Novel Terkini

/Novel Terkini
  • Penulis: Bunga Amani Caption: cinta bukan sebenar-benar cinta, tanpa setia dan percaya ISBN: 978-967-406-253-8
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 26.00 RM 29.00
    MAWAR… Sungguh takdir itu telah ditentukan oleh Tuhan. Begitu juga dengan takdir Mawar. Hubungan yang terbina selama empat tahun musnah begitu sahaja. Bukan dia yang meminta tapi itulah yang tersurat untuk takdirnya. Kerana rimas dengan gangguan kekasih lama, Mawar menerima jodoh yang diatur oleh ibu bapanya. Dia pasrah dan ikhlas menerima jodoh itu. Mungkin itulah lelaki yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk dirinya walaupun dia langsung tidak mengenali lelaki tersebut. MEGAT MIZWAR… Doktor muda yang tenang dan pendiam. Tidak romantik tapi cemburunya dalam diam. Dia menerima Mawar sebagai bidadari siang dan malamnya. Dia tahu apabila lafaz sakinah sudah disahkan, maka Mawar adalah tanggungjawabnya. Biarpun lambat namun dia akan berusaha mencintai Mawar. “Sayang, abang ni manusia biasa yang kadang-kadang salah dalam membuat keputusan dan pilihan. Jika suatu hari Allah mahu menguji kita dengan ujian yang lebih berat, abang mohon pada Mawar bantulah abang. Jangan biarkan abang rebah dan kalah. Cukuplah sekali abang dah buat salah.” - MEGAT MIZWAR. “Mawar harap abang tak mudah tengadah nanti. Kalau ada perkara tak terduga terjadi dan abang buat keputusan yang sama seperti dulu, waktu tu abang jangan harap nak jumpa Mawar lagi.” - MAWAR. Bukan mudah bagi Mawar dan Megat Mizwar hendak menggapai bahagia. Saat mereka merasakan pernikahan itulah penutup kepada masalah hubungan terdahulu, satu demi satu ujian menimpa pasangan itu.
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Pemangsa

    RM23.00
    Penulis: Muhammad Fatrim Caption: awas air yang tenag jangan disangka tiada pemangsa! ISBN: 978-967-406-251-4
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 23.00 RM 26.00
    Pertemuan AISHA dan AMSYAR bagaikan romeo dan juliet. Tapi hidup Aisha derita selepas berkahwin dan bukan itu sahaja! Perkahwinan itu bertukar tragis apabila Amsyar sanggup berkomplot membunuh Aisha isterinya sendiri. Bermula detik itu Amsyar mula diganggu oleh kelibat seorang wanita dan menganggap itu adalah jelmaan Aisha yang mahu membalas dendam kepadanya. Kelibat itu muncul di mana-mana! 4 tahun berlalu, Aisha yang terselamat dan mengetahui kebenaran kembali sebagai Indah dan memulakan misi untuk bangkit. Bagaikan magnet dia terikat kembali dengan keluarga Amsyar. “Apa maksud awak? Apa yang awak tahu Fattah? Apa yang awak sembunyikan daripada saya?!” - AISHA “Aisha, suami awak mungkin cuba nak bunuh awak.” – FATTAH Aisha cuba berhati-hati dalam setiap langkahnya sebagai Indah tapi umpama ada mata-mata yang selalu memerhatikan setiap langkahnya! Dan dia juga didatangi kelibat entah siapa-siapa yang mahu meminta bantuannya. Adakah Aisha akan kekal sebagai Indah? Apa akan terjadi apabila semuanya terbongkar? Siapa pula kelibat yang sebenarnya? Dan AWAS! Berhati-hati dengan PEMANGSA kerana dia ada di mana-mana!
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Dhiyana Caption: Awak ke saya? ISBN: 978-967-406-240-8
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 25.00 RM 28.00
    HANA HUMAIRAH dan UMAR RAYYAN disatukan dalam sebuah perkahwinan keranasebuah rancangan. Dengan berbekalkan sebuah janji untuk menjaga dan membahagiakanHana, Umar melamar wanita itu. Hana yang pemalu apabila berhadapan dengan Umar Rayyan, kini telah berubah tiga ratus enam puluh darjah selepas berkahwin. Hana terpaksa menukar strategi demi memikathati encik suami yang kejung dalam soal hati dan perasaan. Pelbagai strategi diatur untukmencairkan hati keras Umar. “Saya tak cukup anggun dan menawan ke untuk buatkan awak jatuh cintadengan saya?” – HANA HUMAIRAH “Mood romantik? Aku... mood romantik? Dalam mimpi kau ajelah!” – UMAR RAYYAN Umar Rayyan yang kejung tidaklah seperti gelaran yang diberi. Perasaan sayang dan cinta kepada Hana tetap terusik dalam hati. Hana adalah segala-galanya bagi dia. Kegembiraan dan juga kebahagiaan Hana adalah keutamaan baginya. Cuma... bayangan kisah silam membuatkan bibirnya sukar untuk bekerjasama dan berterus terang kepada Hana. Masih ada lagikah peluang untuk mereka berdua mengecapi kebahagiaan apabila rahsia tersebut diketahui? Adakah Umar akan menyambut kata sayang daripada Hana? Adakah Hana akan kembali semula ke pangkuan Umar? Adakah Umar akan setia pada Hana? Pengantin Tangkap Muat... bukan sekadar janji mampu dilafazkan tetapi kesetiaan tetap menjadi tagihan.
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penunggu

    RM28.00
    Penulis: Siti Rozilah Caption: aku akan terus menghantuimu! ISBN: 978-967-406-252-1
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 28.00 RM 31.00
    SETIAP kali tibanya bulan Mei, Kampung Busut Tunggal bagaikan disumpah. Murid-murid sekolah terlolong-lolong akibat histeria, penoreh getah diserang harimau dan yang terbaharu, dua beranak telah ghaib ditelan hutan. Semua ini menimbulkan kegelisahan di hati Pak Ya dan para penduduk kampung. Bagi mereka, semua musibah yang terjadi disebabkan ‘penunggu’ yang menghuni Gua Hitam. Gelagat sekumpulan anak-anak muda yang diketuai oleh Raymond Tan, yang berdegil untuk meneruskan ekspedisi mereka meneroka Gua Hitam akhirnya mengundang celaka. Tragedi bermula apabila Meilina dilarikan suatu ‘lembaga’ berwarna putih nun jauh ke dalam perut gua. Mujurlah, Meilina ditemui dalam keadaan selamat. Pengalaman ngeri terus mengekori mereka walaupun setelah keluar dari perut Gua Hitam. Seorang demi seorang mula ditimpa petaka. Bagaimana pula dengan konflik yang melanda pertunangan di antara Dazrin dengan Meilina setelah Fazura mengenakan ilmu guna-guna terhadap Dazrin dek cintanya yang tidak dibalas? Apakah peranan Dukun Jalil? Dan, siapakah pula perempuan seiras Meilina yang bernama Mei Ling? Benarkah Gua Hitam berpenunggu? Siapakah agaknya yang akan terselamat dan siapakah yang bakal berdepan dengan maut?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Iman Fadia Caption: sebuah catatan yang belum terungkai ISBN: 978-967-406-259-0
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 26.00 RM 29.00
    ADAM, penyiasat persendirian separuh masa terjebak dengan kemunculan sebuah diari merah yang tiba-tiba dihulurkan kepadanya ketika satu kejadian di sebuah restoran. Perasaan ingin tahu yang membuak pada diari merah usang itu, telah mengheret Adam ke dunia yang penuh drama dan mistik. HAWA, menjadi pelarian dan buruan diari merah yang disimpannya. Diari merah itulah yang membawa pertemuan Hawa dan Adam ke dalam kancah sihir dan dendam. Siapa sangka, penyiasatan Adam ke atas sebuah banglo putih di sebuah kawasan elit dahulu ada kaitan dengan diari merah itu. Diari merah yang menjadi bukti siapa dalang di sebalik kematian misteri mereka.

    Kemunculan BENJAMIN, SAKINAH dan KAMIL, kawan satu sekolah dahulu telah menghuru-harakan penyiasatan Adam! Siasatan Adam telah membawa kepada pembongkaran misteri seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Mr. X. Siapakah yang sebenarnya menjadi dalang dalam kematian keluarga Hawa? Jawapan yang anda cari ada di dalam novel penuh thriller dan seram ini!

    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Revenge

    RM29.00
    Penulis: Muhammad Fatrim Caption: apabila semuanya dirampas dalam hidup seseorang,kadangkala apa yang tinggal hanyalah sebuah dendam… ISBN: 978-967-406-241-2
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 20.00 RM 23.00
    Ariana Citra mahu menghancurkan keluarga baru ayahnya sendiri dan mendapatkan haknya yang dibuang selama 17 tahun. Demi misi dendamnya, Ariana Citra menukar namanya kepada Dewi Uqasha dan bekerja di syarikat Crystal Suria Holdings milik ayahnya Dato’ Zakaria yang diuruskan oleh Megat Huzair anak sulungnya bersama Zahara selepas pulang dari luar negara. Tapi, berdepan dengan Zahara umpama berdepan dengan penjenayah kejam yang mampu melakukan apa-apa sahaja termasuk membunuh demi melindungi keluarga dan miliknya. Namun Ariana Citra tetap bertekad, keluarga baru ayahnya itu perlu dihapuskan walau apapun cara dan jalannya! “Ariana Citra janji atas nama mama yang suatu hari nanti, semua ni akan jadi milik kita kembali. Ariana Citra janji mama.” – Ariana Citra “I know who you are Dewi Uqasha.”– Megat Huzair Dalam misinya membalas dendam, Ariana Citra mengetahui pelbagai kebenaran antaranya tentang siapa sebenarnya Megat Huzair anak sulung Zahara. Satu insiden tembak menembak telah membuatkan keduanya rapat. Megat Huzair mengisytiharkan Ariana Citra sebagai teman wanitanya selepas insiden itu sehingga membuatkannya tergamam! Apakah semuanya berubah selepas itu? Adakah Ariana Citra berjaya dalam misinya mendapatkan kembali haknya? Mampukan dendam selama 17 tahun itu terlunas? REVENGE menjawab segalanya!
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Suhailah Selamat Caption: jasadnya telah terkubur, sakanya kembali memburu pewaris ISBN: 978-967-406-274-3
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 25.00 RM 28.00
    Hanya kerana sekeping wasiat yang ditinggalkan oleh DATO ZARITH a.k.a tok wan, Aryssa dan Aiman diberi tempoh sebulan untuk bernikah. Seterusnya, perkahwinan tersebut tidak boleh dibubarkan dalam tempoh 5 tahun jika Aiman tidak mahu kelayakannya sebagai pewaris bakal dilucutkan.

    “Eh, kenapa tok wan nak libatkan saya dalam hal ni? Kenapa pula saya mesti kahwin dengan dia? Tak fahamlah!” – ARYSSA

    “Maaflah, itu saya tak tahu. Hal-hal sebegini arwah tak pula beritahu saya. Tugas saya hanyalah melaksanakan apa yang sepatutnya. Hal yang saya tak patut masuk campur, saya tak akan langgar.” – ENCIK KAMAL

    Akhirnya, Aryssa mengalah. Aiman yang disangkakan lelaki pendiam rupa-rupanya kuat mengusik! Tanpa Aryssa sedari, DATIN AINA yang merupakan pewaris saka tok wan, mula merancang sesuatu agar perkahwinan mereka bakal membuahkan benih keturunannya. Keturunan yang bakal mewarisi saka tok wan! Dalam diam, Aryssa telah ditundukkan dengan ilmu batinnya supaya gadis itu dengan ‘rela’ hati menyerahkan diri pada Aiman. Konflik mula timbul tatkala satu demi satu ahli keluarga Dato Zarith dibunuh secara misteri. Pada saat mereka mahu mengecap bahagia, Aryssa mula mengesyaki akan penglibatan Aiman dalam pembunuhan tersebut. Hanya dengan berdasarkan satu bukti. Bukti apakah yang dimaksudkan? Lebih mengejutkan, mungkin juga Aiman merupakan pewaris saka tok wan! Selami keseraman karya pertama daripada Suhailah Selamat ini. Anda pasti meremang!
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Shamikael

    RM31.00
    Penulis: Rose aleyna Caption: kau yang paling aku sayang / kau yang paling menyakiti ISBN: 978-967-406-270-5
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 31.00 RM 34.00
    Tragedi buruk yang pernah berlaku di alam persekolahan telah meninggalkan kesan buruk dan trauma di dalam hati tiga sahabat iaitu Sha, Arshad, dan juga Ekin. Mereka terpisah jauh, membiarkan waktu menghapuskan segala kenangan duka. SHA… Di dalam setiap nafasnya ada nama Arshad walaupun ada kebencian yang wujud di tengah-tengahnya. Cintanya tidak pernah berakhir walaupun jarak dan masa telah memisahkan mereka. Kemaafan yang tertangguh menjadi pertaruhan. MIKAEL… Dia menjadi pendendam kerana pengalaman ngeri yang berlaku sepuluh tahun lepas. Dia menyaksikan sendiri penderitaan seorang isteri sampai ke akhir hayatnya. Tiada istilah kemaafan di dalam kamus hidupnya.

    “Aku tak akan lupa setiap apa yang pernah dia buat pada arwah Kak Long. Biarpun dia adalah isteri kau, aku tetap akan meneruskan misi membalas dendam.” ~ Maya

    “Aku akan lakukannya, Maya. Dan kau tak perlu teruskan semua ini seorang diri sebab aku dah berjanji.” ~ Mikael

    Kerana janjinya pada Maya, Mikael meneruskan misi membalas dendam.

    “Apa lagi yang kau tak puas hati? Kau dah seksa hidup aku sampai macam ni sekali. Mula-mula kau rampas maruah aku. Tak cukup dengan itu, kau tinggalkan nyawa di dalam rahim aku. Lepas tu, kau biarkan aku terseksa dengan caci maki orang. Kau dah buat aku jauh dengan umi dan abah. Kau buat aku malu nak jumpa keluarga sendiri.” ~ Sha

    “Aku tak akan pernah berpuas hati selagi tak dapat tengok kau merana seumur hidup di hadapan mata aku sendiri.” ~ Mikael

    Kerana dendam Mikael, Sha terpaksa melalui liku hidup yang penuh dengan kebencian. Tidak cukup dengan itu, Sha juga dibenci oleh umi dan abahnya. Cinta, dendam, dan kebencian, mungkinkah akan berakhir di dalam hati mereka? Ataupun kebencian dan dendam itu berterusan menjadi bara yang membakar diri hingga ke akhirnya?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Dhiyana Caption: hadirnya dia untuk merungkai misteri / opss! Sekeping haty turut bakal dicuri! ISBN: 978-967-406-267-5
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 26.00 RM 29.00

    Demi Luqman Firdaus... Nuqman danial kembali muncul setelah sekian lama menghilangkan diri. Sekeping nota ringkas... menimbulkan seribu persoalan di dalam kepala. Athar Faiz ditinggalkan sebagai tanda kenangan dan juga sebuah amanah yang perlu dipikulnya.

                    Kemunculan gadis yang bernama Inara Sofea di Bandung, penuh dengan misteri. Nuqman yang sememangnya sentiasa tenang, menghulurkan bantuan. Hati lelakinya mula dijentik perasaan halus apabila senang meluangkan masa bersama-sama Inara. Usikan mula menjadi penghias hubungan hati, walaupun bibir cuba berkias-kias kata.

                    Sekembalinya mereka ke Malaysia, sekali lagi mereka berdua dipertemukan di dalam satu insiden. Sekali lagi Nuqman dengan senang hatinya menghulurkan bantuan. Dan, juga mengambil kesempatan untuk mendekati Inara.

    “Dah tengah meneran nak buat apa menyahut? Hilang mood tahu tak!” – NUQMAN DANIAL

    “Hasil pelaburan Tuan tu batu ke apa sampai teran tak boleh nak menyahut? Nak membuang pun kena ada mood,” – INARA SOFEA

                    Usikan demi usikan semakin mendekatkan hubungan mereka berdua. Nuqman tak tertanggung lagi untuk menanggung rasa hati. Lantas dilamarnya Inara untuk menjadi teman halal untuk disentuhi.

                    Usai disatukan, kemisterian Inara mula tersingkap sedikit demi sedikit. Sepanjang mereka berdua saling mengenali dan menyulam kasih, Nuqman turut mula ‘diganggu’. Dan disebalik kehilangan Luqman, ada sesuatu yang dirancang.

                    Nuqman danial memunculkan diri untuk merungkai misteri. Hadirnya Inara Sofea berserta teka-teki, tetapi hati terpaut pula pada si Super Daddy. Masihkah mereka berdua berpeluang untuk merasai kebahagiaan yang ikhlas hadir dari hati?

    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Eliza AB Caption: izinkan aku terus mencintaimu, mencintaimu seperti waktu dulu ISBN: 978-967-406-254-5
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 28.00 RM 31.00
    Kebencian Hanif Qairin menjentik tangkai hati Ery. Ditambah dengan apa yang terjadi kepada Haidar Qairen membuatkan dia berasa bersalah. Akibat satu peristiwa, dia pergi membawa diri. Menghilangkan diri membawa duka di hati. Kehilangan Ery memberi kesan kepada Haidar Qairen. Selama 10 tahun dia mencari namun pencariannya hanya sia-sia. Kehadiran Iris Eryna telah mengubah segala-galanya. Gadis itu mengingatkan dia kepada Ery.

    “Wajah awak mengingatkan saya pada seseorang. Seseorang yang amat saya rindui selama ini. Dia pembakar semangat bagi saya untuk teruskan kehidupan saya satu ketika dulu.” – Haidar Qairen

    Kehebatan Iris Eryna telah mengganggu gugat Hanif Qairin. Dia berasa tercabar. Setiap kali bertembung, pasti ada pertelingkahan yang berlaku di antara mereka berdua. Disebabkan itu, dia membenci dan mendendami Iris Eryna. Tahap kebencian Hanif Qairin bertambah selepas dia mengetahui siapa Iris Eryna yang sebenarnya.

    “Kau ingat aku hadap sangat nak kahwin dengan kau. Kalau bukan disebabkan ayah aku, tak ingin aku nak berkahwin dengan orang cacat macam kau ni. Hey, Iris! Cermin diri kau tu dulu. Kau memang tak layak untuk aku.” – Hanif Qairin

    Iris Eryna akur dengan takdir Allah. Hati dan perasaannya terdera akibat perbuatan Hanif Qairin. Demi untuk tidak terluka lagi, keputusan perlu dibuat.

    “Aku tahu, kau tak sayangkan aku. Selama-lamanya kau tetap membenci aku. Tapi kali ini aku minta sangat pada kau, tolong lepaskan aku, Hanif. Aku janji akan pergi jauh dari hidup kau seperti yang kau minta dulu.” – Iris Eryna

    Masih adakah sinar bahagia buat Iris Eryna. Adakah Hanif Qairin akan terus membenci dan mendendami Iris Eryna? Bagaimana pula dengan Haidar Qairen? Adakah pencariannya terhadap gadis bernama Ery akan berakhir?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Syikin Zainal Caption: sekali janji diikat, selamanya akan terikat ISBN: 978-967-406-246-0
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 22.00 RM 25.00
    Embun, pewaris keturunan dukun hitam, seorang dukun yang benar-benar ampuh di zaman silam. Kedua-dua orang tuanya dibunuh oleh neneknya sendiri yakni Nek Kuntum semasa dia kecil. Sejak kecil Embun hanya didedahkan dengan segala macam sihir dan ilmu hitam. Dia diasingkan oleh masyarakat kerana dua sebab.  Pertama, kerana Nek Kuntum mahu menyediakan dia sebagai pewaris ilmu tengkorak hitam dan sekali gus menjadi pewaris dukun hitam. Dan yang sebab kedua, kerana dia adalah cucu Nek Kuntum, seorang pengamal ilmu hitam yang ditakuti oleh penduduk kampung. Biarpun begitu, Nek Kuntum selalu sahaja menjadi tempat kunjungan penduduk yang sentiasa mahukan ‘sesuatu’ daripadanya.   Menginjak remaja, Embun mencintai seorang pemuda yang bernama Yusoff. Cinta mereka bersemi seiring dengan usia. Embun sebenarnya tidak mahu bergelar dukun. Dia sekadar mahu menjadi seperti gadis pingitan yang lain, dicintai dan mencintai. Hubungan Yusoff dan Embun diketahui oleh keluarga Yusoff dan Nek Kuntum. Mereka menghalang cinta mereka. Keluarga Yusoff menghalang kerana mereka mendambakan anak Orang Kaya Leman sebagai menantu. Sementara itu Nek Kuntum melarang keranaYusoff seorang pemuda yang bakal menghancurkan harapannya.

    “Ya Embun ini. Tadi bilang tidak takut sama hantu. Baru tengok Sentot sudah kecut. Hingga Embun pun abang sudah tidak kenal,” - EMBUN

    “Hantu? Mana ada hantu di dunia ini, Embun. Yang ada hanyalah syaitan. Yang tugasnya menyesatkan manusia,” - YUSOFF

    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE