Oh! My Hubby Mr.Dentist

RM26.00

Penulis: Bunga Amani

Caption: cinta bukan sebenar-benar cinta, tanpa setia dan percaya

ISBN: 978-967-406-253-8

Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
RM 26.00 RM 29.00

MAWAR… Sungguh takdir itu telah ditentukan oleh Tuhan. Begitu juga dengan takdir Mawar. Hubungan yang terbina selama empat tahun musnah begitu sahaja. Bukan dia yang meminta tapi itulah yang tersurat untuk takdirnya.

Kerana rimas dengan gangguan kekasih lama, Mawar menerima jodoh yang diatur oleh ibu bapanya. Dia pasrah dan ikhlas menerima jodoh itu. Mungkin itulah lelaki yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk dirinya walaupun dia langsung tidak mengenali lelaki tersebut.

MEGAT MIZWAR… Doktor muda yang tenang dan pendiam. Tidak romantik tapi cemburunya dalam diam. Dia menerima Mawar sebagai bidadari siang dan malamnya. Dia tahu apabila lafaz sakinah sudah disahkan, maka Mawar adalah tanggungjawabnya. Biarpun lambat namun dia akan berusaha mencintai Mawar.

“Sayang, abang ni manusia biasa yang kadang-kadang salah dalam membuat keputusan dan pilihan. Jika suatu hari Allah mahu menguji kita dengan ujian yang lebih berat, abang mohon pada Mawar bantulah abang. Jangan biarkan abang rebah dan kalah. Cukuplah sekali abang dah buat salah.”MEGAT MIZWAR.

“Mawar harap abang tak mudah tengadah nanti. Kalau ada perkara tak terduga terjadi dan abang buat keputusan yang sama seperti dulu, waktu tu abang jangan harap nak jumpa Mawar lagi.” – MAWAR.

Bukan mudah bagi Mawar dan Megat Mizwar hendak menggapai bahagia. Saat mereka merasakan pernikahan itulah penutup kepada masalah hubungan terdahulu, satu demi satu ujian menimpa pasangan itu.

Beli Sekarang LAZADA
Beli Sekarang SHOPEE
Category:

Description

“Apa? Kau tak sempat jumpa dia?”

“Tak sempat la Miz.Bila aku sampai je dekat hospital tu dia orang cakap dia dah balik…”

“Nama cik tu kau tahu tak? Dia kerja dekat mana?”

“Nama dia Mawar.Yang lain tu aku tak tahu.Sorry  Miz..”

Megat Mizwar terduduk diam di atas katil.Dia merenung dinding bilik hotel, yang  bercat putih.Meresap-resap rasa bersalah ke seluruh ruang perasaannya.Sepatutnya dia yang menghantar sendiri wanita itu ke hospital.Sepatutnya dia yang berada di sisi wanita itu,bukannya Mazlan yang tak bersalah itu.Entah apalah yang wanita itu akan fikir agaknya.

Sorrylah Miz,aku tak sempat nak buat apa-apalah.Dengar cerita,dia yang minta keluar sendiri dari hospital tu.Nurse yang rawat dia tu cakap.Cik Mawar tak alami luka serius pun.Cuma calar dekat dahi dengan siku je.Yang lain semuanya okey..”

Hurmm…baguslah kalau macam tu.Aku tak senang duduklah Lan kalau tak dapat minta maaf daripada dia.Tapi kalau kau sendiri pun tak tahu dia tinggal dekat mana.Nak buat macam manakan.Aku cuma boleh berharap dia tak simpan dendam terhadap aku jelah…”

Hmm…harap-harap macam tulah Miz.Harap-harap suatu hari nanti kau dapatlah jumpa dia balik ye…”

“Iyelah tu.Rakyat Malaysia ni bukannya seratus orang…hurmm…”Megat Mizwar mengeluh lemah.

“Okeylah Miz, aku letak telefon dulu tau.Nanti kau balik klinik kita bual lagi ye…”

Hurmmby the way  Lan.Thanks ye sebab kau tolong settlekan hal tadi tu untuk aku.”

Hurm…Tak adahal.Bye Miz..”

Bye.”

Setelah berbual lama dengan Mazlan,Megat Mizwar akhirnya melabuhkan badannya di atas katil.Tetapi mata yang mengantuk masih tidak dapat tertutup rapat.Kemalangan pada awal pagi tadi masih bermain-main di halaman fikirannya.Kalau hendak dilihat dari cara kereta itu berpusing-pusing dan jatuh di celah longkang,pasti boleh membawa maut kepada si pemandunya.Namun mujurlah tiada apa yang buruk berlaku.

“Cik Mawar,Cik Mawar.Mujurlah Allah masih sayang pada awak.Kalau tak,seumur hidup saya ni akan dirundum rasa bersalah terhadap keluarga awak.Syukurlah awak selamat.”

“Hiii….kalau ikutkan hati ni,nak aje abang pergi jumpa dengan orang tu.Apa punya teruklah main keluar macam tu je.Kurang ajar!”

Haji Ehsan dan Hajah Azila toleh pada Danial yang sudah naik angin.

“Ala..Mawar pun salah jugalah.Mawar yang masuk lorong kecemasan dan bawak kereta laju-laju,”jawab Mawar sambil mengurut sikunya yang masih terasa sengal dan lenguh-lenguh.Kalau tak kerana Danial yang menggesa tak adalah dia sengaja nak guna lorong itu.Danial yang marah-marah dan suruh dia datang cepat menolong Kak Nurin di kedai.Sudahnya,dia tak sampai juga ke kedai.Tetapi kalau dia cakap begitu kepada Danial pasti, dialah yang terkena balik.

“Mak dengan ayah dah pesan pada Mawar dari dulu lagi.Kalau bawak kereta tu janganlah tergess-gesa.Nak cepat macam mana pun janganlah langgar undang-undang.”Hajah Azila bersuara lembut.Mujurlah anaknya itu selamat dan tak cedera teruk.Sekadar luka di dahi dan tangannya sahaja.

Hurmm….ayah dah cakap dengan kau orang.Berkahwinlah cepat-cepat.Senang nak ke mana-mana.Ini tak,asyik nak bertangguh je.Danial? Kamu ni lelaki,sampai bila nak berkawan dengan anak pak cik ni? Ke hulu ke hilir tanpa hubungan yang sah.Tengok macam kejadian hari ni,nasib baik tak ada apa-apa..”

Danial terdiam sambil tertunduk malu.Manalah cukup lagi duit hantaran yang dikumpulnya itu.Bukan duit hantaran sahaja yang tak cukup,persedian mental dan fizikalnya pun masih  tak cukup.Dia masih belum bersedia hendak berumahtangga.Berumahtangga bermaksud bertambah tanggungjawabnya.Dia masih tak mampu memberi komitmen terhadap perkara itu.

“Danial janji pak cik,bila duit yang Danial kumpul tu dah cukup.Danial akan hantar pinangan.Kalau tak tahun ni,insyaallah tahun depan.”Luah Danial sekadar mahu menyedapkan hati dua orang tua Mawar itu.

Mawar kerling Danial dengan pandangan rimas.Banyaklah tahun depan,ejek Mawar dalam hatinya.Dia tak pasti kata-kata Danial itu jujur atau tidak.

Hurmm…baguslah kalau macam tu Danial.Pak cik kalau boleh tak mahu kamu berdua bercinta lama-lama.Tak manis dan tak elok dipandangan agama.Kita ni orang islam kenalah ikut lunas yang telah ditetapkan.”

“Baik pak cik.Danial faham cakap pak cik.Danial pun kalau boleh tak mahu lama-lama bercinta.Tapi pak cik,bagilah Danial masa sikit lagi..”

“Tak apalah Danial,kalau ada jodoh tak ke manalah tu.Perlahan-lahanlah kumpul duit tu.Janji halal dan berkat.”Hajah Azila menyampuk lembut.

“Pak cik berhasrat benar nak tengok kamu dengan Mawar bersatu Danial.Kamu ni bukannya baru pak cik kenal.Dah lama pun….”

Danial tersengih-sengih malu.Dia bangga kerana Haji Ehsan yang garang seperti singa itu sangat menyukainya.

“Mawar ingat nak pergi buat umrahlah mak,ayah.”Mawar tiba-tiba menyuarakan kehendak hatinya.

Haji Ehsan tergamam,Hajah Azila pula terdiam pelik.

“Kenapa tiba-tiba nak buat umrah pulak ni?”soal Danial.

“Hari ni sepatutnya Mawar  tak mungkin dapat jumpa mak ayah lagi.Tapi Allah lindungi Mawar daripada maut.Kereta Mawar remuk teruk dalam kemalangan pagi tadi.Tapi Mawar calar sikit je.Jadi Mawar bersyukur sangat-sangat mak.Sebab tulah Mawar nak buat umrah.Ini tanda syukur Mawar kepada Allah.”

Dua tahun selepas itu…

 “Mawar? Haritu kakak dengan tunang kakak pergi Mid Valley.”

“Oh ya? Kakak pergi tengok filem baru tu ke?”

Hurm…dah tunang kakak tu nak sangat tengok cerita tu.Kakak pun ikutkan jelah.Hah! Kakak nampak Danial dekat GSC tu,tapi ada seorang perempuan dekat sebelah dia.”

“Perempuan? Ah,mungkin adik dia kot,”syak Mawar tanpa sangsi.

“Adik? Danial tu ada adik ke?”

“Haah,adik perempuan dia belajar dekat UITM Shah Alam.Mungkin dia bawa adik dia jalan-jalanlah kot…”

Nurin terangguk-angguk walaupun kurang selesa.Lain benar wajah adik perempuan Danial itu dengan Danial.Tapi kalau dah Mawar yang cakap begitu,takkan dia nak panjang cerita pula.Akhirnya Nurin biarkan sahaja tajuk perbualan itu berakhir.Malas lagi dia hendak bercakap tentang Danial dan ‘adiknya’ itu.

“Mawar..”

“Ye kak.”

“Mawar dengan Danial tu dah lama sangat bercinta,tak nak bertunang ke? Cepat-cepatlah nikah…”

Mawar tersenyum sinis mendengar soalan Nurin.Kenapa tiba-tiba pula Kak Nurin bersoal begitu terhadapnya.

Hmmm…..”Mawar bergerak semula ke tepi rak kaca yang terletak di tepi dinding.Orang ramai yang melintas di hadapan kedai diperhati seorang demi seorang.Keluhannya itu tadi memberi jawapan kepada saranan Nurin.Sebenarnya sudah banyak kali dia ajukan perkara itu kepada Danial namun tak ada satu pun jawapan yang diterima memuaskan hatinya.Sudah naik tebal kulit pipinya itu kerana asyik membangkit isu yang sama sejak dari dulu.Danial tidak pernah menyeru ke arah itu, kenapa dia pula yang bersungguh-sungguh? Dah macam ‘hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong’orang tak hendak, tetapi dia yang pulun.

Nurin menggeleng kepalanya.Entah Mawar diam kerana tak mahu menjawab atau ada perkara lain yang gadis itu fikirkan.

“Mawar nak tunggu Danial jugak ke ni?”soal Nurin.

“Ye kak.Dia dah cakap tadi nak jemput Mawar.”Mawar tersenyum sambil memeluk tubuhnya.Angin kuat yang bertiup betul-betul menerjah ke seluruh tubuhnya.Berterbangan rambutnya yang kemas dan lurus itu.

Nurin merapati Mawar.Kasihan pula dia melihat gadis itu berdiri sendiri di malam hari yang akan dilanda hujan sebentar sahaja lagi.Sudah banyak kali dia mengajak Mawar menumpangnya namun kesetiaan Mawar terhadap Danial mengatasi segalanya.Nurin menyentuh bahu Mawar.

“Kalau Danial tak datang,Mawar telefonlah kakak ye.Kakak datang.”

Ish,tak apalah kak.Kalau Danial tak datang, Mawar balik naik bas jelah.Susahkan kakak je.”Mawar tersengih-sengih menutup kebimbangannya.Jika Danial tidak datang menjemputnya hari ini, terpaksalah sekali lagi dia pulang ke rumah dengan bas.

Hurm…kalau macam tu.Kakak balik dululah.Mawar jaga diri ye…”

“Baiklah kakakku….”

Nurin tersenyum sambil berjalan dengan berat hati menuju ke keretanya.

Mawar mengigit bibirnya yang kering.Kulit bibir kering dan merekah ditarik kuat dengan giginya.Rasa pedih dan sakit.Di dalam hati dia mula berdebar-debar dan resah menanti orang yang dicintai tiba.Kereta Myvi milik Nurin juga sudah lama pergi meninggalkannya.Gelap malam ditambah dengan kedinginan angin yang bertiup,mencucuk-cucuk ke setiap sendi tulang Mawar.Tiba-tiba beg tangan Mawar bergegar kuat…

Hello abang..?”

“Sayang,abang tak dapat jemputlah malam ni.Abang dekat tempat kerja lagi ni.Sayang balik naik bas tau…”

Mawar terdiam.Belum sempat dia mahu menjawab Danial telah pun memutuskan talian.Berkaca kelopak matanya dengan tiba-tiba.Aku dah agak perkara ni akan terjadi.Mawar menyapu air mata yang ingin tumpah.Sudah beberapa kali Danial buat begitu terhadapnya.Sejak kebelakangan ini perangai Danial sungguh pelik di matanya.Malah perasaannya terhadap lelaki itu juga makin tawar heber.

Mawar mula mengatur langkah ke perhentian bas.Namun belum pun sempat dia tiba di situ,guruh berdentum kuat di langit dan tidak sampai dua saat hujan dengan garang turun mencurah-curah menghimpap bumi.Mawar berusaha berlari pantas ke arah perhentian bas.Baju kerja berwarna putih yang dipakainya basah lencun.Bibir Mawar terketar-ketar kerana kesejukan yang teramat sangat.Beberapa orang pemuda lelaki yang ada di bawah perhentian bas itu memerhati ke arah tubuhnya.Tanpa membalas renungan lelaki-lelaki itu Mawar segera memeluk kuat beg tangannya yang kecil ke dada.Dasar lelaki! Marah Mawar di dalam hati.

Mawar memandang ke arah jalan raya.Syukurlah,bisik Mawar.Bas yang dinanti tiba-tiba pula muncul.Mawar berdiri tepat di tepi jalan sambil menadah sahaja air hujan yang turun di atas kepalanya.Dia sudah tidak peduli dengan air hujan.Yang penting,hilang di hadapan mata-mata lelaki yang sedang memandang dengan ghairah ke arah tubuhnya.Sebaik sahaja kaki Mawar melangkah menaiki bas.Dia tersentak.

Alamak! Biar betul nih? Aku je ke yang kena berdiri ni? Hiii…apa punya malanglah nasib aku hari ni.Mawar menggenggam kuat pemegang.Di luar sana hujan masih lagi turun dengan lebatnya.Saat yang memalukan ini Mawar terus teringatkan Danial.Kenapa dia buat macam ni pada aku? Betul ke dia masih dekat tempat kerja sebenarnya ni?

“Kak..nah pakai ni.”

Huh?”Mawar terperanjat takkala tubuhnya tiba-tiba disarung sehelai baju panas.Dia merenung tepat ke dalam mata seorang pemuda.

“Duduklah dekat tempat saya tu.”Iman tersenyum sambil memimpin gadis bertubuh kecil itu  ke arah tempat duduknya.Sejak dari tadi dia memerhati gadis terbabit.Rasa belas dan kasihannya terhadap gadis itu menggunung tinggi apabila melihat beberapa orang penumpang di dalam bas berbisik-bisik.Jelas mereka semua sedang bercakap tentang kulit putih gadis tersebut yang jelas kelihatan di sebalik baju kemeja nipis yang basah.

Mawar tidak menolak.Malah dia segera mengucapkan terima kasih kepada pemuda yang masih muda dan bersekolah itu.Mujur ada juga yang prihatin seperti pemuda itu.

“Kenapa muka awak masam je nih?”soal Iman kepada teman wanitanya.Biarpun begitu  ingatannya masih terkenangkan wajah wanita yang dibantunya sebentar tadi.Entah bila aku akan bertemu dengan dia lagi agaknya ye.

Huh! Macamlah tak faham.Shila berdengus kuat.Sakit hatinya melihat wajah Iman yang mengelamun jauh.Pasti masih ingat tentang gadis tadi.

“Sampai hati awak bagi sweater yang saya hadiahkan  dekat perempuan tuh! Awak ni betul-betul tak hargai pemberian saya kan!”marah Shila dengan tiba-tiba.Kaki yang melangkah pun tiba-tiba turut berhenti.

Iman mengebam mulutnya.Baru dia perasan akan hal itu.Sungguh dia tak perasan tentang semua itu tadi.Niatnya hanya mahu membantu menutup tubuh gadis malang itu sahaja,tak lebih daripada itu.Iman menyentuh tapak tangan Shila yang lembut.

Sorry okay,saya betul-betul tak sedar.Saya tak sampai hati biar orang lain asyik tengok badan dia tadi.Awak pun perasankan baju dia nipis dan orang dalam bas asyik perhati badan dia…”

“Eh! Biarlah orang lain nak tengok tubuh dia pun.Saya tak pedulilah baju dia nipis ke dia tak pakai baju ke! Yang awak pergi sarung baju yang saya hadiahkan tu kenapa? Baju tu tak sampai sejam pun awak pakai.Tiba-tiba awak bagi dekat perempuan lain pulak!”Shila betul-betul naik angin mengenangkan perkara itu.Dia betul-betul tidak menyangka Iman akan bangun dan menyarung tubuh perempuan itu dengan hadiah hari jadi pemberiannya.Sanggup pulak Iman menyuruh perempuan yang entah siapa itu duduk di sebelahnya.Lebih menyakitkan hati, dia perasan Iman asyik mencuri pandang wajah wanita yang comel itu ketika di dalam bas.Memang sukar hendak percaya semua itu boleh berlaku di depan matanya.

“Eh? Kenapa awak marah sangat ni? Shila awak kan perempuan.Takkan awak sanggup cakap macam tu?”Iman berjalan mendahului Shila.Dia malas hendak berbalah dengan teman wanitanya itu kerana cemburu yang membuta tuli.

“Iman! Awak ada hati dekat betina tukan!”jerit Shila tiba-tiba.Bergema suaranya di lorong belakang kawasan perumahan.Laluan yang sering diguna mereka berdua untuk pulang ke rumah.

Iman berhenti melangkah.Dia berpaling dengan lemah mengadap Shila.

“Kenapa awak macam ni Shila? Saya tak tahanlah awak suka marah-marah macam ni.Kenapa awak tuduh saya ada hati dekat perempuan yang entah siapa tu? Tak cukup lagi ke dekat sekolah awak tuduh saya ada hubungan dengan pelajar perempuan lain? Tak puas lagi ke awak kontrol saya sampai saya tak boleh nak lepak dengan kawan-kawan saya sendiri? Saya sanggup tolak kawan-kawan saya semata-mata nak sambut birthday saya dengan awak seorang tapi….”

“Tapi apa Iman? Awak menyesal?”Shila dengan berani mencabar Iman.Dia tahu Iman tak akan berani cakap lebih daripada itu.

Iman menarik nafas perlahan-lahan.Sudah cukup lama dia bertahan dengan perangai Shila yang suka mendesak dan mengawal setiap tingkah lakunya.Siapa Shila? Bukankah mereka masih belajar,kenapa dia harus ikut telunjuk Shila pula?

Humm..saya rasa setakat ni jelah hubungan kita Shila.Saya nak putus!”tegas Iman dengan nada kuat.Tanpa  membuang masa dia terus berjalan laju meninggalkan Shila terkebil-kebil sendiri.

“Kurang ajar punya jantan!”Shila menggenggam penumbuknya kuat.Dia terkejut dengan keputusan Iman.Bagaikan mimpi Iman boleh berubah dalam sekelip mata.Semuanya gara-gara seorang gadis yang baru pertama kali dipandangnya.Kat dalam sekolah tu lagi banyak budak perempuan yang comel dan cantik tapi kerana perempuan baju nipis tu,kau putus dengan aku Iman.Kurang ajar!

“Alamak? Macam mana boleh terbawak balik pulak nih? Ala…macam mana nak pulangkan balik ye?” Mawar membelek-belek baju panas berwarna biru tua yang telah disarung pada tubuhnya ketika di dalam bas tadi.Entah siapa nama budak lelaki tu pun dia tidak sempat bertanya.Baju panas yang sedikit basah dibawa terus ke bilik air lalu dimasukkan ke dalam baldi.Tanpa membuang masa,Mawar terus membasuh dengan bersih dan menyidainya di ampaian.Mawar merenung lama baju panas yang sudah basah lencun itu.Entah kenapa wajah remaja lelaki yang masih mentah itu mula memenuhi ruang ingatannya.

Tok! Tok! Tok!

Mawar tersedar dari lamunan.Dia menoleh ke arah pintu rumah yang baru sahaja diketuk kuat.Siapa pulak nih? Tanpa membuang masa Mawar terus meluru ke arah pintu dan menyelak perlahan.

“Abang?”berkerut dahi Mawar melihat Danial berdiri terpacak di hadapan pintu itu.Tadi cakap masih dekat tempat kerja tapi kenapa tiba-tiba pulak dia muncul nih? Biarpun masih kurang jelas, Mawar tetap melangkah keluar menyambut kedatangan Danial.

“Sayang naik bas ke tadi?”soal Danial.Dia merenung seluruh tubuh Mawar.Baju kerja Mawar masih tersarung pada tubuh dan baju itu kelihatan basah.Dia kena hujan ke?

Mawar hanya mengangguk kepalanya.Malas aku nak jawab.Dia yang suruh aku naik bas boleh tanya pulak.Hii…nak aje aku bagitahu pasal budak lelaki tadi tuh.Tengok sikit apa reaksi dia.Mawar meluahkan segala rasa tidak puas hatinya di dalam dada.Kalau dia luahkan di hadapan Danial pasti lelaki itu akan bertingkah dan memberi banyak alasan.Akhirnya dia yang akan ditinggalkan lagi.

Danial dapat mengesan sesuatu takkala melihat gerak anak mata Mawar.Dia tahu Mawar merajuk.

“Jomlah kita keluar makan.Tadi abang dah usaha nak keluar awal tapi banyak kerja dekat office.Ini pun abang main balik je.Abang risau pasal Mawar.Mawar tu bukan pandai naik bas pun selama ni…”

Mawar menjeling Danial…Huh! Apa kena dia nih? Dia ingat aku ni budak lagi ke? Dia ingat aku tak boleh berdikari agaknya.Dah banyak kali pun aku naik bas.Cakap tu tak fikir dulu.Suka pandang rendah dekat aku…Boleh jalanlah!

“Kali ni dah masuk tiga kali Mawar balik naik bas abang.Mawar ingat lepas ni Mawar nak tempah je kad bas.Senang sikit nak naik bas…”Perli Mawar.Sakit hatinya masih lagi tak terubat.Bukannya datang nak pujuk atau minta maaf ke.Ini boleh perlekeh aku pula.Dia ingat selama ni aku hidup atas bantuan dia je ke.Hei…aku pun boleh hidup sendirilah! Mawar mula naik angin.Entah kenapa dia boleh emosi begitu.Selama ini dia biarkan sahaja Danial mengurus hidupnya tapi beberapa minit yang lalu dia sedar.

Danial menarik muka masam.Dia sedar Mawar sedang memerlinya.

“Okey,buatlah.Hmm…Mawar nak keluar dengan abang tak nih?” Danial sudah tidak mampu bertahan.Dia datang semata-mata mahu menyejukkan hati Mawar tapi dia pula yang terbakar.

Huh? Dia tak pujuk aku pun? Dia nih memang teruk betullah.Mawar semakin tertekan.Sudah lama dia bersabar dengan sikap Danial.

“Mawar tak laratlah.Dah tak ada selera nak makan lagi,sorry,” ambik kau! Dia ingat aku nak menyerah macam selalu.Mawar merenung ke dalam mata Danial.Dia masih mahu menunggu jawapan balas Danial namun…

Danial memandang wajah Mawar lama.Sakitnya hati tuhan sahaja yang tahu.Kalau boleh dia mahu mengheret Mawar ke keretanya dan memaksa kekasihnya itu mengikutnya.Tetapi dia malas.Telefon di dalam poket seluar sejak dari tadi bergegar.Dia tahu siapa yang menghubunginya.Danial menarik keluar telefon bimbitnya dan melihat nama pemanggil.Mujurlah,bisik Danial dalam hati.Kalau dengan Mawar hatinya panas bagai kena bakar dia boleh pergi kepada orang lain.Tanpa sepatah kata,Danial mula menyusun langkah meninggalkan Mawar sendirian.

Huh? Mawar menggeleng kepalanya.Langkah Danial yang laju dipandang lesu.Lelaki itu langsung tidak menoleh mahupun kembali mendapatkannya.

“Abang betul-betul dah berubah.Macam ni abang layan Mawar? Agaknya betullah apa orang cakap.Hubungan kalau dah lama sangat memang tawarlah jadinya.Agaknya abang sekarang ni memang dah tawar hati dengan Mawar.”Mawar terus teringatkan janji yang ditabur Danial terhadap ayahnya dua tahun lalu.Manis betul lidah Danial menutur kata.Tetapi kini,lelaki itu benar-benar sudah lupa dengan janjinya.

“Dah sebulan? Biar betul nih Mawar?”Nurin dengan mata terbeliak memandang tepat ke arah Mawar yang masih bersahaja sambil memeriksa kotak-kotak kek yang baru tiba.

“Betullah kak.Dah sebulan kami tak jumpa.Mawar telefon pun dia tak angkat.Mesej pun dia tak balas.”Mawar cuba mengawal sebak yang makin menular di dalam dada.Setiap hari dia cuba menghubungi Danial namun tidak pernah sekalipun teman lelakinya itu menjawab.Permohonan maaf juga sudah dikirim beberapa kali tetapi Danial langsung tidak mengendahkannya.

Ish,lelaki jenis apa merajuk sampai macam tu sekali.Dahsyat juga Danial ni merajuk ye.Sebab kes malam tu je dia marah sampai hari ni? Tak guna betullah!”lepas Nurin dalam nada marah tidak terkira.

Mawar hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Nurin.Dia juga sudah malas hendak fikir tentang hubungannya dengan Danial.Kalau Danial sudah tak mahukan dirinya, dia terima.Mujurlah mereka masih belum berkahwin.Jika tidak mahu lemas dan terseksa.Bak ‘digantung tak bertali’.

“Entahlah kak,kadang-kadang Mawar fikir nak putus je dengan dia…”

“Putus jelah Mawar.Buat sakit hati je lelaki macam tu.Mawarlah suka bagi muka sangat dengan Danial tuh.Cari je orang lain Mawar.Biar melopong Si Danial tu.Orang lelaki ni tak boleh dilayan baik.Kita ni punya setia tapi dia pijak kita pulak…”

Ermm…nak cari lain tu memanglah boleh kak.Tapi nak cari yang tak sama perangai dan lebih baik tu yang susah.Bila difikirkan balik,Danial tu baik juga sebenarnya.Selama kami bersama,dia dah banyak tolong Mawar.Cuma sejak kebelakangan ni je dia lain sikit,”luah Mawar sambil merenung ke arah pelanggan wanita yang menolak pintu kedai.

Hello..”

Hiwelcome,”jawab Nurin dan Mawar sekaligus mematikan perbualan mereka tentang Danial.

Nina berjalan terus ke kaunter dengan wajah tersenyum.

“Cantiknya….”luah Mawar tanpa sedar.Dia menyambut senyuman pelanggan tersebut dengan bangga.Belum pernah dia melihat pelanggan yang masuk ke kedai mereka begitu cantik seperti wanita itu.

Thank youErr…boleh tolong saya tak?”Nina berdiri sambil matanya melilau melihat beberapa jenis kek yang berada di hadapan matanya.Entah mana yang patut dia pilih?

Mawar keluar dari kaunter dan mendekati wanita tinggi lampai terbabit.Bau minyak wangi  pada tubuh ramping wanita tersebut menyerap masuk ke rongga hidung.

“Ada apa-apa yang saya boleh tolong?”

Yes thank you,err..actually I nak belikan kek untuk boyfriend I,tapi I tak sure dia suka makan kek apa.Boleh you pilihkan untuk I tak?”

Mawar mengerling Nurin di belakang pelanggannya itu.

Nurin menjongkitkan bahunya.Dia menyerahkan pelanggan tersebut kepada Mawar dan pelanggan lain yang baru masuk dilayan penuh mesra.

Errr…susah juga nih.Kalau cik boleh bagitahu flavor apa yang dia suka bolehlah saya pilihkan.Kalau saya tersalah pilih takut pula boyfriend cik tak makan …”Mawar tersengih-sengih.

“Tak apa,you pilih je.You boleh pilih kek yang you suka makan.I memang tak tahu sangat nak pilihkan kek untuk lelaki.Lagipun boyfriend I tu jenis tak kisah.Janji yang bagi tu I..so apa yang you tunggu?…”

Huh? Okey,kalau cik dah cakap macam tu…ermm..kalau saya pilih cheese cake macam mana?”Mawar benar-benar  rasa tidak selesa.Kalaulah teman lelaki wanita itu tidak suka nanti bagaimana? Buatnya wanita ini datang dan mahu pulangkan semula? Mereka juga yang rugi.

Nina memandang tepat ke dalam bola mata Mawar.Dia sebenarnya mahu cepat beredar dari tempat itu.Kalau tidak kerana pengurusnya yang mengingatkan pasti, dia sudah lupa bahawa hari ini adalah hari jadi Megat Mizwar.

Missyou boleh cepat tak? I nak cepat ni,”arah Nina serius.Dia malas mahu bermain soal jawab dengan Mawar lagi.

Mawar terkedu.Nyaris-nyaris dia dimarahi pelanggan wanita itu.Nampak gaya wanita itu benar-benar tidak kisah dengan kek yang dipilihnya.Ermm…macam mana nih? Dia nak biar aku buat semuanya ke? Hish…lantaklah.Nanti kalau pakwe dia tak suka biar dia jawab sendiri.Mawar membawa sebiji kek yang telah dipilihnya ke sebuah meja di tepi kaunter pembayaran.Tanpa berpaling ke arah wanita tersebut dia terus mendekorasi kek itu mengikut kesukaannya.Setelah memasukkan kek ke dalam kotak, Mawar terus ke kaunter pembayaran.

“Cik…dah siap.”Mawar tidak berani lagi memandang wajah wanita tersebut.Harapannya cuma satu, wanita itu berpuas hati dan terus membayar.

Nice!..Err..you ada greeting card tak?”

“Oh,ya sekejap ye.Saya ambilkan…”Mawar mencari-cari kad yang sesuai untuk diserahkan kepada pelangganya.Namun…

“Tolong tuliskan untuk I…tulislah ayat apa pun…dan akhir sekali tulis to my love Miz..”

What the….Mawar sungguh tidak berpuas hati dengan pelanggannya itu.Kenapa dia pulak yang harus menulis kad ucapan untuk teman lelaki orang lain? Kenapa wanita itu tak mahu menulisnya sendiri? Hish…menyampah pulak aku dengan perempuan ni.Nasib baik kau pelanggan aku.Dengan terpaksa Mawar mula mengerakkan jari-jemari mengikut idea yang terlintas dalam fikirannya.Setelah siap dia menghulurkan kad kecil itu kepada Nina.

Thank you so much….Bye.”Nina mengambil kotak kek lalu dengan senyuman puas dia mengangkat kaki keluar dari kedai.

“Alahai,ada juga orang macam ni? Teruk betul.Apa punya malanglah  kekasih dia.”Mawar menggeleng kepalanya dan meneruskan kerja seperti biasa.

Happy birthday sayang.And this is for you..”Nina mengeluarkan kek keju yang dihias cantik di atas meja betul-betul di hadapan Megat Mizwar.Kad ucapan kecil yang terjatuh takkala kotak kek itu dikeluarkan daripada beg dihulur kepada doktor muda yang dari tadi asyik tersenyum manis.Kedua belah lesung pipit dan baris giginya yang putih bersih jelas kelihatan tika dia mengukir senyuman.Nina menghembus nafasnya perlahan.Lega melihat reaksi Megat Mizwar.Entah apalah ayat yang ditulis oleh pekerja kedai kek itu agaknya? Dia langsung tidak sempat melihat isinya.Nina menarik kerusi di hadapan meja Megat Mizwar dan duduk perlahan-lahan.

Megat Mizwar membelek-belek kek keju setengah kilogram yang dibeli Nina.Kad ucapan kecil ditenung lama.Setiap kali dia mengulang baca ayat tersebut dia melirik matanya ke arah Nina.Entah kenapa dia sukar hendak percaya bahawa Ninalah yang telah menulis ayat itu kepadanya.Namun dia tak mahu mempersoal.Ingatan Nina lebih penting.

Thanks,”ucap Megat Mizwar sambil berdiri.Dia tiba-tiba mengeluarkan sesuatu daripada laci meja dan berjalan perlahan ke arah Nina.

Nina mengerut dahinya.Bukan kerana ucapan pendek Megat Mizwar tadi tetapi tingkah-laku dan lirikan mata Megat Mizwar itu.Dia boleh baca apa yang sedang berada di dalam fikiran lelaki itu saat ini.Ah! Janganlah dia buat benda tu lagi.Nina berdoa dalam hati agar apa yang difikirkannya itu tidak menjadi kenyataan.Tetapi…

Megat Mizwar menayang kotak baldu berwarna biru lalu membukanya perlahan.Dia tiba-tiba berlutut di sisi Nina.

Oh God! Nina memejamkan matanya.Sukar dia hendak terima cincin bertakhta berlian di depan matanya itu.Bukan kerana dia tidak suka rupa cincin itu tapi dia tak mampu hendak terima.

Please don’t say no.I hope this is going to be the last time I’m asking you about this.Would you please be my bride…”Megat Mizwar menanti sambil merenung wajah bujur Nina.Dia menggenggam kuat jari-jemari Nina.Sudah hampir dua tahun usia hubungan mereka namun Nina masih tetap tidak mahu mengikat hubungan itu seketat dan sekukuh yang boleh.Sudah banyak kali dia melamar Nina tetapi semuanya ditolak gadis itu.Kali ini dia ingin mencuba lagi.

“Sayang…jangan buat I rasa bersalah boleh tak? Dah banyak kali I cakap yang I masih tak bersedia nak berumahtangga.Lagipun, bagilah I puas dengan kerja I dulu.Masih jauh lagi perjalanan yang I  kena tempuh Miz.I harap sangat you  boleh tunggu I untuk beberapa tahun lagi…”Nina mengambil kotak cincin di atas tapak tangan Megat Mizwar lalu menutupnya semula.Cincin berlian di dalam kotak itu langsung tidak disentuhnya.

Megat Mizwar yang hampa bangun perlahan.Dia menggeleng kepalanya beberapa kali.Begitu mudah Nina menolak dan memberi alasan.Bagaimana pula dengan dirinya? Apakah gadis itu langsung tidak memikirkan perasaannya?

“Kalau macam tu ,apa kata kita bertunang dulu.Lepas tu ikut youlah nak tangguh berapa banyak tahun pun….”

No,Miz.I tak nak ada apa-apa ikatan pun sekarang ni.lebih selesa macam ni.Kalau you sayangkan I  tolonglah faham.Bukan I  tak nak kahwin dengan you.Ofcourse I  hanya nakkan you sayang.But,at this moment I hanya nak tumpukan lebih perhatian  pada kerjaya I.You tahukan macam mana I berusaha nak capai apa yang I dapat sekarang..”Nina menagih simpati dan ehsan Megat Mizwar.Dia tak mahu ikatan yang ingin Megat Mizwar bina itu memusnahkan kerjayanya.

Megat Mizwar terdiam.Di dalam hati dia sedih dan kecewa dengan sikap Nina.Dia malu dan tersinggung.Sanggup Nina menolak lamarannya untuk kali ini.Apakah Nina fikir dia lelaki yang tak  ada maruah.Asyik mengejar sesuatu yang sukar hendak dicapai.Megat Mizwar terbukam diam.Matanya mula berkaca.Sebelum air mata mula menitis dia memejam rapat dan segera menghilangkan titisan air mata itu.

“Baiklah Nina,terpulang pada you.I tak akan minta apa-apa lagi lepas ni.Kalau you rasa dah bersedia you bagitahulah I,”luah Megat Mizwar dengan suara yang hambar.

“Alaa….sayang.I tahu you kecewa dengan I.I minta maaf Miz.I really love youbut..”

It’s okay, Nina…I faham apa yang you nak cakap.And I hope you akan capai apa yang you nak ….I doakan you berjaya,”luah Megat Mizwar perlahan.

“Biar betul kau ni Iman? Kau sanggup putus dengan Shila hanya kerana perempuan yang kau tak pernah kenal tu?”Johan menggeleng kepalanya tidak percaya.Sudah hampir sejam mereka berdua pusing-pusing di kawasan yang diceritakan Iman namun gadis comel kegilaan sepupunya itu tidak jua muncul-muncul.

Hmmm…Iman melepaskan satu keluhan lemah.Sudah sebulan dia cuba menjejaki gadis yang pernah dibantunya dahulu namun tiada satu pun bayang-bayang mahupun kelibat gadis itu dilihatnya.Aneh dan pelik.Dia masih ingat dengan jelas perhentian bas tempat gadis itu menaiki bas suatu ketika dulu.Bukan semalam,malah setiap malam dia akan tercongok di dalam kereta memerhati perhentian bas itu namun tak juga gadis yang diharapkannya itu menjelmakan diri.

“Kalau tak kerana aku ingatkan perempuan tu,sampai sekarang pun aku masih bertempek sebelah Shila.Entahlah Johan,biarpun baru pertama kali aku nampak dia,aku rasa berbaloi putus dengan Shila tu,”luah Iman puas.

“Sekarang ni dah sebulan kau tunggu ‘bulan jatuh ke riba’,tapi tak juga jatuh-jatuh.Macam mana? Berbaloi ke?”Johan menjeling Iman tajam.Kalau tak kerana Iman sepupu rapatnya  tak akan sesekali dia turut serta.Buang masa dan tenaga sahaja.Entah-entah Si Iman ni nampak hantu agaknya,err seram aku.Johan mengurut lehernya yang tiba-tiba meremang.

Tuh dia! Masya Allah…at last,”Iman meluru keluar dari kereta.Dia sudah tidak mampu mengawal keterujaannya takkala melihat wajah si comel yang dirinduinya.

“Iman!”jerit Johan dari dalam kereta.Dia betul-betul terkejut mendengar suara Iman yang tiba-tiba menjerit tadi.Adik sepupunya itu kini sudah jauh ke seberang jalan menemui.Waaa…patutlah Iman macam orang gila cari dia tu.Memang cutelah.Hmmmm…melepaslah kau Shila.Johan menjadi pemerhati dari jarak jauh.

Iman yang berdebar-debar cuba mendekati wanita beruniform putih itu.

Errr..assalamualaikum?”ucap Iman dengan penuh lembut.

Mawar mendongak memandang seorang remaja lelaki di sebelahnya.Dahinya berkerut-kerut membalas senyuman remaja itu.Siapa nih? Ermm

“Waalaikumusalam…err…adik ni siapa?”itulah kiranya ayat yang agak sesuai dilontarkan memandangkan remaja itu bersikap sopan terhadapnya tadi.Mawar cuba mengamati wajah remaja itu bersungguh-sungguh.Mungkin dia pernah jumpa di mana-mana…

Iman duduk tanpa meminta kebenaran.Rasa tak selesa pula bila dia dipanggil dengan gelaran adik sebentar tadi.Namun begitu Iman tetap tersenyum manis.

Err..agaknya cik ni dah lupa siapa saya? By the way…saya Iman,pelajar sekolah yang sarungkan baju panas pada tubuh cik atas bas sebulan yang lalu…”Iman terus memperkenalkan dirinya.Dia sudah tidak mahu menunggu.Sebulan dia menanti,mencari dengan penuh sabar.Tetapi malam ini dia tidak boleh bermain teka-teki lagi.

Mawar menutup mulutnya yang mula ternganga.Sekalipun dia tidak pernah lupa tentang remaja lelaki itu sebenarnya.Cuma wajahnya sahaja yang dia tidak pasti.Sebulan baju panas itu bergantung di dalam almari bajunya.Setiap hari dia berharap akan bertemu semula dengan remaja itu namun takdir tidak memihak.Tetapi malam ini sekali lagi mereka bertemu.Mawar tersenyum sambil menghulur tangannya tanda rasmilah perkenalan mereka berdua.

“Sebulan saya tertunggu-tunggu adik,akhirnya bertemu juga ya kita.Tapi sayangnya,hari ni saya tak bawa baju panas tu…”

Iman tergamam sambil menyambut huluran tangan si gadis yang sudah berjaya menjadi ratu dihatinya.Ah? Lembutnya tapak tangan dia,bisik Iman.Dia tersenyum malu.

“Jangan panggil saya adik,tak selesa pula bunyinya.Panggil je saya Iman.Err… cik ni nama apa ye..?”Iman cuba memberanikan diri.Dia yang sangat gembira terus terlupa tentang Johan yang masih menanti di seberang jalan.Setiap minit yang berlalu bagaikan saat berharga buatnya.

Mawar mengangguk kepalanya.Namun di dalam hati dia resah bercampur bimbang.Kalau Danial melihat dia bersembang dengan budak lelaki ini bagaimana? Kekasihnya yang seorang itu kuat sangat cemburunya.Tapi diakan dah sebulan tak jumpa aku.Mawar cuba menenangkan hatinya.Wajah Iman di sebelah dipandang sekali lagi.Dari pandangan Iman itu dia dapat rasakan sesuatu yang tidak kena.Budak ni…sukakan aku ke? Ish…tak mungkin kot.

Mawar terlentang di atas katil,matanya yang bulat dan kecil merenung tepat pada siling.Dadanya berdebar-debar kencang.Perut yang kosong bagai bergelora di dalamnya.Bunyi kipas angin yang perlahan dapat didengarinya dengan jelas.

“Kenapa dengan aku nih? Perasaan ni….”Mawar mengurut dadanya perlahan.Dia cuba memejamkan matanya serapat yang mungkin namun wajah Iman mula menjengah.

“Ah! Tak mungkin.Aku tak mungkin suka budak sekolah tu.Dia baru 19 tahun dan aku dah 25 tahun.Jauhnya usia aku dengan dia..”Mawar bangun dari katil dan bergerak ke sebelah tingkap cermin.Kalaulah Danial tahu aku rapat dengan budak sekolah tu sekarang mesti dia akan tinggalkan aku.

Tapi Danial dah lama tak datang jumpa aku.Hubungan cinta kami ni dah terputus ke? Kalau ya dia nak putuskan hubungan ni datanglah jumpa aku dulu,bagitahulah sebabnya.Mawar menyapu air mata yang mengalir di pipinya.Sekian lama dia menanti namun Danial tidak juga datang menemuinya.

Ting!

Mawar menoleh pada telefon bimbitnya.Satu mesej telah masuk dan dia segera berjalan lalu mengambil telefon yang tersadai di atas katil..

‘Dah tidur?’

Mawar tersenyum hambar.Kalaulah mesej itu daripada Danial alangkah bahagianya namun harapan cuma tinggal harapan.Remaja bernama Iman yang sibuk mengambil berat tentang dirinya saat ini.Mawar tidak membalas sebaliknya terus mematikan telefon bimbit itu.Aku tak sanggup nak curang dengan Danial,bisik hati Mawar.

Iman menanti mesejnya dibalas namun hampir lima minit dia bergolek-golek di atas katil tak juga telefon itu berbunyi.Dia lantas bangun dan cuba menghubungi Mawar.

“Dia off handphone? Tapi kenapa dia buat macam ni?”Iman tidak puas hati.Dia yang hanya berbaju singlet terus meluru ke arah bilik Johan.

Wei!”jerit Johan terkejut.Sampai hati Iman main masuk begitu ke biliknya takkala dia sedang membelek muka yang berjerawat di hadapan cermin.Nak tercabut jantungnya kerana terlampau terkejut.Menyesal pulak dia kerana tidak mengunci pintu tadi.

Namun Iman, dengan muka tidak bersalah terus duduk di atas katil Johan.

“Johan,kenapa dia tiba-tiba tak nak balas mesej aku hah? Dia tak ada kredit ke,atau telefon dia rosak?”soal Iman dengan wajah resah.

Johan terdiam.Dia mengerling Iman dari dalam cermin.Ada satu lagi ayat yang tidak disebut sepupunya itu.Mawar sengaja tak nak balas,itulah jawapannya.Tetapi dia diamkan sahaja.Untuk beberapa saat, bilik itu sunyi sepi.Johan menyapu wajahnya dengan krim pelembab perlahan-lahan,dia dapat lihat dengan jelas wajah suram Iman.Tak pernah Iman bersikap begitu selama ini.Semasa bercinta dengan Shila dulu pun dia tak pernah nak mengadu apa-apa.

“Kau serius ke dengan Mawar tu Iman?”soal Johan bersahaja.

“Kalau aku nak main-main, aku tak akan tunggu dia sampai sebulan depan bus stop tu Johan.Aku suka dan aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dialah.”

Johan duduk di sebelah Iman sambil menepuk bahu Iman perlahan.Bukan dia nak menafikan perasaan Iman tetapi dia langsung tidak bersetuju dengan pilihan Iman itu.Kenapa Iman boleh jauh hati dengan wanita yang lebih berumur daripada mereka.Jika bezanya hanya setahun dua dia boleh terima tetapi lebih daripada lima tahun jaraknya.

“Kau jangan mudah jatuh cinta dengan seseorang kerana rupa parasnya Iman,kerana perkara itu takkan kekal lama.Jangan kerana wajah Mawar tu comel macam budak kau senang-senang je nak suka dia.Kau tak betul-betul kenal dia lagi..”

“Aku tak kisah umur dia berapa Johan.Aku tak pernah rasa macam ni…”

“Sabar Iman,jangan mudah tertipu dengan perasaan.Dia tu pun belum tentu lagi single.Entah-entah dia dah ada kekasih,tunang.Kau kena fikir tu,”tegur Johan penuh hemah.Dia benar-benar tak mahu Iman kecewa.

“Macam mana Lan?”

“Macam mana apa? Kau tu yang suka bagi muka dekat Nina.Nak buat macam mana lagi.Ikut jelah cakap dia tu,”marah Mazlan dengan nada tegasnya.

“Manalah aku tahu dia nak tolak lamaran aku sekali lagi Lan.Aku ni malas nak marah-marah,aku tak nak dia merajuk dan lari dari aku.Kalau boleh aku malas nak berperang dengan Nina kerana hal macam ni.”

Mazlan geleng kepala tak puas hati.

“Aku tak fahamlah dengan kau ni Miz.Kenapa kau lemah sangat dengan Nina tu? Kau tak kecik hati ke dia buat kau macam tu.Hei,kalau kau tak cakap yang kau kecewa lagilah dia tak kisah tentang kau.Sebab tulah dia buat sesuka hati dia je.”

Megat Mizwar tersenyum mendengar bebelan rakan baiknya itu.Pen merah di atas jarinya berputar-putar umpama kipas rosak,sekejap berpusing sekejap tidak.

“Siapalah yang tak kecik hati dengan perangai perempuan macam tu.Tapi aku tak suka nak luahkan.Tak guna aku bagitahu dia yang aku kecewa.Nanti dia buat keputusan tak ikhlas pula.Aku nak dia berkahwin dengan aku seikhlas hati dia bukannya sebab nak ubat rasa kecewa aku ni.Biarlah Lan,biar dia kejar dulu cita-cita dia tu,aku tak kisah.As long as dia setia dengan aku,itu pun dah kira bagus.”

Mazlan menggeleng kepalanya.

“Kau ni kira penyabar jugalah Miz.Kalau aku,dah lama aku tinggalkan Nina dan cari orang lain…”

Megat Mizwar tersenyum mendengar kata-kata Mazlan.

“Aku tak boleh tipu perasaan aku Lan.Biarpun dia tolak lamaran aku berjuta kali sekalipun aku tetap cintakan dia,itulah hakikatnya…

“Ya ya ya…Nina forever and ever…”Mazlan senyum senget.

Megat Mizwar hampir hendak ketawa melihat mimik muka temannya itu.

“Oh ya Miz,kau ingat lagi tak pada wanita yang naik Mini Cooper dulu tu?”

Megat Mizwar kerut dahinya cuba mengingat wanita mana yang dimaksudkan Mazlan itu?

“Mini Cooper mana pulak ni?”

“Ala yang jatuh dalam longkang sebab elak kereta kau dulu tu la.Dah dua tahun kejadian tu berlaku Miz.Aku masih tak dapat lupa macam mana kereta dia boleh bergolek-golek masuk longkang tu.Fuh! Memang targik betul,kemek teruk bumbung kereta cik tu kan?”

“Haaa…aku baru ingat pasal tu.Entah macam mana dengan cik..eh? Apa nama cik tu ye? Aku tak ingatlah..”

“Hurmm…aku pun dah lupa.Apa ek..Ah,Maya.”

Megat Mizwar angguk biarpun rasa pelik di telinganya.Betulkah nama wanita itu Maya? Kenapa rasa lain sahaja bunyinya? Ah,semua itu tak penting.Hal itu sudah lama berlaku dan di mana duduknya gadis itu pun dia tak tahu sampai ke sudah.

“Kau rasa cik tu marah lagi tak pada aku?”

“Entahlah,dari hari kejadian tu berlaku sampai ke hari ni, tak ada satu pun info pasal dia.Nak kata dia saman kau sebab potong dia tiba-tiba, tak pula kau dapat surat mahkamah.Nak kata polis datang siasat kau pun tak juga.Maksudnya dia diam jelah tu…”

Hurmm…betul jugak tu.Kalau dia marah mesti aku banyak kali kena jumpa dia.”

“Baguslah dia tak ambil tindakan apa-apa pada kau.Tapikan, kalau kau tiba-tiba bertembung dengan cik tu.Kau nak cakap apa pada dia?”

Megat Mizwar termenung memikirkan cara membalas pertanyaan Mazlan.

Err..”

“Doktor? Ada pesakit…”

“Oh…suruh dia masuk sekarang..”Megat Mizwar tersengih lucu.Dapat juga dia lari dari menjawab soalan susah itu.

Hurmm…pandai kau ek?”Mazlan  menjuih lalu bangun dan keluar dari bilik rawatan Megat Mizwar.

“Encik Danial Farish? Baring encik…”

Danial mengangguk kepala dan mengikut arahan Megat Mizwar.Sakit kepalanya makin tak tertanggung dek kerana gigi bongsu yang baru tumbuh.Sudah tiga hari dia demam dan terperap di rumah.Sesiapa yang menelefon dia langsung tidak mahu melayan,semuanya gara-gara kesakitan yang teramat sangat itu.

Megat Mizwar dibantu seorang staf di sebelahnya mula memeriksa gigi Danial.

“Gigi bongsu nilah yang buat gusi encik bengkak dan sakit ye…erm…kalau nak cabut sekarang tak bolehlah.Kena tunggu bengkak hilang dulu baru boleh cabut..”Megat Mizwar membelek-belek ke seluruh ruang mulut pesakitnya.

“Tak boleh cabut sekarang ke doktor, gigi ni? Sakit sangat ni,macam nak mereng dah otak saya nih,”Danial masih lagi berharap gigi yang baru tumbuh itu akan dibuang serta- merta.Dia sudah tidak sanggup menanggung tekanan.

Megat Mizwar menggeleng kepalanya sambil tersenyum lebar.

“Tak boleh lagilah encik,kena tunggu hilang bengkak tu dulu.Tak apa saya akan bagi ubat tahan sakit,antibiotik  dan demam.Lepas sakit tu betul-betul hilang dan bengkak pada gusi tu sembuh baru encik datang sini,dan waktu tu kita boleh cabut ye…”

Hurmm…kalau macam tu baiklah doktor,nanti saya datang lagi.Terima kasih…”

“Sama-sama.”Megat Mizwar membalas senyuman Danial.Tidak beberapa lama seorang demi seorang pesakit yang berkunjung ke Klinik Pergigian Mazlan dan Mizwar mula  diberi rawatan dan pemeriksaan.

“Telefon jelah Mawar,jangan teragak-agak lagi,”arah Nurin.Dari tadi dia lihat Mawar asyik memegang sahaja telefon bimbitnya di tangan.

Mawar menarik nafas perlahan,kemudian dia mula mendail nombor Danial.Betul juga kata Kak Nurin itu.Jika dia tak cuba hubungi Danial mana dia nak tahu apa status hubungan mereka sekarang ini.Selepas mendail Mawar menunggu buat seketika.

“Helo?”ucap Mawar perlahan apabila telefon kedengaran diangkat.

“Helo? Mawar ek?”

“Ye,ini abang ke?”

Hurmm….”

Mawar terus melangkah masuk ke dalam stor kecil di belakang kaunter.Suara Danial lain macam sahaja bunyinya,entah tak suka dia menelefon atau apa.

Erm..Mawar nak minta maaf dengan abang…”

Hurmm..abang dah lupa pun.”

“Terima kasih.Er..abang okey ke? Kenapa suara abang lain macam je bunyinya?”

“Abang demamlah.Sakit gigi…”

“Laa..yeke.Nak Mawar jenguk abang tak? Abang ada makan ubat?”tiba-tiba timbul rasa simpati terhadap Danial.Sejak empat tahun mereka bersama jarang dia dengar Danial sakit atau demam,teman lelakinya itu selalu sahaja sihat.

Hurmmm..kalau Mawar tak sibuk datanglah.Abang dah nak masuk tiga hari tak pergi kerja..”

“Laa…kenapa tak bagitahu Mawar? Okeylah,nanti balik kerja Mawar pergi jenguk abang ye..ermm..abang nak pesan apa-apa tak?”

“Oh,okey juga tu.Nanti awak belikan saya bubur nasi…”

Dahi Mawar berkerut terus apabila mendengar Danial memanggilnya dengan gelaran awak.Bukankah selama ini Danial memanggil dirinya dengan panggilan ‘sayang’.Dia ni? Masih marah pada aku ke? Dia dah tak sayang aku lagi ke? Biarpun sedikit terkilan Mawar telan sahaja.Dia tak berniat mahu mematikan mood Danial.

“Baiklah abang,nanti balik kerja Mawar belikan untuk abang..”

Thanks Awin..”

Huh?”

“Ah,terima kasih sayang..”Danial kelam-kabut menutup kesilapannya.

Bye..”Mawar terdiam lama di dalam stor.Apakah telinganya yang tersalah dengar atau Danial yang tersalah cakap? Siapa Awin? Menggeletar jari-jemari Mawar apabila teringatkan sesuatu.Tak,tak mungkin apa yang aku sedang rasa ni benar-benar akan terjadi,geleng Mawar berkali-kali.

“Mawar dah cakap dengan Danial?”

Huh?”

Nurin tergamam melihat wajah Mawar yang pucat.Apa dah jadi ni? Bisiknya.

Mawar melangkah dengan lemah ke sebelah Nurin.Perlukah dia luahkan kepada Nurin tentang gelodak yang menyerang perasaannya itu? Sungguh dia tak mampu hendak berdiri apabila teringat nama yang disebut Danial tadi.Macam mana Danial boleh memanggil dia dengan nama orang lain? Sebulan Danial tidak datang bertemu dan berhubung dengannya,apakah dalam tempoh itu Danial sudah mencari insan lain buat menggantikan dirinya?

“Mawar? Kenapa ni?”

“Kak Nurin.Mawar tak tahu nak cakap apa.Tapi Mawar boleh rasa yang Danial tu dah ada orang lainlah kak?”

“Apa?”terus Nurin terkenangkan gadis manis yang berkepit di sebelah Danial beberapa bulan lalu.Benarkah itu adik Danial? Nurin mengusap-usap bahu Mawar.Kalau benarlah Danial sudah berlaku curang terhadap Mawar dia harap lelaki itu akan mendapat balasannya.

“Assalamualaikum,”ulang Mawar buat kali kedua.Pintu pagar besi bercat hitam yang masih berkunci dipegang kemas.Berdegup laju jantungnya menanti si tuan rumah membuka pintu.Biarpun hatinya berbelah bahagi untuk datang bertemu Danial namun demi niat menziarah dia turutkan juga.

“Waalaikumusalam…”Khairul terjenguk di celah pintu.Berkerut dahinya apabila melihat senyuman manis Mawar.Sudah lama betul dia tidak bertembung muka dengan buah hati Danial itu.Biarpun rasa pelik dan hairan Khairul tetap membuka pintu dan mengajak Mawar masuk ke rumah bujang dia dan Danial.

Mawar yang malu-malu terus melangkah perlahan ke dalam rumah,matanya meliar mencari Danial yang entah di mana.

“Danial tidur dalam bilik.Sekejap aku kejutkan dia…”Khairul berjalan malas ke arah bilik Danial.Sahabat baik yang sedang berbungkus di bawah selimut itu dikejut perlahan.

Hurm…kenapa?”soal Danial dengan wajah yang merah dan berpeluh.Demamnya makin teruk dan tak mahu kebah.Ubat yang diberi doktor sudah ditelan namun tak juga hilang sakit dan demamnya itu.

“Teruk lagi ke demam kau ni Danial? Tuh,makwe kau datang.Bangunlah…”

Danial dengan muka berkerut-kerut bangun dan duduk di atas katil.Selimut tebal yang membungkus tubuhnya tidak dibuang.

“Kenapa Awin datang? Aku tak suruh pun dia datang…Ish..”Danial bangun lemah. Tiba-tiba bahunya dipegang Khairul.Danial memandang Khairul dengan mata yang tidak mampu dibuka luas.

“Heh! Kau ni nak yang mana satu hah?”

“Apanya?” Danial tidak faham soalan Khairul.

“Awin ke Mawar yang kau nak ni? Kat luar tu Mawarlah…”

Danial membuka matanya luas,dia membalas renungan Khairul yang tajam.Tanpa membalas soalan Khairul, Danial terus berjalan keluar dari biliknya.Sampai sahaja di ruang tamu,dia tersenyum memandang Mawar yang duduk di sofa sambil menunggunya.

Mawar berdiri takkala melihat Danial mendekatinya,pantas sebelah tapak tangannya menyentuh dahi Danial.

“Abang dah pergi klinik ke?”soal Mawar bimbang.Panas juga dahi Danial ketika disentuh tadi.

Erm…abang dah pergi tapi tak tahulah.Tak kebah pun demam ni.Sayang sihat..?”Danial duduk bersandar di atas sofa di sebelah Mawar.Wajah yang sudah lama tidak bersua itu dipandang lama.Dia sebenarnya rindu pada Mawar dan sudah lama bercadang ingin menemui kekasihnya itu, cuma ada perkara lain yang menghalangnya.Danial tersenyum membalas senyuman Mawar.

