Cinta Last Lap

RM29.00

Penulis: Peanut

Caption: kalau aku kata..aku tak cintakan kau,kau nak buat apa?

ISBN: 978-967-406-242-2

Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
RM 29.00 RM 32.00

Enggan membahayakan masa depan Blayze Group, Ryan Blayze yang dituduh gay kerana sikap anti-perempuannya terpaksa menerima calon isteri pilihan bapanya. Dengan perasaan yang berbelah-bagi, Nazirah terpaksa menempuh perkahwinan tersebut. Namun begitu, sampai bila hati ini mampu bertahan jika terus dihimpap dengan kata-kata kasar apatah lagi apabila Nazirah mendapat tahu bahawa perkahwinan ini bukanlah setakat penyatuan antara dua keluarga tetapi suatu lakonan demi kepentingan Ryan sendiri.

“Kalau macam tu, berapa lama awak nak kita teruskan lakonan ni? Sebulan? Dua bulan? Atau seminggu? Tapi saya lebih suka seminggu..cukup tak agak-agak untuk memperbaiki nama baik awak tu, En.Ryan? Atau awak perlukan surat perjanjian? Saya tak kisah..” ~ Nazirah.

Namun hari demi hari, saat Zira hampir berputus-asa dengan perkahwinannya ini, hatinya kembali terpikat dengan sikap aneh Ryan terhadapnya.

Bagi Ryan pula, kehadiran Nazirah dalam hidupnya seolah-olah mengembalikan suatu perasaan istimewa yang tak pernah dia rasai sebelum ini.

“Siapa kau ni? Kenapa aku boleh rasa macam ni bila tengok kau? Kenapa hanya kau je yang mampu buat aku jadi macam ni? Kenapa aku macam boleh dengar dan nampak kau sedangkan kau tak ada kat sini? Sejak bila aku jadi macam ni? Tapi kenapa? Aku tak ada apa-apa perasaan terhadap kau..sikit pun tak ada..kan? Sepatutnya macam itu..kan?” ~ Ryan.

“Itu hak kau tapi, suatu hari nanti..kau akan sedar juga. Kitorang tak pernah bercinta pun tapi sekurang-kurangnya..kitorang tahulah juga apa itu cinta dan apa akan jadi kalau seseorang tu dah angau. Hah, macam kau tulah..cakap sorang-sorang. Silap hari bulan, boleh terbayang-bayang Zira tu..itu namanya..angau..” ~ Adam.

Mampukah seorang lelaki yang suatu ketika dahulunya membenci wanita, meluahkan kata-kata cintanya? Dari mana datangnya kebencian Ryan terhadap wanita ini? Adakah kisah cinta antara Ryan dan Nazirah akan berakhir dengan kebahagiaan? Ingin mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut? Saksikanlah..

Beli Sekarang LAZADA
Beli Sekarang SHOPEE
Categories: ,

Description

SUASANA di litar Mazda Raceway terasa hangat apabila diumumkan semua pelumba motosikal berkuasa tinggi yang menyertai Red Bull U.S Grand Prix bagi acara 1000cc untuk bersedia di petak masing-masing. Walaupun cuaca sedikit mendung pada hari itu, perlumbaan akan tetap berjalan seperti yang dijadualkan. Berharap agar cuaca akan kembali cerah bagi memastikan perlumbaan berjalan dengan lancar.

Di petak terakhir, kelihatan seorang penunggang menghampiri motosikal Ducati berwarna hitam yang sudah bersedia di petak tersebut. Juruteknikal pasukannya masih bertungkus-lumus memastikan segala-galanya berada dalam keadaan yang baik bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini. Turut mengiringinya di sisi adalah seorang gadis yang lebih dikenali dengan gelaran gadis litar. Dari tadi, mata gadis litar itu tidak beralih dari memandang penunggang tersebut sebelum tersenyum nipis. Dari senyuman itu pun sesiapa dapat mengagak kegembiraan yang terserlah di wajah itu.

Mana tidaknya, dari saat dia mengiringi sehingga penunggang itu sudah naik ke atas motosikalnya, matanya tidak beralih walau sesaat pun. Walaupun dia tak dapat lagi menatap wajah di sebalik topi keledar itu, tidak mengapa kerana dia masih ada peluang untuk menatap wajah itu selepas perlumbaan.

Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Segera dia mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya. Dia mencuit lengan penunggang itu, memaksa penunggang itu menoleh ke arahnya. Perlahan dia menghulurkan tapak tangannya.

Mata hazel milik penunggang itu mula turun ke tapak tangan gadis litar itu sebelum menyedari ada key chain berbentuk motosikal di tangannya. Keningnya terjongket sebelah, kehairanan sebelum wajah gadis itu ditatap sekali lagi, mendapatkan kepastian.

Take this.. it’s for you. I’ll pray for your safety and good luck,” ucap gadis itu, tersipu-sipu malu. Dalam masa yang sama, seorang penunggang motosikal dari pasukan Ducati mengerling ke sebelahnya. Menyedari perbuatan gadis litar itu, membuatkan dia tertunggu-tunggu reaksi rakan sepasukannya itu.

Hmm.. no, thanks.” Kata-kata yang mampu membuatkan mana-mana gadis yang berada di tempat gadis litar itu kecewa. Cukup kecewa apatah lagi dengan nada tenang seperti itu. Hadiahnya ditolak, bermakna hati dan perasaannya juga ditolak terang-terang. Gadis litar itu mengetap bibirnya sambil menggenggam key chain di tangannya, erat.

Oh, it’s okay.. but we still..”

No, I don’t have time for that,” potong penunggang itu tenang sambil menyarungkan sarung tangannya. Gadis litar itu semakin terkejut. Dua kali. Dua kali dia ditolak! Rakannya yang dari tadi memerhati sudah awal-awal tersenyum di sebalik topi keledar itu. Bukannya dia tak kenal dengan sikap rakannya itu. Terlalu berhati kering!

Nak tak nak, dia terpaksa mengundur diri lebih-lebih lagi perlumbaan akan bermula tidak lama lagi. Briefing daripada ketua pasukan diadakan secara pantas namun penuh maklumat.

Selesai briefing daripada ketua pasukan, mereka saling berpandangan sebelum masing-masing mengangguk.

Good luck..”

Good luck..”

Viser helmet diturunkan, serentak. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum dihela berat, melepaskan rasa gemuruh yang sentiasa menguasai diri setiap kali perlumbaan. Erat tangannya menggenggam handlebar dengan posisi bersedia sambil matanya tepat memandang lampu isyarat yang akan berubah bila-bila masa sahaja..

Derapan tapak kaki seorang lelaki menuju ke Premier Pit Row Suite bersama sebuah fail di tangan, mula kedengaran. Langkah yang sedikit laju itu membuatkan sesiapa pun akan tertanya-tanya tentang tujuan kedatangan lelaki itu ke sini. Mungkin ada perkara yang perlu dia uruskan di sini, siapa tahu?

Namun setibanya dia di pintu suite, langkahnya terhenti apabila terpaksa berhadapan dengan dua pengawal yang berkawal di luar.

Do you have any business here?” soal pengawal itu, ingin tahu.

Yes, I’m Raymond. I’m here to meet Mr. Adam.. from Blayze Group. On business matter..” ucap lelaki itu tenang sambil menayangkan fail yang mempunyai lambang Blayze Group di hadapannya.

Please hold on a second..” Salah seorang daripada pengawal itu mula beredar ke dalam untuk memaklumkan kehadiran lelaki itu. Beberapa saat kemudian, dia kembali.

Please come in. He’s waiting for you..”

Thank you..” Lelaki itu mula melangkah masuk dan ternyata majikannya sudah menunggu di dalam bilik tersebut. Ruang yang agak berbeza, menempatkan beberapa buah meja yang terhidangnya pelbagai jenis makanan dan minuman untuk santapan tetamu di bilik itu.

Sebaik sahaja dia masuk, lima pasang mata mula tertumpu ke arahnya. Dia menunduk sedikit, tanda hormat kepada majikan-majikannya itu sebelum menuju ke arah seorang pemuda yang lebih dikenali sebagai Adam.

Mr. Adam, here’s the file..” ucap Raymond sambil menghulurkan fail tersebut kepada Adam. Empat orang rakannnya yang sekadar memerhati tadi, kembali menumpukan perhatian ke arah litar yang sedang ditayangkan di skrin televisyen.

 

SEBAIK sahaja lampu isyarat bertukar warna, masing-masing memecut laju sebelum masuk ke selekoh tajam di hadapan. Namun begitu, keadaan litar yang mulai basah dek hujan rintik-rintik yang baru sahaja turun sebaik sahaja mereka bermula sebentar lagi membuahkan rasa bimbang krew pasukan masing-masing. Mereka hanya mampu berdoa agar hujan tidak lebat sehingga perlumbaan tamat dan dalam masa yang sama, para pelumba bersungguh-sungguh untuk memintas antara satu sama lain dan tidak lupa juga, cuba mengelak dari berlakunya kejadian yang tidak diingini apatah lagi dengan keadaan litar sebegini.

Selang beberapa minit kemudian, situasi mula berubah.. menarik minat para penonton. Pelumba yang berada di petak terakhir itu mulai memintas seorang demi seorang dan kini berada di petak kelima namun begitu, itu bukanlah kedudukan yang selesa bagi juara lima tahun berturut-turut itu. Sorakan para penonton mula kedengaran.

Satu senyuman di bibir mula terukir apabila dia mendengar suasana yang mula bertukar riuh selepas penunggang tersebut memulakan ‘serangan’nya.

“Bila dia mulakan.. dia akan akhiri semuanya dengan pantas..” ucapnya lalu menghirup minumannya. Rakan-rakannya yang lain sekadar tersenyum nipis, memerhatikan penunggang motosikal Ducati itu di skrin kaca.

 

PERLUMBAAN sudah hampir berlalu selama 38 minit. Lagi tiga pusingan tinggal sebelum perlumbaan tamat. Sedang penunggang motosikal Ducati itu memecut laju, tiba-tiba pandangannya tertumpu ke arah sekumpulan penonton. Walaupun hanya sekilas, dia kenal akan susuk tubuh wanita berumur lingkungan 40-an yang sedang memandang tepat ke arahnya namun segalanya berlaku begitu pantas. Cukup pantas sehingga motosikal yang ditunggangnya itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke luar litar. Kelima-lima pemuda tadi serentak berdiri apabila dikejutkan dengan kejadian itu. Hanya kalimah Allah yang keluar dari bibir mereka waktu itu.

Suasana bertukar sunyi sepi seketika apabila motosikal tersebut terbabas ke luar litar lalu melanggar penghadang litar. Penunggang tersebut pula sudah awal-awal lagi tercampak dari motosikalnya dan berguling di atas tanah sebelum tidak sedarkan diri. Hentakan yang diterima oleh badan penunggang itu sememangnya mengerikan kepada sesiapa yang melihat.

Penonton yang melihat kejadian itu dengan mata kepala mereka sendiri pun sudah tidak duduk diam. Ada kemungkinan yang penunggang itu tidak akan selamat selepas terhentak ke tanah sebegitu. Dalam pada itu, beberapa sukarelawan yang bertugas segera mendapatkan penunggang tersebut sementara para pelumba yang lain meneruskan perlumbaan seperti biasa.

Man, hey.. Can you hear me?” ucap salah seorang sukarelawan tersebut bagi memastikan keadaan penunggang tersebut sementara rakan sepasukannya yang lain mengeluarkan peralatan first aid yang mungkin diperlukan. Kelihatan leher dan lengan pelumba tersebut luka disebabkan terkena serpihan bahagian sisi motosikal yang pecah dan melanting ke arahnya. Melihat tiada reaksi yang diberikan oleh penunggang itu, sukarelawan tersebut segera mencapai strecther. Nampaknya mereka perlu bergegas ke hospital.

Belum sempat sukarelawan itu ingin menanggalkan topi keledarnya, penunggang tersebut kembali tersedar lalu bangun dari perbaringannya perlahan-lahan.

Sir, you cannot move yet..” Ahli sukarelawan tadi cuba menghalang namun penunggang itu langsung tidak mempedulikannya. Ya, memang tubuhnya masih terasa sakit akibat hentakan ke tanah sebentar tadi. Kepalanya juga terasa terhuyung-hayang dibuatnya. Pasti hentakan itu terlalu kuat. Lagipun, dia tercampak agak jauh dari motosikalnya. Memang patut dia rasa lain macam waktu itu. Tapi bukan itu yang dia kisah sekarang.

Young man, you are bleeding. Please stay still so that we can treat you,” tegas sukarelawan tersebut sekali lagi namun penunggang itu masih di dalam dunianya. Pandangannya masih tertumpu ke arah tempat duduk penonton namun wanita tadi tidak lagi kelihatan. Matanya meliar ke sekitar kawasan itu. Manalah tahu kot-kot wanita itu baru beredar. Tapi tiada. Hanya penonton-penonton yang sedang memandang ke arahnya. Ya, wanita itu sudah tidak lagi kelihatan..

‘Dia dah tak ada. Takkanlah… Habis, tadi tu siapa? Apa yang aku nampak tadi?’ getus hatinya lalu mengepal buku limanya namun mengerang kecil apabila lengannya terasa sakit. Dia tunduk memandang lengannya yang kelihatan berdarah.

Sir, please be still.. I think your arm is broken. It’s already bruised..” Nak tak nak, dia terpaksa akur buat masa ini. Penunggang itu mula menanggalkan topi keledarnya dan membiarkan para sukarelawan memimpinnya ke luar litar.

Lima orang pemuda itu kembali duduk setelah melihat keadaan rakannya sudah selamat, sekurang-kurangnya. Mereka saling berpandangan. Tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Kemalangan seperti ini tidak sepatutnya berlaku kepada rakannya itu. Tak, dia takkan pernah lalai dalam perkara macam ni… melainkan..

BEBERAPA pakaian dan barang peribadi disumbat masuk ke dalam beg galasnya. Tangan kanan yang kemas berbalut simen itu dipegang sekejap sebelum pandangannya dihala ke tingkap. Langit kelihatan cerah pagi ini.. tapi sayang, tidak secerah hatinya. Ya, dia masih terganggu dengan bayangan yang dilihatnya kelmarin.

‘Huh.. tapi kenapa aku sibuk-sibuk nak fikir pasal tu? Tak mungkin dia ada kat situ.. dan tak mungkin jugak dia ada hati nak jenguk aku kat sini lepas apa yang dia dah buat. Huh.. mungkin aku ni je yang terlebih fikir pasal tu..’ keluhnya sendirian sebelum duduk di tepi katil, tertunduk memandang lantai. Dia memandang kedua-dua telapak tangannya sebelum dikepal, erat.

Tuk, tuk, tuk…

Lamunannya terhenti serta-merta. Wajahnya diangkat sebelum matanya tertancap ke arah enam orang rakannya yang baru sahaja tiba. Satu senyuman nipis mula terukir di bibir merah itu.

Yo..” sapa Adam sambil mengangkat tangan kanannya. “Hmm.. masuk la..”

“Sekejap. Aku rasa aku ada perasan sesuatu. Ke aku yang silap sebab aku rasa kau macam dah nak lari dari hospital. Betul ke?” soal salah seorang daripada mereka, apabila menyedari beg galas di sisi rakannya itu.

Ryan Blayze mula tersenyum lebar bila niatnya terbongkar. Budak-budak ni memang la..

Perlahan dia menepuk beg galasnya dengan hati yang riang, “Tau tak apa. Lagipun, aku memang dah dibenarkan keluar wad hari ni.”

Adam dan yang lain saling berpandangan. Mulai bimbang memandangkan Ryan baru sahaja masuk ke sini dua hari lepas selepas kemalangan tersebut.. tapi takkan la dah boleh balik?

Adam mula menghampirinya lalu memeluk bahu itu. “Kau ni biar betul? Tak silap aku.. bukan doktor kata hari tu dalam seminggu ke? Jangan kata kau..”

“Apa korang ingat aku ni tak ada kerja lain selain duduk baring kat sini? Eh, tolong la.. banyak lagi kerja aku kat luar sana..” bebel Ryan, akur apabila niatnya sudah dihidu rakan-rakannya.

Tiba-tiba seorang lagi daripada mereka datang menghampiri sebelum mengetuk perlahan kepala Ryan. “Kau ni memang la.. aku tau la kau tu workaholic tapi agak-agak la. Dah la dengan siap berbalut bagai, kau ingat orang tua kau akan bagi kau masuk pejabat ke?” Bukan mereka tak faham dengan kerenah Ryan. Antara mereka, yang paling pakar bab-bab mendesak ni tak lain tak bukan, Ryan Blaze. Kalau A katanya, A lah. Pantang sungguh dia kalau buang masa.. begitu juga sewaktu bekerja, silap sikit atau ada aje yang tak kena pada mata dia.. memang 24 jam dengar dia membebel di dalam bilik mesyuarat tu dan akhirnya, lepas kena bebel dan didesak, barulah pekerja nak bergerak dengan betul mengikut kehendak dia.

Ryan sekadar tersenyum sambil menyentuh lehernya yang sudah dibalut dengan kemas. Dia bukannya tak risaukan keadaannya tapi selepas dapat tahu yang semua pemeriksaannya normal, rasanya tak ada sebab untuk dia terus tinggal di dalam wad ini. Walaupun kepalanya masih terasa pening, CT scan telah menunjukkan yang otaknya tidak mengalami sebarang kecederaan. Mungkin gegaran yang disangka kuat itu dilindungi oleh helmet yang dipakai.

“Kalau betul semuanya dah okey.. tak apa la. Kitorang ni cuma risau je..”

“Betul tu, Ryan.. Tu, berapa lama agaknya tangan tu nak berbalut? Macam teruk je aku tengok. Kau jangan, Ryan.. kang elok kat luar sana, kau pengsan ke apa ke.. tak kuasa aku nak mengangkut kau ke sini balik..” bebel rakannya lagi sambil relaks bersandar di dinding, berpeluk tubuh. Dia memandang tangan Ryan yang kemas berbalut dan bersimen itu.

“Betul.. aku okey. Diaorang nak buat apa simpan aku lama-lama kat sini? Kalau setakat nak buat check-up kat aku.. baik tak payah. Buang duit aku je. Aku tak teruk macam yang korang sangka. Hmm.. tangan ni.. dalam sebulan dua kut…”

Pergh.. boleh tahan lama tu. Tapi tak apa la, kau jangan risau.. kitorang kan ada. Apa-apa serah je pada kitorang, okey?”

Ryan sekadar mengangguk sebelum mengerling ke arah tangannya. Dari pergelangan tangan sehingga ke siku terpaksa disimen gara-gara tulang yang patah.

Adam yang paling hampir dengan Ryan mencapai beg galas tersebut lalu berdiri. “So, disebabkan kau keluar hari ni..”

“Ha.. aku tau. Kau nak belanja aku makan, kan?” sampuk Ryan, berminat.

Tuih! Kau tu yang kena belanja kitorang makan!” Rakan-rakannya sudah mentertawakan dirinya. ‘Amboi, seronok nampak kenakan orang sakit macam aku ni? Tak beradab betul!’

“Eh.. apasal aku pulak kena keluar duit?”

“Amboi, amboi.. cantik muka kau? Kau dah buat kitorang kecut perut hari tu.. ada hati nak mintak simpati? Apa kau ingat tengah berlakon drama action? Kalau apa-apa jadi, siapa nak jawab kat orang tua kau?”

“Ala.. apa susahnya? Korang kan ada..”

“Banyaklah kau! Jawablah sendiri! Kalau masuk kubur pun, kau bangun kejap, bagi tau orang tua kau.. lepas tu pandai-pandai la masuk balik!” Suasana di bilik wad itu mula riuh-rendah dengan kehadiran pemuda-pemuda itu, membuatkan niat seseorang untuk menjenguk Ryan mati. Cukup la sekadar mendengar tawa anak muda itu. Jambangan bunga di tangan digenggam kemas lalu dibawa pergi.

Sewaktu dia beredar, dia berselisih dengan seorang gadis yang kelihatan turut membawa jambangan bunga. Gadis yang berbaju t-shirt putih dan mini skirt pink itu mula menghampiri wad VVIP itu.

Tawa anak-anak muda itu terhenti apabila daun pintu diketuk. Mereka serentak menoleh ke arah gadis di muka pintu itu sebelum pandangan masing-masing beralih ke arah Ryan.

“Apa?”

Ryan yang tak suka dengan pandangan yang diberi oleh rakan-rakannya itu, kembali merenung tajam ke arah gadis itu.

Er.. Sorry should I’m disturbing you guys..” ucap gadis itu sambil menghampiri Ryan.

Adam yang berada di sisi Ryan segera memberi ruang kepada gadis itu. Sempat dia tersenyum nakal, mengenakan rakannya itu. Ryan segera berdiri, menghadap gadis itu. Ternyata dari riak wajahnya, dia tak senang dengan kehadiran gadis itu.. gadis litarnya.

Why are you here? Yes, you’re disturbing us..” tegas Ryan, tidak berperasaan. Dia boleh nampak rakan-rakannya mengisyaratkan dirinya supaya tidak berkasar dengan gadis itu. ‘Huh, boleh.. lepas aku mati!’ kata Ryan di dalam hati.

Adam sudah mengusap sebahagian wajahnya dek melihat sikap sombong rakannya itu.

“Oh.. I’m sorry. This is for you..” Gadis itu menghulurkan jambangan bunga kepada Ryan namun pantas Ryan menepis bunga itu sehingga terjatuh ke lantai. Gadis itu sedikit terkejut. Terkedu dengan perbuatan Ryan itu.

Perlahan dia memandang wajah itu semula, “I don’t like to receive any present from a woman..” kata Ryan.

But I just..”

Care? Love me? Try to attract my attention? What’s your name?”

Jessica..”

“Ah.. Jessi, I’m sorry.. I don’t like to waste my time for a woman.”

Tiba-tiba lengan Jessica dicapai oleh salah seorang rakan Ryan. Cuba menghentikan suasana tegang di dalam bilik itu. Jika tidak dihentikan, dia bimbang Jessica akan dikecewakan dengan lebih teruk. “Miss Jessica, I’m sorry but I think that’s all for today. Ryan is not feeling well.. so, please understand. And.. please also forget your feelings toward him.. hmm? Please find another man that will sincerely loves you.. okay?” bebel rakannya itu sambil mengheret Jessica keluar dari wad itu.

Jessica sekadar akur, membiarkan tubuhnya diheret keluar. Tapi bagus juga, dia pun sememangnya sudah tiada kekuatan untuk melangkah. Dia malu bila Ryan berkasar dengannya di hadapan rakan-rakannya.

Setelah tetamu tidak diundang itu hilang dari pandangan, Ryan mencapai beg galasnya, berkira-kira ingin beredar namun salah seorang daripada mereka yang merupakan rakan sepasukan Ryan dalam Pasukan Ducati pantas memintasnya. Mereka saling berpandangan.

“Sebelum kau pergi, aku ada benda nak tanya.”

“Apa dia? Aku rasa kalau pasal perempuan tadi tu, tak apa kut. Kau pun memang faham aku ni macam mana, kan?”

“Tak.. bukan pasal perempuan tadi. Tapi pasal kemalangan kau. Apa yang buatkan kau cuai? Selama aku race dengan kau, kau tak pernah terganggu dengan apa-apa tapi kenapa sekarang? Kau ada rahsiakan apa-apa daripada kitorang ke?” Suasana bilik itu kembali sunyi saat punca kemalangan Ryan menjadi isu. Ryan mengetap bibirnya sebelum kembali tersenyum lebar.

Thanks for your concern, Rif.. tapi apa yang berlaku, salah aku. Aku ni yang cuai. Sempat pulak aku mengelamun masa tu. Maaflah buat korang risau tapi kira okeylah ni. Janji aku masih hidup, kan?” Ryan tersengih seperti kerang busuk menyebabkan rakan-rakannya segera mengerjakannya! Mulut tak ada insurans betul!

Ryan sekadar ketawa, tanpa menyedari renungan Zarif ke arahnya. ‘Apa yang kau cuba rahsiakan daripada kitorang, Ryan?’

JIKA melihat pada suasana di restoran mewah pada malam itu, sesiapa pun sudah dapat menangkap apa yang sedang berlaku. Tak kiralah lelaki ataupun perempuan tetapi khususnya perempuan, mata masing-masing pasti sudah tertancap ke arah meja yang diduduki oleh tujuh orang pemuda yang sedang rancak berbual sementara menunggu pesanan tiba.

Pelbagai reaksi dapat dilihat ketika itu. Ada yang tersenyum riang dan ada juga saling berbisik antara satu sama lain, teruja dalam diam. Bagi yang lelaki pula, mereka sangat bangga dan merasa hormat pada pemuda-pemuda itu kerana status yang dipegang oleh masing-masing pada usia yang muda. Bahkan, mereka bukanlah sekadar terkenal disebabkan kekayaan tetapi pencapaian yang telah mereka kecapi bersama dan terbukti, umur bukan menjadi penghalang untuk berjaya. Malah sewaktu usia mudalah kita perlu lebih berusaha untuk berjaya kerana masih ada tenaga dan kekuatan berbanding jika sudah berusia kelak.

It’s very rare to meet them like this! Ah, I still can’t believe they are in front of me now!”

“Hmm! Is it a dream? Oh, I really don’t wanna wake up from this dream..”

You’re right! Today is my lucky day to see them up close as this. I just can’t take my eyes off them!!”

Not only that.. we also can see all seven of them. One of them is the rider of MOTOGP, Zarif and the rest of them are the Board of Directors of Blayze Group! I also heard that Blayze Group is the only company in this world to have such young directors..” Gadis-gadis Eropah yang berada tidak jauh dari meja mereka kelihatan penuh teruja. Tidak ubah seperti melihat artis popular.

Hey, don’t forget about our prince! Ryan Blayze.. the president of Blayze Group and also the rider of MOTOGP. I heard that he will replace his father officially next month.

Hm, I heard that too. He is the youngest billionaire in the world.. at a young age, he’s so capable to lead Blayze Group, one of the most influential company  in the world. Ah, it’s a relief that Ryan is okay after the accident?”

Yeah, with that kind of accident.. I thought that he can’t make it.

But, you know what.. that’s Ryan Blayze..” Mereka saling mengangguk, bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh rakannya itu.

Mereka berpaling ke arah Ryan dan rakan-rakannya yang sedang rancak berbual itu, tidak mempedulikan keadaan sekeliling mereka. Kerana apa? Kerana mereka sudah terlalu lali dengan semua ini. Namun apa boleh buat, orang yang terkenal seperti mereka sememangnya akan menjadi tarikan orang ramai.

Dulu memang mereka tak nafikan, sangat kekok berada di tengah-tengah orang awam dengan identiti begitu. Rasa nak menyorok pun ada. Nak keluar susah.. rasa macam kena ekori pun ada. Ada saja mata yang memandang. Tapi tidak lagi sekarang.

“Weh, Ryan! Aku ni bukan apa.. aku risau silap hari bulan, depan rumah kau nanti berderet bunga. Yalah, sejak tangan tu berbalut, makin ramai yang ‘caring’ dekat kau. Habis la kau..” usik salah seorang daripada mereka atau lebih dikenali sebagai Nazril lalu menghirup minumannya.

Memang tak nafikan, antara mereka, Ryan lebih menyerlah. Tapi jika dilihat keseluruhan, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Mungkin disebabkan Ryan ialah ketua mereka dan terlibat dengan dunia perlumbaan, jadi dia lebih menyerlah. Tapi itu tak menjadi sebab untuk mereka yang lain cemburu sebab ikatan persahabatan yang terjalin ini sudah terlalu lama dan dah macam jadi satu keluarga.

Ryan menghela nafas, malas. Dia memang dah biasa diusik oleh rakan-rakannya. Perlahan dia mengusap sebahagian wajahnya. Dari riak wajahnya pun dah boleh tahu yang Ryan sememangnya tak berminat dengan perhatian yang dia dapat ketika itu. Lebih-lebih lagi perhatian daripada kaum wanita. Nak hantar bunga bagai kat hospital. Tak payah!

“Huh.. kau tak payah la nak ingatkan aku pasal benda tu. Aku keluar dengan korang ni pun sebab nak relaks. Boleh tak kita tukar topik lain?”

“Itu dia, penyakit besar Ryan Blayze dah sampai dah. Dia dah mula dah dengan anti-perempuan dia tu. Asal sebut pasal perempuan je.. muka tu dah macam muka taik dah aku tengok. Ni, bila kau nak berubah hah? Apa kau tak suka ke orang duk bagi bunga bertan-tan kat hospital tu? Bukan senang tau nak orang ambik berat dekat kita macam tu sekali..” balas Hakim pula. Sengaja mengusik lagi walaupun dia tahu rakannya itu memang tak suka mereka berbual bab-bab perempuan.

Ryan pula, mula kelihatan rimas apabila topik yang sama diajukan kepadanya.

“Huh, apa yang seronok sangat dapat bunga? Apa diaorang ingat aku ni perempuan? Dasar perempuan.. menyusahkan lagi adalah. Daripada dia sibuk bagi bunga kat aku.. duk berpura-pura nak ambik berat dekat aku, baik diaorang bagi bunga tu dekat orang tua diaorang ke.. kawan ke.. ini tak, ingat aku tak tau ke yang diaorang tu semua pandang harta je? Lepas tu, kalau dah tak suka, blah! Huh..” Ryan menghala pandangannya ke sudut lain, membuatkan rakan-rakannya saling berpandangan.

Bukan mereka saja-saja mengungkit hal itu, tapi ada sebab. Tiba-tiba Adam menyerahkan sampul surat kepada Ryan. Ryan menoleh ke arah sampul surat itu sebelum pandangannya beralih ke wajah Adam yang sedikit serius itu. ‘.Aik, budak-budak ni.. tadi bukan main mengusik aku. Sekarang serius pulak? Apa kena ni?’

Apasal? Kenapa dengan sampul ni?” soalnya, ingin tahu sambil mencapai sampul itu. Perlahan dia mengeluarkan isi kandungan sampul surat tersebut.

Kitorang bukan nak mengungkit. Tapi tu, kau tengok dan kau akan tahu apa kaitannya dan kenapa kitorang cakap pasal tu tiba-tiba. Kau ingat kitorang suka ke cakap pasal benda yang kitorang sendiri dah tahu? Aku tak nak cakap lebih-lebihlah dalam hal ni. Kau tengok.. dan kau fikir apa yang terbaik untuk kita.. terutama sekali Blayze Group. Aku bercakap bukan sebagai kawan, tapi sebagai seorang pengarah.”

Ryan mengerutkan dahinya bila matanya tertancap ke arah beberapa keping gambar dan keratan akhbar di tangannya.

‘Huh.. kenapa perkara yang sama perlu aku hadap sejak kebelakangan ni? Aku tak faham betullah siapa yang buat cerita ni.’ Ryan menarik nafas dalam-dalam lalu menyimpan semula gambar dan keratan akhbar itu ke dalam sampul surat. Sampul surat tersebut ditolak ke tengah meja sebelum pandangannya beralih ke arah rakan-rakannya.

“Benda ni.. korang dah mula percaya ke? Korang tak yakin dengan aku? Berapa lama kita dah kawan? Baru semalam ke sampai benda kecik ni pun korang nak ambik serius?”

Kusut memikirkan benda yang tak masuk akal itu. Dari dulu sampai sekarang! ‘Orang sekarang memang tak ada otak agaknya, main redah aje bila nak buat kesimpulan. Sampai pula kat mulut wartawan yang sememangnya dah macam mulut murai. Memang harulah pihak media dibuatnya. Sorang cakap macam ni, sorang cakap macam tu pula. Balik-balik, semua yang buruk datang kat aku.’

Bahu Ryan ditepuk, sekejap. “Ryan, kitorang bukannya tak percayakan kau. Tapi orang lain. Pandangan orang lain lebih penting sekarang ni. Kau nak ke diaorang pandang kita serong macam tu? Fitnah tu, bro. Kau sendiri tahu kan, benda ni bukan baru? Dah lama diaorang siasat pasal tu dan bukan satu gambar yang kena ambil.. banyak. Dan aku rasa, hampir kita semua terbabit dalam kes tu. Aku rasa kau kena buat sesuatu untuk tutup hal ni. Ini bukan saja pasal kita tapi berkaitan dengan nama baik Blayze Group juga. Silap hari bulan, klien boleh lari, projek tertanggung. Kita akan rugi.”

“Jadi korang nak aku buat apa?”

“Buat la apa-apa yang boleh hentikan semua ni.”

“Entah weh.. Parents aku pun kadang-kadang bising jugak. Ada ke diaorang suruh aku kahwin cepat? Takut katanya..” sampuk Airell pula.

Teringat akan pesanan ibu bapanya. ‘Pergh, boleh kena sakit jantung bila dengar perkataan ‘kahwin’ tu. Dah la aku tak puas berjoli lagi.. hahaha..’

Tiba-tiba Nazril menepuk meja, perlahan tapi cukup membuatkan semua mata beralih kepadanya. Dia mula menuding jari ke arah Ryan. “Aku tau!”

“Tau apa?” soal Danny pula, kehairanan. Nazril mula tersenyum nakal sambil menupang siku di meja. Tubuhnya ke hadapan sedikit. “Kahwin.. lepas tu, aku percaya.. semua ni akan..”

“Apa? Kau suruh aku buat apa?”

“Kahwin..” Adam dan yang lain mula memandang ke arah Ryan, menunggu reaksi Ryan. Jika difikirkan balik, betul juga cadangan Nazril itu. Tapi dengan keadaan Ryan, dia tak rasa Ryan akan setuju.

“Kahwin? Huh..” Ryan menggeleng perlahan sambil bersandar. “Aku rasa kau bergurau nak aku kahwin semata-mata nak hentikan gosip merepek ni, kan?”

“Eh, apa salahnya?!”

Ryan ketawa kecil lalu menggeleng, tenang. “Tak, aku takkan. Mesti ada cara lain lagi.. tapi bukan kahwin. Aku tak nak dengar perkataan tu.”

‘Tengok! Kan aku dah agak.’ Adam tertunduk sekejap. Sedikit kecewa. Begitu juga dengan yang lain.

 

 

 

CAWAN kaca yang mempunyai corak yang unik dan menarik itu diisi dengan Nescafe panas oleh seorang wanita yang berumur lingkungan 50-an yang juga merupakan pembantu rumah agam itu.

“Datuk.. jemput minum..” pelawa wanita itu, mesra.

“Oh.. ya, terima kasih, Kak Jah..” balas lelaki yang berumur lingkungan 50-an yang pada mulanya tadi sibuk dengan surat khabarnya, terhenti seketika. Dia mula menghirup sedikit minuman panasnya itu sebelum kembali menyambung pembacaannya.

Bersarapan di tepi halaman yang indah dan penuh dengan kehijauan ini membuatkan dia leka dengan dunia nyata seketika. Lebih-lebih lagi dengan membaca buku, memang mampu merehatkan otaknya yang sebelum ini terlalu sibuk memikirkan hal kerja dan keluarga.

Mak Jah sekadar tersenyum nipis sebelum menyedari perubahan riak wajah majikannya itu. “Kenapa, Datuk? Datuk tak sihat ke?” Pelik dia melihat wajah bermasalah majikannya itu. Ya, pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran lelaki ini. Bukan dia tak boleh baca riak wajah majikannya yang sudah lebih 10 tahun dia kenal.

“Tak.. saya okey.. cuma..” Segera lelaki yang lebih dikenali sebagai Datuk Dr. Lee Abdullah itu membalas. Bukan itu yang menjadi kebimbangannya sekarang. Ada sesuatu yang lebih penting daripada itu. Dan perkara itu perlu diselesaikan secepat mungkin.

“Cuma apa, Datuk? Datuk nak apa-apa ke? Akak boleh ambilkan..”

“Eh, bukan pasal tu, Kak Jah.. tapi pasal Ryan..” Mereka saling berpandangan seketika. Dan saat itu, Mak Jah hanya mampu tersenyum nipis. Bukan dia tak kenal dengan anak majikannya itu. Dari kecik sampai besar, dia yang menjaganya walaupun hubungan mereka bukanlah rapat seperti ibu dan anak. Tapi cukup untuk dia kenal sikap anak muda itu. Yalah, dia sendiri ada anak, dah tentulah dia boleh baca perangai Ryan juga.

“Pasal Tuan Ryan?”

Surat khabar di tangan diletak ke tepi dahulu. Cawan yang dihidang tadi dibawa ke bibir sebelum kembali diletak ke atas piring. Dia cuba bawa bertenang dalam hal-hal begini. Dia perlu merancang sesuatu demi kebaikan anaknya ini.

Hmm.. macam biasalah, kak.. hari ni pun ada berita pasal dia. Saya dah letih dengan semua ni, Kak Jah. Apa patut saya buat? Kak Jah ada apa-apa idea tak?” keluhnya, buntu. Matanya mengerling ke arah surat khabar yang menayangkan tajuk yang sekarang ini hangat diperkatakan oleh pihak media berkenaan dengan hubungan anaknya dan rakan-rakan.

Mak Jah turut curi-curi membaca tajuk artikel itu. Hmm.. memang patutlah. Malah bukan pertama kali majikannya pening kepala dengan sikap anti-perempuan anaknya itu. Memang tak pernah dibuat orang tapi ada sebab kenapa Ryan boleh jadi sebegini.

“Datuk, akak ni bukannya apa. Tapi akak yakin Ryan bukan orang macam tu. Datuk sendiri pun tahu kan kenapa dia jadi macam ni? Datuk kena percayakan dia, beri dia masa untuk berubah. Mungkin suatu hari nanti, dia boleh berubah.”

“Kak Jah oi, saya ni bukannya tak nak percayakan dia tapi, dia tu.. memang anti sangat dengan perempuan. Tengok sebelah mata pun tak nak! Itu yang saya risau. Perempuan seseksi mana pun, kalau lalu depan dia, langsung tidak dijelingnya! Dia boleh buat dek je. Hairan saya dibuatnya. Macam mana kalau hal ni betul? Saya bukan nak mendoakannya tapi saya risau. Hampir semua yang ada kat keliling pinggang dia tu lelaki. Macam mana tu, kak? Bab berubah ke tidak.. rasanya macam tak ada peluang je. Dah bertahun, tetap sama jugak saya tengok!” Penat sudah dia menasihatkan anaknya itu tapi satu hapak pun tak masuk telinga. Lagi menambahkan minyak ke api adalah!

Mak Jah diam seketika. Kes berat ni. Kesian pula dia tengok majikannya ini. Bukan nak fikir yang buruk-buruk tapi kalau dah begitu, payah juga. Bahaya kalau dibiarkan, tak gitu?

Hmm.. macam inilah, Datuk. Akak rasa akak ada idea tapi.. akak tak pasti kalau Datuk setuju atau tidak. Tak, tak tahulah kalau tuan punya badan setuju atau tak.” Datuk Dr. Lee Abdullah dan Mak Jah saling berpandangan.

 

 

 

RYAN melangkah perlahan ke beranda bilik hotel. Dia mahu mengambil angin seketika selepas gagal memaksa diri untuk tidur. Suasana malam itu agak sunyi namun masih ditemani dengan cahaya bulan dan bintang di langit. Ryan mendongak ke langit.

Satu keluhan mula kedengaran dari mulutnya. Semakin dia cuba untuk melupakan kejadian tempoh hari, semakin kuat dia memikirkan bayangan wanita yang dia lihat di litar ketika itu. Tapi tak mungkin wanita itu ada di situ. ‘Tak mungkin, lepas apa yang dia buat! Dia takkan pernah datang jumpa kau, Ryan.. apatah lagi ada niat nak jenguk kau. Kau tak pernah wujud dalam hidup dia.’ Pelbagai rasa kembali bertandang di dadanya. Tapi satu aje yang dia pasti. Rasa bencinya kembali membuak-buak, mmbuatkan dadanya terasa sesak untuk bernafas. Ryan tertunduk sambil memegang tembok beranda.

‘Huh.. tenang, Ryan.. tenang. Aku tak bodoh macam dulu. Dan aku takkan lemah gara-gara dia. Perempuan tak guna..’ desis hatinya sebelum memejamkan matanya. Cuba mencari ketenangan sehinggalah Zarif menghampirinya. Dari tadi sebenarnya dia dah nampak Ryan termenung. Dan wajah itu, dia tahu rakannya itu sedang merahsiakan masalahnya.

Belakang Ryan ditepuk mesra. Pantas dia menoleh apabila menyedari kehadiran rakannya itu. Melihat wajah itu, dia terasa sedikit tenang. Tak perlu lagi memikirkan peristiwa dulu.

“Asal kau tak tidur lagi ni?” Zarif menghulurkan segelas air minuman panas kepada Ryan. Dah alang-alang dia buat air, apa salahnya buatkan untuk Ryan sekali?

“Tak mengantuk. Terima kasih.” Ryan tersenyum kecil sebelum menyambut gelas tersebut dari tangan Zarif. Zarif menyeluk poket seluarnya sambil pandangannya dihantar ke langit semula.

Hmmp.. Kata orang, yang kau ni pun apasal tak tidur lagi?” sambung Ryan, ingin tahu. Ingatkan dia sorang aje yang jadi burung hantu malam ni.

Zarif tersenyum lebar, terkena pada batang hidungnya semula. “Entah la.. mungkin penat sangat kut. Sampai mata ni tak mampu nak lelap dah. Ah, macam mana dengan luka kau tu? Dah tukar bandage?” Zarif berpaling dan menghadap Ryan. Perlahan-lahan luka di leher Ryan disentuh dan diperhatikan. Ryan mengeluh perlahan lalu menjatuhkan tangan rakannya itu. ‘Risau tak bertempat kawan aku ni. Luka sikit je pun.’

“Tak adalah teruk sangat. Dah nak kering dah pun. Esok jelah aku tukar.”

Zarif mengangguk perlahan lalu berpaling ke hadapan semula. Masing-masing membisu buat beberapa ketika. Ryan menghirup minumannya. Angin sepoi-sepoi mula meniup lembut wajah kedua-dua pemuda itu membuatkan Zarif teringat akan sesuatu.

“Kau tak sejuk ke? Nak sweater? Aku boleh pergi ambilkan kejap.” Zarif berkira-kira ingin beredar mengambil sweater Ryan namun lengannya sempat dicapai.

“Tak apa.. tak apa, aku okey. Tak adalah sejuk sangat malam ni. Tu yang malas nak pakai tu. Tak pasal-pasal berpeluh ketiak ni.” Zarif ketawa kecil sambil menyiku lengan Ryan.

Dia akur. Namun begitu, suasana kembali sunyi antara mereka. Dari riak wajah Zarif, dia seolah-olah ingin menyuarakan sesuatu namun dia sedang menunggu saat-saat yang sesuai untuk meluahkannya. Karang takut salah masa, meletup tak pasal-pasal gunung berapi sebelahnya itu. Sesekali dia mengerling ke arah wajah yang sedang termenung itu.

Er.. Weh, aku ada benda nak cakap ni. Kau jangan marah pulak.” Ryan berpaling, kehairanan. Melihat wajah itu, Ryan bertambah pelik. ‘Dah serupa orang buat jenayah besar dah aku tengok.’

“Yang kau ni cuak semacam nak cakap dengan aku apasal? Aku bukannya makan orang pun. Cakaplah, apa dia?” Perlahan bahu itu ditepuk, mesra. Cuba mengurangkan rasa serba salah Zarif. ‘Pelik, tak pernah-pernah nampak Zarif macam ni. Apalah agaknya dia nak cakap malam ni? Harap-harap topiknya tak adalah membosankan. Kalau tak, haih.. mampu mengeluh jelah aku.’

“Tak adalah tapi aku pelik la. Asal kau masih nak rahsiakannya daripada kawan-kawan kau sendiri ek?” soalnya, akhirnya terluah jua. Tapi dia masih risau. Perlahan-lahan pandangannya beralih ke wajah itu dan ternyata, Ryan tampak terkejut dengan soalan itu.

Ryan segera melarikan pandangannya sekejap. Tengkuknya diusap perlahan-lahan sambil menelan air liurnya yang sudah terasa kesat. ‘Mampus aku. Dia perasan la tu! Tak, tak boleh jadi! Aku kena bertenang.. dan buat macam tak ada apa-apa yang berlaku.’

“Apa maksud kau? Bila masa pulak aku rahsiakan apa-apa daripada korang?” soal Ryan kembali. Kalau boleh malam ini dia tak mahu ingat pasal benda itu lagi tapi sampai bila dia boleh merahsiakan hal itu daripada kawan baik dia sendiri?

Zarif meletakkan gelas minumannya ke meja beranda sebelum bersandar di tembok beranda. Dia menghadap wajah yang kelihatan gelisah itu. Perlahan dia menarik nafas dalam-dalam. Enggan membuatkan Ryan terbeban. Dia cuma nak tolong. Dia cuma tak nak Ryan terus-menerus merahsiakan masalahnya.

“Aku tahu.. aku tak patut tanya apa benda yang kau rahsiakan tu tapi kalau dah sampai buat kau kemalangan macam ni, aku tak boleh senyap je. Aku tak boleh biarkan, Ryan..”

Mereka saling berpandangan.

“Rif, kan aku dah kata.. aku yang lalai. Kenapa..”

“Kita kawan bukan sekejap, Ryan. Macam mana aku nak percaya dengan kata-kata kau tu kalau aku tahu dan yakin kau sedang sorokkan sesuatu daripada kitorang? Eh, come onlah.. kita dah kawan lama. Aku kenal sangat kau. Diaorang pun kenal sangat dengan kau. Tak mungkin diaorang pun tak rasa apa yang aku rasa sekarang ni,” tegas Zarif, kembali berdiri tegak. Sedaya upaya dia memaksa Ryan untuk menceritakan hal sebenar. Walaupun dia tahu, Ryan mempunyai ego yang tinggi. Dia takkan menceritakannya walau bagaimanapun.

Mereka masih berlaga pandangan selepas saling memotong kata. Suasana malam itu bertukar tegang. Inilah yang susah kalau dah terlalu mengenali antara satu sama lain. Pasti ada saja yang akan mencurigakan.

‘Aku faham, Rif. Aku tahu kau kisah pasal aku. Tapi aku betul-betul minta maaf. Aku tak nak ceritakan hal ni pada sesiapa lagi. Aku tak nak ungkit benda tu lagi.’ Ya, itulah kata-kata yang ingin diucapkan tapi Ryan hanya mampu membisu.

Untuk tidak meneruskan lagi perbualan itu, dia ingin beredar namun lengannya pantas dicapai. Zarif tahu Ryan nak lari darinya. Ryan nak lari dari kenyataan. Mereka berlaga pandangan sekali lagi. Dari pandangan rakannya itu, dia tahu Ryan seolah-olah mengisyaratkannya untuk meletakkan tembok antara mereka malam itu. Dia tak mahu meneruskan perbualan ini lagi. Tapi sayang, Zarif tak boleh membiarkannya.

“Aku kenal kau. Aku boleh baca fikiran kau melalui cara kau menunggang. Dari riak wajah kau… Aku mintak sangat, sebagai seorang rakan yang sangat mengenali kau, tolong jangan buat diaorang pun risau pasal kau. Terutama sekali papa kau. Kau mungkin boleh tipu orang lain tapi kau takkan boleh tipu kitorang.” Ryan menarik lengannya semula lalu kembali tersenyum kecil. Bahu Zarif ditepuk beberapa kali.

“Dahlah, benda kecik je ni. Janganlah risau lebih-lebih. Aku boleh uruskan sendiri. Sekarang ni, MOTOGP dah pun selesai. Lepas ni aku hanya nak tumpukan perhatian pada Blayze Group balik. Ah, aku harap kau tak pedulikan apa-apa yang orang kata pasal ‘kita’. Thanks for the drinks dengan bagi aku tidur sini malam ni. Aku bosan tidur sorang-sorang kat penthouse tu...” Ryan menyentuh pipi Zarif lalu beredar masuk ke dalam.

Tanpa disedari, seorang lelaki yang mencurigakan berada di bawah telah menangkap beberapa foto Ryan dan Zarif lalu tersenyum puas. Kali ini pasti mereka takkan boleh lepas!

capati dicubit lalu dicecah dengan kuah dal bercampur kari ikan. Kemudian capati itu dibawa ke mulut. Nikmat tidak terperi apabila tekaknya dapat merasa capati. Sudah hampir dua minggu dia tidak merasa keenakan capati dari restoran Pakistan yang selalu dibelinya.

“Aku rasa bhai tu dah jampi capati dan teh ais yang selalu kau beli dari restoran dialah. Sampai macam tu sekali kau teringin nak makan,” perli Adni yang sejak tadi melihat gelagat Hana.

“Capati dan teh ais dari kedai dia memang sedaplah. Susah nak minum teh ais yang cukup rasa macam ni. Tak kisahlah kalau dia mandrem ke, jampi serapah doa pengasih ke… Untung-untung aku selalu dapat makan free di restoran dia,” sahut Hana dengan nada berseloroh.

“Sengetlah kau ni!” tempelak Adni.

“Kau baru tahu ke?” Hana tidak mahu mengalah.

“Dah lama tahu. Cuma tahap senget kau semakin bertambah. Jangan aku pula sewel dahlah,” bidas Adni. Kemudian straw disisip ke celahan bibir. Air Milo ais disedut dengan penuh nikmat. Sedap!

“Kau dapat projek baru ke?” soal Adni apabila sedia maklum akan kesibukan Hana. Jika Hana memintanya untuk membeli makanan bungkus bermakna Hana sibuk dengan kerjanya.

“Haah! Encik Haikal nak aku briefing idea dan draf esok. Harap-harap tak adalah masalah,” balas Hana apabila selesai mengunyah.

“Alah… Kau kenyit mata pada Encik Haikal for sure dia luluskan kau punya idea dan draf tu. Selama ni mana pernah dia reject kau punya idea. Dia asyik harapkan idea dari kau aje,” sindir Adni yang sedia maklum perangai Encik Haikal, bos Hana.

“Baru Encik Haikal tahu kepala otak aku ni geliga. Boleh bikin cincin azimat tau!” balas Hana.

“Hana…”

“Hmmm…” sahut Hana.

“Kenapa Encik Haikal baik dengan kau aje eh?” duga Adni.

“Dia baik dengan semua orang apa. Bukan dengan aku seorang aje,” tempelak Hana.

“Adeh!” keluh Adni.

“Kenapa?” Hana pelik dengan keluhan itu.

“Hana! Kau tak rasa ke yang Encik Haikal tu ada feeling dekat kau?” soal Adni berterus terang. Tidak perlu kiasan kata dengan Hana. Sudah semestinya Hana tidak akan memahami. Tak romantik langsung! Kasihan bakal suami kau, Hana.

“Ada feeling? Gila!” Ringkas saja jawapan Hana.

“Mana tahu! Kut-kut dia memang ada hati dengan kau. Sebab tu dia banyak bagi jawapan positif dan baik dengan kau aje.” Adni cuba mencucuk jarum supaya Hana termakan dengan kata-katanya.

“Gila! Itu bias namanya! Berat sebelah! Bila bekerja biarlah adil dan sama rata. Tak kiralah dia bakal suami, bakal isteri, girlfriend, boyfriend atau ahli keluarga sekalipun… Bila kau jejak kaki di tempat kerja, automatik kau adalah staf. Suami, isteri, girlfriend, boyfriend, ahli keluarga ke… Itu selepas habis waktu kerja,” bidas Hana yang tidak menyenangi kata-kata Adni.

“Hana… Kau lesbian eh?” teka Adni, lurus.

“Hoittt! Lagi gila kau ni!” balas Hana.

“Dah tu… kau asyik dengan tittle lone ranger kau aje. Nak kata kau ada boyfriend, tak ada pun. Sejak dulu sampai sekarang. Secret admirer pun tak ada. Kau ni… tak ada hati dan perasaan ke?” Sakan Adni mengutuk Hana secara terang-terangan.

“Seronok kau kutuk, Ad,” perli Hana.

Adni hanya tersengih-sengih.

“Kalau aku tak ada hati dan perasaan, tak ada maknanya aku nak tolong mak cik dan pak cik aku tu. Kerana aku ada hati dan perasaanlah aku terpaksa tanggung hutang diorang sekeluarga,” tambah Hana. Capati dicubit lagi kemudian dimasukkan ke dalam mulut. Membebel… membebel juga! Tapi makan tak boleh letak tepi. Kena habiskan!

“Itu simpati!” bidas Adni.

“Simpati kan perasaan. Ia lahir dari hati.” Hana tidak mahu mengalah. Terkulat-kulat Hana mahu menelan capati. Terasa terlekat di kerongkong kerana terpaksa berdebat dengan Adni.

“Tercekik aku dibuatnya.” Air teh ais disedut laju. Lega!

“Kau tak ada admirer siapa-siapa ke? Dekat ofis atau zaman uni dulu ke?” duga Adni.

Serta-merta Hana tersentak apabila Adni menyebut zaman universiti dulu. Terbayang raut wajah seseorang dalam fikiran. Malah raut wajah yang dilihatnya di dalam lif dua hari lepas turut terlayar dalam minda. Hanya ada sedikit perbezaan. Sekarang semakin handsome. Gugur iman kawe!

“Hana!” Nada suara Adni naik seoktaf apabila melihat Hana seperti mengelamun jauh. Mesti ada sesuatu yang dirahsiakan.

“Apa?” Hana sedikit terpinga-pinga.

“Ada eh? Ofis?” teka Adni.

Serentak wajah Hana berkerut dengan tekaan itu. Aci tak kalau aku ketuk kepala minah ni dengan senduk?

“Encik Haikal eh?” teka Adni lagi.

“Hoittt! Jangan nak berangan jauh sangat,” tempelak Hana. Gila nak bercinta dengan bos sendiri.

“Kalau bukan Encik Haikal, siapa? Kita cuba throw back zaman uni,” cadang Adni.

“Tak payah nak throwback bagai.” Cepat-cepat Hana mencelah. Kan kantoi nanti naya!

“Jan, budak grafik?” teka Adni lalu memandang Hana. Hana hanya menjongket bahu sebagai jawapan.

“Mustahil Jan. Siapa eh yang selalu kau skodeng zaman uni dulu? Orang yang mampu buat kau tersipu malu kalah perempuan Melayu terakhir. Orang yang buat kau akan gelabah bila dia tegur kau. Siapa eh?” Adni cuba tercari-cari wajah yang mampu membuatkan Hana malu dan juga gelabah.

“Haaa!”

Terkejut Hana dengan sergahan Adni. Jantung Hana semakin berdegup kencang jika Adni dapat meneka gerangan orang yang dicarinya itu.

“Haider!” teka Adni.

“Mamat tu? Bagi free pun aku tak nak. Bajet muka aje handsome tapi otak kosong. Asyik nak aku suap aje semuanya. Assignment pun nak kebas aku punya. Kalau dia tolong bayar yuran studi aku tak apalah juga,” bidas Hana.

“Okey. Kita keluar dari kelas kau. Mungkin senior ke…” Adni tidak akan mengalah selagi dia tidak mengetahui gerangan yang berjaya mencuri perhatian Hana. Dari perilaku Hana pun dia boleh tahu. Pasti ada sesuatu yang Hana sembunyikan daripadanya.

“Senior mana eh yang handsome?” Bibir Adni kembali tersenget-senget sambil memikirkan gerangan untuk dijadikan mangsa. Tetapi…

“Aku tak nak cari yang handsome. Aku nak cari yang sedang-sedang. Kau kan tak suka yang handsome dan terkenal ni. Kau mesti cari lelaki yang low profile,” sambung Adni lagi, menukar kriteria yang ingin dicarinya.

“Hana… Aku rasa aku tahu siapa yang berjaya mencuri perhatian kau.” Dengan sekelip mata saja Adni sudah dapat meneka gerangannya.

“Siapa?” soal Hana.

“Umar Rayyan?”

Serentak Hana tersedak. Malah turut terbatuk-batuk kecil. Pantas bungkusan teh ais dicari lalu disedut laju. Tidak puas dengan air teh ais, Hana mencari air kosong pula. Diteguknya dengan selamba sehingga puas.

“Umar Rayyan, kan?” teka Adni sekali lagi.

“Jangan nak merepek!” tukas Hana, menggelabah.

“Mesti Umar Rayyan ni. Kau dah gelabah tadi. Riak muka kau pun dah lain. Blushing pun ada,” tebak Adni.

“Hoittt! Jangan nak merepek,” tukas Hana sekali lagi.

“Aku pasti sangat-sangat… Mesti Umar Rayyan.” Adni tetap dengan jawapannya. Riak wajah Hana yang sudah berubah itu jelas dapat dibacanya.

“Hoittt!” Hana kehabisan idea untuk membantah.

“Umar Rayyan… Hmmm… Boleh tahan! Tak adalah famous mana. Tak ada pula dengar gosip liar dan couple dengan mana-mana perempuan. Betul-betul low profile ni,” ujar Adni. Wajah Umar Rayyan terlayar dalam fikiran.

Tiba-tiba terbuntang kedua-dua biji mata Adni apabila teringat sesuatu. “Patutlah kau selalu sangat nak melepak di padang setiap petang. Rupa-rupanya kau nak skodeng dia masa latihan ragbi. Hana Humairah! Kau memang licik!”

“Hoit! Fitnah tu!” tukas Hana. Tapi hakikatnya…

“Hana Humairah… Rahsia terbesar kau, aku dah tahu.” Sakan Adni menyakat Hana apabila mengetahui gerangan orang yang dicarinya itu. Malah Adni turut ketawa geli hati melihat riak tidak puas hati Hana.

Kasut Converse berwarna hitam dikeluarkan dari almari kasut. Kemudian dia berlabuh di sebuah kerusi kayu. Kasut disarungkan ke kaki. Tali kasut yang berjuntai itu tidak diikat tetapi hanya diselit ke dalam kasut.

“Umar?” Satu suara menyapa lantas Umar mengangkat wajah memandang ke arah kelibat yang datang menghampirinya.

“Ya, nenda,” sahut Umar.

“Nak pergi mana malam-malam ni?” soal Datin Khaleeda.

“Keluar sekejap. Minum dan berbual,” jawab Umar sambil menyarung kasut di kaki kiri pula.

“Keluar dengan siapa?” soal Datin Khaleeda lagi.

“Keluar dengan Uwais,” balas Umar.

“Kenapa tak panggil Uwais datang ke rumah? Ni kan rumah dia juga. Uwais dah tak sudi datang rumah nenda ke?” Bertalu-talu Datin Khaleeda menyoal Umar.

Umar memandang nendanya lantas tersenyum manis. Usai menyarung kasut, Umar berdiri dan berhadapan dengan nendanya.

“Ada hal sikit Uwais nak berbual dengan Umar. Di rumah tak sesuailah, nenda,” jelas Umar cuba memujuk.

“Ada masalah baru nak cari abang dia. Kalau tak ada masalah, ingat abang pun tak. Nenda tak sukalah cucu-cucu nenda perangai macam tu,” luah Datin Khaleeda tentang perangai cucu-cucunya itu.

Uwais Rizqi ialah adik Umar. Selain itu, mereka berdua masih lagi mempunyai seorang adik lelaki bernama Uzair Raqib. Uwais dan Uzair memilih untuk tinggal bersama dengan papa mereka. Hanya Umar saja yang tinggal dan menemaninya di rumah peninggalan arwah suaminya.

“Nenda… Umar sebagai abang kenalah ambil berat hal adik-adik. Walaupun cara Umar macam tak ambil peduli, tapi Umar sayangkan adik-adik Umar. Nenda jangan risau eh. Umar ada cara tersendiri nak ajar adik-adik,” pujuk Umar lagi apabila terkesan nada jauh hati nendanya itu.

“Keluar pergi kelab ke?” Pertanyaan Datin Khaleeda membuatkan Umar ketawa kecil.

“Tak adalah, nenda. Umar dan Uwais pergi minum di kedai aje. Kami berdua tak masuklah tempat macam tu. Uzair mungkin, ya,” akui Umar tentang perangai adik bongsunya itu.

“Naik motor?” teka Datin Khaleeda apabila melihat topi keledar milik Umar.

“Haah! Umar janji tak balik lewat. Esok pagi Umar ada meeting dengan supplier.” Spontan tangan kanan diangkat seperti membaca ikrar.

“Hati-hati,” pesan Datin Khaleeda.

“Insya-Allah, nenda. Jangan tidur lewat, okey,” sahut Umar. Tangan nendanya disalami dengan penuh hormat. Kemudian sebuah ciuman mendarat di pipi nendanya.

“Assalamualaikum,” ujar Umar sebelum beredar.

“Waalaikumussalam,” jawab Datin Khaleeda. Anak matanya menghantar pemergian Umar sehingga kelibat itu hilang di sebalik daun pintu utama. Tidak lama kemudian, kedengaran enjin motosikal berkuasa tinggi meninggalkan kawasan rumah.

Sementara itu, di rumah sewa yang dihuni oleh Adni dan Hana berlangsungnya ‘konsert Hindustan’. Kalah konsert Lata Mangeshkar!

Sakan Hana bernyanyi di dalam bilik tidur. Adni yang berada di ruang tamu menggeleng perlahan. Jika Hana bersuka ria itu bermakna tugasannya tiada masalah. Malah ideanya diterima baik oleh Haikal.

Sejak petang tadi lagi Hana sudah bersuka ria. Pelbagai lagu dinyanyi olehnya. Adni suka melihat wajah Hana yang sentiasa ceria itu. Adni paling tidak suka jika Hana bermasam muka. Sapaan langsung tidak berbalas dan hanya berkurung di dalam bilik. Tetapi jarang sekali dia mahu melihat Hana dengan wajah yang masam mencuka melainkan Hana stres dengan kerja di ofis.

“Hana!” panggil Adni. Hana masih lagi dengan nyanyiannya.

“Hana!” panggil Adni sekali lagi. Tiada sahutan.

“Tak boleh jadi ni,” ngomel Adni. Telefon bimbit yang berada di atas sofa dicapai. Nombor telefon bimbit Hana didail. Kemudian telefon bimbit ditekap ke telinga.

Hanya dengan dua kali deringan, talian berjaya disambungkan.

“Weh!” sapa Hana.

“Aku malas berjalan nak ketuk pintu bilik kau,” terang Adni.

“Senget!” tempelak Hana.

“Jom keluar makan!” ajak Adni.

“Bab makan kau rajin pula,” perli Hana.

“Bab makan kena rajin. Kalau malas juga, kebulurlah aku,” bidas Adni. Kemudian kedua-duanya mengekek ketawa.

“Makan kat mana?” soal Hana pula.

“Mulut!” balas Adni selamba.

“Sengetlah kau ni!” tempelak Hana apabila laju saja Adni mengenakannya.

“Jomlah keluar makan! Berhenti sekejap kau punya konsert Hindustan. Lata Mageshkar pun tahu berehat sekejap,” perli Adni lagi.

“Tomyam, jom!” ajak Hana yang tiba-tiba teringinkan masakan tomyam.

“Restoran Murni!” ujar mereka berdua serentak.Tidak lama kemudian talian dimatikan.

Berdesup Adni menghilangkan diri ke dalam bilik untuk menukar pakaian. Dia senang menyewa bersama Hana. Cara pemikiran mereka berdua sama malah cita rasa juga sama.

Ketika mereka tiba di Restoran Murni yang terletak di Bukit Jalil, pelanggan masih lagi tidak ramai. Restoran Murni ini terkenal dengan makanan barat dan juga masakan Thai. Dan kerana makan mereka berdua sanggup pergi jauh sikit dari kawasan rumah.

Usai Hana dan Adni memberi pesanan, giliran seorang lelaki yang berada di sebelah meja mereka pula memberi pesanan. Tidak lama kemudian, pelayan tersebut beredar dari situ. Anak mata Hana mula meliar melihat kawasan persekitaran dan gelagat para pelanggan. Tiba-tiba anak mata Hana bertaut dengan lelaki yang berada di sebelah meja mereka. Lelaki itu mengukir senyuman.

“Hai,” sapa lelaki itu. Senyuman masih lagi tidak lekang dari bibir. Malah tangan juga turut dilambai ke arahnya.

“Errr… Hai,” sapa Hana semula sekadar beramah mesra. Bibir turut mengukir senyuman. Adni turut menoleh ke arah lelaki itu dan berbalas senyuman.

“Berdua aje?” soal lelaki itu cuba untuk memulakan perbualan.

“Haah!” Hana mengangguk.

“Bukan ke ramai?” seloroh lelaki itu lantas memandang sekeliling kawasan restoran. Para pelanggan mula memenuhi meja yang masih kosong.

“Loyar buruk pula,” bidas Adni yang tidak menyenangi jenaka lelaki itu.

Hana pula sudah menjeling tajam ke arah lelaki itu. Buat lawak pula! Punch-line nak mengayatlah tu. Tapi nak mengayat siapa? Aku ke Ad? Tapi… tadi dia tanya aku. Takkanlah nak mengayat aku pula? Sah! Sewel dah mamat ni!

“Sorry. Saya melawak aje,” ujar lelaki itu apabila jenakanya tidak disambut oleh Hana dan Adni.

“Saya Uwais. Uwais Rizqi.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada Hana dan Adni tetapi tetap tiada sahutan daripada mereka berdua.

“Tak nak kenalkan nama ke?” Uwais cuba memancing perhatian. Adni membalas pandangan Uwais dengan pandangan yang tajam.

“Saya datang menyapa dengan niat yang baik. Niat untuk mengeratkan silaturahim. Nabi pun menggalakkan supaya kita mengeratkan silaturahim,” jelas Uwais. Wajah dua orang gadis yang berada di sebelah meja dipandang satu per satu. Cantik! Masing-masing ada tarikannya sendiri. Yang penting, bukan plastik.

Hana mengeleng. Jika dia tidak memperkenalkan dirinya dan juga Adni, pasti suasana makan malam mereka tidak akan aman damai seperti selalu. Malah akan berterusan diganggu oleh lelaki yang bernama Uwais ini.

“Hana. Dia, Adni,” ujar Hana memperkenalkan dirinya dan juga Adni.

“Hana… Adni… Sedap nama tu. Manis! Macam tuan dia juga.” Ada saja idea Uwais untuk memuji gadis-gadis itu.

Deruman enjin motosikal berkuasa tinggi menarik perhatian Hana untuk berpaling. Anak matanya melihat motosikal berwarna merah yang baru saja menghampiri kawasan restoran. Honda CBR250. Merah! Memang cun habis! Melekat dengan jiwa!

Hana langsung tidak lepas memandang motosikal berkuasa tinggi itu sehingga diparkir tidak jauh dari situ. Hana memandang batang tubuh yang turun dari motosikal tersebut. Kelibat itu nampak santai dengan T-shirt berlengan panjang dan berseluar jean biru lusuh.

Sebaik saja topi keledar ditanggalkan, hampir pengsan Hana dibuatnya. Wajah itu… Hana langsung tidak menyangka. Tiga hari lepas mereka bertemu secara tidak sengaja di dalam lif. Hari ini di restoran pula.

Tiba-tiba tubuh itu mengorak langkah menghampiri Hana dan Adni. Serentak Hana menundukkan wajah. Tudung bawal yang elok tersarung di kepala dibetulkan supaya tampak lebih kemas.

“Dah lama sampai?” sergah satu suara.

“Errr….” Hana kehilangan kata-kata. Dia hanya mengangguk saja.

“Hana? Kau dah kenapa?” tegur Adni yang pelik dengan tingkah laku Hana. Tiba-tiba saja mengangguk.

“Kenapa kau angguk?” soal Adni.

Spontan Hana mengangkat wajah lalu mencari batang tubuh itu. Tetapi sudah tiada. Aduh! Dia terperasan! Syok sendirilah pula!

“Kau, kenapa?” soal Adni sekali lagi. Laju saja Hana menggeleng.

“Sempat kau jual minyak?” Suara itu menerjah lagi ke gegendang telinga. Tetapi terasa dekat sekali.

“Sempat jugalah sementara tunggu Abang Umar.” Suara Uwais pula kedengaran.

Hana memandang ke kanan, tiada. Kemudian kepala ditoleh ke kiri pula. Terkejut! Cepat-cepat kepalanya dipaling kembali. Riak wajah Adni nampak terpinga-pinga dengan tingkah laku Hana.

“Errr…” Hilang semua ayat yang cuba ditutur oleh Hana. Jari telunjuk ditunjukkan ke arah meja sebelah secara sembunyi. Malah anak mata Hana turut melirik ke arah kiri supaya Adni memandang ke arah yang sama.

Adni faham dan akur akan arahan itu. Kepala ditoleh ke kiri. Terkejut bukan kepalang apabila melihat raut wajah yang turut menyertai Uwais. Pandangan mata Adni bertaut dengan anak mata tersebut. Spontan Adni mengukir senyuman kepadanya dan kembali memandang Hana. Patutlah Hana menggelabah dan bertukar menjadi perempuan Melayu terakhir.

“Umar Rayyan…” Perlahan saja nama itu disebut oleh Adni.

“Uzair?” Umar bersuara.

“Macam biasa. Tak lekat di rumah,” jawab Uwais. Kemudian dia memandang Hana dan Adni di meja sebelah.

“Uwais… I’m here,” tekan Umar apabila adiknya menumpukan perhatian ke arah lain. Umar turut menoleh ke meja sebelah yang diduduki dua orang gadis. Seorang gadis tersenyum nipis kepadanya. Seorang lagi pula menoleh ke arah kanan dan memandang jauh ke dalam kegelapan malam. Lagak gayanya seperti malu alah tiba-tiba pula.

“Ada pen dan kertas?” soal Uwais kepada Umar.

“No,” jawab Umar.

“Adni… Hana… Ada pen dan kertas tak?” Uwais bertanya pula kepada Adni dan Hana. Pantas kedua-duanya menggeleng laju.

Uwais menggamit tangan dan memanggil pelayan restoran. “Dik!”

Seorang lelaki menghampiri Uwais dan Umar. Uwais bertanyakan pen dan kertas kepada lelaki tersebut. Sehelai kertas kecil dan sebatang pen dihulurkan. Laju tangan Uwais menulis sesuatu di atas kertas lalu dilipatnya. Kemudian pen diserahkan kepada lelaki tersebut.

“Dik, Nescafe ais satu,” ujar Umar kepada lelaki tersebut sebelum beredar dari situ.

“So?” Umar memandang Uwais.

Uwais melepaskan keluhan. “Uzair… semakin memeningkan kepala!”

Giliran Umar pula yang melepaskan sebuah keluhan.

HANA dan Adni berbual dan cuba mengabaikan kelibat yang berada di sebelah meja. Sesekali kedengaran perbualan dua jejaka tersebut. Usai makan malam, Hana berlalu untuk menjelaskan pembayaran. Kemudian Hana kembali ke meja.

“Hana?” panggil Uwais ketika Hana dan Adni mahu beredar pulang.

Serentak Hana berpaling dan memandang Uwais. Tetapi pandangan matanya tertancap di raut wajah milik Umar Rayyan. Pantas Hana mencari lengan Adni untuk berpaut. Dia lemah! Terutama apabila berbalas pandangan dengan lelaki bernama Umar Rayyan. Inilah kali pertama dia berbalas pandangan dengan Umar dan juga memandang wajah itu dari jarak yang dekat.

“Hmmm…” Uwais menghulurkan sekeping kertas yang berlipat kepada Hana. Terpinga-pinga Hana mahu menyambut huluran itu. Untuk aku ke? Biar betul?

“Terima kasih,” ujar Uwais apabila kertas itu sudah berada di dalam pegangan Hana.

“Uwais… Stop it, okay. Jangan berlagak romeo sangat,” tempelak Umar yang sudah mengalihkan pandangan daripada bertaut dengan pandangan Hana.

Tanpa pamitan, Hana beredar dari situ. Ketika berada di dalam perut kereta, Hana membuka lipatan kertas tersebut. Serta-merta wajah Hana berubah apabila membaca isi coretan Uwais. Kertas tersebut diberikan kepada Adni.

“Untuk kau!”

“Untuk aku?” Adni pelik.

“Dari Uwais,” ujar Hana.

“My contact number. Please berikan pada Adni.” Adni membaca hasil coretan Uwais di kertas tersebut.

“Aku pula kena jadi posmen,” bebel Hana.

Dia sedikit kecewa. Ingatkan nota kecil itu untuk dia. Tetapi untuk Adni pula. Hampir-hampir saja dia syok sendiri sekali lagi. Malu! Kalaulah nota kecil itu turut tertulis nombor telefon Umar, alangkah indahnya dunianya.

Umar memandang wajah adik bongsunya. Ikutkan hati adiknya itu sudah menerima ‘hadiah percuma’ daripada dia. Tetapi dia cuba sabarkan hati. Jika dia berkeras, pasti adiknya juga turut berkeras. Uzair Raqib, adik bongsunya ini seorang yang keras kepala. Malah teguran dan juga nasihat papa mereka langsung tidak meninggalkan bekas.

“So, what is your plan now? Dah habis study, kan?” soal Umar. Namun disahut sepi oleh Uzair.

“Uzair Raqib…” Umar menekan nada suaranya. Itu bermakna dia betul-betul mahukan perhatian dan juga jawapan. Bukan kebisuan sebagai jawapan.

“Uzair nak break dulu. Nak berehat.” Akhirnya Uzair bersuara. Sejak awal dia tiba di ofis abangnya, dia bertindak dengan mendiamkan diri saja.

“Berapa lama?” Umar berpeluk tubuh dan anak mata masih lagi tertancap pada wajah Uzair.

“A few months,” jawab Uzair perlahan.

“Selama beberapa bulan tu kau nak buat apa? Tidur? Melepak? Clubbing? Traveling?” tebak Umar bertubi-tubi dengan nada sinis.

Uzair diam membeku di sofa. Anak mata tidak berani bertentang mata dengan abangnya itu. Dan dia tahu tahap kemarahan abangnya masih lagi boleh dikawal. Nada suara itu masih lagi mendatar. Cuma nadanya sinis saja.

“I need you at here!” ujar Umar dengan nada yang masih lagi cuba dikawal. Kesabarannya sedikit goyah.

“Berikan Uzair masa untuk semua ni,” pinta Uzair sekali lagi.

“Aku boleh berikan masa. Tapi kau nak buat apa selama tu? Kalau kau hanya membuang masa dengan perkara tak berfaedah, baik tak payah. Kau datang kerja dan bantu aku di sini,” tempelak Umar, bengang.

Pelbagai cerita mengenai kelakuan buruk Uzair sudah sampai telinganya. Tidak senang duduk dia dibuatnya apabila memikirkan perangai Uzair yang semakin menjadi-jadi. Ketika belajar lagi Uzair sudah mula buat perangai. Dan Uzair sudah pun diberi amaran oleh dia. Sekarang, semakin buruk pula. Salah pilih kawan inilah jadinya. Tambahan pula papa mereka menegur dan memberi nasihat hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Lebih-lebih lagi dengan Uzair, anak yang bongsu.

“I have my own life!” Uzair mula rasa rimas apabila didesak oleh Umar.

“Yes, I knew! You have your own life. Tapi kau jangan lupa tanggungjawab dan juga amanah yang perlu kau pikul. Duit ringgit tak sewenang-wenangnya datang bergolek. Kau perlu bekerja untuk dapatkan semua tu,” tempelak Umar.

“Clubbing setiap malam! Belum lagi racing, betting game bagai. Aku tahu setiap aktiviti kau. Dan aku tahu papa akan menutup mata dengan perangai kau. Telinga aku pedih bila orang sampaikan pada aku. Kalau cerita ni sampai ke telinga nenda, macam mana? Tak ke nenda tu risau dan jatuh sakit?” Berderet-deret Umar melepaskan peluru kata tanpa henti. Dia benar-benar panas hati ketika ini. Jika bukan disebabkan Uzair ialah adiknya, memang sudah lama sebuah penumbuk hinggap di pipi Uzair.

“Tak nak pedih telinga, tak payah ambil tahu. Lantaklah nak jadi apa-apapun pada Uzair. Abang Umar tak payahlah tunjuk lagak baik. Tahulah Abang Umar tu cucu kesayangan nenda. Asyik-asyik Umar. Umar itu… Umar ini… Uzair dengan Abang Uwais ni siapa?” Uzair mula tunjuk belang. Kesabarannya mula goyah.

“Hei!!!” Nada suara Umar naik seoktaf.

“Nenda tak pernah bezakan antara kita bertiga. Kau dan Uwais yang pilih nak stay dengan papa. Alasan tak nak dikongkong oleh nenda. Itu bukan dikongkong tetapi kasih sayang. Bila nenda dah terbiasa dan rapat dengan aku, pandailah kau reka cerita itu dan ini. Nenda melarang bersebab! Nenda tak nak kita salah pilih jalan dan salah membuat keputusan,” tambah Umar lagi. Sepantas kilat dia membidas kembali tohmahan Uzair.

“Nenda berleter tu bukan cerewet. Tetapi sebab sayang. Kau tu yang tak faham. Kau lebih pentingkan kehendak hati. Kesunyian nenda ada kau faham? Ada kau ambil peduli? Even papa anak nenda sendiri pun tak faham apa kehendak hati nenda. Ini kau kata nenda beza-bezakan kita bertiga pula. Are you insane?” Umar langsung tidak kehabisan kata untuk menyedarkan Uzair daripada kesilapannya sendiri.

Uzair membungkam tanpa kata. Dia tidak perlu lagi melawan kata dengan abang sulungnya itu kerana dia pasti kalah. Abang Umarnya memang hebat dalam berkata-kata. Malah kata-katanya itu berbaur sindiran. Yang pasti, dia harus terima dan telan.

“Aku bagi masa dua bulan lagi. After that, kau suka atau tak… kau kena ikut cakap aku. Uwais dah bantu papa di main office. Aku nak kau bantu aku di sini pula. Tak payah semuanya berkumpul di main office.” Umar terpaksa membuat keputusan apabila adik bongsunya itu sudah diam membisu. Dia tahu akan kebisuan adiknya itu. Adiknya itu tidak mampu lagi untuk berlawan dengannya.

“Pergilah balik dan sambung tidur ke apa… Tapi jangan sampai keadaan semakin buruk. On that time, kau akan tahu siapa sebenarnya Umar Rayyan.” Keras sekali Umar meninggalkan amaran. Ya! Dia benar-benar serius dengan kata-katanya itu. Selepas ini, tiada lagi toleransi.

Tiada jawapan atau sebarang reaksi daripada Uzair. Dia bangun dari sofa lalu mengatur langkah menghampiri Umar. Langkahnya terhenti apabila berhadapan dengan Umar. Uzair masih lagi tunduk, tidak berani berpandangan dengan abang sulungnya.

“Abang Umar…” panggil Uzair.

“Apa?” soal Umar dengan nada kasar. Sedikit pun dia tidak berlembut dengan adiknya itu.

“Sorry,” ujar Uzair. Tiba-tiba saja Uzair memeluk tubuh Umar.

Umar kaku! Dia tidak tahu sama ada mahu membalas atau hanya biarkan saja pelukan itu. Pelik! Itu kata hati Umar. Untuk tidak menghampakan Uzair, Umar hanya menepuk lembut belakang tubuh Uzair. Dia buntu untuk membuat keputusan.

Umar memarkir Honda Civic yang dipandunya di sebelah MPV Toyota Alphard milik nendanya. Ketika dia memasuki laman rumah sebentar tadi, terlihat sebuah kereta Mini Cooper. Umar tidak pasti milik siapa kenderaan itu. Badannya terasa benar-benar letih.

Bayangan tilam dan juga bantal sudah bermain dalam fikiran. Tiba-tiba bayangan tersebut lenyap begitu saja apabila dia diganggu dengan deringan pendek dari telefon bimbit. Umar mencapai telefon bimbit yang berada di dashboard. Skrin dibelek dan terlihat mesej WhatsApp daripada Uwais.

 

Uwais : Dinner at nenda’s house tonight. Booking for one person, please.

 

Jari-jemari Umar ligat menaip sesuatu di skrin.

 

Umar : Done!

 

Hantar! Tidak lama kemudian, bunyi deringan pendek kedengaran lagi. Umar malas mahu membelek skrin telefon bimbit lagi. Terus saja telefon bimbit dimasukkan ke dalam kocek seluar. Jaket yang tergantung di bahagian tempat duduk belakang segera dicapai. Kemudian dia keluar dari perut kereta.

Umar melihat kereta Mini Cooper itu. Nombor plat itu tidak pula dapat dicamnya. Barangkali kawan nenda datang melawat. Pintu utama terbuka ketika Umar sampai di situ. Kasut ditanggalkan lalu dijinjit.

“Assalamualaikum. Nenda… Umar dah balik,” sapa Umar apabila melangkah masuk ke dalam rumah. Kasut disimpan ke dalam almari kasut. Tersusun kasut miliknya di situ. Kasut kerja, kasut Converse, kasut sukan malah pelbagai selipar turut disimpan.

“Waalaikumussalam,” sahut Datin Khaleeda yang datang menghampiri Umar.

“Hari ni nenda buat apa aje? Pergi mesyuarat ahli tingkap lagi?” perli Umar dengan nada berseloroh. Sengaja mahu mengusik nendanya itu. Mesyuarat ahli tingkap merupakan mesyuarat ahli persatuan. Umar kurang bersetuju nendanya itu mengikuti aktiviti persatuan tersebut. Dia mahu nendanya itu berehat saja di rumah.

“Hari ni nenda ikut diorang pergi rumah anak-anak yatim di Kuala Selangor. Best!” cerita Datin Khaleeda dengan nada teruja.

“Dan nenda dapat kawan baru. Mungkin kawan baru untuk Umar juga,” tambah Datin Khaleeda lagi.

“Oh, no! Nenda…” Umar sudah dapat mengagak makna ‘kawan baru’ yang dimaksudkan oleh nendanya itu. Pasti kawan baru nendanya itu wanita muda yang mahu diperkenalkan kepadanya.

“Umar belum ready lagilah. Cinta… Selama-lamanya… Mengarutlah semua ni.” Sudah acap kali nendanya cuba memperkenalkannya dengan anak-anak kawan nendanya tetapi semuanya ditolak mentah-mentah.

“Kamu tu bukan muda lagi. Dah hampir tiga puluh satu tahun. Nak tunggu dah bertongkat, kaki terketar-ketar nak berjalan, baru nak fikir kahwin? Begitu? Masa itulah kamu kena pelangkung dengan tongkat. Dah tua ganyut baru gatal nak kahwin,” bidas Datin Khaleeda.

“Nenda… Not again! Umar betul-betul tak minat,” tekan Umar dengan keputusannya. Dia betul-betul tidak berminat dengan hal sebegini. Cinta… Selama-lamanya… Itu semuanya mengarut! Hanya mainan bibir! Dia langsung tidak percaya cinta dan juga perkataan selama-lamanya.

“Jom! Nenda kenalkan kamu dengan dia. Berminat atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting dia tahu kamu tu cucu nenda.” Datin Khaleeda berkeras malah tangan Umar terus ditarik agar mengikuti langkahnya.

“Nenda?” Umar terkejut dengan tindakan drastik nendanya itu.

Mereka berdua tiba di ruang tamu. Seraut wajah sedang tersenyum kepadanya. Bukan tak cantik. Cantik! Sedap mata memandang. Tetapi hatinya tidak berminat untuk mempunyai apa-apa komitmen. Terutama dalam hubungan cinta yang sentiasa rumit.

“Ini cucu sulung saya. Umar Rayyan.” Datin Khaleeda memperkenalkan Umar kepada wanita itu.

“Umar… Ini Sara.” Datin Khaleeda memperkenalkan pula gerangan wanita itu kepada Umar.

“Hai…” sapa Sara dengan mesra. Tangan turut dihulur untuk berjabat mesra dengan Umar.

“Maaf, Cik Sara. I can’t! Bukan muhrim.” Umar berlaku jujur.

“Oh? Okey…” Sara menarik kembali huluran tangannya.

“Nenda, I’m tired. Umar naik atas dulu.” Umar mahu lekas beredar dari situ. Pandangan mata Sara sedikit merimaskannya.

“Okey. Jangan tidur. Karang terlepas solat maghrib.” Datin Khaleeda terpaksa mengalah lagi. Bukan senang mahu melembutkan hati cucunya itu. Atau dengan kata yang lebih tepat, mahu mencairkan dan menarik perhatian Umar.

“Okey, nenda. Sebelum Umar lupa, malam ni Uwais akan dinner dengan kita. Hanya Uwais!” pesan Umar sebelum beredar meninggalkan Sara dan Datin Khaleeda di ruang tamu.

“Saya minta maaf bagi pihak cucu saya. Dia memang begitu jika ada yang tak kena. Dingin! Mungkin ada masalah di kilang tadi,” ucap Datin Khaleeda.

Sekali lagi rancangannya tidak menjadi. Susah benar mahu mencairkan hati keras cucunya itu. Siapalah yang bertuah mampu mencair

kan hati keras Umar dan juga mampu menarik perhatian Umar? Kalau tiada, kempunanlah dia mahu bercicit.

Anak mata sesekali dilarikan dari skrin telefon bimbit Sony Ericsson T2 lalu dihala ke skrin komputer. Namun hanya seketika. Anak mata kembali tertancap pada skrin telefon bimbit. Drama Korea Descendants of the Sun lebih menarik minatnya.

“Uittt!” tegur Firda.

“Shhh…” Jari telunjuk ditempel ke bibir. Kalau Firda bising, alamat hancurlah aktiviti tidak bermoralnya ini.

“Berapa kali kau repeat drama ni?” perli Firda. Setahu dia, Hana bukanlah seorang peminat K-pop atau K-drama. Tetapi gara-gara drama Korea Descendants of the Sun, Hana sanggup menonton secara online. Pelik!

“Aku repeat episod ni aje sebab tak puas tengok. Sweet kut sarjan dengan leftenan ni,” balas Hana selamba.

“Bukan ke cerita ni dah habis tayangan di tv?” duga Firda.

“Dah! Ada cerita baru sekarang ni. Doctors! Aku sibuklah nak layan. DOTS ni aku tak boleh nak ignore. Macam ada tarikan magnet!” balas Hana. Anak mata melingas memandang persekitaran ruang kerja. Masing-masing sibuk menyiapkan kerja.

“Tolong cover untuk aku, eh,” pinta Hana yang kembali melayan drama Korea di skrin telefon bimbit.

“Suara pun tak ada,” perli Firda lagi.

“Subtitle kan ada,” balas Hana tanpa memandang rakannya itu.

Firda hanya menggeleng saja dengan gelagat Hana. Mahu dilarang, Hana pasti akan melakukannya juga. Hasil kerja Hana semuanya mendapat pujian daripada pihak atasan. Tidak hairanlah kalau kebanyakan projek besar dikendalikan oleh Hana.

“Hana?” panggil Firda.

“Hmmm…” sahut Hana. Anak mata masih lagi melekap di skrin.

“Hana!” Firda menekan nada suaranya. Menagih perhatian daripada Hana.

“Jangan kacaulah. Part best ni. Diorang bertemu semula lepas sarjan tu hilang dan disahkan mati dalam misi. Romantik! Dalam suasana bersalji pula tu!” Ternyata Hana leka dengan drama kegemarannya itu.

“Aku rasa lepas ni kau kena masuk ofis Encik Haikal,” ujar Firda.

“Biarlah. Nanti aku kenyit-kenyit mata kalau dia nak marah aku. Aku buat muka comel macam Puss in the Boots. For sure, marah dia hilang.” Kata-kata amaran Firda langsung tidak meninggalkan bekas pada Hana. Malah Hana memberi cadangan pula.

Lima belas minit berlalu. Hana tersenyum-senyum simpul menonton drama Korea. Skrin komputer tidak lagi dipandangnya. Persekitaran ofis pun tidak lagi dipedulikan. Hana leka dengan drama bisu tanpa suara itu. Yang pasti, hanya dia seorang saja yang memahami dan juga terhibur.

Pappp! Tapak tangan melekap di atas meja.

“Hana!” sergah seseorang. Hana terkejut lantas melarikan anak mata ke wajah itu.

“Kau layan DOTS lagi eh?” sergah Watie, pembantu Haikal.

“Mana ada! Saya check inbox WhatsApp la…” Alasan Hana.

“Aku nampak muka big boss dan Doc Kang tadi,” tempelak Watie. Hana tersengih-sengih saja. Kantoi! Tetapi kantoi dengan geng sekepala tiada masalah.

“Encik Haikal panggil kau ke ofis dia,” sambung Watie menyampaikan pesanan Haikal.

“Mood?” soal Hana yang bertanyakan keadaan mood Haikal terlebih dahulu. Kalau bagaikan angin mendung yang sedang berarak, dia harus prepare. Tidak perlu dia membuat perangai tiga suku dan tidak cukup akal. Dia perlu berlagak profesional.

“Okey aje. Tak ada maknanyalah Encik Haikal tu nak moody dengan kau, Hana. Dia merajuk manja adalah,” sindir Watie yang sudah sedia maklum gelagat bos baru mereka itu apabila berhadapan dengan Hana. Lembut gigi dari lidah!

“Encik Haikal ada tetamu tau,” ujar Watie lagi.

“Klien ke?”

“Kawan baik dia. Encik Umar Rayyan.” Jawapan Watie membuatkan Hana serta-merta gelabah. Buku nota yang dicapai entah di mana silapnya membuatkan bekas pen terbalik dan bersepah pen di atas meja.

“Eh? Bukan buku ni.” Hana semakin menggelabah. Batang pen dikutip lalu dimasukkan semula ke dalam bekas. Dia tercari-cari buku nota yang selalu dicatat setiap tugasan yang perlu dilakukan.

“Weh! Mana buku aku tu eh?” Buku yang dicari tidak dijumpai. Meja kembali berselerak dengan kertas dan buku pula.

“Hana relaks,” tegur Watie yang terkejut melihat Hana gelabah.

“Weh! Relaks! Kau gelabah, kenapa?” Firda turut pelik dengan perangai Hana. Sekali pun Hana tidak pernah gelabah sebegini apabila berhadapan dengan Haikal. Tetapi kenapa tiba-tiba pula?

“Aku tak boleh relaks. Lemah lutut aku ni. Terasa nak melorot jatuh,” bidas Hana. Semuanya disebabkan Umar Rayyan. Dia kawan baik Haikal? Kenapa aku tak tahu pula eh?

Hana mencapai buku yang berada di hadapan mata. Entah di manalah dia campak buku nota tersebut. Sebelum dia masuk bilik Haikal, tudung bawal dilipat dari dagu hingga ke kepala. Rapat! Wajahnya kelihatan bulat apabila dia melihat dari cermin bekas bedak kompak kepunyaan Firda.

“Kau kenapa? Skema gila!” Watie terpinga-pinga dengan penampilan Hana.

“Comel tak? Inilah taktik nak mengurat bos kalau tak nak kena marah,” seloroh Hana. Tanpa perlu menunggu jawapan daripada Watie, kaki terus mengorak langkah menuju ke bilik Haikal.

Daun pintu diketuk perlahan. Kemudian kedengaran suara Haikal mengarahkannya untuk masuk. Hana memulas tombol pintu lalu menolak daun pintu. Kaki seraya melangkah masuk.

“Encik Haikal,” sapa Hana.

Haikal menoleh dan memandang Hana. Dia Terkejut! Hana dengan penampilan sebegitu. Sudah dua kali Hana dengan penampilan skema. Pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Hana.

“Hana Humairah?”

“Ya, Encik Haikal,” sahut Hana.

“Please, Hana. Change your tudung style. I want the real Hana Humairah, my editor,” pinta Haikal.

Hana terpaksa mengalah. Lipatan tudung kembali ke normal. Wajah yang bulat kembali membujur malah dengan selamba dia memuncungkan bibir dan menghembus hujung tudung supaya terbentuk elok dan kemas. Pandangan mata Haikal dan juga sepasang lagi anak mata milik rakan Haikal tidak dihiraukan.

“Errr… Kau…” Hana melemparkan pandangan ke arah suara itu. Dua pasang mata saling bertaut.

Lutut menjadi lemah longlai. Hana cuba menggagahkan diri untuk berdiri. Anak mata yang merenung tajam ke dalam matanya itu bagaikan menusuk hingga ke hati. Dari mata turun ke hati. Hana semakin lemah. Dia cuba memaut sesuatu untuk terus bertahan dan berdiri. Tetapi…

Bukkk!!!

“Hana?!” Giliran Haikal pula menggelabah. Sepantas kilat dia meluru mendapatkan Hana yang sudah pun terbaring di atas permaidani.

“Weh! Apa hal dengan staf kau ni? Tiba-tiba pengsan pula.” Umar turut meluru menghampiri Haikal. Dia pun turut terkejut.

“Hana? Hana?” Berulang kali Haikal memanggil Hana. Kepala Hana sudah dipangku di atas ribanya.

Hana malu untuk membuka kelopak mata. Dia bukan pengsan tetapi tiba-tiba saja rebah. Lututnya lemah tidak terdaya untuk bertahan lagi. Semuanya disebabkan panahan mata Umar Rayyan. Semuanya disebabkan Umar Rayyan! Hana terpaksa berlakon pura-pura pengsan. Malu untuk berpandangan dengan Umar.

“Macam mana ni, Umar? Nak call ambulans ke?” Haikal mula risau apabila tiada sahutan daripada Hana.

“Relaks! Jangan terburu-buru,” ujar Umar cuba berlagak tenang.

“Dah tu, macam mana? Nak buat CPR?” saran Haikal.

Anak mata Umar terkesan satu pergerakan kecil yang tidak disedari oleh Haikal. Sebuah idea spontan bermain dalam fikiran.

“CPR? Kau maksudkan mouth to mouth?”

“Yalah! Mouth to mouth!” tekan Haikal.

“Siapa yang nak buat CPR?” soal Umar. Anak matanya mengerling ke genggaman tangan Hana. Semakin erat pula genggaman tangan itu. Kau acah-acah eh?

“Kita osom!” saran Umar yang semakin ligat mahu mengusik Hana.

“Okey!” setuju Haikal.

Alamak! CPR? Hana sudah menggelabah. Mulut siapa bakal membuat CPR? Haikal atau Umar? Hatinya mengharapkan Umar yang memenangi pertandingan osom dan membuat CPR kepadanya. Untung dia! Tapi… Allahuakbar! Bukan muhrim! Astagfirullahalazim!

“Tapikan… aku rasa kita guna cara lain dululah.” Tiba-tiba Umar menyuarakan cadangan lain pula.

“Cara apa?” soal Haikal, bingung.

“Ada cawan atau botol air?” soal Umar.

“Dalam toilet ada. Bekas pasu. Watie letak air dan bunga dalam tu. Boleh guna tak?” jawab Haikal.

“Bekas pasu? Boleh sangat-sangat tu!” Tanpa membuang masa, Umar berlalu ke bilik air untuk mengambil bekas pasu tersebut. Bunga dikeluarkan dan air diisi sehingga separuh penuh. Kemudian Umar kembali mendapatkan Haikal yang masih lagi setia memangku kepala Hana.

“Kau nak buat apa?” soal Haikal.

“Aku nak simbah ke muka dia,” jawab Umar selamba.

“Simbah? Percik sudahlah. Melampau sangat kau ni. Macam nak siram anak dara orang mandi aje,” perli Haikal.

“Maksud aku… percik!” Cepat-cepat Umar betulkan kata-katanya. Niat dalam hati mahu saja dia simbah air tersebut ke muka staf kesayangan Haikal. Mengada-ada!

Simbah? Biar betul mamat ni? Kuyuplah aku nanti! Hana sudah tidak keruan apabila memikirkan dia bakal disimbah dengan air. Aku kena bangun! Tetapi macam mana kalau tak nak kantoi?

“Satu… Dua…” Sengaja Umar menyebut dengan kuat supaya Hana dapat mendengar kiraan tersebut. Dia tidak main-main. Jika Hana masih lagi berlagak pengsan, memang dia simbah saja air ke muka Hana.

Hana tekad!

“Errr…” Kelopak mata cuba dibuka perlahan-lahan. Hana memandang dua raut wajah di hadapannya dengan wajah terpinga-pinga.

“Alhamdulillah. Awak dah sedar, Hana. Risau saya!” Haikal melepaskan nafas lega apabila Hana sudah membuka kelopak mata.

“Nasib baik tak kena simbah,” perli Umar.

“Apa dah jadi sebenarnya?” soal Hana, berpura-pura.

“Awak pengsan! Anything wrong? Awak tak breakfast ke hari ni? Pening-pening?” Bertalu-talu Hana digasak soalan daripada Haikal.

“Tulang lutut kau kurang vitamin.” Lain pula yang dijawab oleh Umar.

“Errr… Mungkin saya tak breakfast kut pagi tadi.” Alasan Hana. Padahal dua bungkus nasi lemak selamat berada di dalam perut.

“Diet?” teka Umar.

Hana memandang tajam wajah Umar. Semuanya salah kau! Terasa mahu saja dia buat CPR pada Umar supaya mulut bisa itu diam membisu ketika ini. Geram!

“Next time breakfast dulu sebelum datang kerja,” pesan Haikal. Dia cuba membantu Hana untuk berdiri semula.

“Atau awak nak saya buatkan breakfast untuk awak setiap hari?” Pelawaan Haikal itu sepantas kilat dibalas dengan gelengan daripada Hana. Sweetlah pula bos aku.

“Kau maid atau husband dia ke?” Umar mencelah.

Semakin berdongkol-dongkol perasaan geram dalam hati Hana dengan sindiran Umar. Muka handsome tapi mulut berbisa! Memang nak kena CPR mamat ni! Tapi bila akan tiba waktu itu?