RM 26.00
    Dibuli dan didera secara fizikal dan emosi, ADAM menjadi tidak keruan. Entah sampai bila dia mampu bersabar dan bertahan sedangkan keluarganya dihina seperti sampah di jalanan hanya kerana kisah silam arwah ayahnya ENCIK TALAHA. Tekanan kian terasa apabila dia mula terdengar bisikan seperti cuba menghasutnya melakukan sesuatu yang sememangnya tidak masuk akal. Selain itu, ibunya pula yakni PUAN KAMARIAH difitnah membela hantu raya. Bukan itu sahaja, wanita yang paling disayanginya itu terpaksa menahan dugaan akibat sikap masyarakat yang tidak menerima mereka seadanya. Dia ingin menuntut keadilan. Dia mahu musuh-musuhnya mati. Hanya kematian mereka dapat memuaskan hatinya. Namun, dia tidak menyedari perbuatannya itu bakal mengundang padah kelak.

    Kau tak rasa dipulaukan ke? Mereka semua berpakat nak buat hidup kau susah!

    “Sejak keluarga kau pindah kat kawasan ni aku rasa macam kampung ni dah tak selamat lagi tau!” – MAK CIK ANI

    “Dia orang semua jahat. Dia orang buli Adam. Diorang buli mak Adam. Adam tak tahan! Mereka semua tu setan! Adam bunuh setan!” – ADAM

    Adakah Adam akan meneruskan hidupnya seperti biasa? Bagaimana dia ingin menebus dosa yang telah dilakukan? Apakah kisah silam yang telah terjadi pada Encik Talaha yang menjadikan Adam semakin menderita selepas ketiadaan ayahnya  itu? Semua jawapan ada dalam novel berjudul BISIKAN SYAITAN ini. Kisah yang mengajar apa itu erti kesabaran, dendam dan pembalasan!

    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Nurharyati Ishak Caption: cinta itu perkongsian, bersatu dibawah nafas kesetiaan dan kepercayaan ISBN: 978-967-406-247-7
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 24.00 RM 27.00
    ADELIA... Adelia, hidupnya tidak seperti gadis lain. Dia sentiasa terkongkong di bawah perintah Ayu. Kemana-mana sahaja dia ditemani Syamil. Namun apakan daya, menyedari akan status diri, dia terpaksa. Menjejak ke negara matahari terbit, hidupnya mula berwarna. Di sanalah dia mula mewarna. Di sanalah dia mula mengenali erti cinta meskipun Syamil seakan bayang hitam yang sentiasa merantai kakinya. SYAMIL... Kehadiran gadis itu sejak kecil sering mengundang amarahnya. Namun dia sedar, ada satu perasaan halus yang mula mengusik hatinya walaupun dia sering menafikan. Namun sikapnya yang sering menengking Adelia membuatkan gadis itu semakin  menjauhinya. DAMIEN... Seorang jejaka Cina yang mula menyinari hati Adelia. Sikapnya yang romantis dan melayan Adelia seperti seorang puteri membuatkan gadis itu mula membuka hatinya perlahan-lahan. Demi ingin melindungi Adelia, dia sanggup mengikat janji cintanya.

    “You betul-betul cintakan I?”

    “Sumpah.” Damien angkat sebelah tangan separas bahu.

    “You janji tak akan curang dengan I?”

    “Lelaki ini adalah lelaki yang paling setia dalam abad ini.”

    “Kalau suatu hari nanti I dah gemuk, you masih setia dengan I?”

    “Takkan sesekali I peduli pada saiz badan you.”

    Namun segalanya bukan mudah. Satu demi satu dugaan mula menguji cinta mereka sehingga terbongkarnya rahsia yang menyebabkan mereka harus mempertimbangkan ikatan yang terbina selama ini. Dengan status diri, rahsia terpendam serta hasad dengki membuatkan mereka semakin jauh.
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Aneh

    RM24.00
    Penulis: Khaidir Helmi Caption: selamat datang ke rumah ni ISBN: 978-967-406-264-4
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 24.00 RM 27.00
    Misteri bermula apabila Aqira mencari rumah sewa untuk tinggal pada semester tiga pengajiannya, demi memberi tumpuan kepada pelajaran dan hobinya, menulis. Diana, kawan baiknya mempelawa Aqira serta dua orang rakan lagi untuk menyewa di sebuah rumah lama. Walaupun berasa aneh dan tidak sedap hati, Aqira menerima sahaja cadangan dan pelawaan itu kerana kesuntukan masa dan percaya tiada apa yang aneh akan berlaku. Aqira cuba memulihkan keadaan dengan memanggil kawan baiknya, Aulia untuk memagar dan memulihkan rumah itu serta rakan serumahnya yang diganggu. Namun ia berakhir dengan tragis. Aulia kemalangan setelah pulang dari rumah sewa itu. Ketika pengebumian Aulia, Aqira terpandang seorang perempuan misteri berbaju batik memegang sebuah buku hitam. Aqira cuba untuk mengenal pasti wajah perempuan itu namun terhalang oleh selendang yang dipakai. Malah perempuan misteri itu juga ghaib secara tiba-tiba. Sebuah buku hitam, perempuan berselendang dan berbaju batik, kejadian aneh saban waktu dan kematian yang tragis menghantui Aqira. Mengapa ia terjadi, mengapa dirinya menjadi mangsa gangguan, mengapa semua kejadian aneh itu berlaku bertimpa-timpa? Aqira bertanya kepada dirinya sendiri sehinggalah dia melihat dirinya sendiri – Aqira yang aneh. Siapa dia yang sebenarnya? Dari mana asalnya?

    “Aqira, aku takutlah. Kenapa benda itu ganggu kita semua?”- DIANA

    “Tak payah takut, Diana. Benda itu takkan dapat masuk selagi aku ada dengan kau.”-AQIRA

    “Kita manusia dan tuhan jadikan kita lebih mulia daripada makhluk lain. Kita ini khalifah di muka bumi. Mana mungkin boleh takut dengan makhluk yang Allah laknat.”-AULIA

    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Dhiyana Caption: Awak ke saya? ISBN: 978-967-406-240-8
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 25.00 RM 28.00
    HANA HUMAIRAH dan UMAR RAYYAN disatukan dalam sebuah perkahwinan keranasebuah rancangan. Dengan berbekalkan sebuah janji untuk menjaga dan membahagiakanHana, Umar melamar wanita itu. Hana yang pemalu apabila berhadapan dengan Umar Rayyan, kini telah berubah tiga ratus enam puluh darjah selepas berkahwin. Hana terpaksa menukar strategi demi memikathati encik suami yang kejung dalam soal hati dan perasaan. Pelbagai strategi diatur untukmencairkan hati keras Umar. “Saya tak cukup anggun dan menawan ke untuk buatkan awak jatuh cintadengan saya?” – HANA HUMAIRAH “Mood romantik? Aku... mood romantik? Dalam mimpi kau ajelah!” – UMAR RAYYAN Umar Rayyan yang kejung tidaklah seperti gelaran yang diberi. Perasaan sayang dan cinta kepada Hana tetap terusik dalam hati. Hana adalah segala-galanya bagi dia. Kegembiraan dan juga kebahagiaan Hana adalah keutamaan baginya. Cuma... bayangan kisah silam membuatkan bibirnya sukar untuk bekerjasama dan berterus terang kepada Hana. Masih ada lagikah peluang untuk mereka berdua mengecapi kebahagiaan apabila rahsia tersebut diketahui? Adakah Umar akan menyambut kata sayang daripada Hana? Adakah Hana akan kembali semula ke pangkuan Umar? Adakah Umar akan setia pada Hana? Pengantin Tangkap Muat... bukan sekadar janji mampu dilafazkan tetapi kesetiaan tetap menjadi tagihan.
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Aein Dhiyauddin Caption: saya berjanji selagi hayat ada, saya akan lindungi awak dan tak akan biarkan awak menangis lagi ISBN: 978-967-406-249-1
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 25.00 RM 28.00
    Kerana kecurangan Faris, Hannan Aisya berhijrah ke bandar membawa hati duka lara. Saat Aisya bergelut dengan rasa sedih dan kecewa muncul pula Auzan Rudi Shauqi yang selalu memperlekehkan dirinya, malah dia lebih seronok membuli Aisya.  

