Dia Trouble Maker

RM27.00

Penulis: Nurul Ain Syuhada

Caption: kau buat jantungku berdegup lebih kencang

ISBN: 978-967-406-268-2

Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
RM 27.00 RM 30.00

Selepas pemergian kedua orang abang kembarnya, Nur Aina yang lebih dikenali Nunu mula dipersiakan kedua-dua orang tua apabila mereka lebih memilih kerja daripada dirinya sendiri untuk mengubat luka perit kehilangan anak kembar itu. Tertekan dengan perlakuan kedua orang tuanya, Nunu sentiasa membuat masalah di sekolah hanya untuk meraih perhatian daripada orang tuanya.

“Bukan salah dia orang I’m spoiled! Ayah pernah cermin diri tak? Bilanya mama dengan ayah ada masa untuk adik? Ayah kasi adik duit for exchange of your time! Ayah sendiri suruh adik cari masa adik sendiri dengan orang lain. And when I did, ayah kata adik spoiled? You spoiled me! Bukan abang!” – NUNU

Dua tahun dia dihantar ke Madrid untuk mendisiplinkan diri. Apabila dia pulang semula ke Malaysia untuk mengambil peperiksaan SPM, orang tuanya masih juga begitu. Dalam masa dia terpaksa menempuh hari-hari sedihnya, Allah S.W.T. menarik kedua-dua orang tuanya sekali gus dek skandal syarikat bapanya dan meninggalkan dia seorang diri.

Walaupun hilang tempat bergantung, Nunu cuba kuat atas pesan arwah abang-abangnya. Dijaga oleh Uncle Adam dan Auntie Ma selaku ibu bapa saudaranya tidak memberi alasan untuk dia lari dari kehidupan kelam. Makin teruk dibuatnya apabila dia terpaksa berhenti belajar dari universiti dan mula bekerja untuk menyara hidupnya sendiri.

Lemah. Dia lemah. Lantas Nunu mengambil jalan pintas untuk bunuh diri! Dari situ mulanya pertemuan dia dan Alan yang banyak mengubah hidupnya sendiri.

“Awak selongkar barang saya?!” – NUNU

“It’s the right thing to do lepas you pengsan. Takkan I nak goncang you sampai bangun just untuk tanya nama you?” pedas. – ALAN

Selepas kejadian itu, Alan banyak membantunya hingga membuatkan hatinya mula terusik. Siap diberi kerja baru! Tetapi lokasi tempat kerja baru membuatkan Nunu tertanya-tanya. Siapa lelaki yang membantunya ini? Bagaimana dia boleh di tempatkan di syarikat arwah bapanya?

Beli Sekarang LAZADA
Beli Sekarang SHOPEE
Category:

Description

“Aku tak ada nanti, kau kena kuat. Macam mana pun kau tak boleh mengalah. Kalau kau mengalah, kau bukan adik aku,” pesan Ashraf.

Nunu peluk tubuh sambil bersandar di kerusi. Matanya menjeling dan memandang tempat lain. Matanya sudah merah.

“Kau dengar tak?” Kerut dahi Ashraf.

“Adik tak mengalah kalau abang pun tak mengalah.” Mata mereka berpandangan antara satu sama lain. Ashraf sengih dengan bibir pucat dia.

“Kau pernah tengok aku mengalah ke? Sampai hari ni aku hidup lagi tau.” Ketawanya lemah. ‘Bad joke’, rengus Nunu.

Come on… Muka macam cekodok basi kenapa? Aku ada lagi tujuh bulanlah. Mana nak tahu berkat doa kau, tujuh bulan boleh jadi tujuh dekad,” gurau Ashraf.

You are bad at joke. Tak kelakar langsung!” marah Nunu. Ashraf sambung ketawa.

“Dik, aku handsome tak?” tanya Ashraf.

“Boleh la. Kalau abang ada rambut lagi handsome. Sekarang dah botak, macam alien.” Mata Nunu masih merah tapi dia cuba berfikiran positif.

“Kemo ni la buat aku botak. Bilik sebelah ada budak perempuan tu lawa gila, dik! Aku rasa kita orang boleh jadi kawan baik sebab kita orang ada matching head. Dia pun botak juga,” ketawa Ashraf.

“Eee… Tak baik tau abang ni.” Nunu tumbuk lemah lengan abangnya.

Happy la sikit.” Ashraf sedar wajah Nunu terlalu muram hari ini.

Tak dapat dibendung, akhirnya Nunu mengalirkan air mata. Adik mana yang tak sedih melihat abang terbaring di atas katil hospital dengan tiub di tangan, muka pucat, kepala tidak berambut, selalu sibuk dengan kemoterapi.

Lelaki ini yang dulunya berlari padang empat pusingan siap gelak-gelak lagi. Dialah yang sentiasa ada bila ayah bertempik dek masalah yang timbulkan. Umpama pari-pari yang sentiasa melindungi. Tapi kini…

“Hei.” Ashraf hulur tangan minta disambut. Nunu kesat air mata yang sudah jatuh sampai ke dagu dengan belakang tangan. Tangan mereka bertaut.

You’ll be fine. After all, kau kan troublemaker dalam family kita. Kau kuat. Aku tahu tu,” senyum Ashraf.

Air mata Nunu jatuh lagi. “Siapa nak tolong adik kalau ayah marah lagi?”

“Nanti kalau aku tak ada, aku duduk kat bahu ayah macam hantu raya. Bisik kat ayah kasi lepaskan kau. Okey?” gurau Ashraf lagi. Tapi gurauan itu menambah duka Nunu.

“Okey, okey. Sorry. Janganlah menangis. Kau ni menangis macam esok aku nak mati aje.” Ashraf mengelus lembut jemari Nunu.

“Abang boleh tak stop cakap pasal mati?” Terus Nunu menangis teresak-esak.

Ashraf diam. Dia biarkan adiknya itu menangis semahunya sebelum gadis itu kembali tenang selepas dua minit.

“Kalau kau percaya aku sentiasa ada dengan kau, then aku memang akan sentiasa ada. Jangan pernah lupa aku sebab kalau kau lupa, aku takkan ada untuk kau.” Kepala Nunu diusap lembut.

“Kenapa abang tak bagi tahu awal-awal? Kalau abang bagi tahu awal, kita orang boleh tolong abang.”

At first, aku tengok mama lebihkan Afgan, aku rasa marah. Jealous. Yalah sebab dia sakit, mama sentiasa kasi perhatian kat dia. Mama tak pernah dengar apa aku nak cakap. Pada dia, aku ni suka buat masalah, macam kaulah. Apa pun yang keluar dari mulut aku, semua masalah pada dia. Aku sayang Afgan. Sebab tu aku tak cakap apa-apa. Aku rasa aku lagi kuat daripada dia. So, dia memang layak dapat perhatian lebih daripada mama.

“Aku tengok dia buat kemo, and dia selalu cerita kat aku bila aku teman dia kat hospital… Kemo sakit. Dia tak nak dah buat kemo. Dia siap merayu kat mama. Tapi mama tak nak dengar. Mama cuma nak dia balik seperti asal.”

“Aku pernah give up. That happened bila Afgan meninggal. Aku rasa macam kemo ni just melambatkan masa untuk mati tapi with a great pain. So, aku diam. Better aku mati dengan aman daripada kena cucuk sana sini. Tapi kau adik aku lagi cepat nampak perbezaan aku. Macam biasa, mama paksa aku buat kemo macam Afgan.” Ashraf ketawa. Mengenangkan kembarnya yang sudah meninggal dunia memang perit.

“Aku buat kemo ni sebab kau tau. Sebab aku nak kau belajar daripada aku, life isn’t something that you can give it up easily. You live once, and you have to embrace it. Pahit atau tak, kau kena tempuh juga. Because believe me, dalam semua kepahitan, Allah akan kasi satu kemanisan untuk kau. Which aku tengah merasa sekarang.” Ashraf jongket-jongket kening dengan senyum lebar sampai ke telinga. Seronok bila makan disuap si ibu, kaki dipicit si ibu. Nak manja lebih tu memang time macam inilah.

“Nunu… Aku nak kau janji dengan aku, apa pun jadi kau kena kuat.” Ashraf genggam jemari Nunu. Dengan kuatnya Nunu menahan air matanya daripada tumpah. Tapi itu cuma bukan sesuatu yang dia dapat kawal.

Air mata Nunu diseka Ashraf.

“Afgan dengan aku sayang kau. Kau cuma tak bernasib baik sebab dapat abang kembar macam kita orang yang tak dapat protect kau dalam jangka masa yang panjang. You’re on your own soon.

“Abang maybe annoying berbanding Abang Afgan, but you’re definitely my favourite.” Nunu paksa diri untuk senyum.

“Kau adik aku. So, kau kena make sure yang darah anak jantan berani aku ni mengalir dalam badan kau. Kau berani lemah, aku duduk atas bahu kau macam hantu raya.”

Ketawa mereka meledak.

“Dik, pakailah tudung. Kau bukan lagi budak. Kau dah period tau,” sengih Ashraf.

“ABANG! Kenapa abang tipu adik?! Abang kejam! Abang jahat!” jerit Nunu. Tubuhnya dipeluk dari belakang oleh ayahnya. Puan Siti sudah terjelepok bersandar di tepi dinding hospital dengan air mata mengalir laju. Dia tak mampu berkata-kata lagi.

Beberapa bulan lepas, Afgan meninggalkannya. Hari ni, Ashraf pula. Dalam suatu masa Allah beri mereka berdua di dalam hidup Puan Siti, dan dalam masa satu tahun Allah tarik kedua-duanya. Subhanallah… Dengan penyakit kanser yang sama, Kau ambil mereka, Ya Allah.

Upacara pengebumian tamat. Nunu masih duduk di tepi kubur Ashraf. Kubur Afgan hanya bersebelahan dengan Ashraf dan tanahnya juga masih lagi merah.

“Adik, jom,” ajak Encik Hassan.

“Ayah baliklah dulu. Kejap lagi ayah minta Pak Cik Syuib ambil adik. Kasi adik lagi setengah jam,” pinta Nunu.

Encik Hassan hanya mengangguk walaupun berat untuk dia tinggalkan anak bongsunya di kawasan perkuburan seorang diri.

Nunu ambil tempat di atas tikar mengkuang. Surah Yasin dibuka dan 83 ayat dibaca. Ayat yang terakhir buatkan air mata Nunu menitis di atas surah itu. Beberapa saat kemudian, hujan mulai turun. Sebaknya, hanya Tuhan yang tahu.

Habis lencun bajunya dan ketika itulah air matanya mengalir laju.

“Adik sayang abang! Adik sayang abang!” Kedua-dua kubur abangnya dipegang, walaupun cuma tanah. Daripada tanah kita datang, kepada tanah kita kembali.

SELEPAS setahun pemergian Ashraf dan Afgan, Encik Hassan buat keputusan untuk menghantar Nunu ke Madrid. Mana tidaknya, boleh dikatakan setiap minggu dia akan dipanggil ke sekolah dek masalah yang Nunu timbulkan. Perempuan, tapi perangai macam jantan!

“Perlu ke?!” Tinggi suara Nunu.

“Tanya diri awak sendiri perlu ke tidak.” Encik Hassan laju menaip di komputer ribanya.

“Ayah, adik SPM tahun depan kut! Perlu ke ayah nak hantar adik pergi sana?”

You just need to stop behaving the way you were.”

“Ayah hantar adik ke sana pun tak menjamin yang adik boleh tukar perangai adik.” Nunu peluk tubuh dengan muka bengisnya.

“Arwah abang-abang awak manjakan awak sangat. See what happened?”

“Bukan salah dia orang I’m spoiled! Ayah pernah cermin diri tak? Bilanya mama dengan ayah ada masa untuk adik? Ayah kasi adik duit for exchange of your time! Ayah sendiri suruh adik cari masa adik sendiri dengan orang lain. And when I did, ayah kata adik spoiled? You spoiled me! Bukan abang!” tengking Nunu.

“Ayah tak pernah ajar awak untuk tinggikan suara dengan orang tua!”

Yes. Memang ayah tak pernah ajar. Tapi pernah tak ayah fikir yang suara anak ayah seorang ni ayah tak pernah nak dengar? Adik cuba untuk cakap dengan ayah over and over tapi ayah selalu kata ayah busy. I’m having my hard time kat sekolah, kena buli, kena maki just sebab abang dah tak ada untuk protect adik. Adik cuma nak lima minit ayah dengan mama untuk dengar apa yang adik nak cakap. Adik tahu abang Afgan dengan Ashraf anak kesayangan, but that does not mean yang adik bukan anak ayah mama langsung. At least please, dengar apa yang adik nak cakap.”

“Adik buat masalah kat sekolah so that you can come to my school and see what’s happening. In one week, you guys just spend one to two hours kat sekolah sebab masalah yang adik buat. Itu pun dengar daripada cikgu. Dari adik sendiri, mama ayah pernah nak luang masa tak untuk dengar? Mama dengan ayah tak pernah tengok what’s happening to me. All I need is your time. Not your money.”

Nunu terus berlari naik ke biliknya dan pintu bilik dihempas kuat.

Gambar Afgan dan Ashraf ditarik dari bawah bantal. Gambar itu dibawa rapat ke dada dan malam itu dia tidur dengan ditemani kedua-dua abangnya yang hadir cuma dalam mimpi.

NUNU hela nafas berat. Encik Hassan dan Puan Siti berjalan perlahan di belakangnya. Beg galasnya dibetulkan.

“Ma dengan ayah hantar sampai sini cukuplah. I can do the rest on my own. Lagi pun sebelum ni, semua benda adik buat sendiri.” Nunu hulur tangan untuk menyalam kedua-dua orang tuanya.

“Nanti kalau tak cukup duit, bagi tahu ayah. Ayah bank in,” ujar Encik Hassan. Sebenarnya apa yang anak daranya kata tempoh hari cukup terkesan dalam jiwanya. Tapi ia terlalu lambat untuk dia perbaiki apa yang sudah rosak.

Sure.” Nunu senyum.

Next year you need to take the SPM,” beritahu Encik Hassan.

Yeah, I know. Nunu boleh pergi balik Malaysia macam bercuti.” Nunu senyum kelat. Encik Hassan cuma mengangguk. Puan Siti terus memeluk tubuh Nunu. Dia tahu anak daranya itu masih marahkan mereka.

So, kat sana nanti Nunu kena duduk dengan Auntie An?”

“Haah. Ayah dah bagi tahu dia bila flight Nunu sampai.”

Alright.” Tiada bye, tiada assalamualaikum, tiada I love you, tiada take care, Nunu terus pergi tanpa menoleh ke belakang. Hatinya tergores. Dia tidak mampu untuk menyatakan bahawa dia teramat-amat sayangkan kedua-dua orang tuanya. Sakit dalam hatinya lebih hebat.

Beberapa saat kemudian baru dia berhenti melangkah dan berpaling. Kedua-dua kelibat orang tuanya sudah hilang. Air matanya jatuh. Betul ke ada ibu bapa yang berbagi-bagi kasih sayang antara anak? Betul ke wujud dalam dunia ni anak kesayangan dan bukan kesayangan?

Telefon Nunu bergetar.

Zulfathi: Have a safe flight babe. I love you.

Nunu senyum juga akhirnya. Teman lelaki yang dia kenal dari awal tahun itu sedikit sebanyak mengubat duka dalam hati. Mulanya dia seakan-akan tidak percaya, kenalan abangnya itu juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.

Pernah Ashraf beri isyarat mata berapi kepadanya supaya jangan mendekati Zulfathi. Over protective betul abang yang satu ni.

10 A itu tiada apa pada Nunu. Dia hanya pandang slip keputusan SPM yang baru diterimanya. Dipandang kiri dan kanan. Yang dapat 5 A, 4 A bersorak riuh-rendah dengan kawan-kawan mereka. Ibu bapa mereka turut ada di situ memeluk dan mencium dahi mereka walaupun keputusan mereka tidak setandingnya.

“Tahniah, Aina,” ujar Puan Aniza.

Nunu senyum kelat. Nur Aina (Nunu) antara pelajar yang berjaya meraih straight A di sekolah. Tapi ia tidak membawa apa-apa makna padanya.

“Ya Allah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!” Melompat girang suara yang baru ambil slip keputusan itu.

“Kenapa, Ayu? Kau dapat straight A ke?” Ayu dikerumuni kawan-kawan yang lain.

“Tak! Tapi Add Maths aku lulus, weh! Aku dapat D! Lulus!!! Aku ingat aku failed, weh.” Senyum sampai ke telinga gadis itu. Nunu yang mendengarnya hanya senyum sinis.

“Bu! Bu! Ayu lulus Add Maths!” tunjuk Ayu kepada ibunya. Tubuh kurus itu dipeluk dan senyuman terukir di bibir sang ibu.

“Tahniah. Awak dah buat yang terbaik,” ujar ibunya.

Dapat D pun, ibu dia cakap tahniah? Senyuman Nunu terus mati. Air matanya bergenang. Dadanya berombak. Dia jadi marah tiba-tiba.

“Nunu, dapat berapa?” tanya Maisarah.

“10,” jawab Nunu.

Wow!” Tergamam orang lain yang mendengarnya. Dia kemudiannya terus meninggalkan sekumpulan pelajar itu tanpa berkata apa-apa. Hatinya mendidih. Rasa marahnya membuak-buak. Kenapa susah sangat mama dengan ayah nak datang? Penting sangat ke kerja tu?! bentak Nunu dalam hati.

Pergh. Pergi macam tu aje? Berlagak gila.” Cebik Zainab.

“Orang pandai mana nak kawan dengan kita ni. Lagi pun dia kan belajar luar negara. Kita ni tak setanding dengan dia.” Muncung Athirah.

“Kita jumpa dia pun waktu nak ambil SPM aje. Kalau ya pun, buatlah kawan walaupun kita baru kenal,” cebik Ayu.

“Dahlah datang ambil result pakai mekap.” Suara lain menambah minyak dalam api.

NUNU senyum bila kereta BMW berhenti di hadapannya. Penat tunggu di stesen bas. Pintu kereta ditarik.

Hi, baby. So, macam mana?” tanya Zulfathi.

“You kena belanja I. I got straight A’s.” Nunu tunjuk slip peperiksaan.

Oh My God! Congrats, babe. Parents you mesti bangga dengan you. Because I bangga gila sekarang ni dengan you. Jom! I belanja you hari ni.” Pedal minyak terus ditekan.

Parents? Bangga? Wajah Nunu kelam. Hilang seri.

Menapak di dalam shopping mall, maksudnya masa untuk habiskan duit. Pelbagai kedai dia masuk dan setiap kali dia masuk, dia tidak akan keluar dengan tangan kosong.

Satu hari itu sahaja hampir dua ribu duit Zulfathi melayang. Tapi disebabkan sayang, dia ikutkan sahaja kehendak Nunu.

“You akan balik Madrid ke?” tanya Zulfathi.

“Entah. Exam done both kat sini dengan sana. I don’t know kalau ayah still nak halau I ke sana.”

“Hei, dia bukan halau. Dia cuma nak you be better,” ujar Zulfathi.

I’m not. Kat sini atau sana, I am me. Still the same. I tak berubah.” Nunu buang pandang di luar tingkap.

GELAP. Nunu hela nafas berat dan terus menapak masuk ke dalam rumah. Dia diberitahu hari ini orang gajinya akan bercuti selama seminggu untuk pulang ke kampung. Ayah dengan mama mesti belum balik sebab rumah gelap walaupun dah malam.

Nunu terus masuk ke bilik dan membersihkan tubuhnya. Usai solat, dia turun semula ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

Beberapa jam kemudian, bunyi enjin mengaum di hadapan rumah. Dia tahu kedua-dua orang tuanya sudah pulang tapi dia tetap buat tidak peduli. Pintu rumah terkuak.

“Dah balik?” tanya Puan Siti.

Yup,” jawab Nunu tanpa berpaling.

“Dah makan?” Soalan kedua.

“Dah.”

Alright. Mama dengan ayah nak naik berehat. Hari ni meeting tak berhenti,” kata Puan Siti. Ketika kedua-dua orang tuanya menaiki anak tangga, Nunu terus mematikan televisyen.

Thanks,” ujar Nunu. Dia bangun dan berdiri di hadapan sofa. Matanya memandang belakang tubuh kedua-dua orang tuanya.

Terus dua pasang kaki itu berhenti melangkah.

I’m sorry?” Encik Hassan kerut dahi.

“Kalau dalam hati you guys nak congratulate me sebab dapat straight A’s hari ni, I said thank you.” Mata Nunu berair. Bibirnya bergetar.

Encik Hassan dan Puan Siti berpandangan antara satu sama lain.

“Oh… Sorry, ayah dengan mama lupa hari ni Nunu pergi ambil result.” Encik Hassan turun semula ke ruang tamu.

Nunu senyap. Slip peperiksaan di tangannya sudah kerunyut separuh dek marah siang tadi. Nunu melangkah mendekati ayahnya dan slip bertukar tangan.

Encik Hassan tersenyum melihat slip peperiksaan itu.

In case you guys forgotten, kau orang still ada anak. Yes two died. One is alive and healthy. And if kau orang lupa, anak tu nama Nur Aina yang you guys panggil Nunu.” Kedua-dua orang tua Nunu kelihatan tergamam.

Dia terus mendaki anak tangga sehingga air matanya jatuh dan kakinya terhenti. Dia berpaling.

You know, I went to school. Others dapat 4-5A’s. Parents dia orang ada kat sana and give hugs and kisses for their achievements. And ada yang tara lulus aje kat subjek Add Maths, but still mak dia cakap apa? Congrats. You did well. But me? Nunu bangun seawal yang boleh after subuh tak tidur just to make sure you guys ada. So, I boleh bawa you guys pergi sekolah to take the result. Guess what? You just left. And you tak tanya pun pasal result I. I don’t even know if I’m still your kid or what.”

Nunu terus berlari ke biliknya. Encik Hassan raup wajah.

NUNU pandang akaun bank onlinenya. Duit yang ayahnya beri setiap bulan sikit pun tidak diusik. Hari-hari dia bekerja di sana untuk menyara kehidupan harian. Setiap hari juga dia dimarahi Auntie An sebab sering pulang lewat.

“Kalau bukan sebab bapa kau, tak ingin aku kasi kau duduk sini tahu tak? Disebabkan bapa kau kasi duit kat aku bulan-bulan aje buatkan aku nak kau duduk sini!” herdik Auntie An.

Nunu cuba melenyapkan segalanya. Dia berbaring di atas katil bersaiz queen itu.

Adik rindu abang…

Jarum jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, Nunu tarik tikar mengkuang dan diletakkan di antara dua kubur abangnya. Dia buka aplikasi al-Quran di dalam telefon bimbitnya. Surah Yasin mula dibacakan.

Malam kian larut. Dia tak tahu ini sudah kali keberapa dia membaca Yasin. Matanya mulai letih.

“Adik rindu kau orang. You know, kalau kau orang hidup lagi, you guys must be proud of me. I got 10 A’s. Walaupun kau orang tak sempat nak ambil SPM, tapi tak apa. Adik dah dapatkan that A’s untuk kau orang. I love you guys so much.

Dia berbaring di atas tikar mengkuang. Berbumbungkan langit, berlantaikan tanah, dia rasa selamat berada di antara dua kubur abangnya. Baru kali ini bibirnya mampu menyukir senyuman yang ikhlas dan manis. Bahagia rasanya berada di antara dua kembar abangnya.

AZAN subuh berkumandang mengalunkan irama syahdu yang mengajak orang untuk solat. Nunu terjaga daripada tidur walaupun hari masih gelap. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman indah.

Good morning, abang.” Nunu menggeliat.

“Nunu balik dulu. Nak kena mandi and solat. I will not forget untuk doakan kau orang.”

Dengan sedikit kotoran, Nunu terus memandu balik ke rumah. Walaupun baru dapat lesen kereta, dia sikitpun tak takut untuk bawa kereta. Semasa di Madrid, sudah pelbagai jenis kereta dia pandu.

Baru sahaja pintu rumah ingin ditolak, terlebih dahulu pintu itu ditarik dari dalam. Nunu dan Puan Siti sama-sama terkejut.

“Nunu dari mana ni?” tanya Puan Siti melihatkan kotoran di baju tidur putih Nunu.

“Kubur abang.”

“Awal pagi macam ni?” Terbeliak mata Puan Siti.

“Tak. Dari malam tadi.” Nunu terus masuk ke dalam rumah.

“Nunu, mama nak cakap sikit dengan Nunu.” Puan Siti membuatkan langkah Nunu berhenti.

“Boleh tak Nunu berhenti berlagak macam budak kecil yang asyik nak memberontak aje? Mama dengan ayah kerja bukan untuk orang lain tau. Kami buat semua ni untuk Nunu. Untuk kesenangan Nunu. Tak boleh ke Nunu nampak semua tu?”

I already did well. With or without you,” jawab Nunu.

See! Nunu sentiasa act macam ni.” Puan Siti merengus geram.

“Ingat tak apa Nunu minta dulu? All I want is your time. Bukan duit.”

Time is so precious, Nunu. Ayah dengan mama tak boleh bazirkan masa kami untuk sesuatu yang tak penting.”

“Tak penting? You mean, Nunu tak pentinglah untuk mama dengan ayah?”

“Nunu, please jangan complicate things.”

No-no. I’m not. I’m just nak clearkan things. You said time is precious. You tak nak bazirkan masa untuk benda yang tak penting. Am I not important to you? What happened to me… Is not important to you? My life is not that important to you?”

Puan Siti merengus.

“Buatlah apa Nunu nak buat. Kids will always be kids. You just don’t understand grown up stuffs.” Puan Siti sudah mulai malas nak layan.

Yup. Because your kid is always gonna remain as your kid. Bukan anak orang lain. And no matter how big they are, dia tetap anak yang perlukan mak ayah dia. Nunu tak minta banyak, cuma masa. Masa… Luangkan masa dengan Nunu. Ask me things. Eat with me. I want to share my things with you. My personal feelings. The great thing about you guys being my parents is that you can buy my time. But, I can’t buy yours sebab you had plenty of it. And you just don’t need it. Please, don’t talk to me about how I’m suppose to be. You guys changed lepas abang Ashraf meninggal. Kalau ini caranya mama dengan ayah nak lupakan pemergian Abang Ash dengan Abang Af, by forgetting me too Quit being my parents. I know that you guys hurt so much. But, I’m hurting too.”

Entah kenapa bila marah, habis terhambur semua ungkapannya dalam bahasa Inggeris. Lebih mudah kut. Takut karang tiba-tiba terkeluar makian pula!

Hari pertama di universiti hanya ditemani Zulfathi. Dialah yang tolong mengangkut segala barang keperluan, dialah juga yang menemani dari mula mendaftar hinggalah ke pintu bilik asrama. Bila orang tanya, yang dijawabnya, ‘abang’.

Thanks.” Nunu senyum memandang Zulfathi.

It’s nothing la. Study well.” Zulfathi gosok kepala Nunu.

“You juga. Tengah final semester, kan?”

Yup. I ada terfikir nak sambung kat luar kalau you balik Madrid. Guess that I kena batalkan niatlah dah you masuk universiti sini aje,” sengih Zulfathi.

“Dekat dua tahun I kat sana. You don’t want to know the story. I lebih rela duduk sini. At least dekat dengan abang-abang I. And dekat dengan you.”

Sweet talker. Mana belajar ni?” Kerut dahi Zulfathi.

“Youlah mengajar!” ketawa Nunu.

“Eee… Jangan belajar benda tak elok daripada I boleh tak?”

Sweet talker tu tak elok ke?”

“Nanti you guna tu nak mengurat anak orang lain pula. Mengurat I aje cukup,” sengih Zulfathi. Nunu pecah tawa.

“Dahlah. I nak rehat. Kejap lagi pukul lima ada orientasi.”

Alright. Anything, call aje I terus. I datang. Okey?”

Alright, boss!”

“SEMUA pelajar semester satu diminta turun ke tennis court sekarang juga!” Bunyi suara melalui pembesar suara itu mengejutkan Nunu daripada tidurnya. Ajda dan Dalila turut sama baru terjaga daripada tidur.

“Weh! Dah pukul limalah!” Ajda bergegas bangun dari katilnya dan terus menyarung tudung.

“Eh, kau orang dah solat asar ke?” tanya Nunu.

“Belum! Kita turun ajelah dulu. Kejap lagi kita minta nak solat,” cadang Dalila.

Nunu mengangguk dan cepat-cepat mencuci wajahnya di bilik air. Getah rambut ditarik dari lengan dan terus diikat rambutnya sebelum menyarung kasut sukan dan bergegas turun ke gelanggang tenis.

Kelihatan orang lain semua sudah beratur di gelanggang. Hanya dia, Dalila dan Ajda yang terlewat.

“Hah three musketeers tu! Sini ke depan!” jerkah fasilitator yang bertugas. Pucat terus muka Ajda dan Dalila. Nunu muka langsung tidak beriak.

“Kenapa lambat?” Di hadapan semua orang, mereka bertiga disergah.

“Tertidur,” jawab Ajda.

“Kenapa orang lain boleh bangun, kau orang bertiga tak boleh?!”

Alarm tak function,” jawab Nunu yang berada di hujung sekali antara mereka bertiga.

“Apa? Alarm tak function? Kau nak aku jadi alarm kau ke tolong kejut? Eh, jawapan basi tak payah guna kat sini eh.” Fasilitator bernama Hanan itu meninggi suara.

Nunu hanya merengus. Bagi tahu benda betul pun kena marah.

“Muka cantik, tapi perangai kurang ajar.” Nunu segera berpaling memandang seorang fasilitator perempuan yang duduk di atas pentas. Dua tiga orang fasilitator lagi sudah tersengih-sengih.

“Kalau berterus terang tu dikatakan kurang ajar, takkan nak saya belajar menipu pula?” Tinggi suara Nunu untuk beri telinga fasilitator di belakang itu mendengarnya.

Hanan segera mendekati Nunu dengan dahi berkerut.

“Kau mulut macam tempoyak sangat kenapa?! Ada aku cakap kau kurang ajar ke?” Rapat sungguh Hanan dengan dirinya.

“Tak. Saya cakap untuk kakak-kakak fasilitator kat belakang tu. Telinga saya tak pekak lagi untuk dengar orang bisik belakang saya.” Nunu pandang ke arah empat orang di belakang. Hanan ketap gigi.

“Kalau kau nak cakap dengan dia orang, cakap depan muka dia orang. Tak payah nak tempik kasi satu kampus dengar, faham?! Kau sengaja nak kasi dia orang malu, kan?”

So, kalau abang nak cakap dengan kita orang just sebab kita orang lambat, obviously sebab alarm tak function… Boleh kan kalau abang cakap slow-slow? Abang tempik kasi satu kampus dengar tak apa pula? Tak bermakna kami student baru, maruah kami awak semua boleh pijak.” Nunu pandang tepat ke arah anak mata Hanan.

Dalila dan Ajda ternganga. Semua pelajar yang lain turut terkesima mendengar kata-kata Nunu.

“Siapa nama kau?” Hanan pandang tepat ke arah Nunu.

“Nur Aina.”

Hanan senyum. “Sure, Nur Aina. Kau boleh masuk barisan. Angkut kawan-kawan kau sekali masuk barisan.” Perlahan Hanan berkata. Nunu turut sama membalas senyuman sinis Hanan. Dia tahu dia akan dapat malapetaka.

DALAM kalangan pelajar lelaki, Nunu popular. Yalah, dengan muka cantik macam tu… Semua lelaki nak jadi kawan dia. Tapi Nunu langsung tidak berlembut dengan mereka. Seorang pun tidak. Termasuk para fasilitator.

“Okey kita dah divide group, sekarang ni kita nak cari penghulu dengan penghuluwati. Saya nak tiga orang calon perempuan dan tiga orang calon lelaki. Kamu boleh calonkan siapa pun yang kamu nak,” kata fasilitator Muaz.

Satu tangan naik ke udara.

“Ya, kamu. Siapa kamu nak calonkan?” tanya Muaz kepada lelaki yang memakai cermin mata berbingkai putih itu.

“Nur Aina!” jeritnya dan nama itu mendapat sorakan daripada para pelajar lelaki. Sorakan itu membuatkan pelajar perempuan menyampah. Mula keluar raa iri hati dan dengki dalam hati busuk mereka.

“Nur Aina? Okey. Nur Aina! Sila keluar.” Muaz mencari kelibat Nunu. Hanan yang duduk di belakang juga mata meliar mencari Nunu.

Nunu bangun dari lantai gelanggang tanpa rasa takut atau segan. Terus dia menuju ke depan.

“Bang, tak payah calon lainlah untuk perempuan. Bagi Nur Aina ajelah jadi penghuluwati kami.” Suara-suara nakal itu mulai kedengaran.

Nunu sedikit pun tidak senyum.

“Mana boleh. Kau orang kena dengar pihak perempuan juga. So perempuan, ada calon lain?” tanya Muaz.

Berpusu-pusu orang lain angkat tangan dan dua nama lagi naik menjadi calon penghuluwati.

“Okey, sekarang ni kita nak panggil calon penghulu pula.”

“Ala bang, finalize la penghuluwati dulu! Kalau Aina penghuluwati, kita orang sanggup tawar diri jadi penghulu.” Dan lelaki pun bersorak lagak Manchester United  menang gol.

“Gatal la kau orang ni.” Muaz ketawa. Pelajar perempuan mulalah mencebik-cebik.

“Kau tengok muka berlagak dia. Mentang-mentang semua lelaki suka dia, muka tak boleh blah doh.” Suara-suara syaitan itu mula menular dalam kalangan perempuan. Dalila dan Ajda hanya memandang kiri kanan menghadam gosip-gosip liar yang dituju kepada Nunu.

“Okey kita finalize yang perempuan dulu.” Selepas diambil kira, nama Nunu juga yang tercalon sebagai penghuluwati.

“Untuk calon lelaki?” Muaz mulai cari calon lain. Berpusu-pusu sang lelaki angkat tangan.

“Hah, kamu. Kamu nak calon siapa?”

“Diri sendiri of course!” Disambung dengan gelak ketawa. Akhil naik ke pentas dengan sengih tak habis. Sempat dia menjeling-jeling ke arah  Nunu tapi sedikit pun Nunu tidak berpaling.

“Saya! Ashraf!” Lelaki itu dengan yakin terus bangun dari tempat duduknya. Jantung Nunu seakan-akan berhenti apabila mendengar nama itu. Dia memandang ke arah lelaki yang sedang berjalan ke pentas itu.

Ashraf… Abang Ashraf… Nunu hanya memandang lelaki itu tidak beriak. Sedangkan lelaki itu sibuk dok tersengih-sengih lagak kerang busuk. Tau tak kerang busuk sengih macam mana? Tak tau? Google.

“Tugas penghulu dan penghuluwati adalah untuk make sure yang kau orang student lain ni boleh beri kerjasama dengan pihak fasilitator. So, nak tak nak, kau orang kena dengar cakap ketua kau orang ni. Boleh tak?”

“Boleh!” Suara riuh dari semua pelajar kedengaran. Nunu angkat tangan kemudiannya.

Yes, Aina?” tanya Muaz.

“Dalila, Ajda dengan saya belum solat lagi. Boleh kita orang pergi solat?” pinta Nunu.

Hanan sengih di belakang.

“Kan tadi dah suruh solat siap-siap.” Sinis bunyi Hanan.

“Kan saya cakap tadi saya tertidur?” jawab Nunu muka tidak beriak.

“Baru jadi penghuluwati dah berlagak.” Ada aje suara di belakang yang mengatanya.

“Saya minta solat bukan sebab saya penghuluwati. Saya minta solat sebab saya tak solat lagi.” Senang jawapan Nunu.

“Solat pun kalau tak pakai tudung tak ada guna juga.” Fasilitator yang awal-awal tadi bernama Zafirah terus bangkit dan mendekati Nunu.

“Tak bermakna hati orang yang tak bertudung itu busuk yang sentiasa ada rasa iri hati dan dengki dengan orang lain. Kalau orang tu tak bertudung, bimbing dia untuk bertudung. Bukan mengata belakang dia dan buat dosa. I think you know better.” Perlahan, namun cukup untuk para fasilitator lain mendengarnya. Merah padam wajah Zafirah yang bertudung labuh itu.

“Boleh saya solat?” tanya Nunu sekali lagi.

“Siapa yang tak solat lagi, boleh solat. Saya kasi anda 10 minit dan berkumpul di sini semula,” arah Muaz lantang.

JARUM jam sudah menganjak ke angka 12 malam. Tubuh masing-masing sudah letih tapi para fasi masih lagi bersemangat nak menarilah, buat fashion showlah. Tak faham betul dengan fasilitator ni. Dia orang ni bela saka tenaga ke apa?

“Siapa nak jadi model ni?” tanya Hafidz.

“Entahlah. Siapa nak jadi model?” Amira antara yang paling menonjol di dalam kumpulan 21 ini. Dengan ekspresi muka dan lenggok tubuhnya itu, Nunu sudah boleh mengagak yang Amira memang ingin menjadi model.

“Kau jadilah.” Nunu bersuara.

“I? You nak I jadi model? Ala you ni… Tak ada orang lain ke? I malulah.” Sengih-sengih Amira dibuatnya. Padahal dalam hati memberontak nak.

“Aina, kaulah jadi model. Mira malu. Kau kan muka selamba kerek en,” cadang Zaki.

“Tak minat,” jawab Nunu pantas dan dia memeluk kedua-dua belah kakinya. Amira pandang kiri kanan mengharap yang lain berkeras memintanya menjadi model.

“Kau cantik, sesuailah jadi model.” Hafidz mendukung cadangan Zaki.

Amira ketap gigi. Mukanya berubah riak.

“Tak nak.”

“Sekali ni aje. Lepas ni kalau ada benda lain, kita orang tak panggil nama kau dah.” Zaki angkat tangan tanda sumpah. Nunu pandang ke arah Amira.

Kalau pelajar fakulti fesyen pun ada sekali, memang vogue cerita dia. Nunu hanya membiarkan mereka menyarung baju kertas yang mereka buat daripada surat khabar.

Apabila gilirannya tiba untuk melangkah di tengah-tengah himpunan pelajar, dia hanya berjalan memandang ke hadapan. Ashraf selaku penghulu yang duduk di tepi memandang Nunu tidak berkelip.

Amira dan tiga orang lagi pelajar perempuan di dalam kumpulan 21 hanya menjeling-jeling. Menyampah dengan Nunu. Disangkanya Nunu ini sengaja cari perhatian.

Orientasi itu berakhir dengan tarian ‘jambatan goyang-goyang’ dan kesemua pelajar dibenarkan pulang ke bilik.

“Bernanah telinga aku hari ni, Nu,” adu Ajda.

“Kenapa?” Nunu tarik stoking keluar dari kakinya.

“Mulut ular-ular tu la. Semua tak puas hati dengan kau. Dengki sangat apa hal entah,” rengus Ajda. Tudungnya kemudian ditarik keluar.

“Biarlah. Aku dah biasalah dengan benda-benda ni semua.”

“Tapi kau berani kan?” Dalila duduk bersila di atas katil Nunu sambil memandang Nunu mencapai tualanya.

“Kau kena berani tegakkan apa yang betul. Jangan bagi orang pijak kepala. Faham?” sengih Nunu dan berlalu ke bilik air yang dikongsi dengan bilik sebelah.

ORIENTASI tamat dengan jayanya. Mulalah si junior mencari abang-abang fasilitator idola. Yang mereka rasa handsome-nak-mati waktu kendalikan program orientasi. Dia tak tahu yang stok triple handsome tu tengah sedap berdengkur di dalam bilik, sibuk main game, atau buat kerja sambilan.

Semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah untuk tiga hari sebelum kelas bermula. Tapi Nunu memilih untuk tinggal di asrama. Buat apa balik rumah kalau rumah itu sudah ‘kosong’.

“Aina,” panggil satu suara dari belakang. Nunu menoleh.

“Tahniah dah tamat orientasi.” Coklat Cadbury dihulurkan Hanan.

“Orientasi aje pun.” Coklat itu tidak disambut.

Come on la. Stop berlagak boleh tak?” Hanan ini pantang betul bila dicabar begini.

“Saya tak berlagak. Saya cuma tak kuasa nak layan.”

“Cuba respect sikit senior kau.”

So, that you can disrespect me?”

Alamak ai, pakai bahasa Inggeris pula minah ni.

“Kau kena ingat, kau duduk kat tempat orang.”

“Sama juga dengan you. This ain’t your place. Ini universiti punya.”

“Aku boleh buat macam-macam dekat kau sebab aku senior kau tau tak?” ugut Hanan yang mulai hilang sabar.

Nunu hanya senyum. Coklat tadi disambut di sisi lengan Hanan. Barulah keluar senyuman lega Hanan. Tahu takut.

Plastik coklat dikoyak.

You have something on your neck,” kata Nunu. Terus Hanan menunduk ke bawah untuk melihatnya. Dek coklat itu masih beku entah mana lelaki ni beli, terus ia dihentak kuat ke kepala Hanan dan terus terpatah. Nunu sengih bila Hanan ternganga mendongak.

Thanks.” Bukan perlahan tau dia hentak. Faham kan bila coklat keras tu macam mana? Hanan tak dapat kawal kesakitan di kepala dan dia cepat-cepat menggosok kepalanya dengan dahi berkerut-kerut.

Nunu beredar sambil mengigit coklat yang sudah patah itu. Hanan genggam penumbuk.

BOLEH dikatakan setiap minggu Zulfathi akan datang ke hostel Nunu untuk bawanya keluar. Kadang-kadang Nunu sendiri akan mengambil bas untuk ke kubur kedua-dua abangnya. Ibu bapanya tidak dijengah.

Marah. Kedua-dua orang tuanya hanya akan menghubunginya untuk memberitahu yang mereka sudah masukkan duit ke dalam akaun Nunu.

Simpanannya sudah mencecah 30 ribu. Dengan simpanan Ashraf dan Afgan, semuanya diberikan kepadanya.

Nunu capai tuala mandi dan masuk ke bilik air. Biliknya kosong apabila Dalila dan Ajda pulang ke rumah. Bilik sebelah pula dia tak ambil tahu.

Sedang leka mandi, Nunu rasa tidak selesa. Matanya tiba-tiba memandang ke atas pintu bilik air dan terkejut beruk dibuatnya apabila Afiq (atau nama sebenar Afiqah) sedang tersengih-sengih mengintainya mandi. Nasib baik dia berkemban dengan kain batik!

“Hei! Kau dah kenapa?!” jerkah Nunu. Terus Afiq turun dari kerusi dan berlari masuk ke biliknya. Dada Nunu naik turun.

Pantas pili air ditutup dan dia mencapai tuala sebelum mengetuk pintu yang menyambung ke bilik Afiq.

“Afiqah! Keluar!” jerit Nunu. Tetapi pintu itu tetap tidak dibuka.

“Kau dah kenapa intai aku mandi?!” Nunu menyepak pintu bilik itu. Tiada sahutan.

Memang dia serba maklum yang Afiqah itu tomboi. Tapi tak tahu pula tomboi yang betul-betul minatkan perempuan-kaum sejenis sendiri!

“Kau tunggu!” Nunu masuk semula ke dalam biliknya dan terus mengunci pintu biliknya.

Kepalanya ligat berfikir. Laju aje dia mendapat idea. Cepat-cepat dia memakai baju dan dia berlari turun ke bawah menuju ke kedai runcit.

Seharian suntuk Nunu tidak mendengar bunyi yang masuk ke dalam bilik air. Agaknya Si Afiqah tu dah balik rumah kut. Kau tunggu Isnin nanti.

MESEJ daripada Hanan dipandang sepi. Tak habis-habis lagi mamat ni. Nak buat ayat pickup line chiachiachia tapi lama gila!’ Telefon Nunu dicampak ke hujung katil.

“Helo! Helo! Helo! Helo!” sergah Dalila.

“Hei…” senyum Nunu.

Sorry aku lambat. Rindu aku tak?”

“Sikitlah. Aku ingat kau balik petang.”

“Tak jadi. Hari ni birthday abang aku. So, kita orang celebrate tadi. Jeda balik bila?”

“Dia cakap dah nak sampai. Dah 20 minit kata nak sampai, tak sampai-sampai,” cebik Nunu.

“Hah dia tu lagilah janji Melayu. Kalau kau nak gerak pukul sembilan, kau kena cakap kita nak gerak pukul 8,” ketawa Dalila.

“Esok kau nak gelak dengan aku tak?” tanya Nunu.

