Kerana Kau..Aku Kembali

RM22.00

Penulis: Sophilea

Caption: ratusan purnama berlalu saat kau mengukirkan bicara dan aku kembali menuntut sebuah janji

ISBN: 978-967-406-255-2

Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
RM 22.00 RM 25.00

KAU bangkitkan aku dari lena aku yang panjang. Ratusan purnama berlalu, saat kau mengukitkan kata cinta dan kini aku kembali menuntut sebuah janji.

NAILI, dendam itu adalah luka yang sangat parah. Saat kau bersendirian, mereka akan datang sebagai sahabat dan kawan. Tapi syaitan dan iblis adalah penipu yang sangat licik. Mereka bukan teman tetapi adalah musuh yang akan merosakkan jasad dan jiwamu.

7 helai rambut perawan mati dibunuh beserta tujuh titisan darahmu adalah perjanjian yang kita akan pateri. Naili, kau akan jadi milik aku dan aku akan bersamamu sehingga mati.

Dalam gelap malam tujuh helai rambut perawan mati dibunuh diambil. Dicampur tujuh titisan darahnya.

Si iblis tersenyum megah. Seorang lagi anak Adam bakal diheret bersamanya ke neraka. Hari demi hari, dia menjadi penjaga pada Naili. Setiap teman yang mendampingi Naili buatkan dia membenci.

“Wan…tolong pos kat aku sebuah buku ini….buku seramkan?” Tiada siapa disisnya. Tapi suara siapa yang menjelma.

Waktu Mak Wan nampak Adam yang bertukar menjadi makhluk hodoh di dapur sedang meratah daging metah diatas meja, dia pengsan.

Di rak televisyen Jumay nampak seekor pontianak sedang duduk sambil menyanyi lagu yang menyeramkan.

Waktu lena Aisyah diganggu dengan suara

Satu dah tidur…dua dah tidur..tiga dah tidur…empat pura-pura tidur ya?

Beli Sekarang LAZADA
Beli Sekarang SHOPEE
Category:

Description

SUATU MASA LALU…

 

Naili menangis semahu-mahunya. Sakit di pinggang masih terasa meski beberapa hari berlalu. Tali pinggang kulit melekap di belakangnya. Salahnya cuma satu kerana mahu mengikuti pendakian Gunung Korbu yang dibuat untuk pelajar tingkatan 6. Akibatnya kakaknya menyinga. Hadiah pertama yang dia dapat selepas meluahkan hasrat 6 sebatan di pinggang. Kononnya mahu lakukan aktiviti yang tak berfaedah. Tahunya cuma menghabiskan duit si ayah. Pelbagai fitnah dilemparkan.

Kadang-kadang si kakak menghasut pemikiran si ayah sehingga sekali lagi dia dipukul. Dituduh bercinta, bersosial dan melakukan perkara yang tidak elok.

Tanpa pengetahuan si ayah dan kakak, dia pergi juga bersama teman-temannya. Dia sudah tidak peduli dengan apa yang bakal berlaku nanti.

Naili menangis sendirian saat teman-teman lain sedang melakukan aktiviti mereka. Dia duduk sendirian di atas batu besar di tepi sungai ini. Petang mula menginjak usia. Seketika lagi maghrib akan menjelma dan seluruh tempat ini akan ditutupi gelap malam tanpa cahaya. Namun hatinya tak pernah takut.

Jiwanya penuh dendam dan marah.

“Kenapa kamu menangis di sini?”

Naili terkejut seorang wanita cantik muncul dari arah utara hutan belantara. Berpakaian lagaknya seperti puteri zaman dahulu dengan mahkota kecil di kepala.

“A… Awak siapa?” soal Naili. Wanita cantik tersenyum. Melangkah dalan deruan air yang mengalir laju. Naili pandang ke selatan ke arah teman-temannya yang sedang mandi. Tidak nampakkah mereka pada gadis ini?

“Aku tahu apa yang ada dalam fikiran kau. Jangan takut, aku datang untuk menolong. Aku tahu hati kau sedang marah, bukan?”

Naili angguk.

“Nama aku Maya. Aku tinggal di puncak gunung Korbu. Nun jauh diatas sana.” Telunjuknya menghala ke puncak.

“Awak ni puteri ke?”

Maya angguk.

“Namamu Naili bukan?” Malam semakin menjengah. Suara cengkerik, unggas rimba saling bersahutan antara satu sama lain. Dan ada lagi suara-suara misteri yang Naili tak dapat meneka.

Naili angguk. Pelik bagaimana Puteri Maya ini mengetahui namanya?

“Kau perlukan pertolongan aku, bukan? Aku tahu kau mahu hapuskan mereka semua. Mereka yang menyakiti kau. Mereka yang bencikan kau. Ikut aku. Aku akan bantu kau untuk hapuskan mereka. Redakan kebencian dalam hati kau, Naili.”

“Macam mana kau tahu?” soal Naili. Rembang senja mula menampakkan cahaya merah di dada langit. Ya, saatnya iblis dan syaitan keluar dari hijab mereka.

“Mari ikut aku,” arah Maya.

“Tapi…” Naili pandang teman-temannya.

“Jangan risau nanti kau akan kuhantar pulang. Mari Naili. Aku yakin kau mahu membalas semua perbuatan mereka yang menyakiti kau. Mari ikut aku. Aku akan berikan apa sahaja permintaan kau.”

Tanpa sedar, Naili bangun. Mengikuti langkah Maya dalam aliran air sehingga tanpa sedar dia sudah berada di puncak tertinggi Gunung Korbu.

“Mari Naili masuk ke istana aku.” Di hadapan Naili ada satu binaan istana yang berbentuk kon. Puncaknya Naili tak nampak bila malam mula melebarkan sayapnya. Naili masuk. Ada cahaya ungu menghiasi istana ini. Pelik. Tidak pernahkah orang jumpa istana ini di atas gunung ini?

Naili dijamu dengan makanan yang lazat. Maya cuma tersenyum memerhati. Ya, seketika lagi seorang cucu Adam bakal jatuh ke tangan Iblis. Akan kuratah lendir dan darahmu menjadi habuan kerongkongku yang haus.

“Betul ke kau boleh tolong aku?”

Maya angguk.

“Tapi ada syaratnya. Kau harus memenuhi semua syarat yang aku berikan sebelum aku membantumu. Jangan risau Naili, selepas ini tiada siapa yang dapat melakukan sesuatu pada kau. Lagi. Aku akan melindungi kau seumur hidupmu.

“Betul ke? Aku akan penuhi apa sahaja syarat yang kau berikan,” janji Naili. Dia gembira bila ada yang boleh mambantunya. Membantunya memusnahkan mereka yang menyemarakkan api kebencian dalam hatinya.

Maya tersenyum.

“Orang-orang yang selalu minta pertolongan daripada aku menyeru aku dengan nama nenek lanjut kau boleh panggil aku nenek, usia aku sudah ribuan tahun. Syarat aku mudah. Kau cuma perlu berikan aku makan.”

“Makan?” soal Naili. Maya bangun. Berpusing-pusing di udara. Dia masih tersenyum dalam wajah cantiknya.

“Ya, Naili.”

“Makan apa?”

“Setiap sekali dalam sebulan aku cuma perlukan darah. Sama ada darah kau cuma setitis dua ataupun darah orang lain.”

Naili tersentak. Permintaan Maya bukan permintaan biasa.

“Jangan risau Naili. Aku akan bantu kau. Aku akan musnahkan orang-orang yang menyakiti kau. Kau cuma perlu ikut sahaja apa yang aku cakap. Jangan risau aku cuma perlukan sedikit sahaja darah kau. Tak banyak, Naili.”

Naili akhirnya angguk. Kesakitan dan marah yang beraja di hatinya membuatkan dia langsung tak berfikir lagi. Dia bersyukur bertemu Maya. Bagaikan Tuhan menghantar seorang pelindung pada dia saat ini.

“Baiklah aku setuju.”

Maya tersengih.

“Naili, apa yang kau mahu, kau boleh beritahu aku.”

“Aku mahu kau lakukan sesuatu pada kakak aku. Aku benci dia. Aku mahu dia derita sepertimana aku terseksa sebelum ini.”

Maya ketawa. Ilaiannya bergema dalam ruang istana ini.

“Mudah Naili tapi aku perlukan bantuan kau.”

Bantuan?

Maya Angguk.

“Aku perlukan rambut anak dara mati dibunuh. Kau berani?”

Naili tersentak.

“Mana aku nak cari?”

“Jangan risau. Aku akan beritahu bagaimana.

Naili berfikir sejenak. Permintaan ini bukan biasa-biasa. Namun kerana dendam buatkan dia menyanggupi apa sahaja.

“Baiklah aku setuju.”

Maya si iblis tua yang mahukan Naili untuk hidup abadinya. Dia perlukan darah Naili untuk kekalkan sihirnya supaya terus dapat hidup.

“Baiklah Naili untuk permulaan aku cuma perlukan tiga titis darahmu.

Gigi yang tajam meruncing dibenamkan ke hujung jari Naili.

“Bagus Naili mulai saat ini kau dan aku akan bersatu. Cuma sedikit sahaja lagi yang aku perlukan. Kau berehat dahulu sebelum aku hantar kau pulang.”

Malam itu kecoh di khemah bila Naili hilang. Akhirnya pihak sekolah terpaksa memanggil bantuan JPA dan pegawai hutan untuk membantu. Puas dicari tapi bayang Naili langsung tiada.

Esoknya Naili dijumpai di celah batu berhampiran anak sungai. Sejak itu si iblis tua menjadi pendamping Naili.

“Aku takut,” bisik Naili. Malam itu malam Jumaat. Dia didatangi Maya yang menyerupai seorang nenek tua yang hodoh.

“Kau kena cepat, Naili. Kau tak boleh berlengah lagi. Kau kena pergi ambil rambut dia.”

Hati Naili berdebar. Renungan tajam dari sang Nenek buatkan hatinya kecut.

“Aku takut.”

“Kau tak perlu takut, bodoh. Pergi Naili. Tak ada orang akan tahu apa yang kau lakukan. Pergi.” Suara itu bergema dalam bilik sempit Naili. Naili keluar.

“Kau nak pergi mana malam-malam ini? Nak jumpa jantan?” Belum sempat puntu dibuka, suara kakaknya menyergah. Sakit bila rambutnya ditarik. Air matanya mahu menitis tapi ditahan.

“Saya nak keluar sekejap.” Tangan Hanis ditepis.