“Sihat je…oh ya,Mawar ada beli bubur yang abang pesan tu.Biar Mawar panaskan untuk abang ye,”ujar Mawar sambil bergerak ke arah dapur.Sebaik sahaja tiba di dapur Mawar terkesima.Dapur itu nampak bersih daripada dulu,kemas dan teratur sahaja barang-barangnya.Tak mungkinlah lelaki bujang mampu mengemas dapur sebegitu kemas.Kemudian Mawar menarik pintu peti sejuk untuk melihat isinya.Ada sedikit barang basah yang dibelinya untuk Danial dan Khairul.

“Eh? Kek siapa ni?”Mawar tarik kotak kek yang besar itu lalu dibuka penutupnya.Ah? Mulut Mawar terngaga luas.Nama tu? Nama tu yang Danial sebut tadi? Mawar menutup semula kotak itu dan menyimpan kemas.Ketika menanti bubur dan nasi goreng siap dipanaskan, Mawar termenung seketika di tepi sinki.Air matanya tiba-tiba bergenang.Apa perlu dia ke ruang tamu bertanya Danial tentang nama itu?

Khairul yang baru tiba, duduk di ruang tamu bersama Danial.Serba-salah dia melihat wajah Mawar tadi.

“Mati-mati aku ingat kau dah putus dengan Mawar selama ni…”

Danial menanggalkan selimut yang menyelimuti tubuhnya.Khairul yang bersandar di sebelah dikerling tajam.

“Aku tak pernah cakap pun aku putus dengan Mawar tu,aku masih sayangkan dialah..”

Huh? Dah gila.Khairul menggeleng kepalanya.Tak faham betul dengan sikap Danial.Sanggup Danial mainkan perasaan dua wanita yang baik seperti itu.Sungguh dia tak sampai hati melihat Mawar dan Awin ditipu Danial.Tamak! Luah Khairul  dalam hati.Dia tidak berani membuka mulut lagi,rancangan di kaca televisyen ditontonnya tanpa perasaan.

Mawar melangkah perlahan ke ruang tamu setelah menghidangkan bubur dan nasi goreng di atas meja dapur.Dia tak sanggup mahu berada lama di rumah itu lagi.Hatinya tak mampu bersabar memandang wajah Danial yang bersahaja.Dia yakin Danial sedang menipunya.

Erm…abang,Khairul.Mawar dah siap,nanti abang makan tau…”

Danial dan Khairul yang khusyuk menonton drama serentak menoleh ke arah Mawar.

“Susah-susah je kau beli makanan untuk aku Mawar.Aku bukan sakit pun,bertuah Danial dapat kau….”Khairul menjeling Danial.Sengaja dia lontar ayat sindir begitu.Tetapi,sahabatnya itu buat tak tahu dan bangun mendekati Mawar.

Danial pura-pura tidak dengar.Dia bukan tak faham Khairul sengaja menyindirnya tadi.

Mawar tersenyum,Danial yang berdiri di sebelahnya dipandang sayu.Jika lelaki yang mengaku menyintaiku ini sedang menipuku,Kau gagalkanlah dia Ya Allah.Tunjukan padanya bahawa dia tak layak menerima cinta suciku.

Er..abang,Mawar nak baliklah.Dah lewat ni,nanti terlepas bas pulak..”

Danial mengangguk kepalanya dan menghantar Mawar ke muka pintu.Sebelum melepaskan Mawar pergi dia cuba mnegucup dahi Mawar namun Mawar mengelak.Danial kehairanan.

Mawar menyentuh dahinya perlahan-lahan.Dahulu dia biarkan sahaja Danial mengucup dahi itu namun untuk pertama kali ini dia menolak.Tak sanggup lagi dia terima kucupan dari bibir yang punya ‘lidah bercabang’ itu.

“Awin? Siapa Awin tu?”fikiran Mawar hanyut mengingati gerangan gadis misteri  dan sebiji kek hari jadi di dalam peti sejuk Danial.Sungguh dia mahu berlari ke ruang tamu dan bertanya tentang Awin kepada Danial.Tetapi memikirkan Khairul ada bersama dia terus mendiamkan sahaja perkara itu.Tiba-tiba khayalan Mawar tentang Awin dan kek indah itu terbang melayang kerana telefon bimbitnya berbunyi.Mawar cepat-cepat menyelongkar beg tangannya.

Erm…siapa nih? Mawar tidak terus mengangkat sebaliknya cuba mengingati siapa pemilik nombor yang tidak dikenali itu.

Hello?”Mawar mula bersuara.Dia cuba mengamati suara orang yang menghubunginya.Anak mata Mawar melilau memerhati bumbung bas Rapid KL yang bergerak laju.

“Assalamualaikum?”

“Waalaikumusalam,”jawab Mawar perlahan.Entah siapalah wanita yang menghubunginya itu,langsung dia tidak pernah dengar suara itu sebelum ini.Walaupun berat hati hendak melayan orang yang tidak dikenali Mawar tetap merapatkan telefon bimbitnya ke cuping telinga.

“Awak Mawar kan?”

Dahi Mawar berkerut.Bagaimana orang itu boleh kenal dan tahu nama dia pula? Mawar memerhati kawasan sekitar sebelum menjawab pertanyaan wanita di hujung talian.Tiba-tiba dia bangun dan menekan loceng.Setelah bas berhenti ditempat yang sepatutnya,Mawar turun dan berjalan perlahan.

“Awak ni siapa ye? Macam mana boleh tahu nama saya?”waktu ini hati Mawar mula resah dan merasa ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.Bukan dia mahu berperasangka tapi sudah lama sangat perasaan itu terperam di dalam hatinya.

“Saya Awin,girlfriend Danial…”

Langkah kaki Mawar terhenti.Di tengah gelap dia membeku diri.Nama itulah yang terpacu keluar dari bibir Danial dan nama itulah yang dilihat terukir cantik di atas kek hari jadi.Mawar memejamkan matanya.Betullah sangkaanya selama ini,firasatnya tak pernah menipu.Tapi kenapa Danial buat macam ni pada aku? Jari-jemari Mawar menggeletar lemah.Wajahnya panas tiba-tiba.

“Mawar?”

“Ah,”Mawar menelan air liurnya dalam-dalam.Apa yang wanita itu mahu daripadanya?

“Awak bersama Danial ke?”

Ketika ini Mawar hilang punca,buntu dan marah.Kelopak mata yang kecil mula merah dan hidungnya kembang-kempis mencari nafas demi menenangkan hati.

“Cik,kalau awak kekasih Danial kenapa telefon saya pula? Saya tak ada kena-mengena dengan dialah.”Mawar terus meletak telefon.Perlukah kau buat aku macam ni Danial? Sampai hati kau tipu dan curang di belakang aku sedangkan aku setia.Mawar melangkah perlahan menuju ke arah rumahnya.Esakan yang dari tadi ditahan sayup-sayup kedengaran,hancur dan ranap semua impian dan angan-angan yang dibinanya.

Ting!

Mawar menggenggam erat telefon bimbitnya.Mesej yang baru diterima daripada Awin dibaca..

‘Minta maaf sebab ganggu awak.Dah lama saya bercinta dengan Danial.Saya tahu awak pernah bersama dia sebelum ni.Saya tak marah awak jumpa dia.Tapi saya harap awak tak kembali lagi dalam hidup Danial.Saya sangat sayangkan dia…’

Mawar memejamkan matanya serapat yang mungkin.Air mata yang berjujuran meleleh di pipi langsung tidak dikesatnya.Malam itu Mawar tidak mampu menutup matanya.Setiap kenangannya bersama Danial satu-persatu terimbas.Jika hubungan itu hanya setahun dia mampu bertahan tetapi sudah terlalu lama.Bagaimana dia harus lupakan sahaja Danial?

Mawar menggenggam kuat telefon bimbitnya.Darahnya naik turun hingga seluruh tubuh merasa panas membahang.Kelopak mata yang bengkak sudah tak mampu menumpahkan air mata lagi.Kau memang jahat Danial! Kau nak permainkan perasaan aku macam ni je ke? Mawar nekad mahu tahu hal sebenar.Dia bukan anak patung yang boleh Danial buli sesuka hati.Mawar mendail nombor Danial pantas.Darahnya sudah menyirap mengenangkan kecurangan Danial.Sepanjang malam dia menangis dan hingga ke pagi hari dia termenung,memikirkan apakah perkara yang sedang dilaluinya itu hanya sebuah mimpi.Tetapi tika cahaya mentari mula menampakkan sinarnya Mawar sedar bahawa segalanya nyata.

“Helo abang?”suara Mawar rendah apabila mendengar Danial menjawab.

“Ye sayang,kenapa telefon abang pagi-pagi ni? Sayang dekat tempat kerja ke?”Danial cuba bermanis mulut,dia tahu Mawar mungkin menelefonnya kerana Awin.Semalam jenuh dia memujuk Awin kerana mendapat tahu Mawar datang melawatnya.Semuanya gara-gara Khairul yang buat laporan.

“Mawar telefon ni sebab ada perkara yang Mawar nak tanya dengan abang,dan Mawar harap abang jujur dengan Mawar.”

“Laa..jujur apa pulak ni Mawar? Mawar,abang ni tak sihatlah…”

“Mawar nak abang jelaskan pada Mawar, siapa Awin?”Mawar tak peduli lagi Danial sakit atau tidak.Hari ini dia mahu semuanya jelas.

Danial telan air liurnya beberapa kali.Bagaimana dia hendak jelaskan kepada Mawar tentang Awin?

“Er…Mawar,janganlah macam ni sayang.Kita boleh jumpa dan bincang baik-baik.”

“Boleh tak jangan nak berselindung lagi! Kalau Mawar suruh cakap tu abang cakap jelah! Kenapa susah sangat abang nak terangkan siapa Awin tu? Dia tu siapa? Kekasih abang yang baru ke?”suara Mawar nyaring dan teresak-esak.

Nurin yang berada di kaunter menggeleng kepalanya.Sudah dia jangka Danial menipu Mawar selama ini.Kasihan Mawar kerana telah mempersia-siakan cintanya terhadap seorang yang tak layak.

Mawar terduduk di atas lantai stor.Dadanya terasa sesak dan sakit,dia mahu menjerit sekuat hati dan menjerkah Danial tetapi tak mampu.

“Mawar,janganlah marah-marah.Abang akan jelaskan pada Mawar siapa Awin tu,abang tak tipu Mawar tapi tunggulah sampai abang sihat dulu..”

“Bila lagi abang? Bukankah sekarang ni abang boleh bercakap.Sampai hati abang buat Mawar macam ni? Abang dah tak perlukan Mawar ke?”

“Tak,abang masih cintakan Mawar seorang….”

Mawar memejamkan matanya serapat yang mampu.Kenapa Danial mahu berselindung lagi? Cinta apa jika tidak setia,cinta apa jika curang dan menipu? Mawar geleng kepalanya kesal.Dia cintakan Danial dan dia sakit kerana cinta itu masih kuat di hatinya.Dia tidak percaya dan tak mahu percaya bahawa lelaki yang dicintainya selama empat tahun ini sedang berpimpin tangan dengan wanita lain.

“Mawar,abang minta maaf kalau Mawar dah tersalah faham tentang Awin tu.Okey abang kenal Awin tu,dia officemate abang tapi abang tak cintakan dia.Sayang janganlah macam ni dengan abang ye.Lusa abang datang jumpa sayang ye,abang janji…”

Mawar menyapu air matanya yang berbaki.Biarpun Danial berjanji mahu menghadiahkan dia segunung emas sekalipun dia tak akan percaya.Lusa? Kenapa tak esok,kenapa tak hari ini? Tak sesaat pun dia mahu menunggu lagi.Jawapan yang dikehendaki harus diberi sekarang.Mawar memutuskan talian dengan tiba-tiba.Dia tahu Danial tak sudi menjelaskan kedudukan sebenarnya.

“Baiklah,kalau kau ‘berat mulut’ sangat nak cakap dalam telefon.Aku akan datang jumpa kau sendiri Danial.”

Mawar berjalan perlahan melintasi beberapa buah pintu rumah flat.Ketika ini, segala isi di dalam perutnya berpusing laju seperti mesin pencuci.Dengan mata yang bengkak dan sembab Mawar teguh memberanikan diri melangkah menuju ke arah pintu rumah Danial yang terbuka luas.Berkerut dahinya takkala melihat banyak kasut bergelimpangan di depan pintu rumah itu,malah bunyi bising orang bersembang menarik perhatiannya.Sejak pertama kali mendengar nama Awin dia sudah syak akan terjadi sesuatu yang tak terduga di dalam hidupnya.

Suara Awin menyuruh dia berhenti bertemu Danial juga masih terngiang-ngiang di cuping telinga.Hari ini dia sudah nekad dan mengikut sahaja kata hatinya agar bertemu dengan Danial demi mendapatkan kepastian.Dia perlu bersemuka dengan Danial dan tidak akan membiarkan sahaja lelaki itu melayannya begini.

Mawar melangkah ke muka pintu.Langsung dia tidak memberi salam mahupun mengetuk pintu rumah terlebih dahulu.Orang ramai yang bergelak ketawa di dalam rumah itu diperhati satu-persatu.Semalam dia datang kerana mahu melawat Danial yang demam,tetapi hari ini rumah yang sebelumnya sunyi sepi, riuh rendah seakan menyambut keraian.

Khairul tercengang memandang Mawar berdiri tercegat di ruang tamu.

Mawar menggenggam jari-jemarinya kuat-kuat.Khairul dijeling tajam.Tanpa menghiraukan tetamu yang terpinga menyambut kedatangannya Mawar terus meluru ke arah bilik Danial.

“Mawar tunggu,”Khairul cuba menghalang.Dia yakin jika Mawar masuk ke dalam bilik itu pasti perang besar akan meletus nanti.

Mawar toleh tajam ke arah Khairul.

“Tolong jangan nak halang saya,biar saja hal ni berakhir…”Mawar tidak mempedulikan Khairul.Dengan langkah yang berat dia terus berjalan ke arah bilik Danial yang terbuka.Gelak tawa dua pasang bahagia yang telah merobek hatinya dapat didengar dengan jelas.Sebaik sahaja dia tiba di muka pintu,Mawar diam membisu…

Danial tersentak dan terus bangun dari pembaringan.Terlupa terus pada demamnya.

“Mawar? Macam mana boleh datang ke sini?”wajah Danial merona merah.Sungguh dia takut melihat bola mata Mawar yang membutang besar.

Awin juga tergamam melihat Mawar berdiri tegak memerhati dia dan Danial.

Mawar pandang wajah wanita di sebelah Danial.

“Jadi inilah orangnya yang bernama Awin,inilah kekasih baru abang?”Mawar cuba berlakon kuat demi mempertahankan maruahnya yang sedang dipijak-pijak.

“Mawar? Abang boleh jelaskan pada Mawar…”

“Nak jelas apa lagi kalau semuanya sudah jelas.Abang bercinta dengan dia ni tapi boleh pula nak bersama Mawar lagi? Huh! Apa punya luculah..”Mawar sudah tidak peduli pada tetamu Danial di luar sana.

“Mawar awak…”

Mawar jeling Awin tajam.Beraninya wanita itu hendak mencelah.Tak,dia takkan benarkan.

“Abang ingat ini cerita kartun ke hah? Kalau abang nak bercinta dengan Awin ni putus sahajalah dengan Mawar,ingat Mawar kisah sangat ke?”

Danial terdiam sambil merenung wajah Mawar yang merah menyala.Hidung yang kecil itu merah jambu jadinya kerana tangisan yang ditahan.Maafkan abang Mawar,abang tak mampu nak lupakan Mawar walaupun ada Awin.Abang masih sayangkan Mawar cuma abang tak mampu hendak mengaku,rintih Danial dalam hati.

Mawar tidak mampu hendak menatap dua wajah itu lagi,dia melangkah pergi dengan wajah yang basah.Sedikit pun Danial tidak memohon maaf kerana menipunya,sedikit pun Danial tidak memujuk dan menjelaskan apa yang telah berlaku.Apakah Danial fikir dia datang ke situ kerana mahu mempertahankan cintanya.

“Kau fikir aku akan merayu pada kau Danial? Kalau kau boleh cari lain, aku juga akan buat benda yang sama!”luah Mawar sambil mengesat air matanya.Bukan sedih yang dia rasakan saat ini,sebaliknya dendam dan rasa mahu membalas segala perbuatan Danial itu.Belum pernah dia rasa marah dan kecewa begitu sekali terhadap Danial.Selama ini dia bertahan walau apapun terjadi namun untuk kali ini, dia menyerah.

“Kalau kau nak sangat dengan jantan tu,kau boleh ambik.Aku pun tak teringin dengan jantan tu lagilah!”dengan api kemarahan yang marak membakar,Mawar meneruskan langkahnya.Meninggalkan rumah Danial,kenangan bersama lelaki itu dan cinta mereka yang sudah mencecah empat tahun.

Awin mengemas dan mengelap meja yang berselerak.Bekas minuman dan pinggan polistrin yang terbiar di ruang tamu dikutip pantas lalu dimasukkan ke dalam plastik sampah.Sesekali dia mengerling Danial yang diam sambil membantunya.

“Awak?”

Danila paling pada Awin yang berdiri terpacak merenungnya.

“Awin,please okey.Jangan tambahkan kusut dekat kepala saya ni…”Danial kerut dahinya.Dia tahu Awin tak puas hati.

“Awak ni cakap macam mana hah? Dulu awak cakap awak dah putus dengan Mawar tu tapi kenapa dia boleh datang ke rumah awak pula?”Awin naik marah tiba-tiba.

“Betullah apa yang saya cakap dulu tu,saya memang dah anggap hubungan saya dengan dia dah putus pun selama ni.Tapi saya tak tahu pula yang Mawar tu masih cintakan saya..”Danial tipu Awin bulat-bulat.Dia tak ada jalan lain selain menggunakan helah itu.

“Awak ni nak tipu saya ke apa hah? Danial,saya dengarlah awak panggil diri awak tu abang dengan Mawar tadi.Kalau dah putus takkan nak cakap macam tu lagi..”

Danial melepaskan keluhan lemah.Sudahlah dia tak sihat Awin pula sengaja mahu buat dia letih dengan soalan sebegitu.Danial berjalan menghampiri Awin,dia sentuh ke dua belah bahu Awin.

“Saya tak tipu awaklah Awin.Saya dah terbiasa guna panggilan tu dengan dia tapi itu tak membawa maksud apa-apa pun.Memang saya cintakan awak sekarang ni tapi hal dengan Mawar tu saya kena selesaikan juga.Tolong bagi saya tempoh…”

“Tempoh apanya? Tempoh supaya awak boleh berbaik dengan dia semula? No way!”

“Tak,bagi saya tempoh terangkan kedudukan sebenar kepada Mawar.Saya memang dah tak cintakan dia.Bukan ke selama ni saya hanya bersama awak je? Saya tak tahu pula dia tak pernah anggap hubungan kami ni terputus sejak saya tak jumpa dia dulu.”

“Yelah,sebab awak tak pernah berterus-terang mengatakan awak mahu putus dengan dia kan? Sebab tu dia masih setia dan anggap awak tu kekasih dia! Sebenarnya saya pun tak tahulah awak tu cintakan saya atau tak.”

Khairul di dapur menjadi pendengar setia kepada pertengkaran Danial dan Awin.Itulah padahnya jika tamak dan curang.Jenuhlah Danial nak pujuk kedua-duanya.Jika Awin berjaya Danial pujuk,dia tak yakin Mawar akan rebah bersama.Mawar nampak betul-betul marah dan kecewa terhadap Danial.

“Awin,berapa kali saya nak cakap ni? Saya nak awak tahu,tak kira macam mana pun awak fikir tentang hubungan saya dan Mawar tu.Saya nak awak tahu yang saya takkan tinggalkan awak.Saya dah pilih awak untuk berada di sisi saya,jadi jangan mempertikai lagi tentang cinta saya ni.”

Awin menelan air liurnya,kata-kata Danial tadi ditelan masuk ke dalam hatinya.Dia akan ingat kata-kata itu sampai bila-bila.Mawar,aku minta maaf.Pemenang dalam pertarungan ini adalah aku,desis Awin puas.

Danial kemudian melangkah ke dapur.Ditinggalkan Awin seorang diri mengemas di ruang tamu.Khairul yang duduk  senyap di meja makan dipandang lemah.Demam yang dialaminya bagai tak mahu sembuh setelah kejadian tadi,makin lemah dan tak berdaya tubuhnya.

Khairul menjeling Danial tajam,dia marah dan tidak berpuas hati dengan sikap Danial.Dari awal lagi dia sudah berpesan agar temannya itu tidak bermain-main tapi Danial tidak mahu mendengar.

“Dari awal lagi aku dah cakap dengan kau tapi kau tu tamak tak bertempat.Sekarang ni kau tengoklah apa dah berlaku.Kalau aku jadi Mawar,aku simbah muka kau dengan air panas Danial,biar kau sedar sikit salah kau tuh!”marah Khairul.Dia tak peduli lagi pada Awin yang mungkin terdengar perbualannya dengan Danial.

Danial diam tidak membalas.Dia duduk mengadap Khairul.Sahabat baiknya itu sedang angin satu badan saat ini.Bukan aku tak mahu buat pilihan Khairul,tapi aku tak tahu nak pilih siapa.Aku masih sayang dan cintakan Mawar sebenarnya.Kau tak tahu bertapa terseksanya aku sebab terpaksa biarkan Mawar pergi begitu tadi.Tapi aku juga tak mahu sakitkan hati Awin.Aku juga sayang pada dia…

“Aku akan berjumpa dengan Mawar bila keadaan dah reda nanti.Aku akan terangkan segalanya pada dia,”ujar Danial.

Hurm,elok sangatlah tu,jangan lupa bagitahu dia yang kau dah curang dengan dia selama setahun!”sembur Khairul lagi.Dia memang betul-betul tak faham bagaimana Danial boleh melakukan perkara itu tanpa disedari Mawar.Kesetiaan Mawar pada Danial selama ini adalah sia-sia semata-mata.

Awin menelan air liurnya apabila mendengar luah rasa Khairul.Dia yang berdiri di sebalik dinding cuba mencuri dengar perbualan dua orang sahabat itu sejak dari tadi.Dia ingin tahu keputusan Danial.Biarpun baru tadi Danial sudah memberinya jawapan jelas,dia masih ragu-ragu…

“Adik,ini gambar perempuan yang mama nak adik jumpa hujung minggu ni.Nama dia Maria.Anak tan sri…”

“Mama tolonglah ma.Adik tak sukalah pergi perjumpaan jodoh macam ni.Ini bukan cara orang Melayu ni mama.”Megat Mizwar mahu mengelak lagi.Kalau dia pergi juga kali ini genaplah sepuluh kali dia jumpa wanita tanpa kemahuannya.

“Ah,mama tak kira.Cara siapa pun boleh je kita guna kalau untuk kebaikan.Adik tu kalau nak cari sendiri memang payah.Jadi mama tolong uruskan untuk adik.Tapi kali ni adik jangan buat hal macam dulu lagi.”

Megat Mizwar menjuih bibirnya tanda merajuk.

Hajah Aishah buat tidak nampak dengan air muka anak bongsunya itu.Kalau yang lepas Megat Mizwar akan cabut lari begitu sahaja, kali ini dia sudah merancang untuk ikut bersama.Kali ini bukan anak sahaja yang bertemu tetapi ibu bapa juga.

“Mama,sebenarnya adik bukan sengaja tolak pilihan mama tu dulu,”Megat Mizwar tergagap-gagap hendak berterus terang.

“Hah,habis tu?”Hajah Aishah menunggu dengan sabar.Dia semacam boleh membaca apa yang anaknya mahu sampaikan.

“Adik sebenarnya dah ada girlfriend mama.That’s why I  rejected semua gadis-gadis dulu tu,” Megat Mizwar malu-malu kucing.

Hajah Aishah tersenyum dan hampir-hampir hendak ketawa.Baru hari ini anaknya itu hendak membuka mulut rupanya.Selama ini dia hanya dengar cerita daripada Maizura sahaja tentang hubungan anaknya itu.Dia sengaja tidak mahu bertanya kerana mahu Megat Mizwar sendiri yang memberitahunya.Jadi benarlah,selama ini anaknya yang pendiam ini sudah punya buah hati di luar sana? Hajah Aishah lega teramat sangat.

“Jadi bila adik nak bawa girlfriend adik jumpa mama? Dah berapa lama adik berkawan de..ngan…?”

“Nina ma.Nama dia Nina.And she’s model.Adik dah berkawan dengan Nina hampir dua tahun mama,”ujar Megat Mizwar terang.

Hurmm..model.Hebat juga taste adik ni ye?”

“Mama janganlah cakap macam tu,malulah adik.”

Hajah Aishah tersengih lucu.Walau apapun dia tetap mahu bertemu dengan gadis bernama Nina itu secepat mungkin.Dia tak mahu membiarkan Megat Mizwar bercinta lama-lama.Dia mahu Megat Mizwar berumahtangga dan menimang cahaya mata.

“Adik,mama nak adik bawa Nina tu jumpa mama minggu depan.”

Megat Mizwar tercengang.Apakah mama sedang serius atau masih mahu mengusiknya.Wajah Hajah Aishah dipandang lama,sahlah mama tak main-main.Tapi bagaimana dia hendak memberitahu hal itu kepada Nina.

“Mama,Nina tu sibuk orangnya mama.Adik tak tahu dia boleh datang atau tak hujung minggu ni.Kalau dia tak dapat datang, mama jangan marah ye.Adik akan suruh dia cari date yang sesuai…”

“Baik,mama tak marah.Tapi adik mesti juga pelawa dia makan tengah hari di rumah kita hujung minggu ni.Kalau dia tak boleh datang adik minta dia sendiri yang setkan datenya nanti ye.”

“Baiklah mamaku sayang.”Megat Mizwar lega kerana setelah sekian lama dipendam akhirnya berjaya juga dia memberitahu tentang hubungannya dengan Nina.Dia juga berharap Nina juga akan memberitahu ibu bapanya tentang dia.

Bahu Mawar terhinjut-hinjut mengikut rentak tangisannya.Sebuah kotak besar di hadapannya dipandang lemah.Air mata terus mengalir tanpa mengira masa.Gambar-gambar Danial dan hadiah pemberian bekas kekasihnya sejak empat tahun dulu dimasukkan perlahan-lahan ke dalam kotak itu.Masih berat hati Mawar mahu melepaskan setiap kenangan bersama Danial.

“Kalau dari awal lagi aku tahu macam ni akhirnya cinta kita,aku tak akan menyintai kau sepenuh hati aku,Danial.Sampai hati kau buat aku macam ni? Apa salah aku? Kenapa kau pilih perempuan tu sedangkan kau lebih mengenali aku berbanding dia,apa istimewanya dia berbanding aku?”

Ting!

Mawar menoleh pada telefon bimbitnya.Masuk satu mesej ke dalam kotak simpanan.Dengan langkah yang lemah dan malas Mawar tetap juga membuka demi membaca kiriman itu.Di dalam hati dia masih berharap Danial yang menghantar dan memohon jutaan maaf namun..

‘Awak,saya baru habis exam..dah Merdeka! Esok nak jumpa boleh tak?’

Dahi Mawar berkerut-kerut.Agak lama Iman mendiamkan diri dan tidak menghubunginya.Sangkanya remaja itu sudah melupakannya.Mawar diam seketika.Barang-barang Danial yang sudah selonggok di dalam kotak dipandang buat seketika.Kenapa boleh jadi macam ni pula? Saat aku sedang bersedih ditinggalkan Danial kenapa Iman muncul.Mawar membuka semula mesej yang dikirim Iman.Tanpa berfikir panjang,dia membalas mesej itu..

‘Baiklah,kita jumpa di kedai kek saya….’

‘Baik,esok awal pagi saya datang jumpa awak…I miss you Mawar..’

Mawar memejamkan matanya.Rintik air mata menyapa perlahan di pipi.Bukan aku nak gunakan kau Iman,tapi aku perlukan kau untuk lupakan Danial.Ampunilah aku jika suatu hari kau rasa aku mempermainkan perasaan kau.Aku tak mampu menyintai kau seperti mana aku pernah menyintai Danial.Rasa cinta dalam hati ini sudah punah dan ranah.

Iman tersenyum lebar membaca mesej daripada Mawar.Dia mengerling Johan yang terjuih bibir.Sangka sepupunya itu tadi Mawar tidak akan membalas.

“Kau ni betul-betul ke nakkan Mawar tu Iman? Kau dah fikir panjang ke?” Johan menggeleng tidak percaya.Sampai sudah pun adik sepupunya itu masih berharap Mawar menyukainya.Sama sekali dia tidak akan percaya cinta Iman akan berbalas.

Iman terbaring di atas katil Johan sambil membuka gambar-gambar Mawar yang pernah diambil dulu.Sudah lama mereka tidak bertemu kerana dia sibuk dengan peperiksaan STPMnya.Entah apa khabar Mawar sekarang? Selama tidak bertemu,gambar-gambar itulah yang menjadi pengubat rindunya,yang telah membakar semangat untuk dia belajar bersungguh-sungguh menghadapi peperiksaan.

“Kalau aku fikir panjang-panjang tak mungkinlah aku akan suka pada dia tuh.Sebab aku fikir pendeklah aku terus sukakan dia.Lagipun Johan,kalau aku fikir melampau sangat jauhnya terlopong seorang dirilah jawabnya.Aku tahu bukan senang kau nak terima apa yang aku sedang buat  sekarang ni Johan,tapi percayalah cakap aku nih.Mawar tu,suatu hari pasti jadi milik aku,dia akan terima aku…”

“Kalau tak? Macam mana?”celah Johan tidak sabar.Dia takut Iman akan ‘makan hati’ dan kecewa.

Iman senyap.Ibu jarinya digigit-gigit.Dia tak pernah pun fikir sampai ke situ,dia optimis dan yakin Mawar juga menyukainya.Gelak tawa Mawar ketika bersua muka dengannya menguatkan lagi keyakinannya.

“Kau muda lagi Iman.Tak banyak yang kau tahu pasal cinta.Cinta monyet yang masih berbaki dalam hati kau tu tak sama dengan cinta sebenar yang kau akan jumpa nanti”

“Kenapa kau tak sokong aku Johan? Kenapa kau takutkan aku macam ni?”soal Iman tak puas hati.Kenapa Johon mahu mengertak perasaannya.Perasaan yang dialaminya itu suci dan jujur.

Johan terbaring di sebelah Iman.Dia kasihan jika Iman sudah tersalah mentafsir perasaan yang dialaminya itu.Pertama kali dia melihat wajah Mawar dia sudah syak Iman tergoda kerana wajah itu dan bukan pada sikap Mawar.Mawar sepuluh kali lebih menawan berbanding Shila yang ditinggalkan dulu tapi sepanjang mengikuti perkembangan hubungan Iman dan Mawar, dia sudah boleh buat kesimpulan.Iman hanya bertepuk sebelah tangan atau lebih kasar lagi,adik sepupunya itu syok sendiri.Sekalipun Mawar tak pernah menghantar mesej atau menghubungi Iman.

“Kalau Mawar tak balas cinta kau, terima sahajalah Iman.Aku yakin kau akan jumpa gadis yang lebih cantik dan baik berbanding dia nanti.Bila kau masuk universiti nanti kau akan faham kenapa aku cakap macam ni…”

Iman berpaling pada Johan yang menutup mata.Dia tak faham kenapa Johan liat hati hendak terima apa yang sedang dia alami.Johan menasihatinya umpama dia itu penagih dadah.Dia bukan menagih sesuatu yang haram dan salah,dia cuma tagihkan cinta Mawar.Apakah itupun salah?

What?”

Megat Mizwar tergamam tidak percaya.Apakah Nina marah terhadapnya?
You marah I ke apa ni Nina? Muka you tu macam terkejut sangat je ni? Salahkah I bagitahu mama  pasal kita?”

Nina tersenyum manis.

I terkejut bukan sebab I marahlah Miz.I terkejut sebab I tak percaya akhirnya you nak juga bagitahu pasal hubungan kita kepada mama you.Dah lama I tunggu you nak cakap pasal hal tu..”

You apa?”Megat Mizwar bangun dari kerusi dan mendekati Nina.Dia tenung ke dalam bola mata yang punya alis mata yang melentik itu.

Nina angguk kepalanya.

“Memandangkan you dah umumkan yang I ni kekasih you kepada mama you tu.I pun akan explain dekat perants I tentang you Miz.I lebih suka kalau hubungan kita ni diketahui oleh keluarga.”

Megat Mizwar tersenyum bahagia.Dia yakin Nina bersungguh dengan hubungan cinta ini dan yakin bahawa suatu hari nanti Nina akan terima juga lamarannya.

“Mama ajak you makan tengah hari di rumah, hujung minggu ni.You mesti datang tau sayang..”

Nina terdiam seraya berfikir sesuatu.Dia suka jika namanya disebut Megat Mizwar di dalam rumah besar itu, tetapi untuk bertemu mama kekasihnya itu dia  belum bersedia sepenuhnya.Dia tak mahu jika pertemuan itu nanti  akan mengheret dia ke bab nikah kahwin.Dia tak bersedia lagi untuk itu.

Errm..Miz,I bukan tak nak jumpa mama you tapi tak ke macam cepat sangat je..”

“Cepat sangat apa pula Nina? Kita ni dah bercinta almost two years.I tak pernah jumpa family you dan you tak pernah jumpa mama I.Sekarang nilah masanya kita pergi lebih jauh…”Megat Mizwa seakan kecewa dengan jawapan Nina.Dia duduk kembali di atas kerusi dan memandang jauh hingga ke kaki langit.Taman yang luas itu terasa seperti mengecil tiba-tiba.Sampai hati Nina tak sudi bertemu mamanya.

Melihat sahaja Megat Mizwar muncung jauh,Nina tersenyum dan mendekati lelaki pendiam itu.

“Okey sayang,I akan jumpa mama you hujung minggu ni.I promise akan akan datang..”

Megat Mizwar toleh perlahan.Nina yang tersenyum ditatap penuh rasa cinta.

“Kalau you datang jumpa mama,I sangat berterima kasih pada you Nina”

I dah cakap tadi yang I akan datang.I minta maaf sebab cakap macam tu tadi.I bukan tak sudi nak jumpa mama you Miz tapi I cuma rasa tak layak dan belum siap untuk bertemu dengan insan yang you paling sayang tu.”

“Mama adalah insan pertama yang bertakhta di dalam hati I, dan you adalah bidadari yang sentiasa ada di jiwa ini.You dan mama adalah insan yang I paling sayang di dunia ni.”Luah Megat Mizwar dengan harapan agar Nina kekal buat selama-lamanya di sampingnya.Dia yakin sepenuh hatinya bahawa Nina adalah jodoh yang telah ditetapkan buat dirinya.

Nina merenung bunga-bunga di taman.Dia tak yakin dapat memenuhi jemputan Megat Mizwar itu.Bermain-main di dalam fikirannya sebarang acara yang akan berlaku pada hujung minggu ini.Memang dia sudah pasti jadualnya kosong tapi bagaimana jika dia tiba-tiba dipanggil.

“Nina,I nak minta you buat sesuatu demi I,”pinta Megat Mizwar pantas.

“Apa dia sayang?”

“Tolong kosongkan jadual you hujung minggu ni ye.Cuma sehari tu je I minta.Demi I dan demi mama…”

Nina tak berani menjawab tetapi hanya setuju dengan anggukan kepala yang lemah.

Mawar melangkah lemah ke arah pembidai yang menutup pintu kedai kek.Sudah dua tahun kedai paling penjuru bangunan tiga tingkat itu beroperasi.Dengan bantuan Daniallah dia dan Nurin dapat bertapak di situ.Banyak kenangannya bersama Danial di kedai itu semasa cinta mereka masih hangat membara dulu,tetapi kini semuanya sudah berakhir.Tak ada apa lagi yang hendak diimbas kembali.Segugus kunci dikeluarkan dari dalam beg tangan.Hari ini tugasnya pula untuk membuka kedai itu.Nurin bercuti dua hari kerana ada hal keluarga di kampung.

“Mawar,”Iman tersenyum-senyum di belakang Mawar.Sejak dari pagi lagi dia sudah menunggu kehadiran Mawar di kedai itu.Sudah tak tertahan lagi rasa rindu hendak memandang wajah bulat dan comel itu.Biarpun ditegur dan dihalang Johan, dia tetap bertegas.Alang-alang dia sudah suka apa salahnya dia mencuba dahalu.Tak ada salahnya jika Mawar lebih berumur daripadanya.Tiada yang pelik.Dia juga akan dewasa nanti.

Mawar berdiri tegak memandang Iman,langsung dia tidak menyangka Iman betul-betul akan muncul awal pagi begitu.Budak ni? Memang sukakan aku ke? Tapi aku tak harap dia buat macam ni.Kerana…kerana aku dah kecewa dengan lelaki sepertinya.

“Awalnya awak datang?”Mawar bertanya lembut.Terbantut terus niatnya hendak membuka pintu kedai.

Iman melangkah perlahan ke arah Mawar.Namun tiba-tiba..

“Assalamualaikum Mawar…”

Iman dan Mawar serentak berpaling ke arah suara yang memberi salam.

Awin? Tapi macam mana dia boleh tahu aku kerja dekat sini pulak? Cis! Danial kau memang jahat!

“Macam mana awak boleh sampai ke sini?”soal Mawar dalam marah yang ditahan.

“Mawar, saya ada perkara nak cakap dengan awak..”

Iman yang berdiri di sebelah Mawar terus berganjak ke tepi pembidai dan menunggu seorang diri di situ.

“Nak cakap pasal apa? Pasal cara-cara nak buat kek atau nak cakap pasal cara-cara nak putuskan hubungan?”Mawar sudah tak boleh bertahan lagi,marahnya sudah meleret panjang.Ada ke patut Awin datang bertemunya setelah merampas Danial daripadanya? Memang kurang ajar namanya!

Awin tergamam dan hampir mahu menjawab, tetapi dia diamkan sahaja marahnya itu.Dia bukan datang nak bertelagah dengan Mawar.

“Mawar, saya nak minta maaf dengan awak.Saya tahu awak kecewa dengan Danial,sebab  itulah saya harap awak lepaskan dia.Dia tak bersalah dalam hal ni…”

Huh? Sesedap hati Awin datang dan mengarahkan dia berbuat demikian.Mawar memandang jalan raya di hadapan kedai.Dia paling tidak suka perempuan seperti Awin,sanggup datang semata-mata mahu membela lelaki tak bertanggungjawab seperti Danial.Mawar pandang Awin semula.

“Habis tu awak nak mengaku awak bersalah ke?”

Huh?”Awin terpinga-pinga,tak sangka Mawar akan membalasnya begitu.

Wajah Mawar bertukar serius.Apakah Awin fikir dia lemah hingga berani datang menemuinya awal pagi begini? Kerana dia ditinggalkan Danial tak bermakna dia tak ada suara mahu berlawan.Dia membiarkan Danial bukan kerana dia mengaku kalah dalam sekelip mata.Tapi dia juga tidak kisah kehilangan Danial.Tidak sesekali dia terima lelaki curang seperti Danial dalam hidupnya.

“Mawar saya tahu awak kecewa dan marah terhadap saya dan Danial.Perkara ni bukan seperti yang awak fikir.Saya dengan Danial tu…”

“Sudahlah Awin,pergi balik dekat kekasih awak tu.Saya tak mahu ambil tahu lagi pasal awak berdua.Kalau awak dan Danial tu nak bercinta teruskan.Saya tak akan ganggu.”Awal pagi yang semestinya sejuk dan dingin kerana hujan yang masih  merintik tiba-tiba jadi begitu panas dan membakar.Terbayang sahaja wajah Danial dan Awin bersama buat dia mahu menjerit kuat.Mawar menarik nafas perlahan dalam diam.Dia harus kuat dan bersabar menghadapi situasi ini.Tak ada guna dia marah-marah dan mengamuk,tak ada untungnya.

Iman diam membatu di tepi pembidai.Sejak dari tadi dia hanya menjadi pendengar dan pemerhati.Kelopak mata Mawar yang kecil tiba-tiba berkaca dan bersinar apabila nama Danial disebut-sebut.Melihat situasi itu hatinya marah dan sakit.Siapa Danial? Kekasih Mawarkah?

“Mawar,saya harap kita tak bermusuh kerana hal ni.Saya harap boleh jadi kawan awak selepas ni.Mawar,boleh tak kita berdamai dan buka buku baru?”senyuman terpaksa yang diukir pada bibir Awin terasa seperti tidak menjadi.Dia bukan datang untuk bersahabat dengan Mawar.Dia cuma mahu memastikan perasaan Mawar terhadap Danial sahaja.Dia tak rela melepaskan Danial.Dia mahu menang dan menjadi insan yang terakhir berada di samping Danial.

Huh! Mawar tersenyum sinis.Apakah Awin ni normal orangnya? Benarkah dia sanggup berkawan dengan aku,sedangkan dia tahu aku ni pesaing dia?

“Tak! Saya tak mahu ada hubungan dengan awak dan saya tak akan sesekali berkawan dengan awak, Awin.Cukuplah setakat ini.Saya mahu lupakan semuanya tentang awak dan Danial.Jangan datang jumpa saya lagi lepas ni!”tegas Mawar.Jika hubungan dia dengan Danial sudah ditakdir terputus,dia tak pernah sesekali terfikir mahu menyambung hubungan itu walau sebagai teman.

“Tapi Mawar, saya..”

“Kak! Boleh tak faham apa yang Mawar cakap tadi tu! Dia dah tak nak tu jangan banyak cakap boleh tak! Mawar jom…”Iman yang naik angin terus menarik lengan Mawar meninggalkan Awin.Sakit telinganya mendengar perbalahan dua wanita itu kerana seorang lelaki bernama Danial.Siapa Danial? Laksamana dirajakah hingga ada wanita mahu berebutkan dia.

Mawar yang terperanjat melangkah laju mengikut Iman.Dia langsung tidak menyangka Iman akan buat tindakan begitu.Entah apalah yang membuatkan remaja itu boleh berani mencelah.

Danial merenung tajam skrin komputer di hadapannya.Gigi gerahamnya sesekali berlaga-laga.Pen biru berdakwat basah berpusing-pusing di atas ibu jari kirinya.Nafasnya yang perlahan laju tak semena-mena.Entah dia boleh terus duduk di atas kerusi itu sampai ke petang,atau tidak.Cerita Awin tadi benar-benar merobek hatinya.Betulkah Mawar sudah ada penggantinya? Bila pula? Bukankah hubungan mereka baru dua tiga hari terputus? Pantasnya Mawar merubah perasaannya kepada lelaki lain,sedangkan dia masih punya rasa cinta dan sayang terhadap Mawar.Setiap hari dia memandang Awin, tetapi tak pernah sekalipun dia lupakan Mawar.Danial menggeleng-geleng kepalanya.

“Kenapa kau ni?”bisik Khairul ke telinga Danial.Sejak dari tadi dia perasan Danial langsung tidak menaip apa-apa pada papan kekunci.Satu kerja pun masih tak berjalan.

Danial menyorong kerusinya ke arah meja Khairul di sebelahnya.

“Khairul,kau nak tahu tak? Mawar dah ada orang lain sekarang..”

Khairul tersenyum.Baru padan muka kau Danial.Kau fikir kau saja yang boleh buat macam tu,getus hati Khairul.

“Biarlah dia,orang comel macam tu memang tak payah tunggu lama-lama pun.Sejam kena tinggal dua jam nanti berduyunlah orang beratur nak masuk line.Aku ingat aku pun nak try jugaklah…”

Heh!”Danial tiba-tiba mencekak kolar baju Khairul kuat.Berdesing telinganya mendengar kata-kata Khairul itu.Pantang betul dia jika ada orang mahu menyentuh gadis kesayangannya.Tanpa sedar seluruh rakan sepejabat  memandang mereka berdua.

Khairul tersenyum sinis.Aku dah agak kau sayang lagi dekat Mawar tu.Tapi nak buat macam mana kalau kau pilih nak jadi bodoh!

Awin yang turut mendengar Danial menjerkah,turut tergamam.Apa yang sedang berlaku antara dua sahabat itu agaknya?

Danial melepaskan cengkamannya perlahan-lahan.Kerana terlalu tertekan,dia lupa diri.Barannya tidak dapat dikawal bila berkaitan dengan Mawar.

“Kalau kau masih sayangkan Mawar kenapa kau buat dia macam tu Danial? Aku tak faham betul dengan kau ni.Kau sedar tak yang kau dah abaikan dia selama setahun.Kau bercinta dengan Awin tapi  kau tak berterus-terang dengan Mawar.Kau tahu tak macam mana perasaan dia kalau tahu kau dah setahun bercinta dengan Awin tu? Sudahlah Danial..”

“Tapi aku belum buat keputusan lagi.Aku belum putuskan siapa yang aku nak pilih.Aku tak sangka dia dah ada lelaki lain…”

“Siapa yang cakap? Aku tak percaya Mawar dah ada kekasih.Mawar tu tak macam kaulah,”tempelak Khairul.Biarpun dah bertahun bercinta, Danial masih tidak mengenali Mawar sepenuhnya.

Hurmm…aku tak tahu nak buat apa sekarang ni Khairul? Sejak malam tu,aku tak berani nak jumpa Mawar.Aku betul-betul takut.Tak sangka semua ni boleh terjadi dekat aku..”

Khairul menggeleng kepalanya.Sejak dari dulu lagi teman baiknya itu tak mahu dengar nasihatnya.Sekarang,inilah padahnya.Kalau dibandingkan Mawar dengan Awin, dia lebih suka Danial bersama Mawar.Lagipun Mawar dengan Danial sudah lama bercinta,malah ibu bapa Danial dan Mawar sudah tahu akan hubungan itu.Hanya tunggu Danial buka mulut sahaja.

“Aku rasa aku nak jumpa Mawar.Aku nak pastikan tentang kami…”

“Kau dah gila? Kalau Awin tahu macam mana? Kau ni betul-betullah suka buat sesuka hati kau kan? Buatnya kau pergi jumpa Mawar dan dia masih sayang pada kau,kau nak buat apa pulak dengan Awin tu? Kau nak tinggalkan dia? Hei,sudah-sudahlah mainkan perasaan orang.Hati Mawar kau dah hancurkan sekarang kau nak Awin pun rasa benda yang sama ke?”

Danial memalingkan pandangannya ke arah Awin yang sibuk membuat salinan dokumen di tepi mesin fotostat.

“Awin cakap Mawar dah tak ada hati lagi dekat aku.Dia jumpa Mawar pagi tadi dan waktu tulah dia nampak kekasih baru Mawar.Aku tak puas hati Khairul,aku tak boleh terima dia buat macam ni pada aku…”

Khairul memicit-micit dahinya yang tidak pening.Namun mungkin akan mengalami migrain yang teruk kerana Danial.Naik kejang lidahnya bercakap dengan Danial tapi temannya itu asyik buat tak tahu.Apa lagi yang dia tidak puas dengan Mawar? Biar sahaja Mawar teruskan hidupnya dengan aman.Kenapa Danial tamak sangat?

“Suka hati kaulah Danial.Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi.Tapi kau dengar sini aku nak cakap.Kalau Mawar dah ada orang lain,tu semua salah kau.Kau yang curang dengan dia dulu.Kau jangan ganggu hidup dia jika dia dah putuskan tak mahu ada hubungan dengan kau…”

Huh! Danial berdengus kasar.Apa sahaja yang Khairul cakap dia tak mahu ambil peduli.Yang pasti,sebentar nanti dia mahu terus ke kedai kek Mawar untuk melihat sendiri siapa lelaki yang diceritakan oleh Awin tadi.Sakit hatinya apabila Awin memberitahu bahawa lelaki itu memegang lengan Mawar.

Mawar diam seribu bahasa.Kotak-kotak kek di atas meja disusun laju ke dalam rak di bawah kaunter.Sesekali anak matanya melirik ke arah Iman.Remaja itu duduk diam di sudut kedai sambil melayan telefon bimbitnya.Sudah sejam kedai itu dibuka namun Iman masih senyap tidak bercakap.Tindakan Iman mengheret dia tadi betul-betul masih bermain-main di dalam fikirannya.Kenapa pula Iman mahu masuk campur dalam urusan peribadinya?

Err….Iman.Awak lapar tak? Nak saya belikan apa-apa untuk awak sarapan?”Mawar mula membuka bicara.Takkan selamanya dia nak berdiam sahaja.

Iman menarik muka masam.Masih sakit telinganya kerana mendengar nama Danial disebut-sebut oleh Mawar dan wanita tadi.Entah apalah hubungan Mawar dengan lelaki itu agaknya? Dari tadi dia tunggu Mawar bercerita tapi hampa.Mawar asyik sibuk mengemas, mencuci kedainya dan langsung tidak menegur dirinya.Iman bangun dan memasukkan telefon bimbit ke dalam poket seluar jeansnya.

“Nak saya belikan apa-apa ke?”soal Iman bersahaja.

Huh? Aku yang tanya dia,boleh pula dia tanya aku balik.Hiii…muka dia tu masam je.Mawar mendiamkan diri buat seketika.

“Cepatlah.Nak saya belikan apa-apa tak?”ulang Iman.Dia masih tersinggung dengan Mawar.

Err…belikan jelah nasi lemak.Sekejap saya ambil duit ye.”Mawar bergegas ke  stor.Canggung pula kalau biarkan budak sekolah yang membayar makanan untuknya.Ah? Mana ni? Sebaik sahaja Mawar keluar,Iman yang tinggi hilang serta-merta.Meliar anak mata Mawar mencari sekeliling kedai.Dia dah pergi ke? Haii….keluh Mawar lemah.Belum apa-apa lagi Iman sudah angkat kaki.Malu pula dia pada budak muda itu.

Setelah sepuluh minit berseorangan di dalam kedai tanpa pengunjung,akhirnya Iman muncul semula dengan  bungkusan plastik merah di tangannya.Dua botol air mineral yang dibeli di kedai bersebelahan dipeluk erat di dadanya.

Mawar berdebar-debar melihat Iman mendekatinya.Hoh! Budak ni.Bukan main dahsyat lagi aura dia.Aku yang baru putus cinta ni pun boleh tertarik tengok muka macho dia tu.Aduh! Mawar cuba memperlahankan getaran di dada dengan melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

Iman pula sibuk mengeluarkan bungkusan nasi lemak yang baru dibeli,satu untuk Mawar dan satu lagi miliknya.Bibirnya yang merah terkunci rapat.Satu ayat pun tak keluar.Dia mahu tunggu dan lihat sama ada Mawar akan perasaan tindakannya itu.

Erm…sedapnya bau nasi lemak mak cik ni.Dari dulu lagi saya memang suka sangat dengan nasi lemak dia.Simpan sampai petang pun tak basi.Bagus!”

Iman keluh lemah dalam hati.Hurmmm…alamatnya aku sahajalah yang ‘makan hati’ dekat sini.Sampai hati dia tak nak tanya kenapa aku macam ni.Dia boleh sibuk puji nasi lemak mak cik tu pulak.Tanyalah kenapa aku masam dan serius ni.Hii…nak aje aku balik rumah, tidur.Iman membebel di dalam hati.Kecewa betul kerana Mawar langsung tidak beri tindak balas terhadap perubahan air mukanya itu.

“Makanlah…”Iman duduk mengadap Mawar dan mula menyuap nasi lemak masuk ke mulutnya.Malas lagi dia mahu menanti pujukan Mawar.Sungguhpun Mawar tidak menganggap dia itu sesiapa,apalah salahnya jika Mawar ambil berat tentang dirinya juga.

Beberapa suap nasi lemak merah masuk ke dalam mulut, Mawar mula meneguk air.Dia sedar situasi nampak agak tegang.Mawar menarik nafas perlahan-lahan sebelum memulakan bicara serius.Dia tahu Iman pasti terkejut dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah berlaku tadi.

“Iman,terima kasih sebab awak tarik lengan saya tadi.Kalau awak tak buat macam tu entah berapa lamalah Awin tu nak desak saya.Ikutkan hati,nak saja saya halau dia.Tapi tak sesuai pula rasanya.Lagipun dia bukan musuh saya pun..”

“Danial tu siapa pulak? Pakwe awak ke?”soal Iman terang.Sejak dari tadi dia ingin tahu siapa Danial pada Mawar.

Mawar tercengang.Beberapa kali dia meneguk air.Bukan kerana kepedasan sambal cili kering nasi lemaknya tapi  kerana tertikam dek soalan Iman.Kenapa Iman sibuk mahu tahu siapa Danial? Dan kenapa dia nampak marah saja.Oh! Tidak.Aku tak boleh biarkan perkara ni terjadi,cukup!

“Dia tu seseorang yang saya tak mahu ingat lagi Iman.Bila saya cakap tak mahu ingat maksudnya saya tak nak ungkit lagi nama dia.”Tegas Mawar.

Iman terdiam sambil mengangguk kepala.Pasti Danial bekas kekasih Mawar.Tak salah sangkaan aku.Maksudnya sekarang ni Mawar dah solo dan aku automatically ada peluanglah.Iman gembira dalam diam.

Mawar mengipas-ngipas wajahnya dengan helaian kertas yang dilipat.Sudah naik merah padam wajahnya.Sejak dari pagi hingga ke petang Iman menemaninya di kedai kek itu,malah Iman turut membantu melayan pelanggan yang datang.Dan ketika ini, dia kepanasan yang teramat.Bukan kerana penghawa dingin  rosak, tetapi kerana usikan Iman yang tidak henti-henti dan lirikan mata remaja itu.Lupa terus dia pada kekecewaannya terhadap Danial.Biarpun begitu, Mawar terus berjaga-jaga.Dia tak mahu tersungkur dek kerana jerat cinta.

“Sayang.”

Mawar yang masih ketawa terus menoleh ke arah pintu masuk yang terbuka.Seseorang yang amat dikenali sedang berdiri terpacak di sebelahnya.Sepantas kilat Mawar menoleh ke arah Iman semula.Iman serius dan masam mencuka.Pasti panggilan ‘sayang’ yang diguna lelaki itu menyebabkan Iman berubah air mukanya.

Iman terdiam kaku,matanya bulat memandang lelaki berseluar slack hitam dan berbaju lengan panjang masuk merapati Mawar.Mawar pula senyap dan tajam membalas renungan itu.Siapa ni? Inikah Danial? Desis hati Iman.

Danial cuba mendekati Mawar namun…

“Buat apa datang sini?” Mawar cuba menjauhi Danial dengan berjalan kembali ke kaunter.Di situlah tempat Iman berdiri.Biarlah! Biar Danial juga rasa apa yang aku rasa.Dia ingat dia saja yang ada pengganti aku.Dia ingat aku tak boleh cari orang lain.Huh! Dia fikir aku ni apa agaknya.Ingat aku tak laku? Ngomel Mawar geram.

Danial mengekori Mawar sambil matanya mengerling tajam pada lelaki muda yang berdiri hampir dengan Mawar.Ini ke budak yang Awin cakap tadi? Hai..kalau betullah kau yang berani sentuh lengan Mawar tadi siaplah,bisik Danial.

“Sayang abang ada perkara nak cakap…”Danial cuba bercakap dengan nada lembut  biarpun hatinya panas kerana tak sabar mahu tahu siapa lelaki yang sudah rapat dengan Mawar.

Mawar menjeling Danial tajam.Dah gila ke apa ni? Gila talak! Bersayang-sayang lagi pulak tu.Dengar dek Awin tu baru padan dengan muka dia kena marah.Dulu depan Awin boleh je sebut nama aku.Huh! Kaki kelentong punya orang! Mawar tak habis-habis mengutuk Danial di dalam hati.Sudah tak lalu lagi dia hendak pandang muka lelaki curang seperti Danial.

“Boleh tak balik dan jangan ganggu saya lagi! Semuanya dah jelaslah! Dah tak ada apa-apa lagi nak dicakap,”luah Mawar sambil menjeling Danial.Dia berpura-pura sibuk memeriksa skrin komputer di hadapannya.

Danial membukam,tak sangka Mawar akan bersuara dan bercakap kasar begitu dengannya.Selama ini bahasa Mawar lembut dan sopan sahaja.

“Abang masih sayangkan Mawar sebenarnya.Abang tak ada niat pun nak putus dengan Mawar.Mawar tolonglah faham situasi abang..”

Mawar rasa mahu tergelak,mahu terjeluak.Bertambah bengkak hatinya mendengar kata-kata Danial itu.Apa maksud Danial? Faham situasi dia? Apa situasi yang dia lalui?

“Kalau tak berniat nak putus kenapa boleh ada Awin pulak? Dia tu siapa? Eh,jangan nak tipu dan nak pusing ceritalah! Kalau dah bercinta dengan Awin tu mengaku jelah! Saya tak kisahlah! Pergi jelah dekat dia! Kita ni pun bukan ada apa-apa,tak kahwin tak bertunang lagipun kan?”marah Mawar.Suaranya makin tinggi dan terus meninggi.Iman yang menjadi penonton drama perang mulut buat kali kedua itu langsung tidak dihiraukan.Di dalam bola matanya hanya ada Danial.

Danial mencekak pinggangnya,mulalah darahnya mendidih.Mawar betul-betul tak kisah tentang hubungan mereka lagi.Agaknya memang benar dia dah ada kekasih lain.Beria-ria sangat nih! Danial memandang sekeliling sebelum membalas.

“Mawar dah ada orang lain kan? Sebab tulah Mawar boleh senang hati nak tinggalkan abang kan? Huh! Tak sangka..”

Mawar ternganga besar.Kenapa Danial menuduh dia pula? Bukankah yang curang itu Danial.Kembang kuncup hidung Mawar.Dadanya sudah sesak dengan angin kemarahan yang mengembang.Tiba masa sahaja mahu meledak.

“Ya! Memang Mawar dah ada orang lain.Kenapa? Tak puas hati!”

Danial segera melonggarkan tali leher yang menjerut kuat.Dari awal lagi dia sudah sangka hal itu benar.Betullah kata Awin pagi tadi.Jadi, siapa budak lelaki tu? Danial memandang remaja di sebelah Mawar.

“Kau ke?” soal Danial sambil menunjuk wajah Iman dengan jari telunjuknya.

Mawar tercengang.Tak sangka Danial main tuduh sembarangan.Apa tujuan sebenar Danial datang bertemunya? Dan bagaimana Danial boleh syak dia ada orang lan.Huh! Awin, kau? Mawar percaya bahawa Awinlah yang telah mereka cerita itu.

Iman melangkah keluar dari kaunter dan berdiri betul-betul depan Danial.Dia langsung tak gentar dengan Danial walaupun umurnya dengan lelaki itu nampak agak jauh.

“Ye,aku.Kenapa? Kau tak puas hati? Kalau kau boleh ada perempuan lain, kenapa Mawar tak boleh ada lelaki lain pulak? Ini barulah adil namanya?”

Buk!

“Danial!”