    “Geum Jan Di…”

    “Hah!”

    “Geum Jan Di.”

    “Siapa tu?”

    “Nama baru awak.”

      Bagi Aisya, Shauqi hanyalah langau yang mengganggu hidupnya. Namun pernyataan cinta seseorang kepada Aisya membuatkan Shauqi jauh hati.  

    “Along tak tau kenapa pertama kali jumpa dia along rasa… satu perasaan yang lain. Along rasa along rindukan dia.” Asyfar Haziq Musyaffa

      Tiba-tiba kehadiran seseorang yang pernah bertakhta dalam hatinya memporak perandakan lagi hidup Aisya.  

    “Abang tau Sya masih cintakan abang… abang yakin sangat.” Faris Hakimi

      Aisya dalam dilema. Antara cinta Faris Hakimi yang pernah mengecewakannya atau Asyfar Haziq Musyaffa, lelaki yang seiras pelakon pujaannya.   Bagaimana pula dengan Auzan Rudi Shauqi? Terima kasih Ya Allah. Izinkan aku mencintai dia hingga ke akhir hayatku’ Cinta siapakah yang akan jadi pilihan Hannan Aisya?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Zura Fayyad Caption: adakah cinta  hanya  dilukai dan melukai ISBN: 978-967-406-258-3
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 25.00 RM 28.00
    PERTEMUAN secara kebetulan antara Fawwaz dan Husna Nazihah ataupun dikenali sebagai Hunny tidak seindah yang disangka. Dan kalau boleh dielak, pasti Fawwaz akan rasa bersyukur kerana tidak perlu bertemu dengan gadis ego dan perasan bagus.

    “Apa ni?”

    “Baju Cik Hunny tu dah koyak. Takkan nak berjalan depan public dengan baju yang koyak tu? Lainlah kalau Cik Hunny tu bintang Hollywood yang suka tayang badan kat public...”

    “Busuk tak jaket kau ni? Kalau busuk, kau simpan sajalah...”

    “Biar jaket busuk, Cik Hunny. Jangan hati kita yang busuk dengan sifat angkuh dan bongkak.”

    Namun dari insiden malang tersebut, mereka menjalin persahabatan. Dan daripada hubungan yang biasa-biasa, hati si gadis mula terpaut dengan karakter si jurujual. Tapi bukan senang untuk tackle hati si jurujual bernama Fawwaz. Hati si jurujual telah dimiliki oleh seseorang.

    “Saya cintakan awak, Fawwaz!!!...”

    “Saya minta maaf, Husna... Tapi cinta saya bukan untuk dijual beli. Saya bukan jurujual cinta yang begitu mudah memperdagangkan cinta saya kepada sesiapa saja termasuklah awak, Husna.”

    Sejauhmanakah Fawwaz dan Husna Nazihah mampu mempertahankan cinta mereka berdua? Ketahui kisah selanjutnya di dalam naskhah Aku Bukan Jurujual Cinta...

    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Suhailah Selamat Caption: jasadnya telah terkubur, sakanya kembali memburu pewaris ISBN: 978-967-406-274-3
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 25.00 RM 28.00
    Hanya kerana sekeping wasiat yang ditinggalkan oleh DATO ZARITH a.k.a tok wan, Aryssa dan Aiman diberi tempoh sebulan untuk bernikah. Seterusnya, perkahwinan tersebut tidak boleh dibubarkan dalam tempoh 5 tahun jika Aiman tidak mahu kelayakannya sebagai pewaris bakal dilucutkan.

    “Eh, kenapa tok wan nak libatkan saya dalam hal ni? Kenapa pula saya mesti kahwin dengan dia? Tak fahamlah!” – ARYSSA

    “Maaflah, itu saya tak tahu. Hal-hal sebegini arwah tak pula beritahu saya. Tugas saya hanyalah melaksanakan apa yang sepatutnya. Hal yang saya tak patut masuk campur, saya tak akan langgar.” – ENCIK KAMAL

    Akhirnya, Aryssa mengalah. Aiman yang disangkakan lelaki pendiam rupa-rupanya kuat mengusik! Tanpa Aryssa sedari, DATIN AINA yang merupakan pewaris saka tok wan, mula merancang sesuatu agar perkahwinan mereka bakal membuahkan benih keturunannya. Keturunan yang bakal mewarisi saka tok wan! Dalam diam, Aryssa telah ditundukkan dengan ilmu batinnya supaya gadis itu dengan ‘rela’ hati menyerahkan diri pada Aiman. Konflik mula timbul tatkala satu demi satu ahli keluarga Dato Zarith dibunuh secara misteri. Pada saat mereka mahu mengecap bahagia, Aryssa mula mengesyaki akan penglibatan Aiman dalam pembunuhan tersebut. Hanya dengan berdasarkan satu bukti. Bukti apakah yang dimaksudkan? Lebih mengejutkan, mungkin juga Aiman merupakan pewaris saka tok wan! Selami keseraman karya pertama daripada Suhailah Selamat ini. Anda pasti meremang!
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Mek Siah

    RM25.00
    Penulis: Izam Nor Caption: demi sebuah perjanjian kau tak akan aku lepaskan ISBN: 978-967-406-278-1
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 25.00 RM 28.00
    Tiga tahun terlantar sakit dan nazak tetap tidak memutuskan nyawa Mek Siah. Dalam keadaan tubuh yang tinggal tulang, Mek Siah masih mempertahan apa yang dimilikinya. Dia merasakan dirinya masih muda dan kuat. Tidak mahu berpisah dengan apa yang menghuni tubuhnya. Pada waktu yang sama penyesalan demi penyesalan di atas keterlanjuran waktu silam sering menghantui. Dalam keadaan yang semakin lemah, Mek Siah mahu mencari pewaris untuk pendamping yang sudah sekian lama berkhidmat untuknya.

    “Cepatlah sembuh, mak. Hanum tak daya dah. Hanum bukan bencikan mak, tapi keadaan mak selalu buat Hanum tertekan. Mak tak kesiankan Hanum ke?” – HANUM

    Tiga tahun juga Hanum menjaga Mek Siah dengan sabar. Biarpun dia hanya seorang menantu, namun dia lebih tahu apa yang ditanggung oleh ibu mentuanya. Baginya, Mek Siah bukan lagi ibu mentuanya. Ada sesuatu yang menghuni jasadnya. Hanum seringkali berhadapan dengan perkara yang pelik dan menyeramkan. Tanpa sedar, dirinya sedang diperhatikan oleh sepasang mata yang tidak kelihatan jasadnya. Darah Hanum yang manis turut menjadi idaman Mek Siah. Antara rela dan paksa, Hanum bersetuju mewarisi apa yang menjadi milik Mek Siah.  

    “Tak boleh tidak, Saad. Esok aku kena ‘kerjakan’ Mek Siah. Entahlah, susah aku nak jelaskan. Tapi aku terbau mayat.” – HAJI LAMIN

    Tidak disangka, kisah puluhan tahun yang lalu terpaksa dibongkar. Haji Lamin sabar mencari jawapan bagi setiap persoalan. Dia dapat melihat api dendam dalam diri Mek Siah. Dia melakukan semuanya atas rasa ihsan dan demi mengenangkan persahabatannya dengan suami Mek Siah, Daud. Tekad Haji Lamin, keadaan Mek Siah harus dipulihkan. Tidak mengira sama ada dalam keadaan hidup atau pun mati. Apakah kesudahan kisah hidup Mek Siah? Pasti akan mengejutkan anda!
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE