Novel Terkini

/Novel Terkini
  • #Ghost

    RM28.00
    Penulis: Zura Rahman Caption: saat kau muncul, aku tahu semua peraturan itu hanyalah sia-sia. ISBN: 978-967-406-260-6
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 28.00 RM 31.00
    Dia bagaikan seorang halimunan. Kewujudannya diakui, tetapi tidak kelihatan di mana-mana. Gerakannya tangkas dan cukup senyap. Kejam dengan senjatanya; dia membunuh tanpa belas kasihan. Dia bergerak di atas satu nama. Codenamenya - GHOST. Apabila Geng Gagak Hitam mengesyaki ada anggotanya belot, mereka melancarkan buruan. Pencarian mereka membawa Geng Gagak Hitam kepada lelaki yang bergelar GHOST. Terselamat dari cubaan dibunuh, dia tercedera. Takdir menemukan dia dengan seorang doktor yang prihatin, yang berada di tempat yang betul, pada waktu yang tepat. Budi yang ditabur, telah mengheret Dr Daryn Areena ke kancah dunia gelap mereka. Dia turut diburu oleh Geng Gagak Hitam, namun diselamatkan oleh lelaki yang digelar GHOST. Keadaan tergugat apabila dia mengetahui sesuatu tentang lelaki itu. Siapa yang cukup jahat untuk diburu begitu? Apabila melarikan diri satu-satunya pilihan yang dia ada, Dr. Daryn Areena tersepit. Antara hidup dan mati, dia memilih untuk hidup. Antara percaya dan tidak, dia keliru. If there is no one else that you can trust, trust yourself. But, if you can’t even trust yourself, you have to trust me - Ghost Akhirnya kedua-dua mereka berada di dalam pelarian untuk menyelamatkan diri dari pihak-pihak yang rakus memburu mereka. Tetapi mampukah Dr Daryn Areena meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada lelaki itu? Ada perkara yang gelap tentang dia. Biar wajahnya tanpa riak, matanya itu… penuh kedukaan.  Dia… diselubungi tanda tanya. Misteri tentangnya tiada bernoktah. - Dr Daryn Areena Siapa dia yang sebenarnya?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Zura Fayyad Caption: adakah cinta  hanya  dilukai dan melukai ISBN: 978-967-406-258-3
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 25.00 RM 28.00
    PERTEMUAN secara kebetulan antara Fawwaz dan Husna Nazihah ataupun dikenali sebagai Hunny tidak seindah yang disangka. Dan kalau boleh dielak, pasti Fawwaz akan rasa bersyukur kerana tidak perlu bertemu dengan gadis ego dan perasan bagus.

    “Apa ni?”

    “Baju Cik Hunny tu dah koyak. Takkan nak berjalan depan public dengan baju yang koyak tu? Lainlah kalau Cik Hunny tu bintang Hollywood yang suka tayang badan kat public...”

    “Busuk tak jaket kau ni? Kalau busuk, kau simpan sajalah...”

    “Biar jaket busuk, Cik Hunny. Jangan hati kita yang busuk dengan sifat angkuh dan bongkak.”

    Namun dari insiden malang tersebut, mereka menjalin persahabatan. Dan daripada hubungan yang biasa-biasa, hati si gadis mula terpaut dengan karakter si jurujual. Tapi bukan senang untuk tackle hati si jurujual bernama Fawwaz. Hati si jurujual telah dimiliki oleh seseorang.

    “Saya cintakan awak, Fawwaz!!!...”

    “Saya minta maaf, Husna... Tapi cinta saya bukan untuk dijual beli. Saya bukan jurujual cinta yang begitu mudah memperdagangkan cinta saya kepada sesiapa saja termasuklah awak, Husna.”

    Sejauhmanakah Fawwaz dan Husna Nazihah mampu mempertahankan cinta mereka berdua? Ketahui kisah selanjutnya di dalam naskhah Aku Bukan Jurujual Cinta...

    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Dhiyana Caption: memang bikin mak mertua naik hantu! ISBN: 978-967-406-261-3
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 28.00 RM 31.00
    Pertemuan pertama antara Wafiy dan Ayra bermula ketika di Sabah, di salah sebuah universiti tempatan. Jurang umur yang berbeza empat tahun, ditolak ke tepi oleh Wafiy. Misi dia hanya satu, misi memikat Ayra, seorang pelajar Master. Kenakalan dan juga kecomelan Wafiy membuatkan hati Ayra selalu diuji. Hati cuba menidakkan perasaan sendiri, tetapi selalu saja dia tewas tersungkur. Ketika hatinya dah mula menerima sahutan kasih dari Wafiy, panggilan telefon dari mak membuatkan dia tersepit. Mak dah berkenan pada Wafiy! Kerana adat dan juga maruah keluarga, mereka berdua disatukan di dalam hubungan yang halal. Usia perkenalan yang masih mentah, memberi peluang untuk Ayra meletakkan syarat di dalam hubungan baru mereka berdua. Tetapi, syarat hanya tinggal syarat.

    “ Nak tidur dah ke? ” – HILMAN WAFIY

    “ Tak kan nak main pula malam-malam ni? ” – NURUL IMAN KHAYRA

    “ Main? Nak main apa malam-malam ni? – HILMAN WAFIY

    “ Tak payah nak bermimpi! ” – NURUL IMAN KHAYRA

                    Disaat mereka berdua mula kenali erti bahagia, Ayra mendapat tahu yang dia bukan lah calon menantu pilihan mama Wafiy. Sedikit pun dia tak melatah. Ayra mula mengatur strategi untuk misi memikat hati mertua. Pelbagai perkara yang dia lakukan demi untuk menjayakan misi. Malah dia sanggup untuk belajar senaman Tai Chi. Kemunculan Juhaira, calon menantu pilihan mak mertua sedikit pun dia rasa tak tergugat. Malah, masih mampu berlagak tenang saat dia dikasari.

                    Hubungan mesra matlamat yang satu, kadang kala semuanya akan jadi haru-biru. Alahai... anak dan menantu. Memang bikin mak mertua naik hantu!

    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Aneh

    RM24.00
    Penulis: Khaidir Helmi Caption: selamat datang ke rumah ni ISBN: 978-967-406-264-4
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 24.00 RM 27.00
    Misteri bermula apabila Aqira mencari rumah sewa untuk tinggal pada semester tiga pengajiannya, demi memberi tumpuan kepada pelajaran dan hobinya, menulis. Diana, kawan baiknya mempelawa Aqira serta dua orang rakan lagi untuk menyewa di sebuah rumah lama. Walaupun berasa aneh dan tidak sedap hati, Aqira menerima sahaja cadangan dan pelawaan itu kerana kesuntukan masa dan percaya tiada apa yang aneh akan berlaku. Aqira cuba memulihkan keadaan dengan memanggil kawan baiknya, Aulia untuk memagar dan memulihkan rumah itu serta rakan serumahnya yang diganggu. Namun ia berakhir dengan tragis. Aulia kemalangan setelah pulang dari rumah sewa itu. Ketika pengebumian Aulia, Aqira terpandang seorang perempuan misteri berbaju batik memegang sebuah buku hitam. Aqira cuba untuk mengenal pasti wajah perempuan itu namun terhalang oleh selendang yang dipakai. Malah perempuan misteri itu juga ghaib secara tiba-tiba. Sebuah buku hitam, perempuan berselendang dan berbaju batik, kejadian aneh saban waktu dan kematian yang tragis menghantui Aqira. Mengapa ia terjadi, mengapa dirinya menjadi mangsa gangguan, mengapa semua kejadian aneh itu berlaku bertimpa-timpa? Aqira bertanya kepada dirinya sendiri sehinggalah dia melihat dirinya sendiri – Aqira yang aneh. Siapa dia yang sebenarnya? Dari mana asalnya?

    “Aqira, aku takutlah. Kenapa benda itu ganggu kita semua?”- DIANA

    “Tak payah takut, Diana. Benda itu takkan dapat masuk selagi aku ada dengan kau.”-AQIRA

    “Kita manusia dan tuhan jadikan kita lebih mulia daripada makhluk lain. Kita ini khalifah di muka bumi. Mana mungkin boleh takut dengan makhluk yang Allah laknat.”-AULIA

    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Sharina Elisa Caption: ku izin kau cari bahagia,selagi hatimu tak terluka ISBN: 978-967-406-245-3
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 22.00 RM 25.00
    Gadis genius secantik Rania tidak mengimpikan jejaka macho sebagai pelengkap hidup.  Demi mencari cinta yang suci, dia menukar identiti menjadi gadis montel 130kg. Raqib, jejaka yang diminati Rania dalam diam bertindak mengherdik dan mencaci saban hari kerana bimbang gadis itu menyimpan rasa di hati. Adel Hauzan, doktor kosmetik muncul menawarkan peluang kepada Rania supaya mampu menjadi kurus dan jelita. Lima tahun Rania bersabar dengan kata-kata makian, dia jadi lelah dan mula membuat keputusan untuk menerima tawaran Adel Hauzan. Meski Raqib membenci, Rania tetap menjadi yang teristimewa di hati lima jejaka bersaudara. Kasih yang tulus itu meletakkan Rania sebagai yang teratas dalam carta hidup mereka. Sesiapa yang berani menyentuh si adik maka, buruk padahnya! Sehingga Adel bimbang hendak mendekat. Awal-awal sudah diberi peringatan. Maliqi yang yatim piatu dibesarkan bersama Rania sejak kecil menaruh rasa. Demi cinta yang tersimpul rapi, dia izinkan Rania mencari kebahagiaan selagi gadis itu tidak terluka. Pernah beberapa kali Rania muncul mempamerkan wajahnya yang sebenar. Kononnya, dia adalah Raudhah dan merupakan teman serumah Rania. Raqib yang tidak mengenali, mula jatuh hati. Mulalah dia hendak merisik perihal Raudhah daripada Rania tanpa mengesyaki kedua-dua pemilik nama itu adalah orang yang sama. Dah ni nak ke mana ni? Dengan bagasi besar ni? – Maliqi Aku ada misi – Rania Misi? Misi apa? – Maliqi Misi mencari suami – Rania
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Wan Nur Najihah Caption: dan aku tewas dengan keikhlasan cintanya… ISBN: 978-967-406-263-7
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 29.00 RM 32.00
    “Kau nak cerai, kan? Aku ceraikan kau dengan talak tiga. Puas hati kau?” - Nazriel Dan sejak itu dia menutup pintu hatinya serapat mungkin. Percintaan selama 8 tahun akhirnya sia-sia dan perit untuk terima hakikat perkahwinan dengan isteri yang dicintai  gagal. Enam tahun bersama anak tunggalnya, hidupnya kembali diuji dengan kehadiran seseorang. “Nasiblah kahwin dengan saya dapat pakej sekali dengan Nufail.”- Nazriel Bagi Adra tidak mungkin dia mahu menerima lelaki itu.  Ternyata kerja sementara untuk menjadi pengasuh Nufail menjadi titik permulaan perkenalan mereka. Makin lama mengenali terbit rasa kagum pada bapa muda itu dan tanpa sedar hubungan mereka menjadi rapat. Tapi sayang apabila satu tragedi tidak dijangka menimpa. Hidupnya nanar mengenangkan keadaan diri. Dan Nazriel mula rasa bersalah. Atas dasar tanggungjawab dia diangkat menjadi isteri semata-mata mahu menjaga maruahnya yang cuba dicalar oleh lelaki lain. “Memang bagi awak kecil tapi saya tak boleh. Bila awak pegang tangan saya, saya rasa takut. Saya ingat apa yang jadi malam tu. Saya tak boleh.”- Adra Sabarnya Nazriel melayan setiap kerenahanya. Sekali pun lelaki itu tidak pernah mengungkit.  Dia dijaga dengan begitu baik sehingga hati yang kosong mula berlagu cinta. “Saya tak sempurna untuk awak.” - Adra “Saya tetap nakkan awak.”- Nazriel Kejamkah dia andai menolak seorang lelaki yang benar-benar ikhlas mahu menjaganya? Dan bila hati sedia memilih, perasaannya dilukai. “Adra hanya ibu tiri Nufail je. Bukan ibu kandung yang lahirkan dia. Naluri keibuan tak ada dalam diri Adra. Selagi tak bergelar ibu Adra tak akan rasa.” Keikhlasannya diragui. Kasih sayang yang dicurahkan tidak dipandang. Nazriel yang dipuja akhirnya menunjukkan diri sebenar. Dan hatinya tidak tegar mencintai lelaki yang hidup atas dendam lama.
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Asraf Shaari Caption: kerana tekanan aku terdengar bisiskan ISBN: 978-967-406-275-0
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 23.00 RM 26.00
    Dibuli dan didera secara fizikal dan emosi, ADAM menjadi tidak keruan. Entah sampai bila dia mampu bersabar dan bertahan sedangkan keluarganya dihina seperti sampah di jalanan hanya kerana kisah silam arwah ayahnya ENCIK TALAHA. Tekanan kian terasa apabila dia mula terdengar bisikan seperti cuba menghasutnya melakukan sesuatu yang sememangnya tidak masuk akal. Selain itu, ibunya pula yakni PUAN KAMARIAH difitnah membela hantu raya. Bukan itu sahaja, wanita yang paling disayanginya itu terpaksa menahan dugaan akibat sikap masyarakat yang tidak menerima mereka seadanya. Dia ingin menuntut keadilan. Dia mahu musuh-musuhnya mati. Hanya kematian mereka dapat memuaskan hatinya. Namun, dia tidak menyedari perbuatannya itu bakal mengundang padah kelak.

    Kau tak rasa dipulaukan ke? Mereka semua berpakat nak buat hidup kau susah!

    “Sejak keluarga kau pindah kat kawasan ni aku rasa macam kampung ni dah tak selamat lagi tau!” – MAK CIK ANI

    “Dia orang semua jahat. Dia orang buli Adam. Diorang buli mak Adam. Adam tak tahan! Mereka semua tu setan! Adam bunuh setan!” – ADAM

    Adakah Adam akan meneruskan hidupnya seperti biasa? Bagaimana dia ingin menebus dosa yang telah dilakukan? Apakah kisah silam yang telah terjadi pada Encik Talaha yang menjadikan Adam semakin menderita selepas ketiadaan ayahnya  itu? Semua jawapan ada dalam novel berjudul BISIKAN SYAITAN ini. Kisah yang mengajar apa itu erti kesabaran, dendam dan pembalasan!

    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Mimie Afinie Caption: selagi ada bulan dilangit, selagi itu saya ada untuk awak. ISBN: 978-967-406-250-7
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 29.00 RM 32.00
    Pertama kali bertemu Razlan, Rania sudah jatuh hati. Hubungan rapat antara Razlan dan bapanya, Encik Raof membuatkan Rania percaya, lelaki itu turut menyukai dia. Namun ternyata dia silap. Hati Razlan langsung tiada untuk dia. “Dari awal saya tau, awak sebenarnya suka saya. Sebab itulah awak sengaja berbaik dengan ayah saya, kan?” - RANIA “Saya berbaik dengan ayah awak sebab ayah awak sendiri, langsung tak ada kena mengena dengan awak. Saya kalau nak cari pasangan, saya tak cari orang macam awaklah.”- RAZLAN Ya Allah, pedihnya hati. Teruk sangatkah dia, hina sangatkah dia sampai Razlan tergamak menyebut begitu? Dia tak kisah kalau Razlan tak suka dia tapi bila Razlan menolak ‘lamaran’ ayah, dia sangat berkecil hati. Boleh dia bayangkan hati ayah yang kecewa dan terluka. Rizman, lelaki yang ada segala-galanya. Tapi dalam ramai-ramai gadis, dia yang tidak punya apa-apa ini juga yang Rizman nampak. Dia juga yang Rizman hendak. Sungguh, dia terharu. “Saya nak minta izin pak cik untuk mengambil Rara sebagai isteri saya. Saya sayang Rara dan saya benar-benar ikhlas.”- RIZMAN Hanya ada dua jawapan untuk lamaran Rizman itu. Sudi atau tidak. Sangat mudah. Tetapi kenapa Rania rasa sukar untuk buat keputusan? Kenapa harus ada rasa was-was dan bimbang? Lalu bagaimana kesudahan kisah Rania, Razlan, Rizman? Siapakah ‘bulan cinta’ Rania? Siapakah yang bakal menjadi imamnya? Razlan atau Rizman?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Eliza AB Caption: karya dia yang bisa membuat jantung ini berdegup kencang ISBN: 978-967-406-269-9
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 27.00 RM 30.00
    Qaira  Nur Imani, seorang novelis  yang serik untuk jatuh cinta lagi. Cukuplah tiga kali dia kecewa kerana bertepuk sebelah tangan. Lantaran itu, pintu hatinya ditutup buat insan yang bergelar lelaki. Namun, perkara itu tidak menghalang Puan Noriani mencari calon suami untuk anaknya itu.

    “Selagi Aira tak bawa calon untuk ibu, selagi itu ibu akan kacau hidup Aira!” - Puan Noraini

    Bagi Qaira, nak cari calon suami bukan semudah ABC. Kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa serta dapat menggetarkan naluri perempuannya. Kalau boleh, dia menginginkan seorang suami sama seperti hero-hero dalam novelnya. Pertemuan dengan jejaka kacak Hadif Asyraf merubah hidup Qaira. Hadif yang juga mempunyai masalah yang sama dengan Qaira melamar Qaira walaupun mereka baru berkenalan. Bagi Hadif, dia yakin dengan prinsip 5Bciptaannya. Berkenalan, berkawan, bercinta, berkahwindan bahagia.

    “Aku nak melamar kau jadi isteri aku. Kita kahwin?” - Hadif

    “Memang kita dah berkenalan.Kita pun dah berkawan. Tapi kitabelum bercinta. Mana boleh berkahwin terus?” - Qaira

    “Kalau macam tu, kita kahwin kemudian kitabercinta.Aku nak jadi hero kau selama-lamanya.”- Hadif

    Qaira dalam dilema. Calon sudah ada tapi mampukah Hadif menjadi calon suami buatnya seperti yang diidamkan? Mampukah dia membuka pintu hatinya buat Hadif Asyraf buat kesekian kalinya?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Indah Hairani Caption: kerana cinta dia dibunuh kerana cinta dia kembali ISBN: 978-967-406-248-4
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 26.00 RM 29.00
    Berkurun dendam terkurung  dalam penjara misteri tidak berkesudahan. Keturunan ke tujuh menggamit dendam mereka kembali menyala. Roh itu kembali mengamuk, memburu bayang-bayang orang yang dicintainya. Gentala dan kekasih yang didambakan dua saudara Asep dan Sunti. Gentala, Imran seperti satu jasad. Wajah dan susuk tubuh Gentala dimiliki Imran. Cinta terhadap Gentala menyebabkan Imran diburu. Setiap yang ingin mendekati Imran, mereka akan diganggu. Roh itu hidup dalam susuk tubuh dua saudara kembar yang saling ingin memiliki. Kerana cinta,  Asep dibunuh. Kerana  dendam Sunti kembali.  Merah adalah warna-warna sengsara. Darah adalah lambang kekejaman dan kengerian. Dua roh dan dua jasad. Mereka wujud dalam Cindai Berdarah. Apakah yang telah terjadi sebenarnya? Bagaimanakah nasib Imran? Mampukah lelaki itu bebas daripada cengkaman dendam berkurun lama? Dapatkan nakhah seram ini bagi merungkai jawapan untuk persoalan yang anda ingin cari!
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Miss elle Caption: hati bukan untuk dimiliki..tapi untuk dicintai dan mencintai.. ISBN: 978-967-406-271-2
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 27.00 RM 30.00
    Hana Abella, merasakan kisah dirinya mirip seperti Cinderella apabila ibunya membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai dua orang anak lelaki. Yalah, usai saja ibunya berkahwin, dia terus dapat dua orang abang tiri.

    “Sah. Memang sah awak dah gila...” - Bella

    “Apa kau kata?! Aku gila?!” – Shah

    Kehadiran Shah dalam hidup Hana Abella membuatkan hidupnya huru-hara. Pantang berjumpa, mesti akan berkelahi. Tambahan pula apabila mereka tinggal sebumbung. Walaupun bergelar abang tiri kepada Bella, itu tidak bermakna pertelingkahan sesama mereka tamat. Ada saja yang tidak kena pada mata Shah. Namun begitu, ia tidak menghalang untuk Bella daripada terus melupakan cinta pandang pertamanya. Perkenalan dengan Daris Eduardo membuatkan hatinya sentiasa berbunga-bunga. Tambahan apabila disunting oleh lelaki itu untuk menjadi suri hatinya walaupun usia perkenalan mereka baru mencecah beberapa bulan sahaja.

    “Jom kita kahwin?”  - Darius

    “Awak ingat senang ke nak kahwin? Semudah ABC macam tu?” - Bella

    Dalam hati berkobar-kobar mahu menerima lamaran Darius, Bella terlupa sesuatu. Terlupa akan restu seorang ibu. Sementelah, si ibu pula telah merancang untuk menyatukan Bella dengan Shah. Bella terpanar. Padanya, Shah hanyalah seorang abang dalam hidupnya. Tidak mungkin dia akan memerima Shah, namun apabila didesak, dia gundah. Dia serba salah dalam membuat pemilihan. Memilih Darius, umpama cinta tanpa restu walaupun dia mahukan kebahagiaan dengan cinta hatinya. Memilih Shah, hubungan tanpa cinta tetapi dengan restu ibunya membuatkan hati Bella libang-libu. Perlukah dia berkorban? Siapakah yang menjadi pilihan hati Bella?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Peanut Caption: kalau aku kata..aku tak cintakan kau,kau nak buat apa? ISBN: 978-967-406-242-2
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 29.00 RM 32.00
    Enggan membahayakan masa depan Blayze Group, Ryan Blayze yang dituduh gay kerana sikap anti-perempuannya terpaksa menerima calon isteri pilihan bapanya. Dengan perasaan yang berbelah-bagi, Nazirah terpaksa menempuh perkahwinan tersebut. Namun begitu, sampai bila hati ini mampu bertahan jika terus dihimpap dengan kata-kata kasar apatah lagi apabila Nazirah mendapat tahu bahawa perkahwinan ini bukanlah setakat penyatuan antara dua keluarga tetapi suatu lakonan demi kepentingan Ryan sendiri. “Kalau macam tu, berapa lama awak nak kita teruskan lakonan ni? Sebulan? Dua bulan? Atau seminggu? Tapi saya lebih suka seminggu..cukup tak agak-agak untuk memperbaiki nama baik awak tu, En.Ryan? Atau awak perlukan surat perjanjian? Saya tak kisah..” ~ Nazirah. Namun hari demi hari, saat Zira hampir berputus-asa dengan perkahwinannya ini, hatinya kembali terpikat dengan sikap aneh Ryan terhadapnya. Bagi Ryan pula, kehadiran Nazirah dalam hidupnya seolah-olah mengembalikan suatu perasaan istimewa yang tak pernah dia rasai sebelum ini. “Siapa kau ni? Kenapa aku boleh rasa macam ni bila tengok kau? Kenapa hanya kau je yang mampu buat aku jadi macam ni? Kenapa aku macam boleh dengar dan nampak kau sedangkan kau tak ada kat sini? Sejak bila aku jadi macam ni? Tapi kenapa? Aku tak ada apa-apa perasaan terhadap kau..sikit pun tak ada..kan? Sepatutnya macam itu..kan?” ~ Ryan. “Itu hak kau tapi, suatu hari nanti..kau akan sedar juga. Kitorang tak pernah bercinta pun tapi sekurang-kurangnya..kitorang tahulah juga apa itu cinta dan apa akan jadi kalau seseorang tu dah angau. Hah, macam kau tulah..cakap sorang-sorang. Silap hari bulan, boleh terbayang-bayang Zira tu..itu namanya..angau..” ~ Adam. Mampukah seorang lelaki yang suatu ketika dahulunya membenci wanita, meluahkan kata-kata cintanya? Dari mana datangnya kebencian Ryan terhadap wanita ini? Adakah kisah cinta antara Ryan dan Nazirah akan berakhir dengan kebahagiaan? Ingin mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut? Saksikanlah..
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Nurharyati Ishak Caption: cinta itu perkongsian, bersatu dibawah nafas kesetiaan dan kepercayaan ISBN: 978-967-406-247-7
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 24.00 RM 27.00
    ADELIA... Adelia, hidupnya tidak seperti gadis lain. Dia sentiasa terkongkong di bawah perintah Ayu. Kemana-mana sahaja dia ditemani Syamil. Namun apakan daya, menyedari akan status diri, dia terpaksa. Menjejak ke negara matahari terbit, hidupnya mula berwarna. Di sanalah dia mula mewarna. Di sanalah dia mula mengenali erti cinta meskipun Syamil seakan bayang hitam yang sentiasa merantai kakinya. SYAMIL... Kehadiran gadis itu sejak kecil sering mengundang amarahnya. Namun dia sedar, ada satu perasaan halus yang mula mengusik hatinya walaupun dia sering menafikan. Namun sikapnya yang sering menengking Adelia membuatkan gadis itu semakin  menjauhinya. DAMIEN... Seorang jejaka Cina yang mula menyinari hati Adelia. Sikapnya yang romantis dan melayan Adelia seperti seorang puteri membuatkan gadis itu mula membuka hatinya perlahan-lahan. Demi ingin melindungi Adelia, dia sanggup mengikat janji cintanya.

    “You betul-betul cintakan I?”

    “Sumpah.” Damien angkat sebelah tangan separas bahu.

    “You janji tak akan curang dengan I?”

    “Lelaki ini adalah lelaki yang paling setia dalam abad ini.”

    “Kalau suatu hari nanti I dah gemuk, you masih setia dengan I?”

    “Takkan sesekali I peduli pada saiz badan you.”

    Namun segalanya bukan mudah. Satu demi satu dugaan mula menguji cinta mereka sehingga terbongkarnya rahsia yang menyebabkan mereka harus mempertimbangkan ikatan yang terbina selama ini. Dengan status diri, rahsia terpendam serta hasad dengki membuatkan mereka semakin jauh.
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Halis Azhan Caption: - ISBN: 978-967-406-199-9
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 17.00 RM 20.00
    Mengepalai pasukan editorial “Persona” bukanlah keutamaannya. Dia hanya ingin meleraikan resah gara-gara Ain berkerenah. Begitu pun beralah tidak lagi menjadi pilihan apabila Ain dan pasukan editorial “Persada” cuba menyaingi. “Persona” dan “Persada”, sama-sama mengintai gah. Setapak demi setapak dia dan pasukan editorial “Persona” melangkah, sederap bersama, mengatasi segala tingkah. Dia, dan “Persona”, mengejar detik persona. Apakah konflik sebenar antara Falina dan Ain? Mengapakah Falina tidak disenangi oleh Ain, sehingga pergolakan sesama mereka menimbulkan persaingan antara dua pasukan editorial, “Persona” dan “Persada”.
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Wan Nur Najihah Caption: kau yang pertama untuk selamaya ISBN: 978-967-406-277-4
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 27.00 RM 30.00
    MARINA KHADEEJA – Seorang gadis yang ego dan anti lelaki. Dia saksi penderitaan ibunya yang hidup bermadu. Lantaran itu dia memilih untuk hidup dalam keadaan bencikan lelaki. Bertahun hidup dalam dunia ciptaan sendiri, kehadiran Izzhan mula mengganggu hidupnya. Hanya kerana satu pertemuan, dirinya terus dikejar.

    “Keikhlasan memang tak nampak, tapi saya boleh buktikan dan awak akan rasa keikhlasan saya. Saya betul-betul nak kawan dengan awak. Seumur hidup saya tak pernah jumpa perempuan macam awak. Tak sangka wujud lagi.”

    “Tak sangka perempuan jahat masih wujud?”

    UMAR IZZHAN - Dia tahu Rina bencikan dia. Dia tahu Rina bencikan semua lelaki. Tapi dia tidak peduli. Hatinya sudah berkenan pada gadis sombong itu. Hati Rina perlu ditawan. Berkali lamarannya ditolak, tetap Marina Khadeeja yang dikejar.

    “Tolong bagi peluang pada saya. Saya akan buktikan tak semua lelaki macam apa yang awak fikir. Masih ada lelaki yang setia. Terima saya sebagai suami awak.”

    Mereka berjaya disatukan tanpa kerelaan Rina. Tapi kebahagiaan yang diimpikan tidak mudah dicapai. Bukan mudah untuk merubah Rina. Hati batu Rina perlu dileburkan. Hanya satu jalan. Kesetiaan! Dia perlu setia. Belum lagi mengecapi bahagia, kesabarannya kembali diuji.

    “Saya terima Ainul jadi isteri kedua abang.”

    “Kau penipu. Selama ni kau tak pernah cintakan aku. Cinta kau palsu. Cinta aku pada orang yang salah. Orang yang langsung tak hargai aku.”

    Kesabaran yang dibina akhirnya runtuh. Sejauh mana sayangnya kepada Rina akan kekal andai cinta sucinya dipermainkan? Apa yang menyebabkan Rina menyerahkan Izzhan kepada Ainul? Siapa sebenarnya Ainul? Dan berjayakah Izzhan merubah Rina?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE
  • Penulis: Nurul Ain Syuhada Caption: kau buat jantungku berdegup lebih kencang ISBN: 978-967-406-268-2
    Sem. Malaysia Sabah/Sarawak
    RM 27.00 RM 30.00
    Selepas pemergian kedua orang abang kembarnya, Nur Aina yang lebih dikenali Nunu mula dipersiakan kedua-dua orang tua apabila mereka lebih memilih kerja daripada dirinya sendiri untuk mengubat luka perit kehilangan anak kembar itu. Tertekan dengan perlakuan kedua orang tuanya, Nunu sentiasa membuat masalah di sekolah hanya untuk meraih perhatian daripada orang tuanya.

    “Bukan salah dia orang I’m spoiled! Ayah pernah cermin diri tak? Bilanya mama dengan ayah ada masa untuk adik? Ayah kasi adik duit for exchange of your time! Ayah sendiri suruh adik cari masa adik sendiri dengan orang lain. And when I did, ayah kata adik spoiled? You spoiled me! Bukan abang!” - NUNU

    Dua tahun dia dihantar ke Madrid untuk mendisiplinkan diri. Apabila dia pulang semula ke Malaysia untuk mengambil peperiksaan SPM, orang tuanya masih juga begitu. Dalam masa dia terpaksa menempuh hari-hari sedihnya, Allah S.W.T. menarik kedua-dua orang tuanya sekali gus dek skandal syarikat bapanya dan meninggalkan dia seorang diri. Walaupun hilang tempat bergantung, Nunu cuba kuat atas pesan arwah abang-abangnya. Dijaga oleh Uncle Adam dan Auntie Ma selaku ibu bapa saudaranya tidak memberi alasan untuk dia lari dari kehidupan kelam. Makin teruk dibuatnya apabila dia terpaksa berhenti belajar dari universiti dan mula bekerja untuk menyara hidupnya sendiri. Lemah. Dia lemah. Lantas Nunu mengambil jalan pintas untuk bunuh diri! Dari situ mulanya pertemuan dia dan Alan yang banyak mengubah hidupnya sendiri.

    “Awak selongkar barang saya?!” – NUNU

    “It’s the right thing to do lepas you pengsan. Takkan I nak goncang you sampai bangun just untuk tanya nama you?” pedas. – ALAN

    Selepas kejadian itu, Alan banyak membantunya hingga membuatkan hatinya mula terusik. Siap diberi kerja baru! Tetapi lokasi tempat kerja baru membuatkan Nunu tertanya-tanya. Siapa lelaki yang membantunya ini? Bagaimana dia boleh di tempatkan di syarikat arwah bapanya?
    Beli Sekarang LAZADA
    Beli Sekarang SHOPEE