“Oh keluar? Kau ingat rumah ni hotel? Eh kau jangan ingat aku tak tau kau keluar malam-malam ini pergi jumpa jantan.”

Naili menangis dalam hati bila dituduh begitu. Kerap benar dia difitnah. Kepala Naili ditolak. Sakit bila terkena dinding.

“Aku tahu kau keluar. Siap kau, Naili. Aku akan pastikan ayah sebat kau.” Hanis menjeling dan berlalu. Naili kesat air matanya. Benci benar dia saat ini dengan hanis. Dia nekad. Dia pandang nenek tua yang bergayut di alang rumah. Ya, dia harus lakukannya.

Naili berjalan dalam malam yang gelap. Sesekali bila penat cangkul ditangan diheret. Tanah perkuburan di hujung kampung sunyi sepi. Sesekali lolongan anjing dan suara burung hantu saling bersahutan. Naili pejamkan matanya seketika. Ada benda yang seakan-akan terbang di kepala.

Petang tadi, jenazah Asyikin pelajar berusia 16 tahun yang mati dibunuh selamat dikebumikan. Siapa kata dia tak takut? Hatinya gementar. Jiwanya kecut. Sesekali romanya meremang. Naili tetap melangkah. Dalam gelap malam. Ditemani segala syaitan dan iblis.

Sebaik sahaja sampai di kubur Asyikin tangannya menggeletar.

“Buat Naili. Kau harus lakukannya,” bisik nenek tua ditelinga. Tanah kubur masih merah. Nisan pun cuma batu sungai yang diambil. Naili pandang sekeliling. Suasana sunyi. Sesekali kedengaran suara yang menakutkan. Bagai seseorang sedang mengerang.

“Cepat Naili, aku akan bantu kau.”

Naili pandang lagi tanah perkuburan di kaki bukit ini. Nisan-nisan putih menyeramkan lagi malam yang dingin. Namun hatinya nekad. Satu demi satu tanah yang belum padat dicangkul. Entah dari mana datangnya kudrat dia, dia mencangkul tanpa henti.

“Bagus, Naili. Bagus…” Suara nenek cuma di tepi telinga.

3 jam Naili mengorek tanpa henti sehingga dia nampak kain putih. Dadanya semakin berdebar. Dia tahu kalau itu adalah tali yang mengikat kepala mayat.

“Ambil rambutnya Naili. Naili cangkul lagi sehingga nampak kain kapan yang menutup wajah Asyikin. Jemarinya menggeletar saat dibuka tali pengikat. Dengan bantuan lampu kecil di tangan, kain kapan yang menutupi mayat Asyikin dibuka. Naili melompat keluar bila wajah pucar Asyikin tersuluh oleh lampu.

“Kenapa? Kau takut?” Naili cuma memandang wajah Asyikin yang mengiring menghadap kiblat.

“Cepat, Naili.”

Naili tarik nafas panjang. Dia kembali ke dalam kubur. Matanya dipejamkan saat tangannya meraba. Sekali lagi dia melompat. Dia terpegang mata Asyikin yang sejuk. Dia kuatkan hatinya demi dendam yang tersimpul lama di dada. Dengan sepenuh kudrat rambut mayat Asyikin ditarik. Seketika suara menjerit muncul.

“Aduhhh!!!”

“Aduhhh!!!”

“Aduhhh!!!”

Naili cepat-cepat kembali ke atas. Rambut Asyikin digenggam. Suara mengadih kesakitan semakin kuat di telinga. Dia nampak mayat Asyikin bergerak. Hatinya semakin takut. Cepat-cepat cangkul diambil dan dia terus berlari tanpa menoleh lagi.

Sebaik sahaja sampai di rumah cepat-cepat cangkul di basuh. Kemudian dia terus kembali ke dalam bilik. Nafasnya ditarik panjang. Matanya liar memandang. Jam 3 pagi. Tiba-tiba dia dengar suara tangisan dari luar dinding bilik.

Huuu…

Huuu…

Huuu…

Naili bergerak ke katil dari hujung katil, dia mengintai dari lubang di dinding. Jelas dia nampak sekujur tubuh berikat putih seperti pocong di luar bilik.

Naili tahan nafas. Sungguh dia takut. Tubuhnya menggeletar.

“Naili…”

Naili kenal benar suara itu. Itu suara Asyikin.

“Akak minta maaf Syikin.”

Dinding biliknya diketuk dengan suara tangisan yang semakin sayu dan sayup.

“Naili… Kenapa ambil rambut Ekin? Kenapa ambil rambut Ekin?”

Naili pejamkan matanya rapat-rapat.

Naili masih diam.

“Sampai hati Naili buat Ekin macam ini. Ekin… Baru saja mati. Ekin dah mati Naili…” Suara Asyikin semakin mendayu.

“Naili tak kesiankan Ekin ke?”

Naili buka matanya.

“Pergi kau dah mati. Pergi jangan kacau aku.”

Tiba-tiba dia nampak mayat Asyikin berdiri di tepi pintu bilik. Cuma wajahnya sahaja kelihatan. Pucat.

“Bagi balik rambut Ekin…”

“Kau hantu. Kau bukan Ekin! Ekin dah mati! Pergi!”

Asyikin ketawa.

“Naili nak Ekin… Ekin kacau Kak Hanis, ya? Hahaha…” Syikin mengilai.

“Pegang kuat-kuat rambut dia, Naili. Perintahkan dia,” bisik nenek tua.

“Aku nak kau kacau Hanis.”

Asyikin mengangguk dan tiba-tiba dia menghilang.

“Campurkan rambut Asyikin dengan darah kau, Naili.”

Naili cepat-cepat ambil jarum. Hujung jarinya dicucuk. Setitis dua darahnya dicampur dengan rambut Asyikin yang diletakkan di dalam bekas. Kemudian cepat-cepat diletakkan di dalam laci.

Hanis mengiring ke kiri. Tangannya capai bantal peluk dengan matanya yang terpejam. Entah kenapa sukar benar dai mahu terlelap malam ini. Sehingga jam 3.30 pagi dia masih belum boleh lena.

Bantal peluk dirasakan lain. Matanya dibuka. Di sebelahnya bukan bantal peluk, tapi mayat Asyikin yang berbungkus dengan kain kapan sednag tersenyum. Hanis menjerit suaranya tersekat di kerongkong. Dia berlari keluar. Pintu bilik dibuka, tapi Asyikin muncul dengan senyuman yang mengerikan. Hanis berlari ke dapur di tangga Asyikin sedang melompat sepeti pocong.

Palp! Palp! Palp! kain di hujung kaki seperti terseret di atas lantai. Asyikin lari semula ke atas tapi kakinya tersadung sesuatu dan dia jatuh tersungkur. Dalam kesakitan matanya dibuka, wajah Asyikin yang mengerikan sedang menyeringai memandang dia.

Sejak itu, Hanis tidak siuman terpaksa dihantar ke Hospital Bahagia. Sepanjang masa dia hanya melukis gambar pocong. Sesekali menjerit menarik-narik rambutnya. Naili puas. Dendamnya terbalas. Meskipun bukan sikit harga yang perlu dibayar.

Pulau Perhentian…

 

Naili duduk seorang diri di atas kerusi batu di sunset point ini. Teman-temannya yang lain sedang asyik menikmati keindahan Pulau Perhentian. Masih berendam meski petang beranjak suasana.

Mak Wan yang berendam bersama Ziela kelihatan seronok, kalaulah dia tahu siapa di sebelahnya. Ziela? Tadi semasa ke mari dia nampak Ziela dan Faris berjalan di kedai tepi pantai. Jadi siapa di sebelah Mak Wan kalau bukan si iblis tua itu.

Mahu sahaja diberitahu pada Mak Wan. Naili pun tak tahu kenapa iblis tua itu suka benar dengan Mak Wan. Naili melangkah masuk ke dalam air yang jernih berwarna hijau. Ikan-ikan berwarna warni muncul di mata. Indah benar ciptaan Tuhan ini. Laut Pulau Perhentian ini cantiknya sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Eh, mana Ziela pergi?” soal Jumay bila Ziela tiba-tiba menghilang. Bukan Naili tak tahu Ziela palsu itu sedang enak menghirup darah di hujung jari Abby yang luka. Berselera benar dia dengan darah segar yang keluar dari hujung jari Abby.

Naili rendamkan tubuhnya ke dalam air laut. Tangannya diletakkan di atas air. Berkilau gelang yang dari dulu menjadi penghuni pergelangan tangannya disimbah mentari senja yang merah di ufuk timur. Dia nampak lidah nenek tua itu menjilat bibirnya. Kekenyangan barangkali ataupun sedang menikmati enaknya darah Abby.

“Mak Wan rasa lain macam tak?” soal Jumay. Dia dapatkan Mak Wan yang sedang berendam berhampiran batu besar.

“Lain macam apanya?”

“Rasa macam ada orang lainlah dengan kita.”

Ish, merepek aje kau ini Jumay. Sapa pula?”

Ayman, Adam dan Haziq sudah ke pantai satu lagi. Long Beach yang airnya sangat jernih.

“Entahlah saya rasa macam ada orang lain je dengan kita. Perasaan saya aje kut.” Jumay kembali berikan roti pada ikan-ikan. Berkerumun ikan-ikan menghampiri.

“Weh, dah maghrib. Jom kita!” Mummy Tijah menjerit dari tebing. Entah bila dia naik ke darat.

“Jomlah. Lepas mangrib kita turun makan, ya?”

Naili cuma angguk. Sebaik sahaja tiba di atas, Ziela berlari-lari anak dengan Faris.

“Weh, Ziela pergi mana? Hilang macam tu aje.” Aisyah cekak pinggang pandang Ziela.

“Saya pergi beli makan dengan Farislah, kak. Fariz lapar. Tak sempat nak turun mandi dah.”

Mak Wan yang baru nak melangkah berpaling.

“Habis tu yang mandi dengan aku tadi siapa?” soal Mak Wan. Suaranya sedikit menggeletar. Betullah Ziela ini buat cerita seram waktu maghrib macam ini. Pokok-pokok yang merimbun sedikit menyeramkan.

“Betulah, Mak Wan. Saya pergi makan dengan Faris. Faris lapar. Ish, takkan nak buat cerita kut.”

Mal Wan pandang satu demi satu wajah di hadapannya. Semuanya teguk liur.

“Mak Wan, mana ada Ziela mandi dengan kita,” ujar Abby. Dia tak nampak langsung pun Ziela ada bersama mereka tadi.

“Eh, adalah. Aku nampak Ziela tadi.” Jumay bersuara. Masing-masing masih berdiri di tepi tangga di sunset point walaupun matahari dah lama terbenam. Masing-masing terdiam. Siapa pula Ziela yang Mak Wan dan Jumay nampak? Masing-masing bagai kaku bersuara. Saling memandang.

Ish, tak ada apalah. Biasalah tempat-tempat macam ini. Perasaan Mak Wan dengan Jumay aje kut,” ujar Naili. Dia tak mahu teman-temannya berasa curiga.

“Perasaan apa siap Mak Wan bersembang lagi dengan Ziela.”

“Okey sudah kita balik bilik dulu, ya?” saran Mummy Tijah. Kesemuanya berjalan kembali ke cottage. Pelbagai rasa bercampur baur. Naili cuma memandang si iblis yang ketawa di sebelah Jumay dengan perasaan yang marah.

Sebaik sahaja sampai di bilik, Abby terlebih dahulu ke bilik air. Aisyah di kerusi dengan telefon bimbit di tangan. Naili duduk di birai katil. Beg merah di tepi dinding diambil. Sebaik sahaja dibuka untuk ambil baju, sekuntum mawar merah kembali muncul. Dia semakin pelik. Geram pun ada. Dia mahu tahu siapa. Tiba-tiba terdengar jeritan dari bilik air.

“Abby kenapa?” Naili ketuk pintu. Pintu dibuka dari dalam. Pucat lesi tidak berdarah wajah Abby memandang Naili dan Aisyah silih berganti.

“Aku nampak ada orang tua belakang aku dalam cermin.”

“Perasan aje kut Abby.”

Abby pandang Aisyah. Otaknya sukar menngimbang sama ada itu cuma ilusi atau sebenarnya kenyataan.

“Mungkin kut.”

“Agaknya kau fikir sangat pasal Ziela tadi. Alah tak ada apalah. Mak Wan dengan Jumay tu perasan aje kut Ziela ada sekali. Dahlah mandi cepat. Aku nak mandi pula.”

Naili menjeling. Di atas flush dia nampak si iblis tua sedang bertenggek dengan darah penuh di bibir menitis ke lantai.

Adam dan Haziq tinggalkan Ayman bersendirian di Long Beach untuk kembali ke cottage. Sepanjang laluan denai Adam bagaikan terpandang sesuatu. Sesuatu yang mengekori mereka dari celahan pohon-pohon besar di sebelah kanan denai. Dia melangkah laju.

“Adam tunggulah.” Haziq menjerit. Kakinya sakit mengekar langkah Adam.

“Haziq, kau nampak apa-apa tak?” Haziq geleng.

“Tu… Sebelah kanan.” Adam tunjuk ke pohon besar sebelah kanan. Haziq menoleh. Sebaik sahaja dia lihat seorang wanita berpakaian putih dengan rambutnya yang panjang menutupi wajah, dia cepat-cepat pandang Adam semula. Lantas dia mengangguk.

“Si… Siapa?” soal Adam perlahan. Tak terlangkah kakinya.

Haziq geleng. Kakinya menggeletar.

“Han?”

Haziq angguk. Adam tak perlu habiskan ayatnya kalau Haziq tahu siapa yang dimaksudkan.

“Aku kira sampai tiga, kita lari okey?”

Haziq cuma angguk. Suaranya sudah tersekat di kerongkong. Tiba-tiba matanya terbeliak. Wanita itu betul-betul di belakang Adam.

“A… Adam… Be… Belakang kau.”

“Makkk!” Sekuat tenaga yang ada Adam dan Haziq berlari.

“Hahaha…” Suara mengilai terus kedengaran. Sepanjang denai setiap kali Haziq dan Adam melangkah puntianak itu bagaikan terbang dari satu pokok ke pokok yang lain. Sambil suaranya ketawa mengilai. Menakutkan. Tiba-tiba langkah Haziq dan Adam terhenti. Mereka berpaling ke belakang. Suara dan tubuh puntianak itu sudah hilang. Adam dan haziq tarik nafas lega. Namun sebaik sahaja berpaling satu kepala tanpa tubuh sedang menyeringai betul-betul di hadapan mereka berdua. Berjuraian segala tali perut dengan darah yang menjejeh.

“Adam… Haziq…” Kepala itu bergoyang-goyang di udara. Matanya yang tertonjol keluar giginya yang kehitaman meruncing bagai baru diasah pipinya yang berlubang dengan ulat-ulat memenuhi.

Adam pandang Haziq, akhirnya kedua-duanya rebah pengsan ke bumi.

Ayman masih menyelusuri Long Beach bersendirian. Ada masalah yang membelenggu dirinya saat ini. Masalah di tempat kerja bagaikan tiada kesudahan. Malam sudah lama menggantikan siang. Dia duduk di tepi pantai. Sesekali matanya memandang pengunjung-pengunjung yang masih berpesta di pantai yang indah ini.

“Hai.” Satu suara menegur. Seorang wanita berseluar panjang berwarna hitam dan baju T putih muncul dari belakang.

“Hai,” balas Ayman.

“Boleh saya duduk?”

Ayman angguk. Cantik, desis hati kecilnya. Wanita itu duduk di sisi Ayman. Memandang laut yang diselebungi kelam malam.

“Pelancong ke?” soalnya.

“Haah… Datang dengan kawan-kawan. Dia orang ada kat sebelah sana. Saja duduk sini kejap. Awak melancong ke?” soal Ayman. Sekadar beramah mesra.

“Saya orang tempatan. Memang dah lama tinggal sini. Dari kecil lagi. Mak ayah saya duduk tanah besar. Saya kat sini tolong sepupu buat bot laju. Tu.” Telunjuknya dihalakan pada satu pondok yang menjadi tempat menyewa jet ski dan bot.

“Oh, memang orang tempatanlah, ya?”

Gadis itu angguk.

“Saya Suraya. Awak?” soalnya.

“Ayman Haikal.” Mana tahu kalau jodohnya di sini. Mereka saling bertukar cerita.

“Awak tahu tak Ayman, dekat sini dulu ada gadis pernah kena bunuh.”

Ayman pandang Suraya.

“Ya ke? Kenapa dia kena bunuh?” soal Ayman teruja ingin tahu kisah.

“Lelaki itu nak dekat dia tapi dia dah ada orang lain. Satu malam dia hilang dari cottage. Esoknya orang jumpa mayat dia di tepi pantai hujung sana tu.” Telunjuknya dihalakan ke hujung sebelah kiri Long Beach.

“Habis tu dapat tangkap ke sapa yang bunuh dia?” Suraya geleng.

“Tapi saya tahu roh dia dah balas dendam pada lelaki itu. Lelaki itu dah dapat pembalasan dengan apa yang dia lakukan,” ujar Suraya. Matanya bagaikan menyimpan satu kesedihan. Dia pandang jauh ke tengah lautan. Ombak mula menghampas pantai. Sedikit lagi pasti basah tempat mereka duduk ini.

“Kesiannya dia. Muda lagi ke dia?” Cerita Suraya mengundang pertanya demi pertanyaan dari bibir Ayman.

“Lebih kurang saya.” Beberapa pengunjung yang lalu di hadapan Ayman pandang-pandang. Entah apa yang mereka pandang Ayman tak tahu.

“Ajal maut kan kat tangan Tuhan. Susah kita nak jangka. Betul tak?”

Ayman duduk bersila. Sejuk udara laut berhembus perlahan. Sebenarnya hati suka bila dapat dating berdua dengan Suraya. Harap belum kepunyaan siapa-siapa. Gatal Ayman.

“Kesian Suraya. Hidupnya berakhir di tangan orang yang tak bertanggungjawab.” Suara Suraya berubah sedikit. Ada nada marah.

“Tak apalah sekurang-kurangnya dia dah tenang kat sana, kan?”

Suraya pandang Ayman.

“Siapa cakap dia tenang? Dia tak akan tenang selagi pembunuh dia tak mati.”

Ayman tersentak. Pandangan mata Suraya penuh dengan kebencian.

“Kenapa awak cakap macam tu?” soal Ayman. Bagaikan Suraya tahu perasaan gadis yang mati dibunuh itu.

Er… Saya tahu sebab saya mampu merasakannya betapa terseksanya dia mati.”

“Polis tahu macam mana dia mati?”

Suraya angguk.

“Dia Ditarik ke tengah kaut. Lehernya dijerut dengan dawai, wajahnya dibenamkan. Awak tahu bagaimana seksanya dia mati. Dengan leher yang terjerut, dengan wajahnya yang dilemaskan, lidahnya terkeluar waktu dia hembuskan nafas terakhir dia.”

Gulp. Ayman telan liur. Suraya bercerita bagai dia ada disitu waktu kejadian. Penuh emosi.

“Kesiannya dia.” Ayman simpati. Suraya angguk.

Em, bila awak balik tanah besar?” soal Suraya.

“Lusa pagi. Awak kerja kat stesen radio, ya?”

Ayman kerutkan dahinya. Macam mana wanita yang baru sahaja dia kenal tahu tentang identiti dia?

“Mana awak tahu kerja saya?”

Suraya senyum.

“Saya teka aje. Mana tahu tekaan saya betul. Betul ke?”

Ayman angguk.

“Baru lagi.”

“Ayman, awak percaya hantu tak? Roh ke?”

Ayman angguk lagi.

“Saya suka baca cerita hantu. Karya Fatrim Shah, Ramli Awang Murshid, Anuar Darwisy. Bagi saya hantu memang wujud. Antara kita nampak dengan tak nampak saja.”

“Kalau hantu muncul depan awak, taku tak?”

Ayman ketawa.

“Kalau hantu tu cantik macam awak, saya taklah takut. Kalau dia muncul dengan muka yang ngeri memanglah saya takut. Lari tak cukup tanah.”

Suraya ketawa.

“Kat sini ada hantu ke?”

“Ada. Sayalah hantunya.”

Ayman berdebar. Suraya pandang Ayman kemudian dia ketawa.

“Awak ni takkanlah hantu boleh sembang macam ini. Saya suka sembang dengan awak. Boleh temankan saya berbual malam ini?”

Ayman angguk. Memang dia bercadang mahu lepak di Long Beach ini malam ini. Lagipun ramai yang tak tidur di sini. Seronok juga dapat teman macam Suraya.

“Awak pernah jumpa hantu ke kat sini?” soal Ayman.

Suraya angguk.

“Selalu.”

Ish, betul ke?”

“Tapi dia tak kacau. Dia datang tengok-tengok aje.”

Ayman dan Suraya menyelusuri pantai berbual tentang diri masing-masing. Ayman rasa macam tak nak balik ke Kula Lumpur.

Haziq dan Adam yang sedar setengah jam kemudian cepat-cepat kembali ke cottage. Meski perut mereka berkeroncong namun dilupakan terus makan malam tepi pantai. Masing-masing bersembunyi di dalam selimut.

Malam ini sedikit sunyi. Masing-masing senyap di bilik usai makan malam.

“Okey mummy tidur dulu, ya.” Mummy Tijah pejamkan mata. Jumay disebelah matikan terus telefon bimbit bila signal langsung tiada di sini. Mak Wan masih ralit dengan novel di tangan. Seketika kemudian dengkuran Mummy Tijah sesekali kedengaran.

Aduh masa inilah nak buang air.” Mak Wan pandang katil sebelah. Jumay dan Mummy Tijah sudah lena diulit mimpi. Dia bangun ke bilik air. Bila matanya memandang cermin di besar di hujung kaki serta merta dadanya berdebar.

Mak Wan cepat-cepat ke bilik air. Sebaik sahaja masuk ke bilik air, dia dengar suara berbual di luar. Ditarik nafas lega. Fikirnya Jumay dan Mummy Tijah bangun berbual. Usai basuh muka dan gosok gigi, suara masih jelas kedengaran. Sesekali kedengaran ketawa Jumay. Adalah tu kisah kelakar yang Mummy Tijah cerita.

Mak Wan buka pintu bilik. Serta-merta suara yang riuh seketika tadi senyap. Dia pandang katil. Mummy Tijah masih berdengkur Jumay lena dalam keletihan. Suara siapa yang berbual tadi?

Mak Wan cepat-cepat ke katil. Tubuhnya dibaringkan. Selimut ditarik ke separas dada. Nafasnya bagai tersekat. Tiba-tiba dia nampak dalam refleksi cermin, Jumay dan Mummy Tijah sedang duduk bersila di atas katil rancak berbual. Dia kerling sebelah. Kedua-duanya masih lena. Matanya tetap memandang cermin. Tiba-tiba Jumay dan Mummy Tijah memandang dia dengan mata yang menakutkan.

Selimut ditarik menutupi wajah. Dia buka sedikit. Jumay dan Mummy Tijah masih memandangnya dari refleksi cermin. Dengan wajah yang marah. Tiba-tiba katilnya rasa bergegar.

“Allah, apa pula ni?”

Ketap… Ketap. Bagai ada benda berjalan di atas bumbung. Bukan bunyi mempelam jatuh seperti semalam.

Bunyi berjalan di atas bumbung diganti pula dengan bunyi cakaran. Mak Wan masih diam di bawah selimut. Goncangan di katil senyap tiba-tiba- dia buka mata, selimut ditarik sedikit. Cermin kosong cuma ada refleksi dia yang sedang tidur. Mak Wan tarik nafas lega. Dia berpaling, terkjutnya sampai jatuh katil bila yang menyerupai Mummy Tijah dan Jumay muncul di sebelahnya.

Semuanya jadi kalut dalam satu malam. Adam dan haziq yang hampir demam terserempak dengan pontianak, jelmaan Jumay dan Mummy Tijah yang mengganggu Mak Wan dan Ziela yang entah siapa mandi bersama mereka.

Pagi itu masing-masing senyap. Tak berani buka cerita walau sepatah pun. Siapa dia yang mengganggu mereka. Benda yang ikut mereka ke sini ataupun ini memang penempatan dia.

“Ayman mana?” soal Jumay bila pagi itu Ayman tak kelihatan.

“Adam cakap Ayman tak balik malam tadi. Dia stay kat Long Beach,” ujar Abby. Dia terlebih dahulu tanyakan soal Ayman pada Adam.

Pagi itu semuanya sepi. Mak Wan yang masih fikirkan kejadian malam tadi. Masih di awang-awangan samada dia bermimpi atau benar-benar terjadi. Adam sesekali menoleh ke pokok-pokok besar di sekitar lobi hotel bagai ternampak-nampak sang puntianak bergantungan. Sebu perut Haziq untuk bersarapan.

“Esok kita semua nak balik dah, kan?” Naili bersuara. Bukan dia tak tahu apa yang terjadi. Dari air muka masing-masing dia dapat rasakan si iblis tua itu mengganggu mereka. Tapi apa daya dia. Inilah bahananya bila ada perjanjian dengan syaitan.

Tunggang-langgang hidup dia. Hanis masih di hospital bahagia. Azwan, lelaki yang cuba mempermainkan dia kini terlantar lumpuh. Dia tak mahu pula teman-teman nya sekarang menerima nasib yang sama. Tapi iblis itu perlu diberi makan atau nyawanya yang akan jadi korban.

Naili termenung sendirian di jeti. Teman-teman yang lain masih menanti bot yang akan bawa mereka melihat keindahan karang yang hidup di dasar lautan.

“Naili…” Suara itu memanggil lagi. Lembut dan halus menusuk ke telinga. Naili mencari.

“Muncullah aku tahu kau ada. Kau siapa?”

Dia penat bermain sembunyi begini.

Aktiviti snorkeling berjalan lancar tanpa gangguan. Cuma waktu di Pulau Rawa, dia terpadang seseorang. Dia nampak seorang gadis duduk menyepi di atas batu. Naili ke pantai. Berjalan menghampiri gadis ini.

“Sorang aje?” sapanya. Gadis itu tersenyum. Mengangguk.

“Datang dengan siapa?” Dia tak nampak ada bot lain di sini kecuali bot mereka.

“Saya tunggu abang saya. Dia pergi hantar orang.”

Naili panjat kerikil batu. Duduk di samping si gadis.

“Dia ikut awak.” Tiba-tiba gadis itu berkata.

“Siapa?” soal Naili.

“Mereka.”

Matanya memandang sesuatu di tepi Naili.

Mereka? Maksudnya bukan seorang?

“Awak nampak? Siapa mereka?”

“Saya Suraya. Kalau boleh larilah dari mereka.” Kata-katanya buatkan Naili semakin tidak mengerti.

“Maksud awak? Siapa mereka?”

Suraya senyum. Dia pandang Ayman yang jauh di tengah kaut mengutip keindahan lautan yang belum tercemar. Semalam panjang bicaranya dengan Ayman.

“Lelaki itu dan wanita tua itu adalah musuh awak, Naili. Jangan pernah terjebak dengan mereka. Jangan pertaruhkan nyawa awak untuk mereka.”

Naili pelik.

“Wanita tua itu saya tahu tapi siapa lelaki yang awak maksudkan?” Soal Naili.

“Dia akan muncul nanti. Saya percaya dia akan muncul dalam hidup awak. Jangan pernah percaya pada kata-kata dia.”

Naili pandang wajah pucat dihadapannya ini.

“Awak siapa, Suraya? Macamana awak tahu kisah saya? Saya tak kenal awak. Ini pertama kali kita berbual.

“Saya selalu nampak mereka. Saya tahu awak tak boleh lari dari mereka berdua. Naili, hati-hati.”

Naili angguk.

“Saya selalu sahaja ada di sekitar sini. Macam-macam benda yang saya tahu. Jangan ikut mereka. Ingat Naili.” Sejuk tangannya bila jemari Suraya menyentuh. Naili perasan bibir Suraya pucat bagai langsung tiada darah. Ya tak ubah seperti mayat.

“Macamana awak boleh nampak mereka?” Dia sendiri tak tahu siapa mereka yang Suraya maksudkan. Dia cuma tahu satu, iblis tua itu sahaja.

“Saya dan mereka dalam dimensi yang sama. Cuma keadaan kami berbeza.”

Naili terkejut.

“maksudnya. Kamu bukan manusia?” Soal Naili.

Suraya senyum.

“Saya tak perlu jawab soalan itu. Kerana saya tahu awak tahu saya siapa.” Suraya bangun. Ya Naili perasan kalau kakinya tak jejak ke bumi. Suraya bukan orang. Siapa?

Suraya berlalu.

“Saya pergi dulu. Abang saya dah sampai. Saya nak balik jumpa mak ayah. Saya rindukan mereka.”

Ya memang saat ini ada sebuah bot yang membawa pelancong rapat ke pantai. Sampai di tepi pantai, Suraya pandang semula pada Naili. Dia tersenyum sambil tangannya melambai.

“Ingat dia dah kembali menuntut janji. Jangan pernah akur pada dia.” Suara Suraya terasa di awang-awangan. Naili semakin tak mengerti. Siapa ‘dia’ yang Suraya maksudkan.

“Naili…” Mummy Tijah bagaikan mengesan sesuatu yang tidak kena pada Naili. Cerita Mak Wan, Adam, Jumay bagaikan ada kaitan semuanya. Bagai ada satu misteri yang tak terungkap disitu. Meskipun dia tak pernah nampak apa-apa kejadian pelik yang berlaku.

“Hai mummy, tak snorkeling ke?” Naili berganjak sedikit. Memberi ruang Mummy Tijah untuk duduk.

“Malas mummy jadi pening pulak duduk dalam air tu. Kamu kenapa tak snorkeling?”

Naili pandang burung-burung yang singgah di tepi pantai. Dia mahu bebas seperti burung-burung itu. Tapi dia terperangkap dengan perjanjian syaitan yang akhirnya memakan dirinya sendiri.

“Kamu kenapa ni, Naili. Ada masalah? Mummy tengok kamu tak happy je datang sini?”

“Tak adalah mummy.”

“Cuba cakap dengan mummy. Apa masalah kamu sebenarnya?”

Naili pandang Mummy Tijah. Satu-satunya wanita separuh usia yang paling tua di sini. Banyak pengalaman yang dia dah kutip. Tapi masih bertenaga meski usianya sudah menginjak.

Mummy percaya pada Jin, iblis? Syaitan?”

Mummy Tijah tersenyum.

“Dalam al-Quran dan hadis dah sebut tentang iblis, syaitan dan jin ini. Sebagai orang Islam kita wajib percaya.

Dalam al-Quran banyak ayat yang sebut pasal jin ini. Cuma apa yang mummy tahu tak ada dalil yang menyebut sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Yang mummy tahu ada jin islam ada jin kafir. Ada jin yang beriman dengan Allah ada jin yang ingkar. Tapi iblis dan syaitan tak pernah baik pun . Kenapa kamu tanya?”

Cermin mata hitamnya dibuka dan diletakkan di atas batu.

“Saya masih jahil, mummy. Ada kesilapan yang saya buat dan saya tak tahu nak betulkan. Saya takut.”

Mummy tahu kamu ada rahsiakan sesuatu dari kami. Kalau kamu percayakan mummy, kamu ceritalah.”

“Macam saya cakap saya ada pendamping. Kalau dulu saya suka tapi sekarang saya mahu dia pergi jauh dari saya, mummy. Tapi saya tak boleh buang dia.”

“Siapa dia?”

Nama dia Maya.”

“Jin?”

Naili geleng.

“Saya tak tahu dia siapa. Tapi saya dah penat. Saya cuba buang dia tapi tetap tak boleh. Dia tetap datang.”

“Naili, bahaya tu. Kamu kena berubat cari orang pandai. Kalau boleh cari ustaz.”

Naili tunduk.

“Kalau ada apa-apa yang mummy boleh bantu, mummy bantu. Jangan segan-segan bagi tahu mummy.”

“Okey, mummy. Nanti kalau apa-apa saya bagi tahu mummy. Terima kasih, mummy.”

“Sama-sama. Jangan risau rahsia kamu selamat dengan mummy.”

Naili tersenyum. Separuh hatinya lega dapat meluahkan meski bukan sepenuhnya.

Ayman berlari ke Long Beach. Sekejap lagi dia akan pulang ke tanah besar. Hajatnya mahu bertemu Suraya buat kali terakhir. Atau mungkin bertukar nombor telefon barangkali. Puas dia berjalan sepanjang pantai namun bayang Suraya langsung tak kelihatan.

“Mana Suraya ini? Tak datang kut hari ini.” Ayman pandang pondok temoat menyewa jet ski dan bot kepunyaan sepupu Suraya. Pasti dia boleh sampaikan pesan pada mereka.

“Assalamualaikum.” Ayman menyapa seorang lelaki di situ. Berseluar separas lutut dengan baju batik.

“Waalaikumussalam.”

Ayman tersenyum. Tangannya dihulurkan.

“Nak sewa bot ke dik?” soalnya.

“Eh, tak. Abang tuan punya tempat ini ke?” soal Ayman.

“Ya.”

“Macam ni, saya cari Suraya tapi tak jumpa.”

Wajah lelaki di hadapan Ayman berubah.

“Suraya? Awak siapa? Kenapa cari dia?” soalnya. Wajahnya serius.

Er, tak kelmarin saya jumpa dia. Berbual. Ingat sebelum balik nak jumpa dia dulu.”

Lelaki itu tarik tangan Ayman duduk di kerusi.

“Cuma mu cerita beno ke mu jumpe dengang Suraya?” Terkeluar juga loghat Terengganu daripada lelaki ini.

“Yalah, malam kelmarin saya lepak tepi pantai. Dia datang. Bersembang. Dia cakap ini pondok sepupu dia.”

“Saya Zarif. Memang beno saya sepupu Suraya. Tapi musykin beno ke mu jumpe dengan Suraya? Boleh kabo lagu mane muke dia.”

Ayman sedikit pelik.

Dia pakai T shirt lengan panjang warna…”

“Hitam?” sambung Zarif.

Ayman angguk.

Zarif tarik nafas panjang.

“Kenapa? Mana Suraya?”

“Mu pasti ke yang mu jumpe tu Suraya?”

“Dia cakap nama dia Suraya.”

Beberapa pelancong muncul tapi mujur ada pekerja Zarif yang melayaninya.

“Mu tunggu kejap.” Zarif bangun. Dia menuju ke begnya yang disangkut di dahan pokok. Meraba sesuatu di poket beg. Kemudian dia kembali mendapatkan Ayman.

“Ni suraya, kan” Zarif tunjuk gambar Suraya yang berbaju kurung merah. Ayman angguk.

“Aku cerite mu jangang terkejut. Hok mu jupe tu aku dok tahu Suraya atau bukang. Tapi Suraya dah dua tahung doh gi tak kelik-kelik.”

Ayman masih kurang faham.

“Saya tak faham maksud abang.”

“Gini, dua tahung dulu orang jupe mayat Suraya nung hujung tanjung. Dengonye kena bunuh. Aku pun ada sekali wak tu. Tengkuk die kena jerut.”

“Takkanlah memang dia ada cerita tapi itu kawan dia, kan?” Dada Ayman berdebar-debar.

“Masuk mu ni dah ramai yang jumpe Suraya jalang waktu malam. Mu kire untung dia dok tunjuk muke sebeno die. Mungking hati mu baik. Dah dua tahung dah dia gi. Jenazah semua kami kebumikang di tanah beso. Cume sedihnye, sampai le ni pembunuh die tok dapat tangkap. Mungking sebab tu rohnya tak tenang. Aku sendiri pung pernah jupe bile dok malang-malang tepi pantai ini, nampok macam die lalu. Tapi die dok pernah kaco aku.”

Ya Allah, habis tu dengan siapa dia berbual sepanjang malam hari tu?

Sungguh Ayman masih tak percaya.

“Aku tahu mu susah nak caye. Tapi Suraya memang dah tak ada.” Bahu Ayman ditepuk perlahan. Ayman tarik nafas panjang. Dia pandang pantai tempat dia duduk bersama Suraya malam itu.

Perlahan-lahan kakinya dibawa melangkah ke situ.

Suraya, saya balik dulu. Semoga awak tenang disana.

Jaga diri, Ayman. Terima kasih kerana berbual dengan saya. Di satu sudut Suraya memandang.

Kenangan begitu mudah ia tercipta tapi bukan senang untuk dilupakan.

AKU AKAN MENGGANGGU ANDAI DIRIKU DILUPAKAN…

 

Pulang ke Kuala Lumpur Naili teruskan hidup seperti biasa. Dia menyewa bersama Abby dan seorang lagi temannya Najihah. Meski kadang-kadang dia tak pedulikan iblis itu, namun dia akur dengan perjanjian. Darah segar setiap malam bulan penuh. Syarat perjanjian itu harus ditunaikan.

“Assalamualaikum. Buku awak terjatuh.”

Naili pandang lelaki yang mengekori langkahnya. Pemuda itu tersenyum. Diari hitam milik Naili diberikan.

“Oh, terima kasih. Sorry, saya nak cepat tadi.”

Zakuan tersenyum.

“Tak apa. Hati-hati.” Naili angguk. Dia terus melangkah.

Allahu laa ilaaha illa huwal hayyul qayyum. laa ta’khudzuhuu sinatuw wa laa nauum… Lahuu maa fissamaawaati wa maa fil ardhi… Man dzal ladzii yasfa’u ‘indahuu illaa bi idznihi… Ya’lamu maa baina aidiihim wa maa khalfahum… Wa laa yuhithuuna bi syai-in min ‘ilmihii illaa bi maasyaa-a… Wasi’a kursiyyuhussamaawaati wal ardha. Wa laa ya-udhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliyyul azhiim…

Perlahan-lahan Zakuan hembuskan bacaan ayat ayar kursi mengekori langkah Naili. Kepalanya digelengkan.

Jelas di matanya bila ada satu makhluk di samping Naili. Sebenarnya sudah beberapa lama dia perhatikan gadis ini. Mereka tinggal setaman namun belum pernah berbual mesra.

Dia nampak jelas kalau makhluk itu sentiasa ada dimana sahaja gadis ini berada.

Zakuan tarik nafas panjang.

Subhanallah… Ya Allah jauhkan kami dari syaitan yang direjam.

Zakuan melangkah kembali ke kereta yang diparkir di tepi jalan. Dia harus segera pulang kalau maghrib nanti adalah masanya untuk berkongsi ilmu dengan penduduk tempatan di rumah Allah.

DIA ADA BERSAMA KITA…

 

                “Naili, kau rasa something tak?”

Naili berkerut kening memandang Najihah yang duduk di hujung sofa dengan secawan milo yang masih panas. Najihah dan Abby baru sahaja berpindah ke mari. Dahulu dia tinggal sendirian. Dia lebih suka tinggal bersendirian apatah lagi dia punya rahsia yang tak akan dikongsi dengan orang lain.

“Rasa apa?” soal Naili.

“Entahlah kadang-kadang aku macam nampak kelibat seseorang dalam rumah ini. Tapi aku tak tahu siapa. Perasaan aku ke? Tapi kerap sangatlah.”

Naili diam. Sukar dia mahu menjawab.

“Naili kau dengar tak apa aku cakap?” Berang Najihah bila kata-katanya tidak diendahkan Naili.

“Dengarlah Jihah, perasaan kau barangkali. Aku tak rasa apa-apapun. Dalam rumah ini cuma ada aku, kau dan Abby. Orang lain tak ada. Aku tak pernah nampak pun apa kau cakap tu.” Matanya memandang Najihah.

Ada seorang lagi. Hatinya kembali berbisik. Matanya tajam memandang tingkat atas. Ya dia nampak seseorang itu disitu. Tajam memandang dirinya dengan senyuman. Senyuman yang kadang-kadang dia rasa cukup mengerikan.

“Kau tengok apa, Naili?”

Naili cepat-cepat alihkan semula pandangan pada Najihah.

“Tak ada apa-apa. Kau jangan risaulah. Tak ada apa-apapun kat sini. Aku naik atas dulu.” Naili bangun. Tiba-tiba kakinya tergelincir hampir tersungkur namun ajaibnya bagai ada tangan yang menahannya dari terjatuh. Najihah perasan. Cuma dia tak mampu suarakan pada Naili.

Naili cepat-cepat melangkah ke tingkat atas.

Naili… Naili… Suara itu begitu hampir di belakangnya. Langkah Naili terpaku di tangga paling atas.

Dia langsung tak berpaling.

“Jangan biarkan dia usir nenek dari sini… Dia akan tahu padahnya.”

Naili teguk liurnya. Terasa kerongkongnya kering tiba-tiba. Tubuhnya terasa berangin. Naili tahu kalau ‘dia’ cuma ada sejengkal di belakangnya.

“Jangan pisahkan aku dari kau… Naili.” Suara itu berbunyi nyaring sekali. Sayu dan sayup. Bagaikan satu rumah mampu mendengarnya. Anehnya cuma hanya telinganya sahaja yang mendengar. Bukan Najihah. Bukan juga Abby yang lena di bilik sebelah.

“Jangan ganggu aku.” Naili bersuara perlahan.

“Aku akan jaga kau selamanya. Jangan pernah mabu tinggalkan aku.”

