Laman Utama
Daftar Masuk
Main Menu
Laman Utama
Apa itu KarnaDya?
Senarai Buku
Blog Penulis
Soalan Lazim
Hantar Karya Anda
Katalog & Langganan
Peluang Pekerjaan
Profil Syarikat
Khidmat Video Korporat
Khidmat Latihan dan Kursus
Hubungi Kami
ads.gif
Statistik Ahli
 Siapa Online
  Ahli Karn...  2,830
  Pelawat  1,823,622


Stats Ahli
Ahli Terbaru  Farisha1998
Random Quran Verse
Displaying:
Srh. Al-Isra' (17)
Ayat 54
 Listen to this ayat (verse)  ÑøóÈøõßõãú ÃóÚúáóãõ Èößõãú Åöä íóÔóÃú íóÑúÍóãúßõãú Ãóæú Åöä íóÔóÃú íõÚóÐøöÈúßõãú æóãóÇ ÃóÑúÓóáúäóÇßó Úóáóíúåöãú æóßöíáÇð
17.54 . Your Lord is best aware of you . If He will , He will have mercy on you , or if He will , He will punish you . We have not sent thee ( O Muhammad ) as a warden over them .

[ Srh. Al-Isra' : 54 ]
Buletin KarnaDya
KarnaDya @ Kids On 2
Ditulis oleh Administrator   
Friday, 22 January 2010

Adik-adik! Pada minggu lepas, beberapa orang penulis KarnaDya termasuklah Mersik Romoyu telah menghadirkan diri untuk penggambaran rancangan Kids On 2  yang akan disiarkan tidak lama lagi. Beberapa orang penulis KarnaDya yang lain juga akan menjalankan penggambaran untuk rancangan tersebut dalam masa terdekat ini. Pastikan adik-adik sentiasa menyaksikan rancangan Kids On 2 di TV2 yang disiarkan pada setiap hujung minggu pada jam 7.30-10.30 pagi.

Pihak KarnaDya juga sedang dalam proses mencari bakat-bakat baru untuk menjadi pengacara dalam rancangan Kids On 2 tersebut. Kepada adik-adik yang berminat, sila daftarkan diri sebagai ahli KarnaDya untuk menyertai pertandingan ini dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan.

SDC11200.JPG

SDC11201.JPG

Penulis Mersik Romoyu bersama pengacara Kids On 2 semasa penggambaran dilakukan

Terakhir dikemaskini ( Sunday, 24 January 2010 )
 
Akan dicetak
Ditulis oleh Administrator   
Friday, 29 January 2010
NOVEL CHICK-LIT (RED DRESS INK)
YANG MANA SATU?
-Wendy Markham-

yang_mana_satu.jpg

Sinopsis:

Ada dua pantang larang yang kami biasa amalkan apabila pejabat mengadakan pesta.

Satu, jangan mengada-ngada nak pakai pakaian yang mencolok mata.

Dua pula, jangan nak menonjolkan diri dan lupa daratan, takut tersangkut dengan kawan serumah bos sendiri.

Malangnya, aku tidak pula mengikut tip yang diberikan ini dan kerana itulah aku sedang jatuh cinta dengan Jack! Tapi… apa akan terjadi kalau aku terserempak pula dengan bosku dalam keadaan yang tak sepatutnya? Bukankah aku sedang berazam untuk dinaikkan pangkat?

Sekarang ini pula, dengan tiba-tiba sahaja pakwe lama aku hendak aku balik. Sudah itu, mamat yang aku pernah suka dulu pun sedang mengurat aku semula. Aduhai… tiga bulan yang dulu, seorang pun tak ada yang berdampingan denganku, tetapi sekarang dah ada sampai tiga sekali! Peningnya.
 
 
NOVEL REMAJA DEWASA
 
BAGAIKAN MIMPI: SRIKANDI CINTAKU
-Hasif Hamsyari-

Bagaikan_Mimpi_2.jpg

Sinopsis:
Kepulangan yang disangkanya dinantikan rupa-rupanya satu tragedi yang cukup mengerikan. Kepulangan Dewa Sangkawala diramal akan membawa malapetaka dan bakal membunuh sang ayahanda. Justeru, Mahadewi Andika menggesa para tenteranya untuk memburu Dewa Sangkawala walaupun baginda sedar bahawa yang diburunya itu adalah anakandanya.
Dalam perburuan itu, Dewa Sangkawala dan adinda angkatnya, Sri Terawi telah terdampar ke Kayangan Nilam Sari iaitu kerajaan musuh Kayangan Sanggar Mustika. Sekali lagi mereka berdua menjadi buruan hingga akhirnya mencetuskan satu peperangan.
Dendam lama yang marak bernyala menghidupkan kembali satu kisah silam nan hitam. Seorang demi seorang terkorban hingga ke titik noktah peperangan. Dewa Sangkawala masih tetap dilanda kebingungan.
Srikandi Cintaku... permulaan kepada sebuah pengakhiran. Permulaan kepada satu peperangan. Permulaan kepada satu pencarian dan permulaan kepada dendam yang tidak pernah berkesudahan.

 

NOVEL AWAL REMAJA
 
CIK HIDUNG TINGGI
-Zamri Bahal-

Cik_Hidung_Tinggi.jpg

Sinopsis:

Tiga orang pengawas sekolah sentiasa menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Bagi Shah, Lim dan Ravi, itulah tugas mereka setiap hari di sekolah. Namun tugas mereka menghadapi cabaran dengan kedatangan Juriah di sekolah mereka. Juriah sering melanggar peraturan sekolah dan kerana dendam juga, Juriah sanggup membuat fitnah ke atas Shah dan Lizawati yang juga merupakan pengawas di sekolahnya.

Mengapa Juriah bertindak demikian dan apakah kesudahan kisah antara Juriah dan rakan-rakan sekolahnya ini? Apakah akan berlaku keinsafan di hati Juriah? Ikutilah kisah yang dialami mereka yang tidak akan dilupakan.

 

Terakhir dikemaskini ( Friday, 29 January 2010 )
 
Sudah berada di kedai-kedai buku
Ditulis oleh Administrator   
Monday, 28 December 2009
NOVEL
Kini Aina Emir kembali lagi dengan sebuah novel baru. Dapatkan buku ini yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
 
TERBANGLAH SAYANG
-Aina Emir-

Terbanglah Sayang.jpg

Sinopsis:

Best Friends Forever (BFF)… merupakan ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yang sering mendapat gelaran ‘kembar’; ke mana-mana sahaja, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.

Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing-masing berentap untuk berada di depan.

Inaz, suka yang rancak dan kecoh, sedang mencari seseorang yang baik budi, menambat hati. Suka kepada yang bertubuh ‘tegap’… asal tidak mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yang diimpikan?

Fiya pula, seorang yang pintar, suka kepada ‘nature’, minat aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.

Munawarah dan Melissa, teman baik yang cuba jadi orang tengah, penasihat… mungkin juga pembelot?

Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel… dengan empat orang jejaka di atas gunung legenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai soalan dan teka-teki.

Novel ini akan temukan pembaca dengan pelbagai karakter yang berbeza kerjaya, mendekatkan kita kepada wira-wira negara, yang mungkin   sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yang dirasai oleh seorang anak angkat yang cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yang  menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yang akhirnya terpaksa lakukan transformasi?

Sukarkah untuk menerima kekalahan dan payahkah untuk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yang bergelar insan, yang disusun indah dalam novel Terbanglah Sayang.

 

NOVEL CHICK-LIT (RED DRESS INK)
TEKA-TEKI BUATKU
-Jennifer Sturman-

Teka-teki buatku.jpg

Sinopsis:

Biasanya, apabila semuanya kelihatan okey… itu tandanya sesuatu yang tak elok akan terjadi kepadanya!

Sekalipun kehidupan Rachel Benjamin nampak macam menarik, tetapi  sebenarnya indah khabar dari rupa. Realitinya, dia terpaksa bekerja keras hingga lewat malam, terpaksa selalu membatalkan perancangan hujung minggu dan terpaksa pula tidur di merata-rata hotel kecil di luar bandar yang kalau ikutkan hatinya, tak ingin dia lakukan. Namun apakan daya, itulah yang sering diamalkan oleh pejabat tempat kerjanya.  

Kebetulan, minggu itu akan membawa Rachel ke Boston atas urusan kerjanya dan dia juga bercadang untuk menghabiskan masa bersama teman lelaki barunya yang nampak seperti sangat ‘ngam’ dengannya. Semua yang diaturkan itu indah belaka dan Rachel tak mahu fikirkan apa-apa yang tak elok, yang mungkin akan terjadi kepada perancangannya itu. Pun begitu, timbul pula masalah. Teman baiknya telah dikacau orang dan kemungkinan besar ada kaitan dengan pembunuhan bersiri yang sedang kecoh diperkatakan.