“Hah? Gelak?”

“Ya. Gelak.”

“Hai, babe! Sorry aku lambat!” Ajda tolak daun pintu dengan tubuhnya. Tangannya penuh dengan piza dan beg.

Wow! Piza!” Nunu cepat-cepat turun dari katil.

“Hah la… Aku lambat tadi sebab aku belikan kau piza la. Kesian dia tak balik rumah,” ujar Ajda.

“Jeda, Nunu ajak gelak sama-sama esok,” kata Dalila.

“Eh, kau ni. Hari ni pun aku boleh gelak dengan kaulah.” Ajda letak kotak piza di atas meja belajar.

“Esoklah,” sengih Nunu.

“Kenapa kau tak balik?” tanya Ajda.

“Tak cukup duit nak balik.” Selamba jawab Nunu.

“Eh, hari tu kan abang kau hantar. Siap bawa BMW lagi. Takkan la tak cukup duit nak balik?” Dalila mencuci tangan di bilik air.

“Itu bukan abang betul aku pun,” ketawa Nunu.

The heck! Tu boyfriend kau ke?” Ajda bulat mata. Nunu ketawa sambil mengangguk.

Siot betul. Aku mati-mati ingat tu abang kau. Baru nak mengurat buat kau jadi adik ipar,” bebel Ajda.

“Mana mak ayah kau?” Dalila duduk bersila di atas lantai.

Busy.”

“Takkan nak hantar masuk universiti pun tak boleh?” Dalila tetap tak puas hati.

“Biasalah orang kerja ni kita tak boleh agak masa dia.”

“Mak ayah kau kerja apa?”

“Biasa-biasa aje. Sebab tu dia orang selalu busy. Nak cari duit kasi aku belajar.”

“Eee… Bagusnya parents kau. Mesti best kan dapat parents macam parents kau.” Ajda buka kotak piza.

Best,” jawab Nunu ringkas.

“SHIT!!!” Tak payah alarm, suara Afiqah sudah cukup membuatkan tiga anak dara yang sedang datang bulan ini bangun daripada tidur lena mereka. Jarum jam baru menunjukkan pukul 7 pagi. Cadangnya nak bangun 7.30 pagi.

Dengan mata masih belum sepenuhnya terbuka, Dalila, Ajda dan Nunu berpandangan antara satu sama lain. Nunu dengan muka mengantuknya sudah tersenyum dan mengangguk-angguk kecil. Kekekeke

“Kau buka pintu ni, Aina!” jerit Afiqah dari dalam bilik air.

“Nu, Afiq panggil kaulah. Kenapa tu?” Dalila seram sejuk.

Nunu bangun dari katilnya dan menggeliat sedikit. Pintu bilik dibuka.

“Kau tengok rambut aku ni! Kau tengok rambut aku ni! Banganglah kau! Aku ada kelas la bodoh!” marah Afiqah.

Nunu tenung rambut hijau Afiqah.

“Eee… Fiq. Kau kaler rambut kenapa? Kau tau kan tak boleh kaler rambut. Kena saman nanti. Hijau doh rambut kau!” Nunu sentuh sedikit rambut Afiqah yang kesemuanya sudah hijau. Dia tahu perangai Afiqah yang memang suka biar syampu melekat di kepala dalam 10-15 minit.

Sebab itu dia berlari ke kedai runcit membeli pewarna rambut dan dimasukkan ke dalam botol syampu Afiqah.

Nak intai aku mandi sangat, kan?

“Ya Allah, Afiq!!” Dalila dan Ajda di belakang tercengang dan bulat mata tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Kau jangan buat tak tahulah Aina! Ni kerja kau kan!” jerkah Afiqah.

“Tak baik kau tuduh aku. Kau nampak ke aku buat? Lainlah kalau macam aku tuduh kau intai aku mandi. Sebab aku sendiri nampak kau intai aku mandi.” Wajah Nunu menjadi serius.

Afiqah pandang-pandang budak sebiliknya yang turut sama mendengar pergaduhan itu. Terus Afiqah berlari masuk ke dalam bilik tanpa berkata apa-apa.

“Aina, dia intai kau mandi ke?” tanya Fat berbisik.

“Kau orang hati-hatilah.” Nunu juga membalas dengan berbisik. Jelas pamer muka seram Fat dan Zainab.

Like seriously dia intai kau mandi, Nu?” Dalila tekup mulut tidak percaya.

“Lepas ni aku mandi, make sure kau orang teman aku,” pesan Dalila.

Nunu sengih sinis. Baru kau tau kau lawan dengan siapa.

“Kau tengok tak Afiq pergi kelas macam mana tadi? Dah jadi ustazah weh! Bertudung bagai.” Berdekah Ajda ketawa. Nunu hanya tersengih. Cari pasal lagi dengan aku. Mendapat!

“Aku ingat kau ni jenis yang kasi lepas aje semua yang cari pasal dengan kau.” Dalila teguk air limau ais dalam plastik. Lejen, kan?

“Heh no way la.” Nunu pantas berjalan menuju ke kelas pertamanya.

“Nur Aina!” namanya dipanggil dari belakang.

“Aina.” Sekali lagi nama itu dipanggil. Nunu menoleh. Ashraf bergegas lari mendapatkan Nunu dengan nafas yang tidak teratur.

“Kenapa?”

“Kelas apa?”

“BEL.”

“Eh, samalah. Lecturer siapa?”

“Madam Gurumin.”

“Kita satu kelaslah!” sengih Ashraf.

So?”

“Hah? Jomlah pergi sama.” Berseri-seri muka Ashraf dibuatnya.

TIGA minggu lagi peperiksaan akhir semester akan berlangsung. Ini bermakna sudah hampir enam bulan dia di sini. Tapi kawannya cuma empat. Ajda, Dalila, Fat dan Zainab.

Sedang dia memasukkan baju ke dalam mesin basuh di bilik dobi, telefon bimbitnya berdering nyaring.

Mama.

“Helo.” Sapa Nunu.

“Helo. Adik! Adik, ayah masuk hospital! Heart attack.” Suara mamanya kedengaran tergesa-gesa dan sedang menangis.

Telefon Nunu terlepas dari pegangan. Jantungnya seakan-akan berhenti berdegup. Tak. Tak mungkin. Nunu segera capai semula telefon bimbitnya dan berlari terus ke bilik. Dia meninggalkan pakaiannya yang separuh di dalam mesin dan separuh lagi di dalam bakul.

Nunu segera menukar pakaian dan mengikat hair bun sebelum mencapai begnya.

Nasib baik depan universiti ni memang para teksi selalu berkumpul. Segera dia masuk ke dalam perut teksi dan menggesa pemandu itu menuju ke hospital.

“Mama…” Nunu mendekati mamanya. Wanita itu sudah lembik di tepi dinding. Sebak rasa hatinya.

“Apa jadi?” tanya Nunu.

“Ayah… Ayah…” Air mata Puan Siti jatuh bercucuran.

Slow-slow… Cerita kat Nunu slow-slow.”

“Kawan ayah… Habis semua… Habis semua harta kita… Kita dah bankrap, Nunu!” Meraung mamanya menceritakan. Walaupun Nunu masih belum pasti cerita penuh, dia dia sudah dapat dengar kata kunci. Bankrap. Ayah terkejut dan pengsan. Sakit jantung.

“Macam mana, Nunu? Mana mama nak cari duit untuk surgery ayah?” Teresak-esak tangisan mamanya.

“Berapa kos surgery ayah?”

“Dua puluh ribu, dik! Dua puluh ribu. Kita dah papa kedana!”

Nunu berfikir sejenak. Pembedahan perlu dilakukan segera. Itu pun peluangnya tipis. Tapi dia tahu, walaupun peluangnya lima puluh peratus, itu masih peluang.

“Ma… Bangun, ma. Duduk kat kerusi.” Nunu bantu papah mamanya untuk duduk di atas kerusi.

“Nunu ada duit. Kita buat surgery ayah dulu okey?”

Puan Siti pandang ke dalam anak mata Nunu. Dia dapat cari punca harapan di situ. Terus tubuh kecil Nunu dipeluk rapat.

SEPANJANG ayahnya berada di dalam bilik pembedahan, dia memikirkan apa yang terjadi sebenarnya. Mamanya beritahu yang kawan ayahnya menarik semua harta mereka dengan bantuan peguam syarikat dan mereka diarahkan keluar dari rumah serta-merta.

Rasa marah membuak-buak dalam diri Nunu. Marah macam mana pun dia tetap anak kepada orang tuanya, tapi dia takkan pernah membiarkan orang lain menyakiti mereka.

Wang simpanan dikeluarkan hanya untuk membantu ayahnya. Selepas beberapa jam di dalam bilik pembedahan, doktor akhirnya keluar.

Nunu segera mendekati doktor yang sudah berusia 60-an. Wajah lelaki itu muram. Ayat cliche yang doktor akan sentiasa gunakan.

“Kami sudah buat yang terbaik, tapi Allah lebih menyayanginya.”

Tahu rasanya seperti apa? Saat hilang tempat bergantung itu seumpama hilang tiang rumah. Bila-bila boleh roboh.

Puan Siti terus pengsan apabila mendengar ungkapan itu. Nunu tahu kini… Dia sendiri.

DIA pernah harung satu tahun dengan dua kematian. Dan kini dia terpaksa mengharungi satu hari dengan dua kematian juga. Kakinya longlai. Pada usia 18 tahun, dia hilang seluruh ahli keluarganya.

“Nunu…” Auntie Ma memeluk bahu Nunu dari belakang. Air mata Nunu sudah kering. Dia tidak tahu berapa banyak lagi tangisan yang perlu dia keluarkan.

Tanah merah di hadapannya dipandang sepi. Usai pengebumian, dia masih tidak mahu berganjak dari tempat itu.

“Nunu cuma nak masa ayah dengan mama. Look at us now. Ayah dengan mama betul-betul duduk kat situ. No more work, no more money. I can have all of you now.” Senyum Nunu walaupun pahit.

“Nunu, jom kita balik,” ajak Auntie Ma.

Maria sudah sedia maklum tentang harta abangnya yang disita. Nunu sudah tidak ada tempat berteduh. Nunu kini sebatang kara.

Selepas dipujuk beberapa kali, baru Nunu setuju untuk pulang dengan mak ciknya.

Rumah banglo itu sedikit kecil daripada rumah milik ayahnya. Tapi dia sudah cukup bersyukur yang mak cik dan pak ciknya sanggup membelanya walaupun mereka sudahpun ada lima orang anak.

Tapi untuk Nunu, menapak di rumah ini bukanlah pengakhiran indah buatnya.

BAKI akaun bank cuma tinggal sepuluh ribu. Dia tahu jumlah itu tidak cukup untuk menampung pembelajarannya. Awalnya memang pengajiannya ditanggung penuh ibu bapanya. Tapi sekarang, dia perlukan bantuan.

Dua cuba pohon bantuan. Tapi mak cik dan pak ciknya sedikit pun tidak mahu menjadi penjaminnya.

“Buat apa belajar lagi? Kau bukan ada duit pun.” Auntie Ma mula tunjuk belang.

“Nunu nak minta tolong Auntie Ma jadi penjamin untuk pinjaman Nunu. Boleh tak?”

“Aku jadi penjamin kau? Hah! Apa kau boleh kasi kat aku bila kau dah graduate? Buat apa aku berhabis duit untuk kau, sedangkan aku tahu akhir nanti kau kahwin dan tinggal dengan suami kau? Habuk untuk aku pun tak ada. Ini kira cukup baiklah aku sudi kutip kau daripada merempat tepi jalan tau. Jangan nak berlagak kaya lagi dah. Kau bukan lagi anak orang kaya, tapi papa kedana!”

Nunu tahan air mata dari tumpah. Dia kuat. Dia tahu dia kuat.

“Ma, ma tengok tak Renault baru keluar tu?” Adlin turun dari tingkat atas mendekati ibunya. Telefon bimbit ditunjukkan kepada si ibu.

“Cantik. Kenapa?” Auntie Ma sengih-sengih melihat anak bongsunya yang sebaya dengan Nunu.

“Kalau adik dapat 3 pointer, boleh tak mama kasi ni as hadiah?” sengih Adila.

“3.5 la.”

“Susah la, ma… 3 la…” pujuk si bongsu.

Fine.” Auntie Ma pandang Nunu dengan sengihan menyindir.

‘3.5 pun susah nak dapat ke? Lepas tu gigih nak Renault. Stupid spoiled kid, gumam Nunu.

“Berhenti study. Kau jangan ingat kau boleh duduk sini percuma. Makan pakai kau semua aku nak kena tanggung tahu tak? Kerja! So that kau boleh bayar balik duit yang aku dah gunakan untuk kau,” ujar Auntie Ma.

Makan pun sisa anak-anak kau. Beli baju jauh sekali. Nak kasi baju anak-anak kau yang dah tak nak digunakan pun nak kecoh. Busuk betul hati, bisik hati kecil Nunu. Tapi dia tiada pilihan. Sebaik-baik rumah adalah dengan keluarga sendiri.

Nunu akhirnya mengalah dan terus berlalu ke biliknya. Dia kira bernasib baik jugalah sebab diberi bilik yang jauh daripada sepupu-sepupunya yang lain. Rimas betul bila dua orang abang sepupunya tak habis-habis pandang dia macam nak telan. Atas bawah pula tu! Aku cucuk mata tu kang berlubang.

Beberapa kali Nunu mendail nombor Zulfathi tetapi tidak berangkat. Kali ketujuh dia mendail nombor akhirnya diangkat juga!

“You busy ke?” tanya Nunu.

Hmmm…” jawab Zulfathi acuh tak acuh.

“You kenapa? Tak ada mood ke? I WhatsApp you pun, dah dua hari you tak reply.”

“I busylah dengan assignment I.”

Hmmm… I rasa I kena berhenti study la. Sebab Auntie Ma tak nak jadi penjamin I. I tak cukup duit nak biaya sendiri yuran,” adu Nunu.

“Habis tu? You nak I bayarkan yuran you ke?” Suara Zulfathi kedengaran keras.

What? No! I just cerita kat you aje. Yang you angin macam ni kenapa?” Nunu tinggi suara. Geram pula dia.

“I malas la nak dengar masalah macam ni. Small matter aje, kan? Parents you pun memang dah bankrap. Berhenti ajelah study kalau dah tak mampu.” Sinis suara Zulfathi.

Nunu terkejut mendengar apa yang baru dia dengar.

“You… Kenapa?”

“I kenapa?” Dengar jelas di telinga Nunu suara Zulfathi yang sedang mengeluh.

“Kita stop ajelah relationship ni. I tak ada masalah nak bercinta. Assignment I banyak daripada nak fokus kat you.”

“Kalau assignment you banyak, I faham. I boleh aje tak contact you. Perlu ke sampai break?”

“Dahlah, Aina.”

Aina. Dia panggil aku Aina. Dia cuma akan serius bila dia sebut Aina.

“Kita break ajelah,” ulang Zulfathi.