Naili teruskan langkahnya ke bilik. Sebaik sahaja pintu dibuka tubuhnya direbahkan di katil. Mengiring ke kiri. Saat itu juga dirasakan ada sesuatu yang ‘menumpang’ tidur di sebelahnya. Naili pejamkan mata saat jemari runcing dan kuku yang panjang itu melingkar di bahunya.

“Naili nak tidur. Jangan ganggu. Pergi atau Naili akan usir nenek terus.”

Sebaik sahaja Naili berkata begitu bunyi yang kuat menerjah telinganya. Naili pejam mata. Najihah berlari naik ke atas. Sebaik sahaja pintu bilik Naili dibuka kaca dari lampu tidur berwarna merah berteraburan di lantai.

“Naili, kau kenapa?”

Naili cepat-cepat buka mata.

“Aku tertepis tadi.”

Najihah geleng kepala. Sejak tinggal serumah dengan Naili dia perasan kadang-kadang Naili bagai bercakap sendirian. Najihah bantu Naili bersihkan kaca yang bertaburan di lantai bilik.

“Jangan pernah tinggalkan aku!” Suara kasar dan garau bergema di telinga Naili. Cepat-cepat dia ke bilik air. Dia menarik nafas panjang. Bagaimana harus aku lari dari dia?

Sekuntum mawar merah elok terletak di cadar merah jambu yang menghias kamar Naili. Naili ambil mawar merah itu. Harumannya bagai baru sahaja dipetik dan diletakkan di katilnya.

Siapa pula yang letakkan bunga ini? Abby? Jihah? Tapi untuk apa? Naili duduk di birai katil. Mawar merah diletakkan di tepi. Hatinya tertanya sendiri. Siapa? Haruman dari mawar itu bagaikan sejambak mawar yang ada. Bagai ruang kamar ini dipenuhi dengan bunga-bunga segar.

Tiba-tiba angin bertiup dingin dari jendela yang terbuka. Bagai ada semangat baru yang muncul dalam diri. Angin itu bagaikan membawa satu pesanan.

Naili buka matanya. Tiba-tiba dia nampak seseorang berdiri di anjung luar. Seorang lelaki yang sedang tersenyum memandang dia. Naili kedipkan mata dan figura lelaki itu langsung kabur dari pandangan.

Dia berlari keluar. Bunga mawar masih ditangan. Matanya meliar mencari. Dia jenguk ke bawah balkoni. Tiada tanda-tanda biliknya diceroboh. Matanya liar memandang pagar yang tertutup rapat. Cuma ada keretanya dan kereta Abby yang diparkir bersebelahan.

Bukan perasaan. Aku yakin aku nampak seseorang.

Naili menjenguk ke bawah yang ada cuma desir angin yang berbisik. Dedaunan kering dari pohon Bulang berterbangan.

“Kau cari apa, Naili?”

Seorang wanita tua muncul di hadapan matanya. Berdiri di luar balkoni bilik dalam remang senja yang semakin kelam.

“Bukan urusan kau.” Mata Naili juga tajam memandang.

Wanita tua itu menyeringai menampakkan giginya yang runcing dan tajam. Matanya yang merah dihiasi warna hitam yang menakutkan. Rambutnya yang mengerbang dan tubuhnya yang merangka. Jemarinya yang panjang tiga kali daripada jemari manusia biasa. Runcing dan tajam. Ya, kerana dia bukan manusia. Kerana dia hadir dalam satu alam yang lain. Alam yang berbeza dimensinya. Alam yang sering menjadi ketakutan pada manusia biasa. Anehnya tiada langsung ketakutan di hati Naili.

“Buangkan mawar itu. Jangan pernah kau simpan.”

“Aku tak perlukan pendapat kau dalam hal ini. Jangan ganggu urusan aku,” ujar Naili.

“Urusanmu adalah urusan ku. Kerana kau dan aku adalah satu. Aku tak akan benarkan engkau menjadi milik orang lain selain aku. Kau ingat Naili. Kau tak akan mampu lari dari aku. Hahaha… Kau milik ku. Kau milikku… Naili. Milik ku yang abadi.” Ilaian ketawa wanita tua membingitkan telinga Naili.

“Pergi! Jangan ganggu aku. Jangan ganggu urusan aku.”

Angin mula bertiup kencang. Tubuh di hadapan Naili perlahan-lahan terbang bagai dibawa angin. Namun hilaian ketawanya masih bergema di setiap sudut. Meremangkan setiap roma yang mendengar.

Abby yang berdiri di pintu bilik dari tadi menggeletar seluruh tubuh. Lututnya lemah tiba-tiba. Saat dia buka pintu bilik Naili seketika tadi dia nampak wanita tua di dalam refleksi cermin sedang tajam memandangnya. Dia cuma nampak Naili berdiri kaku di balkoni bilik. Saat muazin melaungkan azan baru muncul kekuatan pada dia.

“Naili…” panggil Abby. Naili berpaling. Entah kenapa abby merasakan sesuatu yang lain dalam pandangan Naili.

“Ada apa Abby.”

Abby geleng. Cepat-cepat dia ke bilik Najihah.

Wajah pucat Abby dipandang Najihah.

“Kau kenapa, Abby?” soal Najihah. Abby masih pucat. Sukar berkata-kata. Wajahnya pucat lesi tidak berdarah. Kedua-dua tangannya digenggam erat. Lututnya masih menggeletar.

“Abby… Istighfar. Kenapa ni?” Bahu Abby ditepuk Najihah. Bila Abby tiada respons, Najihah ambilkan segelas air yang selalu ada di biliknya. Selesai berselawat diberikan pada Abby.

“Baca doa dulu.”

Usai meneguk segelas air baru Abby mampu bersuara. Itupun selepas beberapa kali nafasnya ditarik dan dihembus.

“Jihah aku takut. Kau tahu tak apa aku nampak dalam bilik Naili tadi?” Tangannya menggenggam lengan Najihah.

“Kau nampak apa? Abby? Tenang okey. Cerita satu-satu. Kau nampak apa?” soal Najihah.

“Jihah… Aku nampak… Aku nampak…” Belum sempat Abby habiskan ayatnya lampu terpadam tiba-tiba.

“Allah blackout pula!”

Lagilah Abby rasa nak lari keluar dari rumah.

“Jom teman aku pergi bawah. Ambil lilin kat dapur,” usul Najihah.

“Aku takutlah, Jihah.”

“Takutnya apa, Abby. Blackout aje kan. Jom. Takkan kau nak duduk dalam gelap macam ini. Lagilah takut. Dah aku ada. Aku manusia okey. Bukan hantu. Kau jangan takut.” Najihah buka lampu dari telefon bimbitntya. Mujur malam masih muda. Sisa-sisa mentari siang masih ada. Belum terbenam sepenuhnya di ufuk timur.

Sampai sahaja di bawah, Najihah dan Abby nampak Naili sedang makan di dalam gelap. Duduk di kerusi dapur. Ada cahaya dari luar yang memudahkan mereka melihat Naili. Pelik bila teman serumah mereka ini menjamah hidangan didalam gelap.

“Naili, kau ni makan dalam gelap. Pasanglah lilin,” tegur Najihah. Boleh pula Naili ini makan dalam gelap macam ini.

Em…” Cuma itu yang Naili jawab. Abby senyap. Cuma pegang lengan Najihah. Entah kenapa hatinya tak sedap melihat Naili yang sedang makan. Dia tak tahu apa yang Naili makan sebab dalam mangkuk. Cuma dia nampak Naili bagaikan pelahap. Terus menyumbat makanan tanpa henti ke dalam mulut.

Najihah tidak pedulikan Naili. Terus dia ke kabinet mendapatkan lilin.

“Naili nanti tidur sekali dalam bilik aku kalau blackout ini. Senang kalau jadi apa-apa,” usul Najihah. Naili cuma angguk.

Em…” Cuma itu yang dijawab Naili. Abby pegang kuat najihah.

Najihah dan abby kembali ke atas. Sampai di hujung tangga, lilin di tangan Najihah terlepas. Naili berdiri untuk ke turun ke bawah.

“Naili? Bukan kau…” Suara Najihah tersekat di kerongkong. Masakan Naili mampu sepantas ini mendahului mereka ke atas.

“Bukan apa? Aku nak pergi ambik lilin.”

Najihah dan Abby sama-sama pandang diantara satu sama lain. Serentak dengan itu elektrik kembali berfungsi.

“Eh, kau orang berdua ni kenapa? Nampak hantu ke?”

Najihah pandang Naili.

“Nai… Naili… Aku… Aku dengan Abby nampak… Kau… Kau sedang makan kat bawah. Ma… Macam mana kau kat sini?” Tersekat-sekat suara Najihah keluar.

Naili diam seketika. Dia tahu siapa di meja makan.

“Eh, tak adalah aku baru keluar bilik. Apalah kau orang ni.”

Najihah kuatkan semangat. Ditariknya tangan Naili dan Abby ke bawah. Sebaik sahaja tiba di meja makan, Abby menjerit. Serentak itu Abby pengsan.

USTAZ BAKRI DAN ‘DIA’…

 

Najihah dan Naili saling berpandangan. Leher Najihah terasa meremang. Abby masih belum sedar. Separuh sedar sebenarnya. Tubuhnya menggeletar. Bibirnya meracau entah apa butirnya. Seorang ustaz dipanggil menenangkan Abby. Walaupun Naili cuba menghalang Najihah menelefon Ustaz Bakri.

Zakuan, anak Ustaz Bakri yang berdiri di tepi katil bersama seorang temannya sesekali mengalihkan matanya memandang Naili. Ya, Naili terpaksa mengelak. Bagai ada aura yang sukar dimengertikan saat mata Zakuan memandangnya. Dia tahu Zakuan bukan calang-calang manusia. Dia bagaikan dapat rasakan Zakuan sedang menelaah dirinya saat ini.

Ustaz Zakuan pegang dahi Abby. Serentak itu Abby meronta-ronta bagai kesakitan yang amat sangat dirasakan. Tubuhnya meliuk lentok, meronta-ronta minta dilepaskan. Uztaz Bakri terus mengalunkan ummul kitab dan surah-surah lazim. Matanya dipejamkan sebenarnya mindanya sedang berbicara dengan satu mahkluk lain yang bahasanya cuma difahami Ustaz Bakri.

“Keluar kau wahai jin dan iblis dari tubuh anak Adam ini.” Berlapikkan sehelai kain dahi Abby dipegang kejap. Abby meronta-ronta. Tubuhnya liuk lentok. Tiba-tiba Abby melompat. Berdiri membelakangi semua orang.

Ustaz Bakri membacakan beberpa potong ayat al-Quran. Tubuh Abby meliuk lentok bagai sedang menari Mak Yong. Abby terus menari. Tubunya dilenggokkan bagai mengikut irama makyung

Dia berpaling dan tersenyum.

“Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.” Ustaz Bakri melaungkan kalimah Allah swt.

“Zakuan jaga.” Ustaz Bakri berikan amaran. Zakuan menurut. Di belakang Abby, dia turut sama melafazkan ayat-ayat Allah. Ayat-ayat membakar jin dan syaitan. Sampai pada sepotong ayat… Yakni doa Nabi Sulaiman menghalau jin dan syaitan, Abby rebah.

“Tolong bawa dia ke katil.” Naili dan Abby cepat-cepat membantu. Abby meronta kembali. Ustaz bakri gunakan sepenuh tenaga dalamannya mengusir kuasa jahat yang ada dalam diri Abby saat ini.

Hampir 45 minit bertarung dengan kuasa yang tidak terlihat dimata baru Abby akhirnya terkulai lemah.

Ustaz Bakri membecakan ayat suci al-Quran. Bila dia mahu mulakan dengan ayat kursi, Abby bingkas bangun. Duduk bersila di atas katil. Matanya terbeliak memandang semua di dalam bilik. Tiba-tiba dia ketawa.

Tangannya di awang-awang tak ubah seperti penari makyung. Kepalanya dilenggokkan begitu juga dengan tubuhnya. Abby bagaikan sedang asyik menari.

“Pergi ke tenpat asalmu. Jangan kau ganggu anak Adam.” Ustaz Bakri dengan bantuan daripada Zakuan dan temannya memegang dahi Abby dengan berlapikkan sehelai kain.

“Hahaha…” Abby terus ketawa. Terus menari-nari mengikut yang rentak yang mereka semua tak dengar.

“Ulik… Mayang diulik… Hihihi…” Abby ketawa.

“Alif… Lam… Min…” Ustaz Bakri teruskan dengan Surah Al-Baqarah. Abby nampak meronta-ronta. Najihah dan Naili turut sama memegang.

“Terus pegang dia,” arah ustaz Bakrui. Bibirnya terus berzikir. Di atas katil ini dia bukan lagi nampak Abby tetapi susuk tubuh yang mengerikan yang sedang dalam kesakitan setiap kali ayat al-Quran muncul di bibir Ustaz Bakri.

“Pergi kembali ke tempat asalmu sebelum kau aku bakar.”

“A… Aku pergi.” Suara Abby berubah menjadi kasar.

“Siapa kau. Tujuan apa kau kemari?” soal Ustaz Bakri. Jemarinya memicit hujung kaki Abby.

“A… Aku… Aku lapar.”

“Kenapa kau kemari?”

Hihihi…” Abby kembali ketawa dalam suara yang menakutkan.

“Asal kau dari mana?” soal ustaz Bakri lagi.

“Jauh…”

Ustaz Bakri terus melawan dengan ayat-ayat Allah. Ayat-ayat pembakar jin dan syaitan. Abby nmeraung. Akhirnya lima belas minit berlalu, Abby terkulai kaku.

Ustaz Bakri tarik nafas panjang. Sedikit kepenatan. Dia gunakan kuasa dalamannya untuk berhubung dan mengusir si syaitan.

“Nanti bagi air ni untuk dia minum.” Sebotol air dihulurkan pada Najihah. Ustaz Bakri pandang Abby yang mula tenang. Matanya masih tertutup.

“Ustaz kenapa dengan kawan saya?” soal Najihah. Ustaz Bakri menggeleng. Sejak dia sampai di rumah ini tadi tubuhnya terasa panas. Ya, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena di sini. Apatah lagi semasa dia lakukan rawatan pada Abby tadi ada seseorang yang memandangnya dengan marah. Tapi dia juga perasan kalau ada seseorang di sudut bilik ini bagaikan cuba membantunya. Cuma dia belum dapat meneka siapa kedua-duanya.

“Apa yang jadi tadi sampai kawan kamu jadi macam ini?” soal ustaz Bakri.

Najihah mula bercerita. Ustaz Bakri tekun mendengar. Naili gelisah. Sedang mata tajam Zakuan melampiaskan pandangan padanya. Zakuan tersenyum namun Naili berpaling ke arah lain.

Najihah bercerita bagaimana dia dan Abby nampak Naili sedang makan kemudian bertemu Naili di tangga atas. Waktu mereka bertiga sampai di meja makan, ada bekas daging yang masih mengalir darahnya di atas meja. Daging yang Abby beli di pasar untuk dimasak esok. Daging-daging itu bagaikan dicarik-carik. Bagai dihancurkan denga benda yang tajam. Kuku? Gigi? Mereka kurang pasti.

“Saya tak tahu siapa yang buat semua benda tu ustaz. Macam ada haiwan yang carik-carikkan daging tersebut.” Najihah masih gementar sebenarnya. Tapi mujur semangatnya masih kuat.

“Subhanallah… Ada benda lain yang tumpang kat rumah kamu ini.” Dia membaca sesuatu. Dihembuskan di sekeliling. Kemudian dia mengajak kesemuanya turun bila Abby bagaikan sudah lena. Keletihan barangkali kerana seketika tadi jasadnya dipinjam oleh jin yang mahu menyesatkan manusia.

Subhanallah… Semoga Kau terus melindungi anak cucu Adam daripada syaitan dan iblis laknatullah.

Ada makanannya Jin ini di sini kerana itu dia mendiami rumah ini dan cuma seinci daripada tubuh pinjamannya.

Waktu di tangga, Ustaz Bakri terhenti. Di hujung bilik dia nampak seorang pemuda yang sedang memandangnya. Pemuda tinggi lampai dalam jubah labuh berwarna biru. Matanya sedikit kebiruan apatah lagi disimbah cahaya yang ada di sekelilingnya. Bibirnya nipis berwarna merah jambu. Telinganya sedikit pipis. Rambutnya ikal sehingga bawah telinga. Kakinya bagai tidak jejak di atas lantai atau sahaja jubah labuhnya menutupi sepasang kakinya. Pemuda itu mengangguk. Bagaikan memberi satu isyarat pada Ustaz Bakri. Ustaz Bakri pejamkan matanya. Cuba berkomunikasi dengan seseorang yang tiada di dunia maya.

Siapa kamu dan apa hajat kamu di sini? Baikkah tujuan kamu atau jahatkan niat kamu?

Aku bukan jiwa yang jahat. Aku hanya mahu melindungi dia.

Melindungi dia daripada siapa?’

Daripada iblis yang mahu mempergunakan tubuhnya. Terima kasih kerana membantu dia.

Belum sempat Ustaz Bakri menjawab, tubuhnya dicuit Zakuan.

“Kenapa, ayah?”

Matanya dibuka. Figura tadi sudah lenyap. Cahaya itu juga menghilang. Zakuan turut sama mengalihkan matanya pada sudut yang dipandang ayahnya tadi. Namun hanya kekosongan dan kegelapan yang menjelma di mata. Dia bagaikan mendengar suara ayahnya berbicara dengan seseorang. Tapi siapa?

“Tak ada apa-apa.” Dia kemudian kembali menuruni anak-anak tangga hingga ke bawah.

Ustaz Bakri duduk di atas sofa. Tadi dia ke dapur. Melihat daging dalam bekas makanan itu, dia tahu ini bukan kerja manusia. Tapi pekerjaan makhluk lain yang tak nampak dari mata kasar. Makhluk yang melekap di dinding bilik Abby tadi. Yang bagaikan mahu meratah daging-daging manusia. Bibirnya dahagakan darah. Matanya yang merah bercampur jingga, giginya yang jarang dan tajam serta lidahnya yang di jelirkan mampu menyapu lantai.

Ustaz Bakri pandang Abby dan Najihah. Kemudian matanya beralih pada Naily. Naili tunduk. Sukar bertentangan mata dengan lelaki yang tinggi ilmu agamanya ini.

“Selain kamu ada lagi penghuni rumah ini.”

“Apa maksud, ustaz?” soal Najihah. Kalut. Hatinya mula takut. Naili menunduk. Bukan takut dengan kata-kata ustaz Bakri tapi risau dengan pandangan Zakuan. Sejak tadi dia perasan kalau Zakuan sesekali memandangnya.

“Jin, syaitan dan manusia sesungguhnya berkongsi dunia yang sama cuma berbeza dimensi. Ada ketika saat hijab mereka terbuka, mereka akan datang ke dalam alam manusia untuk memusnahkan manusia dengan tipu daya mereka. Kita kena ingat bukan cuma kita penghuni dunia ini.”

Najihah mula rasa seram.

“Apa maksud, ustaz? Maksudnya kami tinggal dengan hantu?”

Ustaz Bakri tersenyum. Dia nampak ketakutan Najihah. Tapi dia tak nampak ketakutan Naili. Dia cuma nampak Naili yang resah sendiri. Ya ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis ini.

“Hantu sebenarnya tak pernah wujud. Yang menyerupai roh orang mati, yang menyerupai sesuatu yang menakutkan adalah pekerjaan syaitan laknatullah. Syaitan ini menyesatkan manusia dalam pelbagai cara.”

“Ustaz tak boleh halau ke?”

“Insya-Allah saya cuba. Tapi kamu juga harus lakukan sesuatu. Selalu baca al-Quran, solat supaya menjadi pendinding buat kamu. Ayat Qursi adalah sebaik-baik pendinding. Sebelum tidur baca sekurang-kurangnya 3 kali. insya-Allah kamu akan terjaga dan terhindar daripada iblis.”

“Ustaz, kami takut,” ujar Najihah.

“Tak apalah. Sebelum nak tidur baca surah yasin baca ayatul kursi untuk halang jin dan iblis. Selagi kita pegang dengan al-Quran insya-Allah syaitan dan iblis tak akan dapat lakukan apa-apa pada kita.” Ustaz Bakri tak mahu terus menakutkan penghuni di rumah ini. Biarlah apa yang dia nampak cuma dia simpan sendiri.

“Ustaz tak boleh halau ke?” soal Najihah.

Ustaz Bakri tersenyum. Matanya memandang Naili yang menunduk.

“Kamu sendiri yang perlu usir dia. Anak ni sapa nama?” Ibu jari ustaz Bakri tunjuk ke arah Naili. Najihah siku lengan Naili. Zakuan terus memandang.

“Naili, ustaz,” ujar Naili perlahan.

Ustaz Bakri angguk. Bukan dia tak nampak apa yang orang diruang tamu tak nampak. Dia nampak dengan jelas seorang wanita tua di bilik tadi duduk bersebelahan Naili. Wajahnya yang marah bagaikan mahu menerkam ustaz Bakri saat itu juga. Namun hati Ustaz Bakri sentiasa berzikir. Apa hubungan iblis ini dengan anak gadis ini? Ya, dia pasti anak gadis ini tahu tentang kewujudan iblis ini.

“Naili, boleh saya bercakap dengan kamu sekejap?”

Naili serba salah untuk mengangguk. Akhirnya dia ke dapur sambil ustaz Bakri melangkah di belakangnya. Kerusi di meja makan ditarik. Dia hanya mengerling kepada bekas daging yang masih merah darahnya. Sedikitpun tidak menakutkannya.

“Saya rasa ustaz tahu sesuatu kan?” Belum sempat ustaz Bakri buka mulut Naili terlebih dahulu bersuara. Ustaz Bakri angguk.

“Sudah berapa lama?” soalnya.

Naili tarik nafas panjang. Dihembusnya perlahan.

“Hampir 10 tahun.”

“Subhanallah. Kamu tahukan siapa yang mendampingi kamu?”

Naili angguk. Sudah lama dia tahu siapa ‘dia’.

“Bagaimana dia ada dengan kamu?”

Naili pandang sekeliling. Wajahnya sedikit kalut dan takut.

“Jangan risau, ustaz dah usir dia sekarang ni. Kamu bebas bercerita.”

Naili mula menangis.

“Saya pun tak tahu ustaz. Dulu saya suka menyendiri sebab keluarga sisihkan saya. Satu hari dia datang tiba-tiba. Dia selalu membantu saya waktu saya susah. Tapi lama kelamaan saya rasa sesuatu yang tak kena.”

“Kamu dia tahu dia siapakan.”

Naili angguk.

“Sejak bila kamu tahu?”

“Sejak dia minta darah sebagai makanannya.”

Ustaz Bakri terkejut.

“Darah kamu?”

Naili geleng.

“Habis tu?”

Naili pandang wajah Ustaz Bakri. Dia mengharapkan Ustaz Bakri akan bantu dia untuk keluar dari cerita ini. Dia dah penat menanggung kisah yang bagaikan tidak berkesudahan ini.

“Darah orang-orang disekeliling saya. Darah orang-orang yang menyakitkan hati saya, yang mengkhianati saya. Yang membuatkan saya dihina atau dikeji.”

Ustaz Bakri menggeleng. Sungguh dia terkejut dengan cerita Naili.

“Kamu membenarkannya?”

Naili tarik nafas panjang.

“Mulanya saya suka bila dia dapat balas dendam pada orang-orang yang menyakitkan saya tapi lama-kelamaan saya jadi benci. Ustaz, saya mahu keluar dan tinggalkan dia.”

“Kamu ada perjanjian dengan dia?”

Naili angguk.

“Subhanallah.”

“Seberat-berat dosa adalah dosa menyekutukan Allah. Naili, kamu harus bertaubat. Kamu tak boleh biarkan dia menguasai kamu.”

Naili tunduk. Ada air mata mengalir di pipinya. Ya, dia jahil dalam agama. Solatnya berbelas tahun dahulu. Dia takut. Dia rasakan Allah tak akan lagi ampunkan dia. Kerana itu dia cuma mengikut permintaan iblis itu.

“Boleh ustaz tanya lagi?”

Naili angguk.

“Selain daripada dia, kamu ada sesiapa lagi teman daripada makhluk Allah yang kita tak nampak?”

Naili diam. Lambat-lambat dia menggeleng.

“Kenapa, ustaz?”

Ustaz Bakri pandang lelaki di belakang Naili. Lelaki yang sama. Cuma dia masih tak tahu siapa lelaki ini.

“Tak ada apa-apa. Saya akan cuba bantu kamu. Tapi kamu juga harus bantu diri sendiri.”

Dia tidak mahu berjanji apa-apa dengan Naili. Tapi dia akan cuba membantu gadis ini. Dia nampak Naili terseksa dengan kehadiran wanita yang dipanggil ‘nenek.’

Manusia dan jin bukanlah sahabat yang baik. Manusia dan jin tidak boleh bersahabat kerana kedua-duanya hidup dalam dimensi berbeza meski Ustaz Bakri selalu ke dunia jin. Nantilah dia akan cuba bantu gadis ini. Dia akan cuba keluarkan Naili daripada seksanya selama 10 tahun ini.

“Sebelum tidur jangan lupa baca tiga Qul. Ayat kursi mohon Allah swt berikan perlindungan pada kita. Ingat sebaik-baik perlindungan adalah daripada Allah bukan daripada syaitan dan Iblis laknatullah.”

Matanya memandang Naili bila berkata begitu. Naili terus tunduk.

“Allah swt selalu berfirman tentang iblis, dajal dan Syaitan. Ingatlah firman Allah swt apabila Iblis berkata dan kerana Kau telah menyesatkan aku maka aku akan menyesatkan manusia daripada beribadah kepada-Mu. Syaitan dan Iblis ini ada dalam dunia ini.”

“Ustaz… Kami takut,” ujar Najihah lagi.

“Pergilah… Jangan kau ganggu anak cucu Adam.”

Errr… Ustaz cakap dengan siapa?”

Mata Ustaz Bakri memandang Naili. Naili hilang arah.

“Saya bercakap dengan ‘dia’ yang kamu tak nampak. Dia yang hidup dalam dimensi yang berbeza dari kita. Dia yang bukan dari keturunan Adam as. Dia yang merasakan dirinya lebih hebat dari Adam yang tidak mahu menundukkan walau seinci kepalanya saat Allah memerintahkan para malaikat sujud kepada Adam a.s. Dia yang membenci Nabi Muhammad saw dan seluruh umatnya.”

“Macam mana kalau dia ganggu lagi, ustaz? Kami semua perempuan.”

“Zikirlah dan baca ayat al-Quran. Nescaya dia tak mampu untuk mendekati.”

Ustaz Bakri minta diri. Najihah dan Naili menghantar sehingga ke kereta. Jauh di atas bumbung mata tajam wanita tua memandang Ustaz Bakri. Penuh kebencian dan amarah.

“Kau tunggu waktumu tiba…”

“Ustaz balik dulu. Kalau ada apa-apa telefon ustaz atau Zakuan.”

Najihah angguk.

“Balik dulu. Assalamualaikum.” Zakuan yang diam dar tadi bersuara. Matanya masih mencuri pandang pada wajah Naili.

Sebaik sahaja Ustaz Bakri hilang, Najihah tarik tangan Naili.

“Naili aku takutlah.”

“Jihah kalau kau takut benda tu lagi suka. Kau solat tak tinggal, mengaji selalu aku yakin dia tak akan boleh apa-apakan kau. Benda ini kat mana-manapun ada. Kau sendiri dengar kan apa kata Ustaz Bakri tadi. Mereka hidup dalam alam yang sama dengan kita cuma berbeza dimensi. Dah jom kita tengok Abby.”

Lampu di ruang tamu ditutup. Mereka melangkah naik ke atas. Ke bilik Abby yang masih terang-benderang. Jelas kelihatan di wajah Abby. Penat bertarung dengan sesuatu yang merasuk tubuhnya.

“Kita tidur sekalilah malam. Kalau jadi apa-apa senang,” usul Najihah.

“Tak apa. Jihah tak muat katil Abby kalau kita nak tidur bertiga atas ini. Kau tidur dengan Abby, biar aku tidur seorang,” usul Naili.

“Kau tak takut ke, Naili?”

Naili geleng.

“Kan aku cakap kalau kita takut, dia akan mendekat. Tak apa ada apa-apa aku jerit panggil kau. Dahlah lewat sangat dah ni. Kau tidur dulu. Naili bangun melangkah keluar.

Naili membiarkan Abby tidur dengan Najihah. Dia tak pernah takut untuk bersendirian.

Naili masuk ke kamar. Bau hanyir mula menusuk hidung.

“Kau buat apa di sini, iblis ? Keluar kau.”

Naili capai keris kecil dibawah tilam. Keris pemberian seorang ustaz tatkala satu waktu dahulu dia berubat untuk singkirkan iblis ini.

Hiii…” Satu makhluk muncul dari belakang almari. Dengan ketawanya. Dengan darah dari daging yang masih penuh di bibir. Di tangannya ada daging yang dimamah.

“Keluar kau dari sini. Jangan kau kotorkan tempat aku.” Keris kecil dihunus.

“Baikkk. Hiii…” Tubuh yang mengerikan itu melayang keluar dari balkoni bilik. Entah kemana dia bertenggek Naili tak ambil peduli. Tubuhnya direbahkan ke tilam. Dia juga penat. Kata-kata Ustaz Bakri menusuk terus ke dalam hati. Tapi adakah jalan untuk dia berpatah semula. Ya, dia sudah terlalu jauh. Dia dan iblis itu bagai sudah sebati.

Wajahnya diraup berkali-kali. Ada rasa kesal dan ada ketakutan yang dia tak tahu bermukim dalam hati.

Allah. Saat bibirnya menyebut nama Allah terasa bagai ada roh baru yang meresap ke dalam jiwa. Satu demi satu peristiwa mula kembali terbayang dalam fikiran. Bukan mudah dia membuang semua dosa.

“Jangan ikut dia lagi, Naili. Ikut saya Naili akan bahagia.”

Naili pandang dalam kesamaran cahaya lampu yang malap. Satu tubuh berdiri.

“Kau siapa?” Naili bangun.

“Jangan bangun, Naili. Aku belum bersedia berhadapan dengan kau. Naili, jangan kau ikut dia lagi. Buang dia dari hidup kau. Ikut aku, Naili.”

“Kau siapa?”

“Aku sahabat. Dah lama aku tunggu kau.”

“Tunggu aku?”

“Aku akan datang lagi. Aku akan bawa kau jauh dari sini. Jauh dari syaitan itu. Ikut aku, ya Naili.”

Tubuh itu hilang ditelan kabus hitam. Naili bagai tersedar.

“Siapa dia?” soalnya sendiri.

Syaitan mampu hadir dalam apa bentuk sekalipun dalam apa cara dan dalam bagaimana.