Teman lelakinya pula? Aduhai… malang sungguh! Dengar ceritanya, dia sedang kalut dengan seorang rakan kerja yang tampak seperti seorang model!

Terpaksalah Rachel sibukkan diri untuk mencari jawapan kepada teka-teki yang sedang bergelumang di sekelilingnya!

 

NOVEL AWAL REMAJA
DOL LEMAN: MISTERI KELIBAT TERBANG
-Mersik Romoyu-

Dol_Leman_Misteri_Kelibat_Terbang.jpg

Sinopsis:

Perkhemahan Dol, Suppa dan Ku Chai pada suatu malam yang disertai hujan lebat telah diganggu oleh makhluk hutan yang tidak diketahui asal usulnya. Keesokan harinya, Kampung Parit Sangap gempar dengan kisah seekor anjing serigala yang terlepas dari jagaan pusat kurungan.

Tidak lama kemudian, segala-galanya menjadi reda apabila anjing serigala tersebut telah berjaya ditangkap semula dan dikurung dengan ketat. Penduduk kampung kembali lega dan aktiviti mereka diteruskan seperti biasa. Namun ketenangan mereka tidak bertahan lama. Ada misteri lain pula yang muncul!

Beberapa siri gangguan yang sungguh menakutkan menyebabkan Pak Dolloh jadi pening kepala. Saban hari, warung Marpunah dikemaskini dengan kisah-kisah seram yang dialami oleh setiap penduduk. Ada kisah binatang yang mencakar, kisah kucing jadian, kisah makhluk hutan yang terbang serta macam-macam lagi kisahnya. Dan, kebanyakan misterinya berlaku tatkala matahari terbenam.

Jadi, apakah sebenarnya yang mengganggu para penduduk Kampung Parit Sangap?

Adakah kesemua kejadian-kejadian misteri itu berkaitan antara satu sama lain?

 

INSPIRASI
PEREMPUAN, JUTAWAN DAN...
-Anaz Amira-

Perempuan Jutawan dan.jpg

Sinopsis:

Nak berkenalan?

“Pak cik nak berkenalan dengan saya? Kenapa, pak cik? Apa yang istimewanya saya?” Aku mengukir senyuman sekadar ingin menghormati seorang yang lebih tua.

Tapi jika lelaki di hadapanku ini cuba hendak tunjuk gatal dan biang keladinya, sudah tentu aku akan bertindak kerana menurut pesanan ibu… jagalah maruah dan harga diri kerana tanpa maruah, siapalah kita dan sia-sialah hidup kita. Lelaki berkenaan membalas senyumanku dengan seulas senyuman yang cukup manis.

"Perempuan, Jutawan dan..." adalah kompilasi empat kisah ringkas berbentuk satira yang menyeronokkan dan memberikan kesan kepada jiwa. Mari hayati kisah Nusaibah dengan impiannya, si X dengan pencarian cinta sejatinya, Puntianak yang kalut mencari kerja dan Toyol yang ingin berubah menjadi makhluk yang berguna kepada dunia. Anda pasti dapat merasai hakikatnya!

 

Terakhir dikemaskini ( Friday, 29 January 2010 )
 
Terhangat di pasaran!
Ditulis oleh Administrator   
Tuesday, 24 November 2009
NOVEL
Pulut Sakura Serunding Kasih
-Leyla Shuri-

pulut_sakura_serunding_kasih.jpg

Sinopsis:

Novel ini menceritakan krisis kekeluargaan, pertembungan tradisi Timur dengan unsur-unsur Barat, serta generasi muda di tengah-tengah kemelut kehidupan.

Rafique, pemuda Malaysia yang pernah kehilangan kekasih, menjadikan penghijrahannya ke Jepun sebagai tempat melepaskan diri dari kongkongan memori itu. Berlatarkan kenyamanan Gunung Fuji, kekosongan di hati Rafique diis semula dengan satu kejadian yang tidak dijangka. Hujan lebat bersama ribut taufan, membasuh saki-baki kenangan yang masih merimaskan hatinya. Takdir menghidupkan semula sumbu kasih sayang itu.

Di Gunung Fuji, sekali lagi Rafique kehilangan sesuatu yang tidak ternilai. Apa terjadi di Gunung Fuji? Dapatkah Rafique mencari kehilangan itu?

Pulut Sakura Serunding Kasih memaparkan nilai-nilai sosial dan budaya masyarakat Jepun dan Melayu. Pulut sakura menjadi lambang nilai-nilai Jepun dan serunding mewakili lambang orang Melayu dalam adegan watak-watak di dalam novel ini.


MY HONEY, HANI
-Fathi Ramli-

my_honey_hani.jpg

Sinopsis:
“Kamu tahu tak? Seorang teman saya pernah berpesan, jangan pernah takut untuk bermimpi kerana adakalanya mimpi itu adalah cerminan masa depan yang akan mencorakkan perjalanan hidup kita,” ujar Dimas.

“Kenapa kita mesti ada impian? Kenapa tak biarkan saja hidup ini berlalu apa adanya?” soal Hani.
Siapakah Hani, gadis kelahiran Pahang, Malaysia itu? Siapa pula jejaka yang bernama Dimas? Di manakah mereka bertemu? Bagaimanakah terjalinnya pertalian antara dua insan yang mempunyai latar belakang yang berbeza? Adakah hubungan mereka berkekalan ataupun hanya sekadar ‘teman tapi mesra’?

Marilah kita sama-sama ikuti kisah cinta gadis Melayu ini dalam meniti saat-saat bahagia, suka dan duka dalam kehidupannya di samping jejaka Yogyakarta yang menawan itu.

 

NOVEL AWAL REMAJA
KASIH SAHABAT
-Alias Derais-

kasih_sahabat.jpg

Sinopsis:
Persahabatan di antara Amir, Kumar dan Toh Seng sudah lama terjalin. Lebih-lebih lagi mereka berada di dalam kelas yang sama. Walaupun latar belakang keluarga masing-masing sangat berbeza, itu tidak menjadi halangan persahabatan tiga serangkai ini bertaut erat. 

Pelbagai cabaran yang mereka hadapi terutama apabila peperiksaan semakin dekat. Terutamanya, Amir yang terpaksa membantu ibunya di pasar malam. Dia juga terpaksa berhadapan dengan kerenah pelajar perempuan yang meminatinya. Mujurlah ada sahabat yang selalu ada untuk membantu dalam susah dan senang. Sebuah kisah tentang persahabatan yang boleh dijadikan contoh.

 

RIWAYAT KAMI
-Ellise Gee-

Riwayat_Kami.jpg

Sinopsis:
Sang Ayam Hutan, Sang Kijang, Sang Gajah, Sang Kancil, Sang Kera dan Sang Rusa hidup dengan aman dan damai di sebuah kepulauan Borneo. Kehadiran Pemburu I yang dikenali sebagai Jang telah memusnahkan kebahagiaan mereka. Mereka diburu sehinggalah hanya sepertiga daripada jumlah populasi yang tinggal. Berjayakah pendekatan proaktif yang diambil pihak kerajaan yang prihatin dan bertanggunjawab mengawal kepupusan mereka?
HATI EMAS
-Dewi Sukma-

Hati_Emas.jpg

Sinopsis:

Tiba-tiba sahaja Syamel (Amel) si kaki bangku teringin menjadi bintang bola sepak kampung seperti abang-abangnya, Syahir dan Syafiq. Namun, malang tidak berbau - impiannya terkubur setelah dilanggar oleh lori pasir. Kini, dirinya sudah tidak sempurna lagi malah lagaknya tidak ubah seperti budak-budak kecil sahaja.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga - Syahir terpaksa berkorban demi keluarga. Atas desakan emosi, Syafiq pula terjebak dengan jenayah. Ibu mereka, Mak Cik Habsah mencari alternatif lain setelah bergelar ibu tunggal tanpa mengharapkan ihsan daripada sesiapa.

Damia dan papanya, Profesor Marzuki dengan secara tidak langsung telah terbabit sama dalam kemelut yang melanda. Damia membenci Firdaus, budak kampung yang suka berlagak hero. Dia juga menjadi penyebab kepada kecacatan Amel.

Berjayakah mereka harungi kehidupan yang kian mencabar? Ikutilah rentetan kisah hidup mereka yang tentunya terselit sketsa lucu yang mencuit hati. Tak sabar rasanya nak tengok Amel pulih semula, kan?

 

Terakhir dikemaskini ( Monday, 28 December 2009 )
 
<< Mula < Seb 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 1 - 5 terhadap 96
kids_on_2.jpg
Kalendar KarnaDya
February 2010 March 2010
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 5 1 2 3 4 5 6
Week 6 7 8 9 10 11 12 13
Week 7 14 15 16 17 18 19 20
Week 8 21 22 23 24 25 26 27
Week 9 28
Sembang KarnaDya


You must be a registered user to shout!
Get your account here!
Copyrights KarnaDya Solutions
Best Viewed Using Mozilla Firefox